Google adsense akan memperkenalkan CPA ads

Written by alang on September 29, 2006

Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa google akan memperkenalkan CPA (Cost Per Action) ads ke dalam adsense. Buat masa ini, ia masih lagi di dalam peringkat ujian dan hanya beberapa webmaster sahaja yang berpeluang mencubanya.

Konsep iklan CPA ialah pengiklan hanya membayar apabila orang yang mengklik iklan di sesebuah laman web, melakukan sesuatu di laman web pengiklan iaitu sama ada membeli barang, mengambil bahagian dalam survey, mengisi borang tertentu dan sebagainya. Jadi, anda tidak akan di bayar untuk setiap klik. Antara program CPA yang popular ialah Commission Junction dan juga Azoogle Ads

Jadi, ada dua kemungkinan di sini untuk webmaster yang menggunakan program adsense iaitu pendapatan mereka bertambah kerana kebiasaanya, pengiklan sanggup membayar lebih mahal untuk iklan yang memberikan “conversion” kepada mereka. Kemungkinan yang kedua pula ialah pendapatan semakin berkurang terutamanya laman web yang hanya fokus untuk nak mendapatkan klik semata-mata kerana mereka tidak lagi memperoleh bayaran untuk setiap klik.

Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan kematian adsense semakin hampir

Related posts:

  1. Panduan adsense: Masukkan affiliate link ke dalam artikel Selain dar

  2. Ulasan Ebook Raja Adsense: Rahsia membuat duit tanpa modal dengan google adsense Pertama se

  3. Format baru iklan adsense Google tel

  4. The Adsense Game, cara interaktif untuk mengenali adsense Mungkin

  5. Panduan ringkas adsense Siri 1: Selalu tukar kedudukan iklan Apabila ik

Comments

  • 09-29-2006
    7:33 pm

    Reply

    Pinvader

    Alang..diorg akan mix CPA dan CPC dlm satu banner..camtu ke?


  • 09-29-2006
    11:58 pm

    Reply

    Iskandar

    Dah agak yg diorang akan buat benda nih.

    So site yg betul2 niche akan buat byk duit sbb bila dah klik adsense maksudnya visitor tu mmg betul2 nak tau/beli/selak 2-3 page advertiser.

    Kita tengoklah camne. Bagus gak sbb tak payah nak sign up utk Affiliate laie. Senang.


  • 09-30-2006
    9:43 pm

    Reply

    moso73

    Ya…nampaknya adsense ni hampir dengan kematiannya..kalau klik tapi tak buat apa, rugi banyaklah. Ini akan menjadikan kenyataan buku The Dead of Adsense semakin tepat lagi. Maknanya webmaster semakin rugi dan adevrtiser semakin untung…


  • 10-01-2006
    4:37 am

    Reply

    azwan

    agaknya google pun baca buku the death of adsense jugak. hehe..

    mmg power la Scott Boulch wat marketing


  • 10-01-2006
    4:51 am

    Reply

    Robotys

    Lets tkae this as challenge… kita kena tingkatkan lagi skill kita untuk mendapatkan income dari adsense.. admit it! “No more easy money with adsense…” ;)


  • 10-01-2006
    5:01 am

    Reply

    sham

    Cost per Action..Best la kalo guna Adwords..Kene bayar bile ada sales je..Seronok la jadi advertiser..Makin tebal duit Google macam ni.Sebab makin ramai orag akan guna Adwords.Tahun lepas dah lebih 1 Bilion dah..Kalo wat CPA,lagi banyak diorg dapat..

    Otak business betul la..Sergey gan Larry ni.

    Tapi Adsense makin sakit la..kene tambahkan usaha la..


  • 10-01-2006
    11:31 pm

    Reply

    ramzwatcher

    hohoho…hurm..ini bermakna adwords dan adsense untuk orang Melayu yang baru nak bercambah nie semakin sukar |o|


  • 10-02-2006
    1:04 am

    Reply

    alhafiz3d

    okla tu, bukan ke adsense memang untuk advertiser. cth, kalau kita iklan di adwords, bayar lebih tapi takde untung,, tak ke sakit ati?.. :)


  • 10-02-2006
    4:56 am

    Reply

    Robotys

    betul tu alhafiz3d. pendek kata pelbagaikan stream of income. Jgn focus adsense sesajer . try wat biz lain gak. baru terjamin income. ;)


  • 10-02-2006
    2:54 pm

    Reply

    colbert

    yes. After reading Scott’s Adsense Death Book and the use of Smart Pricing, I’ve realised CPA is the future to go. I just hope this CPA starts soon on Adsense as the revenue is dropping a lot nowadays…


  • 10-02-2006
    3:26 pm

    Reply

    cikgubiz

    Baru bercadang nak bukak akaun adsense dah nak mati dah… makin merosot la pendapata melalui adsense ni ye.


  • 10-06-2006
    2:11 am

    Reply

    moso73

    Jangan lemah semangat cikgu…masih ada peluang kat adsense ni…cuma mungkin tak setebal dulu..


  • 10-09-2006
    3:11 am

    Reply

    azwan

    adsense bukan nak mati. dia akan terus je. even CPA yg diceritakan tu pun akan gunakan adwords as main advertising.

    mende ni dah lama di perkenalkan. boleh baca buku googlecash.com. dulu wat adwords with affiliate.

    scott twist sket je. yg penting dia dpt subscribers utk promote product CPA dia. 30k lebih subcribers in 2 weeks. pehh. mesti pasni masyukk


  • 10-17-2006
    2:54 am

    Reply

    moso73

    Ahakss…emmm…kalau nak tahu bestnya CPA, cubalah…tapi cam adsense, kena usah lebih…saya ada jual satu produk kat internet…boleh dapat USD55. Setakat ni alhamdulillah…boleh la dapat USD120-300 sebulan…


  • 10-31-2006
    7:48 am

    Reply

    affuan

    Tol tu. Kena la pelbagaikan income stream. Kalo dapat senang2 gitu jer, makin malas plak orang Melayu kita. :P Wat gini, kena la usaha lebih – Kalo dah usaha lebey, bukan ke rajin org panggil? ehe


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message