Rahsia Zango kini PERCUMA!

Written by alang on January 19, 2009

Bagi mereka yang menjadi follower twitter saya tentu sudah mendapat berita ini. Hanya selepas beberapa minit saya menghantar mesej ini di akaun twitter, sudah beberapa orang yang mendapatkan ebook ini. Saya ingatkan semua orang dah beli. Mungkin mereka tahu yang eventually, saya akan memberikan ebook ini secara percuma.

Terdapat beberapa sebab kenapa saya menghentikan jualan ebook ini dan memberikannya secara percuma

1. Kerana sudah mencapai sasaran melebihi 1000 unit jualan.

2. Terdapat beberapa teknik promosi yang sudah tidak relevan kerana laman web untuk promosi seperti Sidereel.com telah ban blog yang meletakkan zango gateway. Ini menjejaskan bilangan pelawat kerana Sidereel merupakan penyumbang utama trafik.

3. Saya tidak pernah memberikan produk percuma sebelum ini jadi ebook ini merupakan permulaan untuk lebih banyak lagi benda percuma di masa hadapan.

Di sini juga saya ambil kesempatan untuk beri penjelasan (walaupun sebenarnya saya tak perlu berbuat demikian) terhadap suara-suara sumbang yang menyatakan ebook tersebut diciplak dari ebook Bahasa Inggeris yang dijual di DP.

Buat makluman saya mula kena zango pada awal 12hb June 2008 melalui kawan dan juga designer saya yang memberikan report ringkas yang beliau tulis secara percuma.

chat transcript viewer 1 300x138 Rahsia Zango kini PERCUMA!

skitch 300x196 Rahsia Zango kini PERCUMA!

Saya hanya membeli ebook Annihilating Zango for SkyRocket Profit! pada 23 June dan pada ketika itu saya sudahpun mula menjana pendapatan dari zangocash dan sudah mula menulis ebook berdasarkan report kawan saya dan juga perbincangan saya dengan beliau.

new private message at digital point forums e28094 archive 300x248 Rahsia Zango kini PERCUMA!

Selain daripada Annihilating Zango for SkyRocket Profit! terdapat beberapa lagi ebook lain dalam Bahasa Inggeris tentang zangocash yang mengajar teknik yang sama tetapi tidak pula penulis ebook tersebut dituduh menciplak kerana walaupun teknik sama, cara pengolahannya berbeza.

Begitu juga dengan berpuluh-puluh (mungkin beratus-ratus) ebook tentang adsense yang menceritakan perkara yang sama tetapi tidak pula dikatakan ciplak. Ini adalah kerana fakta adalah fakta, yang membezakan antara satu ebook dengan ebook yang lain ialah cara pengolahan ebook tersebut mengikut pengalaman penulisnya. Mungkin pembeli ebook saya faham kerana di forum banyak tips-tips yang saya kongsi tidak terdapat dalam mana-mana ebook. Jadi mungkin mereka yang tidak membeli ebook saya sahaja yang mempunyai tanggapan sedemikian.

Walau apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembeli ebook ini dan juga peserta affiliate yang membantu saya mencapai sasaran jualan. Bayaran untuk affiliate akan dilakukan secara berperingkat walaupun jumlah komisyen anda tidak melebihi RM100.

Saya akan memberikan pulangan wang kepada mereka yang membeli ebook ini pada tahun 2009. Walaupun ebook ini diberikan percuma, saya akan terus memberikan tips-tips berkaitan terus melalui blog ini terutamanya bagaimana untuk anda menjana pendapatan dari sumber lain selain daripada zangocash.

Anda boleh mendapatkan ebook ini terus dari laman web jualan Rahsia Zango

Rahsia Zango

Comments

  • 01-19-2009
    12:06 pm

    Reply

    KampungBoy

    Wa…dah seribu ek….gempak gak tu…Neway thanks 4 the ’sedekah’ ebook tu…


  • 01-19-2009
    7:59 pm

    Reply

    Maizul

    terima kasih alang.


  • 01-19-2009
    9:10 pm

    Reply

    azahari

    Memang berbaloi ebook ni walaupun bagi free..content mungkin ada yang tak relevan, tapi kalau kena gayanya masih boleh menjana pendapatan jugak… tapi dulu memang best waktu sidereel boleh submit lagi :)


  • 01-20-2009
    12:42 am

    Reply

    jedi79

    Time kasih bebanyak Alang walaupun mungkin outdated tapi masih berguna buat semua.


  • 01-20-2009
    10:42 am

    Reply

    XploR

    Dari ebook inilah saya mula mendapat USD pertama. Dah 5 bulan berlalu, skrg maintain +-100usd. Wpun saya dah stop zango, hasil dari ebook ini juga saya mula kenal program buat duit yang lain. Saya ucapkan terima kasih kpd Alang sbb tunjukkan jalan & byk tolong saya.

    pssstt… mase mula2 dulu kod adsense pun Alang yang tolong letakkn :)


  • 01-20-2009
    3:34 pm

    Reply

    x-po shop

    alang, xdpt pun ebook tu..register then just smpai link subcribe je..


  • 01-20-2009
    4:07 pm

    Reply

    alang

    ebook akan dihantar sejam selepas subscription disahkan.


  • 01-21-2009
    9:51 am

    Reply

    KampungBoy

    Aq dah dapat dah pun….tapi belom berkesempatan membacanya….newat thanks bro..


  • 01-24-2009
    6:51 pm

    Reply

    x-po shop

    alang, smpai skg still xdpt2 pun ebook tu..huhu


  • 01-28-2009
    2:31 pm

    Reply

    kita

    i dah isi form tapi tak der pun link dihantar untuk download


  • 01-30-2009
    4:53 pm

    Reply

    alan

    Saya tak pernah kesal membeli Rahsia Zango. Terima kasih kpd Sdr Alang kerana e-book ni yang membantu saya dpt pendapatan online pertama.


  • 01-31-2009
    6:39 pm

    Reply

    mazuki selangor2u

    selamat mendownload la semua sekali yea….


  • 01-31-2009
    8:15 pm

    Reply

    milsum

    terima kasih banyak alang…:)


  • 02-01-2009
    9:38 am

    Reply

    olie

    Terima kasih Alang atas ebook ini. Walaupun percuma, saya tidak akan sia-siakannya.


  • 02-03-2009
    2:13 pm

    Reply

    pear

    saudara alang.saya nak tanya..saya sudah pun register di zango cash tapi dia cakap disable..
    ini yang dia orang email

    Hello,
    The site you registered with was not a top level domain and as such not eligible for this program. If you have another site please feel free to forward it to me and I’ll review it .

    Thanks

    Aaron
    Aaron Foley
    Account Manager
    Zango


  • 02-03-2009
    2:21 pm

    Reply

    alang

    sepertimana yg saya maklumkan dlm ebook, anda kena register website / blog yg menggunakan domain sendiri seperti .com, .net, .org dsbnya. Subdomain dari blog percuma seperti blogspot.com dan juga wordpress.com tidak dibenarkan.


  • 02-04-2009
    3:03 am

    Reply

    danial irfan

    terima kasih alang atas ebook percuma ni ma kasih bnyk2


  • 04-15-2009
    3:33 pm

    Reply

    raz

    saya adalah salah sorg yg mendonlod ebook ni secara percuma. thanks alang. kalau yg dapat secara percuma masih boleh jadi ahli forum tertutup rahsia zango ke?


  • 06-22-2009
    12:45 pm

    Reply

    hanifisme

    oh Sidereel.com telah ban blog yang meletakkan zango gateway rupenye baru tau..


  • 01-24-2009
    10:36 pm

    Reply

    alang

    hubungi saya dan bagitau nama dan email yg you guna utk subscribe. Dah cuba check kat spam ker belum?


  • 01-28-2009
    8:35 pm

    Reply

    alang

    ebook tu akan dihantar ke email you lepas sejam subscription disahkan


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message