Cerita Kentut
Written by alang on January 21, 2009
Kisah Pertama
Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.
Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.
Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.
“Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat”, kata wanita itu.
“Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula”, kata doktor.
Kisah Kedua
Seorang calon untuk suatu jawatan pegawai tidak sampai seminit tiba-tiba keluar dari bilik temu duga. Rakan-rakan yang berada di luar pun bertanya, “Eh!!!Cepatnya ngko keluar? Kenapa?”
Jawab calon itu, “Aku dapat jawab soalan yang ditanyakan dgn betul jadi aku boleh keluar awal”.
Tanya rakan-rakan lagi, Wahhh!!Bestnyer ngko,soalan apa?????”
“Senang jer soalannya, pengerusi sesi temu duga tu tanya aku, Engkau ker yang kentut ni??? Aku pun jawab la, “Ya tuan, sayalah yang terkentut tadi!!!” Pastu dia suruh aku keluar!!!!
Ok cukup la dua cerita di atas. Apa yang sebenarnya nak saya sampaikan di sini ialah bagaimana kentut boleh menjana pendapatan sebanyak $10,000 USD sehari.
Saya yakin kebanyakan dari pembaca semua kenal Joel Comm iaitu seorang yang boleh dikatakan sifu Adsense di mana ebook tulisannya iaitu Adsense Secrets adalah antara ebook tentang adsense yang paling laris jualannya.
Saya sebenarnya kurang gemar dengan beberapa teknik yang digunakan oleh Joel Comm antaranya hype yang melampau-lampau dalam salesletternya dan juga di mana pelanggan beliau dipaksa melanggan servis yang beliau tawarkan tanpa mereka sedari.
Tapi kalau dalam bab kentut memang saya betul-betul tabik pada Joel Comm. Bukan sebab kentut beliau wangi dan sedap didengar tapi sebab software ciptaan beliau iaitu iFart Mobile (untuk iPhone) yang dijual dengan harga $0.99 USD merupakan antara software paling laris yang memberikan beliau pendapatan sebanyak $10,000 USD sehari. Ya, hanya dengan kentut sahaja.
Apakah fungsi sebenar software ini? Jangan terkejut kalau saya katakan fungsinya hanyalah untuk mendengar pelbagai jenis bunyi kentut. Anda boleh tengok video dibawah untuk melihat sendiri bagaimana software ini berfungsi.
Mungkin satu-satunya kegunaan software ini yang saya nampak ialah bagi mereka yang selalu terkentut dengan kuat tak kira masa dan tempat, anda boleh menggunakan software ini untuk melindungi diri dengan mengatakan yang itu adalah bunyi dari telefon anda. Tapi sila pastikan yang kentut anda tidak berbau kerana mana mungkin telefon boleh mengeluarkan bau.
p/s – saya pengguna iphone dan memang membeli software iFart ini untuk iPhone saya. Tetapi saya tidak pernah menggunakannya untuk tujuan yang disebutkan di atas. Percayalah.
Comments
Trackbacks
Submit Reply




01-21-2009
9:17 am
Maizul
bisnes bunyi kentut pun boleh buat duit… kalau nak buat gurau2 dengan kawan2 bagus jugak ye tak.
01-22-2009
8:08 am
KampungBoy
Hoho…..yeke Alang boleh caye ker janji tu. cam ada pengalaman aje. Hoho…neway jus kiding
01-22-2009
9:23 am
mfadhly
hahaha Alang ni boleh jadi idea untuk aku pekenakan kengkawan huahuahuahua. tq
01-22-2009
7:10 pm
Azahari
Saya ada jugak tengok kat iTunes hari tu…tapi tak tau pulak Joel Comm yang punya… menarik tu boleh jugak cuba…hehehe
Alang ada buat jailbreak tak?
01-22-2009
7:21 pm
alang
@Azahari – memang jailbreak, kalau tak macam mana nak masuk malaysia punya simcard. Saya mula2 pun tak tau jugak yg iFart tu Joel Comm punya
01-22-2009
7:39 pm
Azahari
saya pakai Singapore set… tak perlu jailbreak dan memang unlock version.Memang takde masalah pakai simcard Malaysia. Cuma tak berani nak jailbreak lagi.. kalau jailbreak macam-macam lagi boleh install… hehe…teringin gak nak cuba tapi masih baru sangat…hehe
01-24-2009
6:58 pm
x-po shop
nape la mat saleh ni kreatif btl ek?? alangkah bgs klu orang kita ni cam diorg…kalau bab hiburan and rancangan realti, berlambak2
01-30-2009
8:51 pm
Abdul Rashid Basar
Kalau kreatif kentut pun boleh dibisneskan
01-31-2009
8:26 pm
milsum
haish…bagus ni alang!
saya nak buat software buny berak la plak..
haha…beh kot $20000 sehari..
02-01-2009
1:41 am
Dhiaqis
The best part Alang citer 2 lawak kentut lepas tu baru citer software kentut… haha.. lagi kreatif..
02-03-2009
1:35 pm
Nazz
Huiyo… kentut boleh buat bisness rupanya.. ada dia carik tukang kentut tak..? hik hik
02-06-2009
5:54 pm
Syed Ikhwan
Patut la masa main ping pong tu macam bunyi kentut.. tapi aku masih keliru lg, bunyi phone ko ke bunyi ko. Hehehehehe…
02-09-2009
1:47 am
spatt
hoho
best nih…
tapi kene tunggu ade iphone dulu arh..hehe
02-11-2009
6:45 am
j_hafiz
ha3.mcm2 idea bsnes ek… agak geli/kotor la bg ppuan
03-20-2009
3:35 pm
mirlme
mungking bagi anda kentut menjijikan..namun disebalik jijik itu..boleh mendatangkan keuntungan! wah..memang btul2 hebat!