Jual/Beli text link melalui Direct Link Ads
Written by alang on October 3, 2006
Direct Link Ads merupakan satu program baru untuk menjana pendapatan melalui laman web anda. Melalui program ini, anda boleh menjual text link di laman web anda dan memperolehi 75% daripada jumlah yang dibayar oleh pengiklan.
Bagi saya, konsep program ini merupakan gabungan antara Text Link Ads dan Adbrite kerana link yang dijual melalui Direct Link Ads mempunyai description tetapi tidak seperti Adbrite, url untuk text link tersebut adalah seo friendly. Anda boleh melihat contoh iklan tersebut dibawah dan untuk live version, sila ke laman web saya www.osx-e.com dan perhatikan di ruangan sebelah tepi.
Apa yang menariknya tentang program ini ialah, ia akan mencadangkan harga untuk laman web anda, tetapi anda boleh memilih untuk menggunakan harga yang dicadangkan itu, ataupun menentukan harga anda sendiri.

Walaupun harganya lebih tinggi daripada Text Link Ads dan Adbrite (melalui perbandingan dengan laman web saya www.osx-e.com) tetapi pengiklan masih berminat untuk membelinya kerana ia mempunyai description dan juga url yang SEO friendly. Selain itu, statistik untuk laman web anda akan dipaparkan di senarai laman web bagi memudahkan pengiklan membuat pilihan
Jadi, bagi saya Direct Link Ads merupakan satu lagi peluang untuk anda menambah pendapatan melalui laman web anda atau untuk mempromosi laman web anda.
Comments
Trackbacks
- Perkhidmatan mengulas produk, perkhidmatan dan laman web 02-15-2007 at 5:53 am
Submit Reply




10-03-2006
3:01 pm
hapisol
alang,
maaf mencelah. saya budak baru dlm ebiz ni. saya telah membaca pengalaman hidup alang. peh, rasa bangga gak dgn pencapaian alang. saya budak tmn ria, sp? alang asal mana? boleh ka saya berkongsi ilmu dgn alang? terutama sekali, apa ebiz pertama yg alang buat dan apa nasihat alang utk saya memulakan ebiz ni.setakat la, saya banyak membaca ebooks dan blog2 alang, zul, sham, shuth, saifulsham, irfankhairi, tuahemas.
akhir sekali, saya pohon jutaan kemaafan kalau tersilap ruang utk tanya pelbagai soalan ni kat alang.
10-04-2006
12:59 pm
Pinvader
Nampak mcm menarik. Macam mane ngan payment? Check atau Paypal?
10-04-2006
2:04 pm
zamri
Alang, saya rasa ianya boleh dijadikan alternatif utk blogger. Tapi biasa la, kita consent juga pasal payment . Anyway, satu artikel yang bagus bloggerian yang terlalu bergantung dengan adsense.
10-04-2006
4:09 pm
alang
payment adalah melalui paypal tetapi apa yg menariknya, ia bukanlah dibuat secara bulanan, tetapi kita bebas utk withdraw revenue kita pada bila2 masa sahaja dan hanya 70% sahaja yg boleh dikeluarkan dan lagi 30% mesti remain dlm akaun.
10-04-2006
7:52 pm
LiewCf
thanks for the information
10-04-2006
8:02 pm
hasrul
wah.. thanks alang.. nanti nak cubalah..
10-04-2006
11:05 pm
cikgubiz
Kalau ikutkan laman web osx-e alang tu banyak jugak ye boleh dapat.
10-05-2006
2:31 am
adios
tapi web site dia tak secanggih text links ads punya la. saya pun nak try jugak ni. baru baru belajar nak jadi usahawan internet ni.. selamat berpuasa semua
10-05-2006
9:44 am
aman
content melayu pun boleh ke../
10-05-2006
9:59 am
aku
alang, ko memang best!
blog ni full of maklumat berguna.
memang best.
//wah.. betul2 suka dengan info ni…
10-06-2006
5:41 am
LiewCf
Registered few days ago but haven’t receive email from DirectLinkAds…
10-06-2006
7:31 am
M.Azhar
Great info bro alang..Thanks!.
10-06-2006
12:12 pm
alang
@LiewCf – I’m being accepted after 24 hours. Please wait few more days and try contact their support
10-07-2006
8:28 am
zamri
I’m also already registered. Still waiting for approval. Maybe next monday i know the result.
10-07-2006
4:13 pm
Limcs
That’s great! let me give it a try. Thanks Alang.
01-04-2007
11:48 pm
syah
ilmu berguna tu..dulu x terfikir nak buat cara iklan gitu..simple dan mudah…semoga alang terus success dan doakan saya gak berjaya…
syah
http://www.pil-fiber.com
06-18-2007
11:25 pm
sheko
Saya sudah register. Pertama memang saya dikirim paymentnya lewat transfer. Tapi kali kedua ini saya minta pembayaran (sudah banyak kali) tetapi tidak pernah dijawab. Paypal untuk Indonesia belum bisa dipakai (hehe blm dipercaya kali ya). Adakah saudara disini punya pengalaman dalam withdraw uang di direct link ads?
Ada masalah tidak? Mohon informasinya..
06-18-2007
11:35 pm
alang
saya withdraw terus ke akaun paypal jadi tidak menghadapi sebarang masalah. Sila email direct link ads support, biasanya email akan dijawab dlm tempoh 3 hari. Setakat ini, saya tidak menghadapi sebarang masalah dgn mereka.
06-25-2007
2:07 pm
Sheko
Alang, Saya sih sudah email beberapa kali. Tapi tidak pernah direspond. Hiks. Jumlahnya cukup banyak juga sih (sekitar US$ 6.500), atau karena jumlah itu ya dia tidak kirim respond. Entahlah. Email terakhir, saya kirim 4 hari yang lalu. Tapi belum ada jawaban juga. Andai di Indonesia paypal bisa dipakai…