Bengkel Wordpress

Written by alang on March 21, 2009

Satu Bengkel Wordpress akan di adakan pada hari Sabtu 28hb Mac 2009 bertempat di JTC, Bandar Tasik Selatan. Bengkel ini dianjur dan dikendalikan oleh Catzer aka Surfaddict iaitu seorang usahawan internet semenjak tahun 2006 dan telah 3 tahun menggunakan perisian Wordpress. Malah laman web jualan Bengkel Wordpress ini juga menggunakan perisian Wordpress. Menarik bukan?

336 Bengkel Wordpress

Antara modul yang akan diajar dalam bengkel ini ialah “Pengenalan dan Pemasangan Wordpress”, “Konfigurasi dan Kemaskini Laman Web Wordpress”, “Membina Isi Kandungan Laman Web Wordpress”, Membina 3 Model Laman Web Menggunakan Wordpress” dan juga “Pendedahan Ekslusif Menjana Trafik dan Wang ke Laman Web Wordpress anda”.

Yuran penyertaan untuk bengkel ini ialah RM290 di mana makan, minum dan sebuah laptop akan disediakan semasa bengkel tersebut. Berita baiknya, sebagai pembaca blog saya, anda cuma perlu membayar RM250 sahaja untuk menyertai bengkel tersebut. Apa yang anda perlu lakukan ialah membeli melalui blog ini di http://www.samsulzamzuri.com/bengkelwordpress dan gunakan kupon supersave250 untuk mendapat diskaun.

Bengkel wordpress ini merupakan satu peluang yang baik untuk anda mendalami perisian wordpress, iaitu perisian blogging yang paling popular.

Comments

  • 03-22-2009
    12:49 am

    Reply

    catzer

    Thanks alang kerana membantu mempromosikan bengkel ni, untuk bonus ada beberapa tambahan bonus lagi yg mungkin anda tak sangka total bonus sudah bertambah sebanyak RM200. Namun kos untuk ke bengkel telah dikurangkan RM50. Sesiapa yg teringin nak buat kedai online, autoblog, atau web jualan untuk produk clickbank mereka ke atau produk2 lain..bolehlah join. Specialnya ada forum vip untuk ahli bengkel..hehehhe..promote plak..

    Erm alang selasa ni senang ke?


  • 03-22-2009
    5:46 pm

    Reply

    hazman aka species1980

    Nampaknya sekarang dah makin ramai IM buat bengkel @ kursus…bagusla tu…


  • 05-07-2009
    11:31 pm

    Reply

    ijamidayu

    Salam bro alang,

    Sudah pun masuk ke slot kedua., Mungkin lepas nie ALANG leh turun padang sekali dengan kami.. ^_^


    • 05-07-2009
      11:35 pm

      Reply

      alang

      kalau dijemput oleh penganjur, insyaAllah saya turun


  • 05-23-2009
    6:52 pm

    Reply

    catzer

    Alang saya berbesar hati kalau alang dpt turun padang..hehehe..next bengkel pada 13 Jun ini di Sepakat Computer Consultant,Megan Avenue. Jom alang jom..hehehe


    • 05-23-2009
      8:06 pm

      Reply

      alang

      saya balik kg la masa tu. Adik saya kawin


  • 05-25-2009
    12:39 pm

    Reply

    Sapikk

    bro.. link broken…. cube tengok


    • 05-25-2009
      10:00 pm

      Reply

      alang

      link mana broken?


  • 06-09-2009
    1:46 am

    Reply

    MY

    Saya berkesempatan sertai pada 13 Jun ini, insyaAllah. Dah daftar.


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message