Google sudah tidak relevan lagi sebagai enjin carian (search engine)

Written by alang on July 1, 2006

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, ramai pemilik laman web dan blog yang mengeluh tentang “ranking” dan jumlah “page indexed” mereka telah merosot dengan teruk termasuklah laman web saya sendiri. Di sini saya tidaklah berniat untuk mengulas lanjut tentang perkara tersebut tetapi hanya mahu berkongsi satu artikel menarik yang ditulis oleh pemilik VbulletinFaq forum JoeyChgo.Â

Pada keseluruhannya, sebagai pemilik laman web yang berkaitan dengan Vbulletin, JoeyChgo memang menggunakan keyword vbulletin untuk laman web beliau dan selama beberapa tahun, laman beliau berada pada kedudukan teratas untuk keyword tersebut. Tetapi, semenjak BigDaddy update pada bulan April, laman web beliau mula merosot sehingga pada beberapa hari lepas, vbulletin-faq.com langsung terkeluar dari senarai 20 teratas untuk keyword vbulletin. Apa yang menarik, laman web pada kedudukan teratas bukanlah laman web yang berkaitan dengan vbulletin tetapi sebaliknya hanyalah laman web yang menggunakan “vbulletin forum software” dilaman web mereka yang mempunyai PR yang agak tinggi.

  1. www.vbulletin.com/
  2. en.wikipedia.org/wiki/VBulletin
  3. www.packtpub.com/vbulletin/book
  4. www.securityfocus.com/archive/1/437817
  5. www.securityfocus.com/bid/16128
  6. www.tivocommunity.com/tivo-vb/
  7. akismet.com/blog/2006/06/for-vbulletin/
  8. www.hardforum.com/
  9. forum.time2dine.co.nz/seo-vbulletin/ search-engine-optimize-vbulletin-98.html
  10. www.nvnews.net/vbulletin/

Jadi bagi sesiapa yang cuba mencari maklumat untuk keyword vbulletin, tentulah akan kecewa dengan hasil carian yang diperolehi dari google

Sebaliknya menggunakan keyword yang sama, hasil carian di yahoo, MSN dan Ask.com menunjukkan hasil yang lebih relevan.

Hasil carian untuk keyword “vbulletin” di Yahoo

  1. www.vbulletin.com
  2. www.vbulletin.org
  3. www.vbulletin-faq.com
  4. www.vbmechanic.com
  5. www.vbulletin.org/forum
  6. www.vbstyles.com
  7. en.wikipedia.org/wiki/VBulletin
  8. www.vbulletin-fans.com
  9. www.vbulletin-faq.com/forum
  10. www.jelsoft.com

Hasil carian untuk keyword “vbulletin” di MSN

  1. www.vbulletin.com
  2. www.vbulletin.com/forum
  3. www.vbulletin.org/forum/portal.php
  4. www.vbwebmaster.com/forums
  5. www.vbulletin-faq.com/forum
  6. www.vbseo.com/vbulletin
  7. www.siteground.com/vbulletin-hosting.htm
  8. en.wikipedia.org/wiki/VBulletin

Hasil carian untuk keyword “vbulletin” di Ask.com

  1. www.vbulletin.com/
  2. www.extremepixels.com/
  3. www.vbstyles.com/
  4. vbadvanced.com/
  5. www.vbulletin-fr.org/
  6. www.best-board.com/
  7. www.cinvin.com/
  8. www.vbulletin.org/
  9. www.vbwebmaster.com/
  10. www.transversestyles.com/

Jadi, fikir-fikirkanlah adakah kita perlu menghabiskan masa dan wang hanya untuk mendapatkan ranking yang tinggi di google? Adakah google akan hanya dikuasai oleh laman web spam seperti yang didedahkan sebelum ini disini dimana laman web yang baru didaftarkan telah mempunyai lebih 50 billion “pages indexed” dalam google

Anda boleh baca artikel asal tersebut (dalam Bahasa Inggeris) disini

Related posts:

  1. Tiada lagi google pagerank? Bagi merek

  2. Apabila berita tidak lagi berasaskan fakta Saya jaran

  3. Satu lagi teknik rahsia bagaimana mendapat ranking yang tinggi di Google dengan percuma Hari ini s

  4. Bagaimana untuk mendapat ranking yang tinggi di Google tanpa sebarang kos Report ini

  5. Kenapa perlu bermula sebagai hobi? Berikutan

Comments

  • 07-01-2006
    8:26 am

    Reply

    smartusaha

    Hmmm, blog saya pun macam tu gak.. Dulu selalu dan kekal top ten… Tapi dalam 2 atau 3 bukan lepas, jatuh mendadak. Tanya gak blogger lain kenapa, diaorang kata, google ni ‘misteri’ sikit. Susah nak faham. Tapi tidak di yahoo, my portal dan blog tetap kekal berbulan-bulan top ten. :)


  • 07-01-2006
    5:23 pm

    Reply

    hasrul

    betul jugak… saya pun kurang guna google untuk searching sejak kebelakangan ni. content tak relevant.


  • 07-02-2006
    5:05 am

    Reply

    Bagak

    saya tengok website smartusaha tempat pertama, blog tempat ke -4 (tapi kena hack) dalam google


  • 07-02-2006
    9:01 am

    Reply

    Sabri SaifulSham

    Hmm, betul la alang! saya baru semak. Sebelum ni x berapa notice sgt sbb ingat menten la..thanks for the info!
    :)


  • 07-02-2006
    5:42 pm

    Reply

    smartusaha

    Apa dah jadi? Hehe, alang? Perlu ke kita boikot? :)


  • 07-02-2006
    5:54 pm

    Reply

    alang

    nak boikot pun, majoriti internet user masih lagi guna google terutamanya yg guna firefox browser


  • 07-04-2006
    1:32 pm

    Reply

    robotys

    pada pendapat saya, google.com cuba memeningkan kepala SEOers dengan meletakkan beberapa “impurities” dalam SERPs. Sebab kalau dier keluarkan SERPs straight ikut Algorithm dier, sampai satu tahap Coders leh Reverse Engineering untuk mengetahui apakah yang google highlightkan untuk meletakkan sesebuah website di rank yang tinggi. Kan satu masa dulu Meta-tag is the main, kemudian “Backlink” pulak. Just take the “Google Dance” as a bad dance!

    ps: ranking blog saya naik pulak untuk certain keyword. :)

    pss: Rasanya google titik beratkan keyword density la kot, sebab entry blog saya yang tinggi ranking semuanya tinggi keyword density.


  • 07-04-2006
    1:34 pm

    Reply

    robotys

    By the way… google MEMANG dah tak relevan lagi (buat masa ini) sebagai search engine… gunalah Yahoo! tak pun MSN. lagi bagus.


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message