Beberapa tips menjual text link

14alang15th Oct 2006Entri, ,

Ini adalah kesinambungan daripada tulisan saya sebelum ini

Panduan mudah bagaimana untuk menjual ruang iklan di laman web anda
Panduan mudah bagaimana untuk menjual ruang iklan di laman web anda (Bahagian Kedua)

Tips yang diberikan disini adalah khusus untuk menjual text link di forum-forum yang mempunyai marketplace seperti Digital Point Forum, Sitepoint dan Earners Forum berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1. Jangan sesekali jual permanent link. Walaupun anda dapat menjual text link dengan mudah dan harganya lebih tinggi dengan cara ini tetapi untuk jangka masa panjang, ia akan merugikan anda kerana ruang untuk anda menjual lagi akan menjadi terhad. Jika anda masih ingin menjual permanent link, jangan jual lebih dari 5, dan selebihnya jual secara bulanan/tahunan.

2. Jumlah ideal untuk text link ialah 10 dan jangan jual lebih dari 20 text link kerana ia tidak akan memberikan apa-apa nilai kepada pembeli. Walaupun kita ingin mendapatkan duit dengan apa cara sekali pun dari laman web kita, tetapi kita juga harus memikirkan apakah faedahnya kepada pembeli supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat dari urusniaga tersebut.

3. Jika anda mempunyai lebih dari satu laman web, jual secara package untuk lebih menarik perhatian pembeli.

4. Sentiasa fleksibel dalam menentukan harga, kerana anda tidak rugi apa-apa pun jika anda menjualnya dengan harga yang lebih rendah dari apa yang ada tawarkan kerana tiada kos yang terlibat. Sebaliknya, anda akan lebih rugi jika anda langsung tidak dapat menjualnya.

5. Tawarkan beberapa pilihan kepada pembeli seperti harga untuk satu bulan, 3 bulan, 6 bulan ataupun setahun.

6. Jika pembeli yang sama ingin membeli lebih dari satu, tawarkan harga yang lebih rendah dari harga asal tanpa mereka minta. Ini akan membuatkan pembeli tersebut ingin berurusniaga dengan anda lagi di masa hadapan.

7. Berurusan secara profesional, jangan marah jika seseorang tidak jadi membeli dan sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima apa-apa cadangan dari bakal pembeli.

8. Sentiasa simpan rekod untuk semua urusniaga anda termasuk pm/email dengan pembeli. Ini akan memudahkan anda membuat rujukan di masa hadapan.

14 Comments Comments Feed

  1. starstreet (October 15, 2006, 2:31 pm). Reply

    am rasa nak sangat belajar pasal text link ni… cam baru dan tak banyak dengar lagi… apa kata buat ebook tentangnya… jual murah or bagi free… kan bagus… matila nak free aje!!!

    am selalu ajer tengok text link nie tapi tak tau kegunaannya… boleh huraikannya… dan kalau boleh ambil la protege… bolehla belajar secara serius…

  2. RajaBLog.info (October 16, 2006, 12:16 am). Reply

    alang, kalau website kita tak popular atau tiada page rank, adakah ini bermakna kita tak boleh @ tak laku jual text link kita?

  3. alang (October 16, 2006, 6:03 am). Reply

    biasanya org beli textlink atas dua sebab iaitu utk PR/SEO dan utk traffic. So, kalau website kita takde kedua2 ni, apa benefit kepada pembeli jika dia beli text link dari website kita.

    Selain menjual text link, saya jugak byk membeli text link utk website saya, jadi saya tahu apa yg pembeli mahukan bila mereka hendak membeli text link.

  4. cikgubiz (October 16, 2006, 6:25 am). Reply

    starstreet same le kita. masih belum tahu apa kegunaannya.

  5. sAf-OnE (October 16, 2006, 9:20 am). Reply

    Saya masih samar2 lagi.. Detail Alang plz..

  6. Noorizam Shah (October 17, 2006, 2:13 am). Reply

    best la topik ni alang… akan cuba dipraktikkan.. :)

  7. skyjuice (October 17, 2006, 9:05 am). Reply

    OK Alang nice info :D tapi saya nak mintak pandangan alang ar cuba alang tgk website saya dan alang rasa texlink pada harga berapa patut saya letak kalau saya nak jual text link?

    PR = 0

    setiap hari
    Average Unique Visitor = 50-100
    Pageview = 200-500

    web ni baru je buat.

  8. alang (October 17, 2006, 9:23 am). Reply

    @skyjuice – jgn kecil hati saya cakap kalau buat masa skrg susah sikit nak jual dari website you, sbb nampak sgt site still under construction. So lebih baik siapkan website dulu, termasuk layout dan content dia baru fikir cara nak buat duit dari website tersebut. Sbb tu dlm pembikinan website, perancangan amat penting. Nanti saya explain detail pasal ni dlm tulisan yg berikutnya.

  9. skyjuice (October 17, 2006, 10:28 am). Reply

    haha alang lupa lak muka depan tu memang still under construction tapi kat sini rasanya dah ok dah

    wordpress.softplug.net

    hehe saya tak kecik ati nya lagipun pandangan sifu kena la ambik berat gak kan :D

  10. alang (October 17, 2006, 10:45 am). Reply

    selalunya kalau website baru tanpa PR, susah sikit nak jual. Paling tinggi pun mungkin dlm $20 USD setahun kalau berdasarkan 50 – 100 visitors.

  11. ahmad uzair (October 19, 2006, 5:15 am). Reply

    tengok pada keyword yang kita pakai.dan content yang memang berkualiti.walaupun blog aku xde PR,still lagi boleh dapat 50> visitor sehari.dan adsense aku dalam USD 1.50 sehari.paling tinggi USD 5.73 sehari.Aku baru launch blog aku dalam bulan 9 hari tu.tapi text link aku xleh nak buat pasal dia nak PR 4 minimum.ni yang x syok ni.alang,ade x tempat kita boleh daftar untuk jual link ads tanpa tengok pada sesebuah PR website tu.

  12. Galadriel (October 23, 2006, 6:31 am). Reply

    Thanx again Alang for another nasihat bernas dan berguna pada semua!
    Selamat Hari Raya esok dan semoga Alang dimurahkan lagi rezeki pada bulan Syawal nanti! InsyaAllah.

  13. sham (October 24, 2006, 3:23 pm). Reply

    Alang..kalo TLA dah approve,camana nak letak code dia?..Kene create xml fail lagi..still tak camana ia beroperasi..

  14. pekalonganvesper (January 26, 2009, 11:35 am). Reply

    hey..senang baca2 di artikel kamu
    bagi pemula, apa yang cocok untuk dimulai dalam brbisnis online??
    kasih rekomendasi nya yang paling mudah..terimakasih..
    cayoo

Add a Comment