Aku, PPC dan CPA.

57alang20th Apr 2009Entri, , , ,

Meminjam tajuk komik percuma Kartunis Ubi “Aku, Dia dan Test, saya nak ceritakan di sini 2 minggu pengalaman saya belajar tentang PPC dan CPA.Apa? Baru nak belajar? Kat dah 4 tahun buat bisnes internet secara full time. Ok sebelum anda tanya soalan di atas, baik saya jawab dulu. Ya, memang saya dah hampir 4 tahun (bulan Ogos ni genap 4 tahun) buat bisnes internet secara sepenuh masa dengan berpejabatkan di bilik belakang sebelah dapur rumah saya dan beruniformkan kain pelekat dan t-shirt pagoda. Tetapi dalam tempoh itu, saya cukup phobia dengan affiliate program, PPC dan juga CPA

Oh ya, sebelum anda bertanya lagi, baik saya bagitau apa itu affiliate program, PPC dan juga CPA. Affiliate program ni kiranya program yang anda join untuk mempromosi sesuatu produk. Ada program affiliate yang dikelolakan oleh individu yang mengeluarkan produk itu sendiri dan ada juga melalui orang tengah seperti Commission Junction dan juga Clickbank.

PPC pula adalah satu cara promosi berbayar. PPC bermaksud Pay Per Click di mana antara program PPC yang paling popular ialah Google Adwords, Yahoo Search Marketing dan juga MSN Ad Center.

CPA pula adalah singkatan untuk Cost Per Action di mana anda akan dibayar jika pelawat yang anda promosikan itu melakukan sesuatu action di laman web pengiklan. Action ye, bukan eksyen. Action yang biasanya dilakukan adalah mengisikan alamat email, mengisikan zip seluar, memberikan no telefon, menjadi ahli untuk laman web tersebut dan sebagainya. Biasanya, pelawat tidak perlu membayar ataupun mengisi maklumat kewangan mereka. Kadang-kadang, hanya satu bahagian sahaja yang perlu di isi iaitu email sahaja, zip code sahaja ataupun no telefon sahaja.

Poyo je saya dok terangkan kat atas entah-entah anda semua dah lebih tahu dari saya.

Wah, senang bukan nak buat duit dengan CPA ni. Kalau ada sesiapa yang cakap macam tu memang ada udang di sebalik batu. Memang dia nak jual ebook ataupun nak buat personal coaching. Sebenarnya nak buat duit dari program CPA ni amat susah, malah mereka yang dah lama dalam bidang ni dan mendapat beribu-ribu $$ sehari pun masih mengatakan susah nak buat duit dari CPA ni tanpa ilmu pengetahuan yang betul.

Buktinya? Ok di bawah ni merupakan screenshot akaun Adwords saya untuk bulan lepas. Wow $214.63 sehari, banyaknya. Bagi la tips sikit.Untitled.png

Oh ya, $214.63 tu bukan jumlah yang saya dapat, tetapi jumlah yang saya keluarkan untuk mengiklan di sana.

Dan berapa pulangan yang saya dapat hasil dari pelaburan di atas? $27. Twenty Seven, Dua Puluh Tujuh. Kot-kot ada orang ingat saya salah tulis.

Jadi kalau ada sesiapa lagi yang kata senang nak buat duit dengan CPA meh sini saya nak lempeng sekali. Tetapi adakah bermaksud yang saya dah give up dengan CPA dan bertaubat tak nak buat lagi. Tak jugak, sebenarnya kerugian tu la yang memberikan saya semangat untuk terus belajar. Sebab saya tahu tak mustahil pun nak buat duit, malah ada yang dapat beribu $$ sehari. Bukan Mat Saleh, orang Melayu dari Malaysia. Dan dia lah antara penyebab saya memberanikan diri untuk belajar PPC dan CPA ni, walaupun saya dah kenal dengan PPC dan CPA 3 – 4 tahun dulu.

Antara langkah yang saya ambil untuk nak belajar PPC dan CPA ini ialah dengan membeli satu report yang dijual di DP dengan harga $9. Report tersebut juga ditulis oleh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Selepas membaca report tersebut dan atas saranan penulisnya, saya menjadi ahli di PPC-Coach.com iaitu satu laman web keahlian berbayar yang mengajar tentang PPC. Laman web ini mempunyai beberapa seksyen antaranya ialah video latihan PPC dan CPA, tools untuk membina landing page dan juga untuk nak track pengiklanan kita, tools untuk nak buat iklan adwords dengan cepat dan mudah dan sebagainya. Selain itu, ia juga mempunyai forum yang cukup aktif yang membincangkan tentang teknik-teknik menjana pendapatan dengan CPA.

Oleh kerana forum ini merupakan forum tertutup dan perlu membayar untuk menyertainya, maka banyak yang boleh dipelajari dari sini. Seperti DP pada tahun 2004 dulu, bukan DP sekarang yang penuh dengan spammers dan scammers. Oh ya bercakap tentang spammers dan scammers di DP ni, saya ada satu cerita nak dikongsikan. Pada bulan lepas, saya menjual report Rahsia Mega di sana (English version) dan ada seorang mamat dari India yang asyik minta review copies. Apabila saya tak bagi review copies, dia mula memanggil saya spammers. Saya pun pelik juga apa yang saya spamkan sebab saya iklankan di tempat yang betul. Rupa-rupanya, dia nak cakap saya ni scammer yang cuma nak scam pembeli di sana. Jadi bagi anda yang aktif di forum, sila fahami dulu maksud scammers dan spammers sebelum anda mula memanggil orang dengan panggilan tersebut, kalau tak nanti malu sendiri.

Ok, berbalik pada forum di PPC-Coach.com, memang banyak teknik-teknik yang di ajar di sini yang saya sendiri masih belum habis membacanya. Dan oleh kerana keahlian di forum ini di bayar secara bulanan, maka untuk bulan pertama, anda hanya dapat belajar teknik-teknik tertentu sahaja, khusus untuk bulan pertama. Kiranya teknik ini khusus untuk orang yang masih baru dalam bidang PPC dan CPA. Dan teknik yang diajar juga adalah yang paling senang. Ok saya cakap paling senang, bukan bermaksud senang ye. Jangan lempeng saya. Yang paling senang pun sebenarnya susah bagi saya, tapi saya yakin sebelum habis bulan ni, saya akan mula mendapat untung.

Sebut tentang untung, dalam permainan PPC dan CPA ni, BOROI amat menting. ROI ini bermaksud Return of Investment di mana anda akan mengira berapa jumlah keuntungan yang anda perolehi bagi setiap pelaburan yang dibuat. Kali terakhir saya amat mementingkan ROI ini adalah semasa saya aktif dalam web direktori kerana seperti PPC / CPA, pelaburan yang bijak memastikan anda mendapat ROI yang tinggi. Buat masa sekarang, ROI saya masih lagi negatif.

Selain pelaburan di atas, saya juga membeli beberapa software khusus untuk membantu saya mempercepatkan proses pembinaan landing page untuk setiap promosi dan kempen yang saya buat.

Selain itu, saya juga membeli satu lagi report dalam BM yang ditulis oleh orang Melayu / Malaysia yang mendapat pendapatan beribu-ribu $$ sehari. Walaupun sudah banyak ilmu yang saya pelajari di PPC-Coach.com saya tetap membeli report ini kerana ingin mengetahui bagaimana approach yang diambil oleh orang kita. Dan sememangnya tak menyesal saya beli kerana ianya berbeza dengan apa yang saya belajar di PPC-Coach.com dan saya sekarang sedang cuba untuk menggabungkan kedua-dua teknik ini yang sekarang ini masih dalam peringkat eksperimen.

Report ini di namakan Panduan Pemasaran CPA dan ditulis oleh saudara Uzairubiah dan anda boleh membelinya dengan harga RM 47 di sini. Mengikut kata penulisnya, report ini hanya akan dijual sebanyak 100 unit sahaja dan selepas ini, ada lagi beberapa report susulan dan juga video latihan khusus untuk mereka yang telah membeli report ini.

Belajar PPC / CPA ni seronok sebenarnya dan dah lama saya tak rasa seronok belajar tentang sesuatu perkara yang baru. Kali terakhir saya rasa seronok macam ni ialah ketika belajar tentang Adsense 6 tahun dulu. Walaupun banyak masa dan tenaga yang dihabiskan tapi bila dah dapat hasil nanti kita akan rasa berpuas hati. Walaupun sekarang ni saya masih dalam kerugian, tetapi saya tidak menyalahkan report yang saya beli ataupun ilmu yang saya perolehi dari PPC-Coach.com. Saya tahu saya rugi kerana ilmu saya masih belum cukup dan saya perlu belajar dan berusaha lebih lagi.

Jadi untuk belajar PPC / CPA ini, anda perlu ada modal, perlu ada rajin belajar dan berusaha, dan perlu sabar.

InsyaAllah saya akan menulis lagi tentang progress saya dalam PPC / CPA ni dalam tulisan akan datang.

57 Comments Comments Feed

  1. XploR (April 20, 2009, 10:32 pm). Reply

    Suke makan lempeng Alang nih. haha
    Tak lame Alang nih, kejap lagi ratus2 dolar sehari la tuh income dr PPC ;)

    • alang (April 21, 2009, 1:20 pm). Reply

      Sekarang ni nak target puluh2 dulu sehari. Tapi $10 sehari pun tak lepas lagi, so tak tau la bila boleh sampai ratus2.

  2. 7 Lubang Duit Internet (April 21, 2009, 2:20 am). Reply

    Wah tulisan alang kali ni nampak sempoi.Best plak baca cite alang berceloteh.Knowledge memang superb.hehe

  3. Ahmad Uzair (April 21, 2009, 3:53 am). Reply

    Terima kasih Alang kerana membuat post tentang produk Panduan Pemasaran CPA ini. Harap sekiranya Alang ada apa-apa pertanyaan, boleh sahaja menghubungi saya.

    • alang (April 21, 2009, 1:20 pm). Reply

      Saya harap lagi ramai beli produk you tu lagi bagus. Nanti boleh la sama2 berbincang macam mana nak tingkatkan income.

  4. sabahdaily (April 21, 2009, 1:13 pm). Reply

    memang best info alang ni….simple dan penuh bermaklumat..bukan bodek ya..he he

    tapi memang penting bagi mereka yang ingin menjalankan program PPC dan CPA ni….mungkin lepas ni alang boleh kongsi lebih lanjut tentang perkara ni…

    • alang (April 21, 2009, 1:19 pm). Reply

      Bila saya dah betul2 boleh buat duit saya akan kongsi lebih lanjut. Sekarang ni, saya pun tak tahu nak kongsi apa.

  5. missctrahayu (April 21, 2009, 7:19 pm). Reply

    salam. tq alang bagi info berguna, saya dah lama nak tau ap tu cpa, dan cara ianya berjalan, dengan entry terbaru ni, boleh la saya wat sebagai panduan. ada kemuykilan, saya boleh tanya kan, he

    • alang (April 21, 2009, 7:40 pm). Reply

      Kalau you tanya, saya boleh jawab setakat yg termampu sebab saya pun baru lagi. Kalau you betul2 nak belajar, saya nasihatkan join forum yg saya tulis kat atas ataupun beli ebook saudara Uzairubiah tu.

  6. amirol (April 21, 2009, 8:33 pm). Reply

    Tersenyum ajer saya membaca post alang nih. Rasa syok sendiri pulak saya dok tersengih – sengih nih. :D … Anyway alang, selamat sukses dengan CPA and PPC. :)

    • alang (April 21, 2009, 8:52 pm). Reply

      you dah power bab PPC dan CPA ni sebab tu la tersengih-sengih. Tapi takpe, saya tahu yg it just a matter of time jer utk nak saya master bab ni. Sekarang saya spent at least 5 jam sehari dok baca, testing dan macam2 lagi dan saya target dalam 2 bulan utk saya mula dapat untung.

  7. BAGAK (April 22, 2009, 1:05 am). Reply

    Inilah yang patut ada pada jiwa Melayu, belajar dan terus belajar.

    Bukan nak duit cepat jer.
    Duit akan datang kemudian bila kita dah berilmu.

    • alang (April 22, 2009, 1:13 am). Reply

      betul tu bagak, belajar ni sampai bila tak habis. Terlalu banyak ilmu utk nak dipelajari.

  8. Amzani Mokhtar (April 22, 2009, 5:29 am). Reply

    Alamak, bila alang bukak post pasal PPC dan CPA ni, baru aku teringat…. aku ada lagi $100 credit dalam adwords dan $160 kat dalam YSM tak berusik dah dekat 2 bulan… aduuhhhhh…. busy sampai tak ingat ada duit tertinggal dalam tu.

    • alang (April 22, 2009, 7:39 am). Reply

      kalau agak2 tak nak guna tu, hulur2 kat saya :D . Sejam jer saya boleh habiskan tapi untung belum tentu la.

  9. poshbeck (April 22, 2009, 9:15 am). Reply

    mcm mane nih… lempeng pun x tau nak wat…apakan plak ppc n cpa…. huhuhuh.. mcm mane pun, taniah alang sbb rajin sgt2 blaja n berusaha, tewas btul saya ngan cara alang nih..

  10. titan (April 22, 2009, 9:28 pm). Reply

    hoho. alang. PPC dan CPA ni memang best. dulu, aku main teknik percuma aje. Main review aje. Alhamdulillah. Still leh sebat 100 dollar ke atas setiap bulan.

    Sekarang, bila main PPC, alhamdulillah. Tiap2 bulan senyum aje dok tengok cek yang kaler macam-macam sampai rumah. Yang masuk paypal. Alhamdulillah. Dulu tak macam sekarang, takde info. takde orang nak share sebab diorang pun tak tahu sangat.

    Tapi sekarang, ramai pakar PPC dan CPA. SO, kita belajar je dari orang yang dah pakar dan pandai. So, kita pun leh tahu. Aku ingat nk beli gak report uzairubiah nih. Mungkin ada ilmu PPC dan CPA yang aku tak pernah jumpa. Leh tambah income lebih kalau kene dengan cara yg aku belajar selama ni. :)

    • alang (April 22, 2009, 9:47 pm). Reply

      Wa ko pun terer PPC jugak ker? Boleh la aku belajar dgn ko pulak. Aku dah 2 minggu masih dok merah lagi ROI.

      Report uzairubiah memang best, bukan setakat teori jer, dia ada bagi blueprint macam mana dia setup campaign. So, ko boleh follow step by step.

      • titan (April 24, 2009, 3:21 pm). Reply

        mana ada terer. Main hentam aje mula-mula. ROI memang sakit kalau campaign ppc tak menjadi. Nasib dapat sales yang leh cover cost ppc. Haha..tp landing page kene power la. Landing page out, traffic banyak mana pun, susah nk dapat sales..

        Insya-ALlah, aku beli report dia. Tambah dan kasi mantop apa yang perlu. :)

        Kalau main ppc+facebook. CPA memang leh wat duit. Hehe..aku hentam gak sekali dengan zangocash. Haha..

  11. catzer (April 23, 2009, 8:16 am). Reply

    Yup alang PPC/CPA ni kalau takde modal yang ingin dileburkan lupakan jerklah…hehehe

    • alang (April 23, 2009, 11:36 am). Reply

      cewah, otai PPC / CPA bersuara. Bila ya nak boleh personal coaching dgn you. Nak coaching dgn sifu you Uzairubiah tak mampu, coaching dgn best student dia pun kira ok la

  12. haris (April 23, 2009, 7:46 pm). Reply

    wah seronok plk dgr CPA ni…ermm nak try gak ler :)

    • alang (April 23, 2009, 8:13 pm). Reply

      Memang seronok dan boleh nak try, tapi kena ada modal la. PPC / CPA ni saya rasa betul2 business model la sebab ada kos, profit ROI, semua tu. Kalau sebelum ni saya buat website, kosnya hanya domain & hosting, pastu dari segi masa nak update dan promote jer.

  13. Farizal (April 24, 2009, 5:15 pm). Reply

    Alang,

    Cara penulisan kali ni jauh beza dengan post yg lepas². sy igtkan org lain yg tulis :) Agak santai dan tak terlalu serius…

    Saya rasa, cara penulisan mcm ni lebih menarik dan lebih santai.

    Adakah ianya berlaku secara spontan atau sememangnya Alang mahukan perubahan dari segi cara penulisan di blog http://www.samsulzamzuri.com ?

    • alang (April 24, 2009, 11:13 pm). Reply

      nampak sangat dah lama tak masuk blog saya ni :p

      Kalau you baca, gaya penulisan saya mula berubah lepas JomSeminar yg lepas. Sblm tu org tak kenal saya, dan ingat saya seorang yg serius, jadi tulis kat sini pun serius jer. Tapi lepas diorang dah jumpa dan tahu macam mana karakter saya yg sebenar, jadi saya rasa tak payah la nak paksa diri tulis serius2. Saya tulis apa yg terlintas dan ikut mood la. Kalau tgh mood serius tu, memang ada jugak yg saya tulis serius.

      • Farizal (April 25, 2009, 6:45 am). Reply

        hohohoh… ye lah Alang, saya mmg tak masuk blog alang agak lama. Sebab saya subscribed RSS Alang :D Theme ni pun saya x tau bila tukar. keh keh keh…

        tapi xpe, teruskan cara penulisan sebegini kerana sy percaya ramai yg suka :D

        • alang (April 25, 2009, 1:37 pm). Reply

          theme yg skrg ni pun rasa tak kekal lama. Tgh dok usha beberapa theme kat themeforest :D .

  14. newbie (April 25, 2009, 3:07 am). Reply

    salam. saya baru nak start belajar,cube2 n survey2 cari income yg betul dari net. informative jg blog ni n dah lame rupenya wujud blog ni.
    ketinggalan sungguh sy dlm pkre ni.
    lps review bbrpe article kat sini, nmpaknya ade perubahan pendapat saudara yg bg impact jg kat sy~

    Selepas setahun~~”Bagi saya, terlalu banyak ilmu di dalam internet yang boleh kita pelajari secara percuma.”
    Selepas hmpir 4 tahun~~”Jadi untuk belajar PPC / CPA ini, anda perlu ada modal,…”

    p/s : pening googling n susahnya seorg newbie slow learner yg tak bermodal
    anyway thanks for this informative blog

    • alang (April 25, 2009, 1:36 pm). Reply

      kalau takde modal pun takpe, cuma kena rajin mencari, rajin membaca, trial and error, rajin berusaha dan jgn cepat putus asa. Kalau belum join forum wangcyber, boleh join, kat situ banyak maklumat yg percuma.

  15. NS (April 25, 2009, 5:36 pm). Reply

    Wah, otai pun masih belajar. Nampaknya saya kena lebih gigih lah. :p

  16. FREE RAHSIA JUTAWAN CBC (April 27, 2009, 12:54 am). Reply

    susah juge ye alang……isk2…….org yg bojak sentiase belajr dr kegagalan… :D

  17. FREE RAHSIA JUTAWAN CBC (April 27, 2009, 12:55 am). Reply

    ralat :- bojak tu salah eja….bijak yg sebenarnye…. org yg bijak sentiase belajr dr kegagalan

    • alang (April 27, 2009, 1:02 am). Reply

      ingat you nak cakap org yg botak tadi? :D

      Tapi saya memang dah nak botak pun skrg, membaca byk sangat kot.

  18. FREE RAHSIA JUTAWAN CBC (April 27, 2009, 1:32 am). Reply

    haha……otak byk pikir…tu yg hampir botak tu alang….:D

    • alang (April 27, 2009, 8:24 am). Reply

      takpe, org cakap botak ni nampak macam org kaya :D , biar la tak kaya pun.

  19. XploR (April 27, 2009, 2:46 am). Reply

    erk, theme business solutions ni cun ni dah Alang. Nampak esklusif. Nak tukar2 lagi ke? :D

    • alang (April 27, 2009, 8:23 am). Reply

      yg ni confirm tak tukar dah for at least 1 tahun la. Tgh tunggu designer theme ni buat special customization utk saya :D .

      Beli la theme ni kat themeforest.net, $25 jer.

  20. AmirulFaisyal (April 27, 2009, 6:08 pm). Reply

    Honestly dulu waktu saya main PPC >> CPA, bila ‘kena’ dengan waktu dia (season, right keywords, right landing pages), memang masyuk. ROI pun boleh sampai 1000%.

    Semalam waktu bengkel wordpress catz ada jumpa Uzair, dia memang hebat bab2 PPC >> CPA ni, dan dia ada jugakla kongsi sikit2 rahsia dia, kalau ada yang nak belajar pasal CPA ngan PPC ni memang saya suggest belajar dari Uzair la.

  21. Syed Ikhwan (April 28, 2009, 6:00 pm). Reply

    :) huhuhu tahniah Alang. Melangkah setapak lagi untuk pasif earning. Dah bleh dah tu nak pushh $700 sehari. :D

    • alang (April 28, 2009, 7:16 pm). Reply

      pasif apa bende, sakit pala otak aku nak research keyword. So, ko pun tahu la kan kenapa aku tak turun main ping pong lately ni :p

      • Syed Ikhwan (April 28, 2009, 11:56 pm). Reply

        huhuhu… tak kira, khamis ni ko kena turun gak! hehehehe… kalau tak siva marah. hahahaha..

        mula-mula memang la, tapi nanti ko nampak flow dia, boleh buat consistent.

        • alang (April 29, 2009, 12:00 am). Reply

          hehe, khamis ni confirm turun. Mesti siva dah terer dan tak sabar nak kalahkan aku. Aku dah sebulan tak main tak tau la.

          Sementara nak nampak flow tu, rabak poket pakcik. Banyak dah rugi ni. Tapi alang2 dah rugi, baik teruskan daripada nak berhenti setengah jalan.

  22. KampungBoy (April 28, 2009, 8:25 pm). Reply

    Wa…makin banyak la….income Alang
    pak cik kayo pasni
    tahniah alang
    cmnila orang berjaya
    sentiasa dahagakan ilmu

    • alang (April 28, 2009, 8:29 pm). Reply

      banyak apo, paling tinggi sehari $18 jer. Nak dapek $18 tu jgn tanyo la berapo modal.

      Tapi saya on the right path to get at least $100 net per day from CPA. Masa tu baru la pakcik kayo

      • Ahmad Uzair (April 28, 2009, 11:30 pm). Reply

        B.O.T.A.K

        Bila Otak Terang, Ada Kemajuan…

        • alang (April 28, 2009, 11:33 pm). Reply

          haha, saya suka ni. BOROI pulak apa maksudnya? :D

  23. Asian Teens (April 29, 2009, 2:44 am). Reply

    belum jumpa lubuk emas lagi tu..hehe..

  24. Rizal (April 29, 2009, 8:25 am). Reply

    “Jadi kalau ada sesiapa lagi yang kata senang nak buat duit dengan CPA meh sini saya nak lempeng sekali.”

    Tersangatlah setuju, saya tak mao lempang, nak tembak je..hehehe..

    saya sendiri pun tengah explore benda2 camni, no pain no gain, tanggung kerugian dulu, tapi pastu income masyuk…

  25. nuaeman (May 5, 2009, 9:24 am). Reply

    Aku pun sedang mempelajari apa yang disampaikan oleh uzair dalam reportnya.. teringin sangat nak ambil personal coching dia tu.. aku yakin ianya berbaloi..

    • alang (May 5, 2009, 3:27 pm). Reply

      Saya pun rasa nak ambik juga personal coaching dgn uzair, tapi kena pastikan bersedia dari segi fizikal dan mental dulu.

    • Ahmad uzair (May 12, 2009, 2:33 pm). Reply

      haha..mental memang kena kuat,tp yang penting, kemahuan tu.setakat ni, dalam 2 minggu peserta coaching saya yang betul2 newbie, dah start baut average 100 USD sehari.

      So,pada sesiapa yang betul2 nak buat, tak payah tunggu lagi.saya memang tengah betul2 semangat untuk lahirkan sorang demi sorang yang boleh buat dengan cpa ni untuk testimonial saya esok nanti.

      kalau ada yang betul2 berminat, jaminan saya, anda pasti tersenyum lebar.teknik dan triks tu dah ada depan mata.cuma tak perasan mcmana nak gunakannya sahaja.

      • alang (May 12, 2009, 2:37 pm). Reply

        ramai yg berminat, tapi dari segi bayaran tu yg buatkan ramai tak bersedia fizikal dan mental :D .

        Saya dah masuk bulan kedua ni, ROI semakin baik walaupun belum dpt $100 sehari.

  26. Ahmad Uzair (May 12, 2009, 3:34 pm). Reply

    haha..memang harga tu agak susah sikit nak dicernakan. Sebenarnya ada sebab saya letak harga mcm tu.

    Itu menentukan samada mereka serius atau tidak.saya tapis sape yang nak ambil coaching.

    sekiranya mereka bermimpi nk buat ribu-ribu sehari,tp agak kemut nak kuar RM 5200 sekali seumur hidup bayar, memang susahla sikit.

    tp tdk mengapa, kalau ada sesiapa yang nak mintak pengurangan ker, bantuan ker, sy akan lihat dulu mcmana.kalau boleh kurang,saya kurangkan.

  27. Ebook CPA Percuma (May 13, 2009, 3:02 am). Reply

    Saya percaya Uzair adalah mentor yg terbaik dalam PPC/CPA nih, maklumlah dan dekat 3 tahun tenggelam dalam dunia CPA nih

  28. Mari Belajar PPC | Samsul Zamzuri (May 15, 2009, 11:18 am). Reply

    [...] tulisan saya yang lepas iaitu Aku, PPC dan CPA. Dalam tulisan tersebut, saya telah menulis tentang bagaimana saya telah mula belajar tentang PPC [...]

  29. trg7ija (May 19, 2009, 3:35 pm). Reply

    Hoho..bagus2..saya dalam proses dah ni…InsyaAllah akan join jugak kalau ade kekosongan nanti..sekarang tgk struggle ngan esaimen + exam final lak..lepastu pulun la belajar ngan bro uzair..

  30. persada (February 26, 2010, 10:00 pm). Reply

    ha… salam bro, baru ku tahu apa itu PPC & CPA..b4 ni asyk dgr jer..tq2 bro da info yg berguna walaupun skit tp amat bermakna bg sy yg new-b ni, trimas.. :)

Add a Comment