mmmzr.com, unik dan kreatif

Written by alang on October 31, 2006

Walaupun konsepnya berasaskan daripada laman web Alex Tew, tetapi ianya lebih menarik kerana pembeli turut mendapat manfaatnya dimana mereka akan mendapat pulangan sekali ganda daripada jumlah harga yang mereka beli. Dan apa yang menarik lagi, tidak ada limit untuk berapakah button yang akan dijual dan saya tidak terperanjat jika dalam sedikit masa lagi, harganya akan mencecah enam angka (pada masa post ini ditulis, harga tertinggi ialah $8192.00)

Pengajaran yang boleh didapati daripada website ini ialah kita hendaklah berfikiran kreatif (think outside the box) dan berani mencuba. Walaupun sudah terdapat banyak laman web yang cuba meniru konsep mmmzr.com ini, tetapi saya percaya seperti milliondollarhomepage.com, yang pertama akan mendapat sambutan yang lebih baik.

Jadikan ini sebagai satu motivasi untuk diri anda (termasuk diri saya sendiri) untuk mencuba sesuatu yang lain dan meletakkan nama Malaysia di antara sejarah internet.

Comments

  • 10-31-2006
    5:01 pm

    Reply

    anonymouse

    yang ni http://www.buynothing.com/nothing.htm
    malaysian punya. dulu dia buat macam konsep milliondollarhomepage tu, tapi sekarang dh tukar pulak. Apa pendapat Alang?


  • 10-31-2006
    11:35 pm

    Reply

    Azahari

    Satu lagi teknik pengiklanan berkesan.Webmaster tersebut gunakan inovasi untuk menghasilkan sesuatu yang lain dari yang lain.Kreatif ni tiada batasan..kekadang tu tengah sibuk pun boleh dapat idea walaupun apa yang sedang kita lakukan tidak berkaitan pun dengan apa yang kita fikirkan.


  • 11-01-2006
    1:26 am

    Reply

    GigiBiru

    Saya sungguh teruja dengan website-website macam ni dan selalu tercari-cari kat mana saya boleh cari website-website sebegini yang boleh dijadikan inspirasi


  • 11-01-2006
    8:08 am

    Reply

    automate

    website sebegini nampak sangat menguntungkan pemiliknya. Seseorang pelanggan melabur dengan harapan ada yang akan melabur dan kemudian mendapat ganjaran pulangan. Makin lama makin tinggi nilainya . Wow risko juga bagi peserta yg terkemudian .
    Satu lagi penggunaan domain (mmmzr.com) yg pelik mampukah menarik trafik. Apa jaminan yg website ini di kunjungi ramai pelawat? kalau kurang trafik mcmamana nak jual. Apa jaminan webmaster yg websitenya akan dikunjungi ramai pelawat untuk menguntungkan pelanggannya? Takkan pelanggan nak buat promosi percuma untuknya setelah bayar beribu-ribu.


  • 11-01-2006
    9:32 pm

    Reply

    Sagech

    konsep website ini memanglah bagus.

    tetapi, kalau difikir dari segi yang lain, konsep website ini adalah seakan-akan skim yang memerlukan anda untuk mendapat “Referrals” untuk menyertai skim tersebut. Duit yang dilaburkan pula diputar-putar dalam kalangan ahli.


  • 11-03-2006
    3:11 am

    Reply

    alhafiz3d

    saudara Alang minat betul dengan site macamni ye.. :)
    Selamat Hari Raye


  • 11-03-2006
    6:32 am

    Reply

    cikgubiz

    Menarik jugak website tu ye.


Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message