Ulasan Panduan Membina Forum phpBB
Written by alang on May 4, 2009
Ulasan yang saya akan tulis ini merupakan ulasan berbayar dan saya juga turut memberikan testimonial dan menjadi ahli Affiliate untuk produk ini. Tetapi ianya tidak sama sekali mempengaruhi ulasan yang akan saya berikan.
Sebelum saya bersetuju untuk menjadi affiliate atau memberikan testimonial untuk sesuatu produk, saya akan minta produk itu dahulu dan nilaikan. Jika saya rasa produk itu bagus, saya akan bagi testimonial dan bersetuju untuk menjadi affiliate atau JV partner. Jika tidak, saya akan maklumkan apa kekurangan produk tersebut dan meminta penulis / penerbitnya memperbaiki kelemahan tersebut dan memberikan kepada saya semula atau dinilaikan.
Apabila saya dihubungi oleh saudara Maser untuk memberikan testimonial untuk produk beliau iaitu Panduan Membina Forum phpBB seperti biasa saya akan meminta dahulu produk tersebut. Saya ingatkan, ia hanya sekadar ebook tetapi rupa-rupanya satu produk lengkap yang terdiri dari 2 ebook dan 6 bab tutorial dalam bentuk video. Jadi 1st impression saya untuk produk ini begitu baik dan saya terus download kedua-dua ebook dan kesemua video tersebut.
Bagi sesiapa yang mempunyai sambungan internet yang perlahan, sila bersabar sebab file-file video ni agak besar saiznya iaitu paling besae ialah 163MB. Tapi saya rasa saudara Maser telah melakukan yang terbaik untuk mengurangkan saiz-saiz video tersebut sebab beliau telah membahagikan kepada beberapa bab, dan untuk bab 6 beliau membahagikan kepada 6 bahagian.
Seperti yang saya maklumkan, terdapat 2 ebook dalam produk ini iaitu ebook yang pertama menerangkan tentang apa itu phpBB, bagaimana cara untuk memasang dan membina forum anda. Ebook pertama yang mempunyai 24 muka surat meberikan penerangan yang cukup lengkap dan terperinci, dan saya rasa sesiapa yang tidak ada pengalaman langsung dalam pemasangan skrip sebelum ini tidak ada masalah untuk mengikutinya. Maser menerangkan dari peringkat awal iaitu bagaimana untuk setup database yang akan digunakan dalam proses pemasangan forum.Setiap penerangan pula dilengkapkan dengan gambar yang cukup terperinci untuk memudahkan anda memahami setiap apa yang diterangkan. Sila lihat screenshot di bawah sebagai contoh penerangan yang diberi
Bahagian kedua ebook ini pula menerangkan cara bagaimana untuk menggunakan hack dan mods untuk mengubah suai forum phpBB. Walaupun langkah ini agak advance, tapi cara penerangan yang diberikan, sama seperti ebook yang pertama di mana langkah demi langkah diterangkan berserta dengan gambarajah.
Jika anda masih belum dapat memahami selepas membaca kedua-dua ebook tersebut jangan bimbang kerana terdapat 6 bab video yang disertakan. Sepertimana ebook, video tutorial yang diberikan bermula dari cara-cara setup database, download dan upload phpBB, pasang phpBB di domain anda, setup forum dan pemasangan template. Semua ini dirangkumi dalam video Bab 1 hingga Bab 5.
Dalam video Bab 6 pula, ianya seperti ebook bahagian kedua, iaitu memberikan penerangan tentang hacks dan mods untuk phpBB dan cara-cara memasang.
Kesemua video-video ini mempunyai gambar dan suara yang cukup jelas dan saya pasti semua orang boleh mengikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan secara live seolah-olah saudara Maser berada di hadapan anda untuk mengajar satu persatu langkah-langkah tersebut.
Saya tak pasti berapa lama masa yang diambil oleh saudara Maser untuk menghasilkan produk ini dan apakah harga RM 50 yang dikenakan berbaloi dengan usaha beliau. Apa pun, saya ucapkan syabas dan saya rasa Panduan Membina Forum phpBB ini boleh dijadikan benchmark untuk penghasilan ebook / video untuk masa akan datang.
Sepertimana yang saya maklumkan di atas, walaupun saya dibayar untuk menulis ulasan ini, tapi saya tidak akan memberikan review yang positif sahaja. Walaupun sukar untuk mencari kelemahan produk ini (boleh dikatakan tidak ada) tapi saya rasa ada beberapa perkara yang boleh meningkatkan lagi kualiti dan memberikan lebih nilai kepada pembeli.
Walaupun saudara Maser akan menyediakan forum sebagai support untuk pembeli-pembeli produk ini, tetapi ada baiknya jika beliau menyenaraikan dahulu masalah-masalah yang biasa dihadapi dalam proses pemasangan forum phpBB ini. Masalah-masalah ini mungkin boleh disenaraikan dalam bentuk FAQ (Frequently Asked Question) jadi sebelum pembaca bertanyakan soalan tersebut, beliau sudah mendapat jawapannya dari FAQ tersebut. Dengan cara ini, ia akan menjimatkan masa saudara Maser sendiri dan menjadikan beliau sebagai pro-active, bukan re-active, iaitu beliau telah menyediakan penyelesaian terhadap sesuatu masalah, sebelum ianya berlaku lagi, bukan memberikan penyelesaian setelah ianya berlaku.
Tetapi mungkin saudara Maser merasakan penerangan yang beliau berikan sudah cukup lengkap dan terperinci (saya pun merasakan begitu) sehingga tidak akan timbul masalah jika pembeli mengikutinya. Walaupun begitu, ia akan menjadi satu nilai tambah kepada pembeli jika ada kerana dalam proses pemasangan script, kadang-kadang satu kesilapan yang kecil sahaja akan menghabiskan berjam-jam masa kita untuk menyelesaikannya.
Selain itu, faktor utama orang membina blog, forum dan sebagainya adalah untuk menjana pendapatan daripadanya. Walaupun mungkin ada sesetengah individu yang membina forum hanya sebagai suka-suka atau hobi, tapi faktor untuk menjana pendapatan dari forum tersebut tidak boleh ditolak ketepi. Ya, siapa tak nak duit kan. Walaupun mungkin bukan untuk menjana pendapatan yang lumayan, tapi sekadar untuk menampung kos bulanan.
Jadi, saya rasa lebih baik kalau saudara Maser memberikan beberapa idea kepada pembeli produk ini tentang cara-cara bagaimana mereka dapat menjana pendapatan dari forum amnya atau forum phpBB khasnya. Cara-cara menjana pendapatan ini tidaklah perlu diterangkan secara terperinci sebab tujuan asal panduan ini ialah untuk menerangkan cara-cara membina forum phpBB sahaja. Selain itu, saudara Maser tidak sebutkan langsung tentang menjana pendapatan dari forum di laman web jualan beliau. Jadi, apabila pembeli yang membeli produk ini hanya untuk belajar cara-cara membina forum phpBB sahaja, tiba-tiba turut terdapat panduan bagaimana untuk menjana wang dari forum sudah tentu pembeli tersebut merasakan ianya satu bonus dan menjadikan produk ini lebih bernilai.
Tetapi walaupun tanpa memasukkan 2 cadangan saya di atas, produk ini sudah cukup bernilai dan saya memberikan 10/10 markah untuk produk ini di atas penerangan terperinci yang diberikan beserta video dan juga harga yang betul-betul berpatutan.
Panduan Membina Forum phpBB
Penulis: Abdul Maser Abdul Ghani
Kandungan: 2 ebook dan 6 bab video tutorial
Harga: RM 50
Kelebihan:
- satu-satunya panduan phpBB dalam Bahasa Melayu
- penerangan yang terperinci
- video tutorial disediakan
- semua untuk semua peringkat
- harga yang berpatutan
Kekurangan:
- tiada
Ulasan di atas merupakan ulasan berbayar. Jika anda ingin saya membuat ulasan untuk produk anda sila hubungi saya.
Comments
Trackbacks
Submit Reply






05-04-2009
4:19 pm
titan
benda ni aku dah tau. tapi memang sakit kepala bila belajar wat dari scratch. So, aku harap panduan dapat membantu orang wat forum phpbb dengan cepat.
Biasa aku pakai mybb dengan smf aje. Simple dan mudah.
Phpbb pun mudah gak kalau tau caranya. Kalau tak tau, memang super susah.
05-04-2009
4:28 pm
alang
Ko dah 6 tahun involve kalau tak tau lagi sajer la :p
Tapi, aku rasa ramai lagi yg tak tau dan tu la tujuan panduan ni, mengelakkan org sakit kepala
Memang banyak info percuma, tapi semuanya dlm BI.
05-11-2009
1:32 am
titan
yelah. 6 tahun pun 6 tahun gak. Sebab tu aku tau. Sebab dulu, semua benda aku bedal aje. Dulu best gila berforum. sekarang, ntah kenapa rasa kureng aje…
yup. dulu semua dalam bi. Haru-biru dibuatnya. siap bawa kamus gi cyber cafe. Orang ingat aku gi study. Rupanya gi layan forum dan blog. Haha..
05-04-2009
4:27 pm
alantanblog
Kalau ada topic cara2 nak dapat trafik & jana duit lagi bagus
05-04-2009
4:28 pm
Jaws
serius!!
aku nak dapatkannya sekarang gak!!
aku mencari panduan ini dari dulu lagi..
harganya juga amat berpatutan!!
05-04-2009
7:22 pm
Maizul
Saya juga ada menghasilakan ebook dalam niche yang sama. Lepas ni banyak ebook tentang pemasaran forum pulak.
05-04-2009
9:22 pm
alang
bagus la tu. Nanti boleh bagi saya review pulak
05-05-2009
3:14 pm
reezluv
Wah..best ni..tapi masih takde masa la nak handle forum..huhu..hajat di hati tu memang nak buat forum..tapi…masa tu yang tak ada…
anyway Alang, nanti nak request Alang review my new product coming soon..:D
05-05-2009
3:29 pm
alang
Ok, saya tunggu produk you. Nanti bila saya launch new produk, sapa pulak ye nak tolong review
05-08-2009
4:52 am
baloot
salam alang,
nampaknya review ni terbaik utk saudara maser.. gud luck utk maser..
hmm, nak tanya, berapa bayaran review camni eh? aku nak alang wat review utk produk baru aku jugak la…
ni email: baloot.mx@gmail.com
05-08-2009
7:35 am
alang
Bayaran utk setiap review ialah RM100. Saya ada advertisekan service ni kat WC. Bila you plan nak launch product?
05-09-2009
1:34 pm
baloot
sebenarnya produk dah launch. tapi belum dilancarkan secara besar-besaran lagi..
nanti aku akan bagitau kat contact form tu.
bayar guna paypal bole x? jadi berapa?
05-06-2009
1:33 pm
aman
huhu..maybe lepas nie, semua CMS Forum pun perlu diketengahkan juga..
05-09-2009
1:39 pm
alang
@baloot – oh launch senyap2 ye. Bayaran melalui local bank je la, maybank atau cimb.
05-10-2009
2:35 pm
baloot
tak cukup budget lagi nak launch secara besar besaran. lagipun aku takde otai yang membantu.
semuanya berbekalkan hasil dari pembacaan ebook2 n blog2…
alang, boleh bagi detail payment ke local bank tak? cimb/maybank.
email eh.. thnx..
05-09-2009
6:45 pm
XploR
dah lame saya tunggu produk ni. InsyaAllah beli bila rasa nak guna nanti
05-09-2009
8:00 pm
alang
betul tu, kalau rasa tak guna, tak perlu beli lagi. Sebab bukan semua org ada forum.
05-11-2009
1:29 am
Sapikk
Terus terang aku cakap..aku bace sekali je web jualan mazer.terus beli!!!
.walaupun x lengkap surat jualannya..tpi aku memang da lame cri mende ni.. bukan ape.. pening pale gak nak blaja sendiri.. pale ni da serabut ngn wordpress nye..nak tmbah ngn phpbb lagi.. untung la mazer buat mende ni.. x dek org buat lagi.. niche pun masih kecil walaupun da lame wujud..
05-11-2009
9:03 am
Faiz
Dah beli ke sapikk…?
wah… cepatnyer, huhu…
btw, bro Alang, insyaAllah suatu hari nati saya perlukan khidmat review dr bro Alang utk produk saya akan datang…
p/s: phbb lebih simple brbanding ipb, etc. saya suka ipb cuma dia berbayar.
05-11-2009
9:14 am
alang
ok bila2 you nak khidmat saya, boleh hubungi saya melalui contact form.
05-16-2009
4:59 pm
Sapikk
mesti ler da beli tapi masih belum hbis bacer lagi.. banyak tol kejer.. nk gi tgok man utd lagi.. hehe..
p/s: Bro alang, x dtg bukit jalil ke nnti, man utd vs m’sia.. PEACE!
05-16-2009
5:26 pm
alang
biasa la tu sindrom pembeli ebook, beli rajin nak baca malas :p
Eh diorang dah start jual tiket ker? Saya tak pasti lagi time tu free ker tak.
05-17-2009
5:42 pm
Sapikk
belum lagi.. 1 january diorg jual.. tpi presale awal sikit boleh..
http://www.ticketpro.com.my/jnp/sports/159869-Manchester-United-Asia-Tour-2009-Malaysia.html
kang lewat, hbis kempunan.. haha