Mari Belajar PPC

34alang15th May 2009Entri, , ,

Kesinambungan tulisan saya yang lepas iaitu Aku, PPC dan CPA. Dalam tulisan tersebut, saya telah menulis tentang bagaimana saya telah mula belajar tentang PPC dan CPA sejak beberapa bulan lepas dan hingga kini, hasilnya masih kurang memberangsangkan.

Saya belajar melalui ebook-ebook yang saya beli, semuanya dalam BI, kecuali satu dalam BM hasil tulisan saudara Uzair. Selain itu, saya juga menjadi ahli di laman web ppc-coach.com iaitu sebuah laman web keahlian khusus untuk mempelajar teknik-teknik PPC.

Tetapi oleh kerana saya kurang sabar dan kurang berpuas hati dengan hasil yang saya dapat, saya telah mengambil satu lagi langkah besar dengan bersetuju untuk menjadi anak murid kepada saudara Uzair. Mungkin ada yang sudah tahu tentang coaching yang ditawarkan oleh saudara Uzair, siapa yang belum tahu, boleh membacanya di sini

Dari apa yang anda lihat di page tersebut, 2 orang anak murid Uzair yang baru sebulan belajar sudah pun mendapat pendapatan yang lumayan. Saya yang lebih lama belajar dari mereka masih belum mendapat pendapatan sebanyak itu. Dan itulah antara faktor kenapa saya mengambil keputusan untuk belajar dengan Uzair kerana saya tahu merupakan “unsung hero” dalam bidang affiliate marketing ni. Beliau tidak pernah mendabik dada di mana-mana mengaku akulah otai atau akulah pakar dan sebagainya. Orang macam ni la yang perlu kita cari untuk menimba ilmu sebab mereka akan mengajar dengan ikhlas.

Dan kalau dilihat dari page tersebut juga, bayaran untuk coaching tersebut adalah sebanyak RM 5200. Jangan takut, di sini saya ada berita baik. Ahmad Uzair telah mengambil keputusan untuk memberikan diskaun untuk perkhidmatan coaching beliau sebanyak lebih dari 80%, iaitu harga untuk coaching sekarang adalah RM1000 SAHAJA. Mungkin bagi sesetengah orang, harga RM1000 masih lagi terlalu tinggi, tetapi bagi saya yang tahu potensi ilmu ppc dan cpa, harga tersebut memang teramat murah.

Tambahan pula, bayaran tersebut adalah untuk setahun, di mana dalam tempoh itu, Uzair akan menyediakan forum khusus untuk beliau mengedarkan modul-modul dalam bentuk teks dan video. Selain itu, sebulan sekali beliau akan mengadakan perjumpaan dengan semua peserta coaching untuk mengajar secara berdepan secara percuma. Setiap perjumpaan akan membincangkan isu yang berbeza jadi jika anda mengambil keputusan untuk menyertai coaching ini, setiap perjumpaan perlu dihadiri untuk mengelakkan dari terlepas apa-apa. Oh ya, perjumpaan akan diadakan di sekitar KL.

Uzair memberi jaminan yang selepas anda belajar dengan beliau dan mempraktikkan semua ilmu yang disampaikan, anda mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya $100 USD sehari. Selain itu, beliau juga akan berkongsikan beberapa tools khusus untuk Affiliate Marketer.

Sessi coaching ini akan bermula dalam bulan Jun, dan hanya 100 peserta sahaja yang akan diambil. Setakat ni, sudah lebih 10 orang yang confirmed dan membayar untuk coaching ini termasuk saya. Jika anda terlepas sessi ini, anda perlu menunggu hingga tahun depan dan mungkin harga sudah berbeza.

Maklumat untuk bayaran adalah seperti berikut

Maybank : 155015042309
Nama : Ahmad uzair bin Ahmad Fuzi
No. Telefon : 013-2548255(hp)

Selepas bayaran dibuat, sila hubungi Uzair di no handphone beliau untuk tujuan pengesahan.

Oh ya, saya tidak dibayar untuk menulis berita ini dan saya juga tidak mendapat sebarang komisyen. Saya menulis berita ini semata-mata untuk mengajak pembaca semua menyertai saya belajar satu ilmu yang saya rasa amat berharga untuk menjadi seorang usahawan internet sepenuh masa.

Tambahan Sebelum ada yang memberikan komen yang PPC ni boleh belajar sendiri melalui ebook, forum, search kat google, trial and error dan sebagainya percayalah, jumlah kerugian yang akan anda tanggung kalau belajar cara tersebut lebih tinggi dari jumlah yang dibayar untuk coaching ini. Saya belajar tentang adsense, direktori, zangocash dan sebagainya melalui pembacaan dan trial and error dan masih boleh menjana pendapatan yang lumayan tetapi PPC ni memang berbeza. Terdapat banyak aspek yang perlu anda pelajari dan silap langkah, boleh menyebabkan kerugian yang besar. Kalau belajar adsense, anda buat silap buat tak rugi, hanya pendapatan yang berkurang, jadi anda boleh trial and error, letak placement sana sini, tukar warna iklan dan sebagainya.

market-leverage1

Gambar ini bukanlah hiasan semata-mata, sebaliknya screenshot pendapatan dari salah satu akaun CPA Network Ahmad Uzair

34 Comments Comments Feed

  1. Amzani Mokhtar (May 15, 2009, 4:10 pm). Reply

    Wow…. RM1000 jer setahun??? murah tu Alang. Tapi… saya duduk jauh lah…. beribu-ribu batu jauhnya… uwaaaaa :( ( … macam mana nak join kalau duduk jauh Alang??? bro Uzair takde coaching personal melalui YM ke?

    • alang (May 15, 2009, 4:14 pm). Reply

      coaching ni memang secara online, perjumpaan sebulan sekali tu jer face to face.

  2. Galadriel (May 16, 2009, 6:50 am). Reply

    Salamz Alang,

    Terima kasih untuk posting ni.

    Saya pun mcm Alang juga, tgh belajar PPC. Tapi saya under PPC Classroom lah.

    Saya pun rasa mcm slow juga bila coaching dari mereka yang overseas ni sebab mereka suka ambil beribu-ribu students dan tak ada personal touch.

    So, saya pun ambil juga tawaran Uzair ni kerana ia amat murah.

    Saya sekarang membayar RM1400 sebulan untuk coaching VIP di PPC Classroom.

    Memang bagus, banyak saya belajar, tapi mcm saya kata, tak ada personal touch. Kekadang response time pun lambat bila kita tanya soalan kerana ia hanya melalui helpdesk sahaja.

    At least, dengan Uzair, saya dpt telefon dan jumpa.

    Hahaha, dulu saya takut betul dgn PPC ni sebab kalau silap, duit mmg burn lah.

    Saya masih lagi dgn PPC classroom, tapi saya ambil juga coaching Uzair ni kerana Alang dah rekomen dan sebab lagi senang belajar dgn orang Malaysia sendiri.

    So selamat belajar PPC untuk kita di sini!

    Wassalam.

    • alang (May 16, 2009, 5:23 pm). Reply

      PPC Classroom RM1400 sebulan? Wow. Saya ada dengar pasal PPC Classroom tapi tak penah la pulak check harga dia berapa.

      At least saya kat ppc-coach takde la terasa rugi sangat sebab $40 USD jer sebulan.

      Saya sendiri pun tak sabar nak mula belajar jun nanti, walaupun skrg ni selalu dok kacau Uzair kat YM. haha.

  3. alantanblog (May 16, 2009, 4:06 pm). Reply

    Memang menarik offer ni ye! :-)

    • alang (May 18, 2009, 10:52 am). Reply

      cewah, kata seorang anak murid Uzair yg dah berjaya.

  4. Sapikk (May 16, 2009, 5:06 pm). Reply

    wau.. no komen pasal harge.. but really feel interesting bout dis..

    PPC saye pun msih tercungap2.. huhu

    • alang (May 16, 2009, 5:25 pm). Reply

      you belajar PPC dari siapa? Kalau belajar dgn ebook jer memang saya respek la.

      • Sapikk (May 17, 2009, 5:52 pm). Reply

        belajar sorang2 jer..huhu..

  5. Galadriel (May 16, 2009, 7:05 pm). Reply

    Oh, yang harga tu untuk VIP coaching. Kalau ahli biasa $97/month tapi tak ada coachng, cuma dpt module dan soal-jawab forum.

    Hari ni boring betul saya sebab Kiosk hosting down satu hari ni dah. So hampir semua website saya offline. :(

    Patutlah sehari suntuk tak dpt email dari marketers IM yang besar. Sebab web mereka pun ramai down.

  6. rohaizad (May 17, 2009, 12:32 pm). Reply

    Seruan untuk belajar CPA macam dah sampai je nih….

    • alang (May 17, 2009, 12:50 pm). Reply

      cepat la belajar sebelum terlambat. :D

      Jangan jadi macam saya, dah 3 – 4 tahun tahu pasal cpa dan ppc ni, tapi takde seruan nak belajar.

  7. trg7ija (May 18, 2009, 10:45 am). Reply

    Betul ke RM1000 alang??

    saya tgk kat page tu 5200 tu..

    Thru online kan??bukan face to face kan..

    RM1000 tu memang murah lah…saye dok jauh2 ni kalau face to face memang tak leh lah..

    kalau online, memang saye grab lah satu..memang ade hajat nk belajar PPC CPA ngan affiliate nih..

    Betul kata alang, belajar ngan buku saje memang makan masa…

    • alang (May 18, 2009, 10:50 am). Reply

      mungkin Uzair tak update lagi page tu, tapi memang confirm RM1000. Cuma voucher adwords, akaun aweber setahun dan juga domain serta hosting tak dapat la.

      Belajar melalui online dan perjumpaan sebulan sekali face to face.

  8. yasir (May 18, 2009, 10:58 am). Reply

    syok kalau ada duit nih…boleh belajar dengan otai…fast track…

    • alang (May 18, 2009, 11:02 am). Reply

      nak dapat duit, kena la keluar duit dulu :)

  9. Richie (May 18, 2009, 2:19 pm). Reply

    alang! saya nak join.. booking satu ngan uzair.. hehe

    • alang (May 18, 2009, 2:23 pm). Reply

      kalau nak join boleh contact sendiri uzair melalui blog beliau. Saya sekadar menyampaikan berita shj, takde commission pun :)

  10. IsteriCun (May 20, 2009, 4:20 am). Reply

    saya memang agak berminat nak belajar benda2 ni.. tapi rasanya baik saya mantapkan dulu skill komputer + asas blogging baru la lagi mantap nanti.. betul x?

  11. reezluv (May 20, 2009, 10:06 am). Reply

    wah..RM1K setahun?erm..satu offer yang menarik tuh..tapi aku nak beli DSLR dulu le.tak dapat le nak join.Tapi memang murah la kalau RM1K setahun..sampai bile ye offer ni?rasanya untuk selamanya ke?:D

    • trg7ija (May 21, 2009, 8:20 am). Reply

      hehe..dah sign up dah…tapi saya xleh start lagi..bz ngan exam..lepas exam nanti mau start full throttle punya..

      offer ni akan tamat bila cukup 100 orang rasenya…

  12. KampungBoy (May 20, 2009, 2:53 pm). Reply

    Haha…tahniah alang
    join the club
    kalau kita rasa dok pikir psai modal….
    mmg takkan bertindak punya
    kan alang?
    haha….
    jadikan ia satu perniagaan ms hadapan bukan tuk satu, dua hari semata aja….
    tapi tuk long term investment
    baru kurang rs tekanan n bebanan

  13. KisahJutawan (May 22, 2009, 4:52 pm). Reply

    assalamualaikum,

    1k setaun???menarik tu..

  14. kakeru (May 29, 2009, 11:57 pm). Reply

    Salam Alang,
    Ni la antara bende yg sdg dalam pertimbangan sekarang…uhh.. Kena pilih yg mana satu utk kita fokus. Betul kan?

    • alang (May 30, 2009, 12:04 am). Reply

      Ye la, once you dah start, no turning back lagi la, sebab kalau tak rugi la duit dah keluar.

  15. abrablog (June 4, 2009, 5:24 pm). Reply

    huhu..kene strugle lebih lagi dalam cpa nih..

  16. Amzani Mokhtar (June 10, 2009, 9:05 pm). Reply

    Yahooo…!!!! dah bayar. I am in…. tak sabar nak start dapat coaching dari bro Uzair ni. Alang, kita duduk sebelah2 yek dalam kelas. hahahahaha… sapa nak jadi ketua kelas ni?

  17. hanifisme (June 21, 2009, 1:02 pm). Reply

    ehem2…mcm bminat la pulak..hehe.. alang cakap benda ni belajar melalui online dan perjumpaan sebulan sekali face to face. nak tau kalau perjumpaan tu dibuat di mana ye..

    • alang (June 21, 2009, 1:13 pm). Reply

      perjumpaan face to face to akan dibuat sekitar kawasan KL

  18. 4 tahun sudah berlalu (August 22, 2009, 12:06 pm). Reply

    [...] banyak mengalami kerugian. Ada beberapa projek yang tak menjadi dan saya juga rugi banyak dalam PPC kerana terus terjah masuk tanpa ilmu yang [...]

  19. juan (November 24, 2009, 4:19 pm). Reply

    alang…cmne coaching ngn uzair tu? sukses? brape daily income yg anda perolehi secara purata?
    :)

    • alang (November 24, 2009, 9:55 pm). Reply

      coaching tersebut telah dibatalkan atas sebab2 tertentu. Buat masa sekarang, saya stop dulu guna ppc utk promote CPA, tengah guna cara lain.

  20. juan (November 25, 2009, 9:17 am). Reply

    owh ye ke..ingtkan da jalan lame da..hm baru smalam msg uzair, tanye ade lagi ke tak.dier kate ade..tp tak cnfirm pn lagi, juz nk tanye je ..

Add a Comment