Peluang Belajar Dengan Internet Marketer Terkenal Secara Percuma
Oleh kerana saya sekarang tengan dalam mood untuk belajar, tulisan saya sekarang pun semua pasal nak belajar jer. Jadi kalau ada pembaca yang rasa dah cukup pandai dan tak perlu belajar lagi, pergi main jauh-jauh :p. Blog ni khusus untuk orang-orang yang kekurangan ilmu macam saya yang sentiasa mencari peluang untuk belajar
Ok cukup la membebel pagi-pagi ni. Dah jadi macam blog Azwan Ali pulak dok membebel jer. Mak tak kuasa nyah!.
Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah tentang peluang untuk belajar tentang Affiliate Marketing daripada seorang Internet Marketer yang terkenal yang menjana pendapatan beratus-ratus ribu USD sebulan. Internet Marketer tersebut adalah Jeremy Schoemaker yang lebih dikenali dengan nama Shoemoney
Shoemoney baru sahaja melancarkan kursus Affiliate Marketing yang akan berjalan selama 12 minggu. Kursus ini yang diberi nama ShoeMoney Xtreme Internet Marketing Guides merangkumi topik-topik seperti di bawah
Week 1 – The Beginner’s Guide To Internet Marketing
Week 2 – Affiliate Marketing 101: Everything You Need To Know To Start Promoting Products
Week 3 – Market Research: How To Crush Your Competitors And Discover Hot Niches
Week 4 – Pay Per Click: How To Earn Cash With Each Click
Week 5 – SEO: How To Rank Higher And Increase Traffic
Week 6 – Site Creation: How To Build A Site With Zero Programming Knowledge
Week 7 – Content Creation: How To Create Articles That Attract Users And Increase Sales
Week 8 – Marketing: How To Use Social Media To Spread Your Brand
Week 9 – Make That Cash: 10 Ways To Monetize Your Site And Increase Profitability
Week 10 – Testing & Tracking: How To Optimize Your Site & Make Sense Of The Figures
Week 11 – Building Your Team: How To Network With Others And Find Long Term Partners
Week 12 – Launch Day: How To Kick Start Your Business And Manage Your Projects
Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk belajar tentang Affiliate Marketing daripada individu yang ada track record dan proven pencapaiannya, sila sertai sekarang sebelum ianya ditutup




TQ. Smalam saya register lepas dpt msg drpd twitter Alang
Saya tertarik gak tgk topik² yg bakal diajar tu. Lagipun seminggu satu topik yang perlu kita belajar. So, tak padat sangat… Kira ok lah.
thks bro…. saya dah daftar email kat opt in die…
Harus di cuba ni…
Alang, walaupun marketeer ni selalu kata boleh generate beratus2 ribu USD sebenarnya dia kelentong kita dalam 1 inportant fact.
Income beratus2 ribu tu dia dapat jual product/ebook/membership tentant “MAKE MONEY ONLINE”
Mereka menjual mimpi.
Gobala krishnan (sapa tak kenal) pada mulanya cuba jual ebook pasal VOIP (Voice over IP).
Tapi kantoi teruk… sedangkan dia memang terror bab menulis dan bab SEO.
Tapi bila Gobala tukar arah, jual ebook/membership berasaskan “Make Money Online” dan claim I dapat USD 19,000 sebulan. “Anda pun boleh dajadi macam I”
Sebenarnya tipu / tak tepat
Kalau you beli ebook dia, dan berhasrat nak jual product about “Ternakan Cacing” paling terrer pun awak boleh dapat setakat seribu 2 RM shj sebulan.
Cara sebenar buat duit adalah buat a second ebook “Bagaimana Saya Mendapat RM 2,000 Sebulan menjual buku tentant ternakan cacing”.
Ebook kedua ini adalah ebook berkenaan “make money online”. Dengan ebook kedua ini lah awak akan berpeluang buat berpuluh2 ribu sebulan dengan mengajar orangramai bagaimana kamu buat ebook cacing tadi.
Nampak tak?
Ebook ternakan cacing dapat sikit je sebulan
Ebook kedu tentang bagaimana kamu buat duit dengan ebook (pertama) cacing tu yg sebenarnya laris.
ya, saya tahu sangat kebanyakan internet marketer memang macam tu termasuk yg dari Malaysia. Tapi shoemoney ni saya kenal dari forum Digital Points lagi dan dia bukan internet marketer yg overhype seperti Joel Comm dan sebagainya. Income beliau bukan dari jualan produk atau membership tetapi sebaliknya memang dari program2 affiliate dan juga adsense.
Dan tambahan pula, shoemoney menawarkan kursus ini secara percuma without any string attached, jadi saya rasa kita tak rugi apa-apa.
Thanks for the clarification. Oleh sebab “kursus ini secara percuma without any string attached”.. saya mesti pilih!
hehe..
Wa bgs nie percuma
satu minggu satu topik
Bagus betul mat saleh nie.. Tak kedekut ilmu, semoga ada usahawan melayu kita yang ikut jejak dia..hehe
mat salleh ini teknik dia memang menarik…
dia bagi free je dulu…tapi dia collect balik…pusing 1 dunia…
kalu kita orang melayu boleh fikir macam mana dorang buat …mesti gempak…
tah – tah dalam pembelajaran ini ada…
mari kita review ..
Wahhh..satu course yg menarik tu. Bg sesaper yg nak belajar terus jer ambil ilmu tu, lagipun bukan kena byr apa pun.. Ilmu tu kita sendiri boleh nilai baik buruknya
Alang, saya dapat rasakan yg affiliate marketing dan make-money-online denngan affiliate dah ‘tepu’ di internet ni.
Bukan shj sdra susah nak buat duit dgn affiliate nih, saya pun tercungap2 jugak, walaupun dah try beberapa ebook pasal affiliate.
Asalnya dulu Jeremy Pallmer adalah antara orang awal buat USD millions dengan affiliate, but then dia buat ebook jual ‘rahsia’ buat duit dgn affiliate (ini dlm 2005 rasanya), since then semua org didunia ni try teknik yg sama.
So patutlah susah dah sekarang nak buat duit dgn affiliate.
Ataupun mungkin lebih betul kita kata dulu boleh buat duit dlm beberapa hari, then susah sikit dlm beberapa minggu. then zaman ni (2009) mungkin mengambil beberapa tahun sebelum buat duit sebab competition terlalu banyak.
eh .. macam khursus pula ni, gua fikir kalo mau berjaya dlm program affiliate, depend dgn skill n luck dah cukup .. xD