Bengkel Wordpress di Pantai Timur

Written by alang on July 16, 2009

wp336280 Bengkel Wordpress di Pantai Timur

Sebelum ni pada bulan Mac 2009 saya pernah menulis tentang Bengkel Wordpress.

Tetapi tulisan saya tentang Bengkel Wordpress kali ini adalah berbeza kerana beberapa sebab

Pertama, buat julung kalinya, bengkel tersebut akan diadakan di Pantai Timur iaitu di Besut, Terengganu.

Yang kedua, saya akan menjadi speaker jemputan dalam bengkel tersebut di mana saya akan berkongsikan cara-cara membina video blog menggunakan Wordpress. Kalau sebelum ni, saya pergi ke Pantai Timur untuk balik kampung mertua saya, tapi kali ni saya sanggup memandu jauh-jauh semata-mata untuk berkongsikan sekelumit ilmu dan pengalaman saya dalam penggunaan Wordpress.

Yang ketiga, khusus untuk peserta Bengkel Wordpress ini, saya akan memberika produk terbaru saya iaitu Pakej Video Blog secara percuma kepada semua peserta bengkel ini. Produk ini baru sahaja saya lancarkan minggu lepas dan saya jual dengan harga RM 80.00

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur Bengkel Wordpress kerana sudi menjemput saya menjadi speaker jemputan. Tahun ni tak keluar surat khabar, takde sapa jemput jadi speaker lagi. Hahaha.

Walaupun pihak penganjur Bengkel Wordpress berjanji akan menjemput saya lagi untuk bengkel yang akan datang, saya pun tak pasti sama ada saya berkelapangan pada waktu tersebut. Jadi jika anda, ingin mengetahui ilmu dan pengalaman saya yang tak seberapa dalam Wordpress ni, anda tak harus lepaskan peluang ni.

Selain itu, produk Pakej Video Blog saya hanya akan saya berikan percuma di bengkel yang saya jadi speaker jemputan. Jadi jika anda nak tunggu bengkel seterusnya untuk mendapatkan produk tersebut secara percuma, anda mungkin terlambat kerana seperti yang dimaklumkan, saya mungkin tak berkelapangan untuk menjadi speaker jemputan di setiap bengkel.

Jadi, sementara tempat masih kosong, sama-sama la kita menimba ilmu di bengkel ini. Jika anda tidak berasal dari Pantai Timur sekalipun, apa salahnya sesekali makan angin sambil belajar. Kat sana tak ada H1N1, jadi tak ada yang perlu dirisaukan.

Maklumat lanjut tentang bengkel ini boleh dilihat di http://www.bengkelwordpress.com/

Comments

  • 07-17-2009
    12:47 am

    Reply

    baloot

    alang pun dah buat announcement tu. kat blog saya pun ada;

    http://blog.balootisme.com/wordpress/bengkel-wordpress-di-pantai-timur-besut-terengganu/

    sebenarnya nak hadir, tapi tak boleh lak. ada beberapa perkara nak disetelkan d KL pada akhir julai nanti.

    klau tak, boleh borak2 dengan catzer n alang. isk, ruginya… saya tinggal kat kotabharu je utk pengetahuan alang. hee..

    nanti jgn lupa bwk balik keropok lekor tu. kat besut sedap2 keropok lekor.. :)


    • 07-17-2009
      12:54 am

      Reply

      alang

      nanti saya akan drive ke sana, tak tau lagi nak ikut terengganu atau gua musang. Mana lagi dekat yer?


      • 07-17-2009
        6:35 pm

        Reply

        Abang mat

        lalu ikut highway pantai timur,turun di jerangau jabur lagi selesa dan mudah bro alang,apa2 hal hello saya,saya kt kemaman jer,lalu sini sempat singgah minum air pekena kepok lekor jap,saya pun nakgi ni alang,dah tempah dah ni tempat ngan catzer!!!!


        • 07-17-2009
          9:36 pm

          Reply

          alang

          hari tu saya balik kelantan ikut terengganu rasa macam jauh gila. Haha. Lepas maghrib baru nak bertolak nanti, sempat ker idak nak makan keropok lekor.


  • 07-17-2009
    6:46 pm

    Reply

    catzer

    Hehehehe..erm ni lah soklan yg tak boleh sy jawap..”gps sistem” sy tak berfungsi di pantai timor..keh keh keh..nanti sy tanya pada Kasyidi, dia lebih arif. :)


    • 07-17-2009
      9:37 pm

      Reply

      alang

      saya dah tengok google map, rasa macam lagi dekat lalu ikut gua musang. Pastu dari machang terus pergi pasir putih & besut.


  • 07-18-2009
    12:04 am

    Reply

    smartzul

    Wah, rela tu drive ke sana.

    Tak apa, “tenaga batin” alang kan kuat. :p

    Saya nak juga join bengkel catzer ni. Tapi rasanya 1 Ogos ni tak dapat sebab ada program lain pada 1 & 2 Ogos.

    Selamat berjaya Alang & Catzer!


    • 07-18-2009
      12:11 am

      Reply

      alang

      apa la sangat drive ke kelantan tu zul, saya setahun 3 – 4 kali drive balik wakaf bharu kg wife saya :D

      Saya sblm ni dah banyak kali tak dpt join bengkel wordpress ni, kebetulan 1hb Ogos ni memang free, jadi jauh pun jauh la..


  • 07-18-2009
    11:52 am

    Reply

    Eruwan Gerry

    Congrats Bro on your upcoming seminar in Terengganu…

    Keep up with all the great info and all the best!


  • 07-18-2009
    6:02 pm

    Reply

    muaz alwi

    nak dekat better ikut gua musang…dari gua musang to machang n terus masuk pasir puteh..dari pasir puteh ke besut lebuh kurang 20 minit jer….


    • 07-18-2009
      9:46 pm

      Reply

      alang

      saya pun rasa camtu gak, lagipun jln gua musang ni saya dah biasa.


      • 07-19-2009
        11:35 am

        Reply

        Kasyidi

        Salam. Ya sifu Alang… memang dekat ikut gua musang. Besut ni sebelah Pasir Puteh je…

        apa2 hal kalau sesat call saya je.. :)


        • 07-19-2009
          11:41 am

          Reply

          alang

          insyaAllah tak sesat, dah 9 tahun dok ulang-alik KL-Kota Bharu.

          Btw, rumah you kat mana kasyidi? Boleh singgap pekena kopi. Hahaha


  • 07-19-2009
    2:39 pm

    Reply

    baloot

    alang, saya rasa lebih baik balik ikut gua musang. ikut terengganu jauh sangat.

    da sampai machang, pastu ikut sign board ke pasir puteh. drp p puteh, sampailah ke jertih/besut. :)


    • 07-19-2009
      2:54 pm

      Reply

      alang

      hehe, ok. Dah ramai cakap macam tu, memang saya ikut gua musang la jawabnya. Catzer & the gang nanti kena ikut jer la saya bawak jalan mana pun :D


  • 07-20-2009
    2:34 am

    Reply

    catzer

    Saya br sampai dr pasir mas, pergh..mmg penat tul perjalanan ke kelantan ni..sib baik pi rombongan kawen budak serumah..kalau tak mmg tak sanggup gak nak drive ke sana..tak biasa lagi dengan jln comei..apapun layan tido jerklah nanti dlm kete :P


  • 07-20-2009
    3:29 am

    Reply

    baloot

    nanti da sampai besut tu, jangan lupa KEROPOK LEKOR jugak alang. hee..

    gud luck ye alang. semoga bengkel wordpress di pantai timur diadakan dengan lancar.

    keadaan PC n talian internet tu penting. taklah jadi macam batch ke 3 hari tu. macam2 masalah timbul. huhu..


  • 07-20-2009
    1:54 pm

    Reply

    zool

    Jauhnya.. Apahal pun selamat berseminar


  • 07-20-2009
    2:06 pm

    Reply

    ijamidayu

    Salam.. Hahahaha.. Takper bro.. Kita saling tukaq drive.. ( Kalo bro kasi ler ) Hehehehehe.. Kena kopi umah kasyidi pun ok gak bro.. :D


    • 07-20-2009
      2:10 pm

      Reply

      alang

      apsal lak tak kasik, kalau dah letih & ngantuk… :D


  • 07-21-2009
    1:36 am

    Reply

    fakhri

    yup..kalau nk g besut, baik lalu gua musang… dari pasir putih tu dekat dah ngan besut tu..kalau tau jalan short cut, lagi lah…kasyidi mungkin tau kalau guna short cut..


    • 07-21-2009
      1:48 am

      Reply

      alang

      gua musang 4, k.terengganu 1. Hahaha confirm ikut gua musang ni.


  • 07-22-2009
    3:26 am

    Reply

    Richie

    mak aihh.. jauh catzer merantau nih..


  • 07-26-2009
    4:34 pm

    Reply

    hafisdn

    wah sampai tganu dah. sambil nyelam minum air. bagus2. xsempat join


  • 07-29-2009
    1:32 pm

    Reply

    catzer

    Heheheh..dimana ada permintaan di situlah akan di tuju. Okies..sambung keje.. :)


  • 08-06-2009
    4:00 pm

    Reply

    wan

    ooo…kg wife alang kat wakaf bharu ye…kalau balik cuti2 ke..contact lah saya…kot bleh jumpa sembang2 sambil lepak minum air…hehehe…saya duk kat tendong,pasir mas…bru lepas sertai kursus wordpress alang n catzer di jerteh..1 hb ogos


    • 08-06-2009
      7:06 pm

      Reply

      alang

      ya, wife saya org wakaf bharu. Hari tu lepas bengkel memang saya balik rumah mertua saya tido situ semalaman. Kalau tendong tu tahu sangat la saya sbb kalau balik dari KL memang saya ikut short cut situ. Masa bengkel hari tu you duduk kat sebelah mana yer, tak perasan pulak saya.


Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message