Soalan Pembaca: Bagaimana Nak Tentukan Nilai Harga Website Kita
Walaupun sebelum ini pernah beberapa kali saya menulis panduan tentang bagaimana untuk menjual laman web tetapi oleh kerana soalan yang saya terima kali ini agak berlainan dan saya ingin gunakan blog pembaca ini sebagai case study untuk rujukan anda.
assalamualaikum wbt dan slamat sejahtera.
Encik Alang yg dihormati,
saya student dan sebelum ini saya ada tangguh belajar sambil buat kerja sambilan
dan dalam tempoh tu saya ada banyak masa dan saya buat 2 laman web iaitu tv
series dan anime…kedua dua blog dah ade beratus-ratus pengunjung dan website anime dah pun
mencecah angka ribu skg.saya dah masuk belajar di IPT dan saya amat sibuk dengan belajar .memang bila
difikirkan saya sayangkan website ini..nak ckp banyak sangat income masuk tu xde la banyak sangat tapi memandangkan
website saya tu memang pdat dengan video episode anime dan tv series so saya
rasa ia ada nilai jugak.website2 ini pertengahan 2008 saya bangunkan.dan kebanyakan visitors saya pun
datang dari yahoo answer,laman youtube dan google search engine..saya buat keputusan untuk jual website2 ni.
sekg ni saya cuma nak aktif dengan affiliate dan juga create website video baru
yg mana saya dah jumpa satu software darim UK yg boleh saya guna utk bangunkan
website video yg baru dan dgn menggunakan software ni website saya akan lebih
senang diupdate berbanding kedua website yg ada skg.saya nak tanya mcm mana saya nak letakkan nilai untuk website saya ni?
nanti bila dah jual saya just bagi maklumat control panel website saya dan juga
maklumat syarikat yg pegang hosting saya tu jela kan ?bagaimana pula dengan cara bayaran?jika melalui paypal adakah ok?saya ingat nak
tawarkan kepada pengguna internet di US kerana anime dan tv series banyak
diminati oleh org sane.saya dah jumpa forum utk iklankan website saya yg mana
forum ni memang untuk free advertise dan kebanyakn pengunjung forum ni org US.lagipun website saya menerima kunjungaan tertinggi dari negara ini.
Tolong saya ya kerana saya agak kesian dekat pelawat kalau tak diupdate ti
hambar je website tu.Saya perlu jujur yg saya lebih sayangkan pelajaran saya
jadi saya mahu perutunkkan masa lebih dengan belajar dan buku…saya da tak boleh nak peruntukkan banyak masa untuk website ni lagi…jadi mcm
mana nak letak harga utk website saya?website anime: http://www.***.com
website tv series : http://www.***.comharap anda dapat membantu..
sekian terima kasih
Blog pembaca ini saya tidak dedahkan di sini atas permintaan beliau tapi daripada email di atas jenis blog ini adalah video blog. Jika anda tidak tahu apa itu video blog dan ingin mempelajari lebih lanjut tentangnya, boleh mendapatkan Pakej Video Blog yang saya baru lancarkan.
Baiklah, untuk menjawab soalan beliau tentang berapa harga yang beliau boleh harapkan untuk video blog beliau, ia bergantung pada jumlah pendapatan video blog tersebut. Tetapi dalam kes video blog, ia amat berbeza dengan blog-blog lain atau website-website lain.
Video blog mempunyai nilai jualan yang amat rendah. Kalau blog yang biasa seperti blog yang saya jual sebelum ini mempunya nilai 12 – 18 kali jumlah pendapatan bulanan, video blog hanya mempunyai nilai 3 – 6 kali jumlah pendapatan bulanan.
Ini adalah kerana video blog ini biasanya mempunyai video yang melibatkan copyright dan mungkin ada pembeli yang bimbang video blog itu kelak akan membawa masalah dari segi undang-undang kepadanya terutamanya pembeli dari US.
Selain itu, sebagaimana yang saya terangkan dalam Pakej Video Blog, video blog akan mudah untuk dibuat. Boleh dikatakan sesiapa sahaja boleh membina dan mengemaskini video blog tanpa perlu mempunyai kemahiran menulis atau blogging yang tinggi. Dan video blog juga amat mudah mendapat pelawat.
Jadi faktor-faktor ini menyebabkan jumlah video blog memang banyak dan menyebabkan nilainya jatuh. Selain itu, beberapa program-program iklan gergasi seperti Adsense, ValueClickMedia, Tribal Fusion dan sebagainya, tidak membenarkan iklan mereka dipaparkan di video blog. Jadi ini sudah tentu menyebabkan sumber pendapatan untuk video blog agak terhad. Walaupun saya menyenaraikan lebih dari 5 sumber pendapatan yang memang cukup berkesan untuk video blog, tetapi tidak ramai yang tahu tentang sumber-sumber tersebut, hanya saya dan pembeli Pakej Video Blog sahaja yang tahu.
Faktor lain yang mempengaruhi harga video blog sama juga dengan faktor harga blog yang lain, iaitu domain yang digunakan. Jika domain tersebut berkaitan dengan video blog, mudah disebut dan diingat atau brandable, pasti ia akan menyebabkan harga video blog lebih tinggi.
Jumlah video di dalam video blog tersebut juga turut mempengaruhi harga. Jika terdapat banyak video dari pelbagai tv shows, sudah tentu harganya lebih tinggi berbanding dengan jumlah video yang sedikit. Selain itu, video-video tersebut juga mestilah boleh ditonton dengan baik.
Sepertimana laman web atau blog yang lain, tempoh masa untuk mengemaskini video blog juga diambil kira. Bakal pembeli lebih gemarkan blog yang hanya ambil masa singkat sahaja untuk dikemaskini dan lebih baik jika ia dikemaskini secara automatik. Walaupun sebenarnya jumlah masa yang diambil untuk mengemaskini video blog hanya kurang dari 1 jam sehari, tapi tidak ramai yang tahu tentang teknik ini. Sekali lagi, hanya saya dan pembeli Pakej Video Blog sahaja yang tahu.
Faktor yang paling penting di dalam penjualan mana-mana blog ialah permintaan. Jika ada permintaan yang tinggi untuk video blog, secara tidak langsung, faktor-faktor di atas sudah terabai dan mungkin ada boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi. Selain itu, ada juga bakal pembeli yang lebih gemarkan video blog yang memuatkan satu tv shows sahaja dan ada pembeli yang inginkan video blog yang memuatkan pelbagai tv shows.
Selain itu, faktor yang tidak kurang pentingnya juga ialah, dari mana pelawat datang. Jika kebanyakan pelawat datang dari search engine, maka video blog tersebut akan mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding jika majoriti pelawat hanya datang dari direktori episod tv shows.
Ok dah selesai bahagian nilai website sekarang kita lihat pula bahagian seterusnya iaitu apa yang perlu dibuat. Bergantung pada perbincangan anda dengan bakal pembeli, ada yang meminta anda menukar hak milik domain terlebih dahulu sebelum mereka membayar anda. Ada pula yang membayar anda separuh dahulu dan ada yang membayar semua jumlah sekaligus, bergantung pada tahap kepercayaan mereka terhadap anda.
Tempat terbaik untuk mengiklankan video blog untuk dijual ialah di Flippa iaitu satu laman web yang asalnya berasal dari SitePoint Marketplace. Walaupun anda perlu membayar untuk menyenaraikan video blog anda di situ, tetapi ia berbaloi kerana bakal pembeli di sana lebih serius dan profesional.
Jadi adalah penting dalam proses perbincangan jual beli tersebut, anda tidak sembunyikan apa-apa fakta langsung untuk mendapat kepercayaan bakal pembeli.
Cara menerima bayaran yang terbaik ialah menggunakan Escrow di mana ia akan memegang dahulu wang yang dibayar oleh pembeli dan hanya akan memindahkan kepada anda jika urusan pemindahan hak milik selesai. Walaubagaimanapun, untuk harga jualan yang kurang dari $1000, penggunaan Escrow agak membazir kerana bayaran servis yang agak mahal selain dari anda lambat menerima bayaran kerana ia akan dibuat dalam bentuk cek.
Jadi, cara pembayaran terbaik dan yang paling banyak digunakan ialah pembayaran melalui PayPal. Pastikan anda menghantar invoice dahulu kepada pembeli sebelum mereka melakukan pembayaran untuk mengelakkan dispute claim. Biasanya, selepas bayaran penuh diterima, anda akan memberikan akses cpanel kepada pembeli supaya mereka boleh memindahkan video blog tersebut sepenuhnya ke server mereka.
Saya harap penjelasan yang saya berikan ini dapat menjawab soalan pembaca tersebut. Kesimpulannya, walaupun video blog memang boleh dijual, tetapi janganlah anda mengharapkan harga yang terlalu tinggi. Jika anda menerima tawaran harga 5 kali ganda pendapatan bulanan, ia dikira sudah cukup baik.
Tetapi ini bukan bermaksud video blog ini satu pembaziran kerana bagi saya video blog ini merupakan satu sumber pendapatan yang paling senang dan mengambil masa yang sedikit sahaja untuk mengemaskini. Pembaca yang bertanyakan soalan ini kepada saya belum membeli Pakej Video Blog jadi beliau tidak tahu tentang perkara tersebut.
Jadi jika anda sudah mempunyai video blog, teruskan mengemaskini dan mempromosi video blog tersebut setiap hari dan anda akan mendapat sumber income yang berterusan dan stabil setiap bulan. Walaupun tidak banyak hingga berbelas-belas ribu, tapi bagi saya ia sudah cukup sebagai satu sumber pendapatan tambahan kerana masa yang diluangkan hanya sedikit dan saya rasa enjoy mengemaskini video blog.




tanya apek kedai pun boleh jawb ni kot
hahaha, try la tanya
Apek pun tgh buat video blog gak..
agak agak apa yang alang tengok website dia tu
boleh cecah berapa hinggit?
Oleh kerana org yg bertanya ni tak bagitau berapa income website ni, jadi saya beranggapan yg website ni takde income dan paling tinggi boleh jual ialah $100 USD.
Kalau ada income, dia akan based pada income tersebut, macam skrg, dia based kepada visitors dan content sahaja.
thanks for the Flippa link. Baru taw ada web sebegitu. Huhu. Anyway, thanks.
hahaha, Flippa tu asalnya dari sitepoint marketplace.
Kalau ada traffic tinggi tp potential income untuk pembeli adalah rendah,confirmlah pembeli malas nak bid.
Sebab kebanyakkan pembeli website ni mereka yang mahukan website yang berpotensi tinggi untuk jana wang kepada mereka.
Unless, owner asal mmg sengal tak tau nak monetization mcm mana rasanya pembeli akan senyum beli website dengan traffic yang tinggi
terima kasih:) alang,
banyak yang saya tahu dari post ini.
yelah…berapa agak2 anggaran web dia tue?
macam yg saya cakap kat atas, paling tinggi $100 USD.
Yeerrgh.. P tanya kat kedai Apek Richie..
Apa pun, thanks Alang for the info.. Jadi, kepada yg beum beli lagi Pakej Video blog.. Jangan lepaskan peluang dalam harga terendah lagi..
Sebelum Alang naikkan setelah cecah 100 pembeli pertama.. ( Saya dgr dah 89 pembeli dah… )
oh.. maklumat ini amat berguna sesiapa yang ingin melabur dalam bidang web. Terima kasih!
kalau income cket, tapi traffic n visitor blog tinggi serta content berkualiti, camane lak??
mungkin sebab takde orang nak advertise lagi atau mungkin blogger tu bukan seorang profit maker, so, adakah harga blog tu dikira based on blog income jugak?
bergantung pada niche dan juga demands la. Kualiti blog dan juga content tu, hanya owner tu sendiri jer yg nampak. Kalau traffic tinggi, tapi takde income, org tak nak jugak, sebab kos nak maintain tinggi tapi income takde, so kira blog tu tak profitable.
Yang penting website yang hendak di beli mestilah mempunyai kadar trafik yang memuaskan……ARB Dagang
Trafik besar.pelawat hari-hari ada.boleh
juga mahal ni.hakcipta bagaimana pula.
Kalau 100usd mcm tak berbaloi sgt..sebab mesti syg nk jual web yg dh lama kita buat..
memang tak berbaloi. Sebab kadang2 hanya kita jer nampak value website tu, bakal pembeli tak nampak. Jadi kalau dah nak jual tak dapat harga yg memuaskan, lebih baik jgn jual. Peram dulu.
stuju2… xpadan ngn usaha.. usd100 je..
Macamane kalu boleh tunjukkan kepada pembeli value blog kita seperti mana yang kita nampak.Ada cara tak?
Kalau blog tu dah lama, senang jer la kita tunjukkan bukti pendapatan yg lepas. Masalahnya kalau blog tu baru ataupun blog tu takde income. Jadi kita jual hanya berdasarkan potensi dan biasanya potensi tu hanya kita yg nampak.
Kalau kita boleh buat satu paperwork lengkap siap dgn projection income, rasanya boleh la kot convincekan pembeli tentang potensi value website tersebut
best juga ade video blog
to alang,
saya ada niche yangagak nakal untuk dijual , http://www.stripingdance.com serius ianya adalah traffic datang dari google.com
berapa kos yang boleh jual u…
auto blog dari youtube
kalau tak tau berapa earning yg you dapat sebulan, saya pun tak tau berapa harga yg boleh jual.
Actually harga ni sepatutnya pemilik website tu yg tentukan. Sama ada ada pembeli yg berminat ker tak nak beli dengan harga tu bergantung pada value sebenar website tu dan sejauh mana ada permintaan.
imabiz pun nak try video blog gaklah.. buat blog dengan video yerk..
sila-silalah try, jangan malu-malu.
Tq atas nasihat haritu kat WC. Saya tengah closing deal dengan seseorang ini dengan harga yang bro recommend