Panduan adsense percuma
Panduan adsense (adsense tips) adalah antara perkara yang dicari oleh pemilik laman web yang bergantung pendapatan dari adsense. Saya rasa, sudah ramai (termasuk saya sendiri) yang telah menghabiskan beratus (malah beribu) ringgit membeli ebook-ebook yang memberi panduan tentang bagaimana hendak meningkatkan pendapatan dari adsense. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa kita boleh mendapat tips secara percuma dari google sendiri dan tips tersebut khusus untuk laman web kita sahaja
Caranya ialah dengan menghantarkan email yang bertajuk “Optimization Tips Request” kepada adsense-support at google.com dan di dalam email tersebut, terangkan serba sedikit tentang laman web anda. Dari pengalaman saya, google adsense support akan membalas email tersebut dalam tempoh 3 hari hingga sebulan dan akan memberikan tip tip bagaimana untuk nak “optimize” adsense di laman web kita beserta dengan contoh dan gambar. Setakat ini, sudah beberapa kali saya meminta tip dari google adsense support dan setelah melaksanakan tip tersebut di laman web saya memang ternyata berkesan. Kali terakhir saya meminta tip ialah pada bulan April lepas.
Selain daripada dapat meningkatkan pendapatan adsense, kita juga dapat mengetahui sama ada website kita mematuhi TOS google atau tidak sebab biasanya mereka akan turut memberi teguran di dalam email tersebut sekiranya ada perkara-perkara yang dirasakan tidak mematuhi TOS.



Tu la pasal, banyak ebook dibaca, tak ada pun jumpa tips nih..
sokong… banyak nak kena belajar lagi nie..
satu tip yang menarik
Tips adsense percuma setiap bulan (April 4, 2007, 12:38 pm).
[...] fungsi ini diperkenalkan google, setiap 2-3 bulan saya sendiri akan email google untuk meminta “optimization tips” khusus…. Nampaknya, selepas ini saya tidak perlu lagi email mereka kerana tips itu akan datang dengan [...]
Assalamualaikum.. Maklumat yang berharga yang ramai orang tercari-cari. Ebook mungkin sesuai untuk mereka yang mencari kaedah. Tetapi yang telah lama berkecimpung dalam sesuatu bidang mungkin hanya memerlukan tip.
cantek..!! thanks 4 da info.
terima kasih en.samsul.. memang tip percuma yang berguna.
memang bagus dan banyak manafaat , terima kasih kembali,,,,
baru nak belajar2 buat adsense…Tips yang menarik…thanks.
ya ,memang menarik,mungkin boleh di tambah ke dalam panduan adsense saya.