Cerita bengkel dan seminar
Entah kenapa malas betul nak tulis blog sekarang. Tapi, dalam 2 minggu ni, ada 2 major event yang saya sertai jadi rasa tak kena pulak kalau saya langsung tak tulis apa-apa berkenaan event tersebut.
Bengkel WordPress di Besut pada 1hb Ogos 2009
Saya dan team Bengkel WordPress iaitu Catzer, housemate Catzer dan Ijamidayu bertolak dari Sungai Buloh lebih kurang pukul 10 malam hari Jumaat. Kemudian kita orang singgah makan dan sembahyang Isya di Petronas Lentang. Lepas bergilir bawak kereta dengan Ijam, akhirnya sampai di Besut pukul 4 pagi dan terus pegi cari rumah Kasyidi.
Sampai rumah Kasyidi lebih kurang pukul 4:30 pagi dan lepas borak-borak kejab, pukul 5:00 baru boleh tidur. Pukul 6:15 pagi saya dah tersedar sebab rumah Kasyidi betul-betul belakang masjid, jadi memang jelas dengan orang baca Al-Quran. Insaf kejab, walaupun tidur satu jam jer, tapi mata terus jadi segar.
Lepas semua orang siap, kita orang pun bertolak ke tempat bengkel yang agak jauh jugak dari rumah Kasyidi. Walaupun sebelum bengkel bermula, yang confirm pergi hanya 17 orang sahaja, tiba-tiba last minute ada 2 orang lagi walk-in jadi jumlah kesemuanya adalah 19 orang. Lebih kurang pukul 9 pagi dah start dengan Catzer menerangkan tentang WordPress selengkap-lengkapnya siap dengan demo lagi.
Lepas makan tengah hari, Catzer sambung lagi. Masa tu saya dah mula rasa kesan akibat tidur satu jam. Baru jer nak pegi tido kat surau tiba-tiba Catzer panggil dan bagitau yang sessi saya dah start. Blur sekejab tak tau nak buat apa.
Saya mulakan dengan menunjukkan live study untuk video blog dan minta semua peserta turut buat sama. Tapi line internet yang agak limited menyebabkan usaha tersebut kurang berhasil. Akhirnya, hanya saya seorang sahaja yang menunjukkan live study bagaimana mengemaskini dan juga mempromosi video blog.
Selepas itu, saya masuk pula ke bab auto blog. Masa ni hujan dan turun dengan lebat dan line internet pun bertambah slow. Selepas saya sempat tunjuk contoh auto blog dan apa plugin yang digunakan, tiba-tiba pemilik tempat tersebut minta nak tutup modem sebab petir kuat dekat luar.
Saya bertambah blur tak tau nak buat apa, akhirnya saya ambil keputusan untuk memberikan idea kepada peserta bagaimana menulis blog yang dapat menarik perhatian pelawat dan membuatkan pelawat tertarik untuk membaca blog tersebut.
Bengkel berakhir pada jam 6 petang dengan keadaan hujan di luar yang masih lebat.
Kesimpulannya, ini adalah kali pertama saya menjadi speaker jemputan di Bengkel WordPress dan saya akui memang banyak kelemahan. Saya rasa agak ralat sebab banyak lagi perkara yang saya nak ajar pada peserta bengkel tersebut tetapi tak sempat di sebabkan kekangan masa dan juga keadaan cuaca yang tak mengizinkan.
Gambar di bawah ni hasil belas ikhsan Ijamidayu menunjukkan aksi saya melihat peserta mempraktikkan kembali apa yang diajar.
Lain-lain gambar dan berita boleh didapati di
http://firstfullearn.com/bengkel-wordpress-di-besut-terengganu.html
http://www.wangcyber.com/forum/312329-post328.html
Seminar SpeedAdsense di Hotel Armada pada 8-9hb Ogos 2009
Antara seminar yang paling hangat diperkatakan tahun ini gara-gara screenshot earnings adsense yang secara riaknya ditunjukkan oleh peserta-peserta seminar ini (termasuk saya) di forum WangCyber. Ya, saya merupakan peserta seminar ini, bukannya speaker walaupun penganjur seminar Syed Ikhwan letakkan nama saya di bawah sekali sebab dia tak tahu nak anggap saya ni sebagai peserta atau speaker.
Selain itu, saya juga tak dapat tag nama untuk peserta, dan hanya diberikan tag nama Staff dengan nama saya ditulis dengan pen. Hahaha, small matter, saya tak kisah langsung. Yang penting dapat bertemu dengan rakan-rakan online selain dapat menimba sedikit sebanyak ilmu dari Seminar ni.
Seminar berlangsung selama 2 hari dan hari pertama, saya tunggu sehingga pukul 10:30 malam walaupun saya diberikan bilik untuk bermalam di hotel, saya lebih selesa tidur di rumah saya sendiri yang hanya 20 minit perjalanan dari hotel. Lagipun, kalau kat hotel kena tidur dengan jantan, hahaha, “mak tak rela nyah”.
Boleh dikatakan, seminar 2 hari ni berlangsung dengan jayanya terutamanya dari segi makanannya yang sedap-sedap. Punya la sedap makanan sampai masa lepas lunch hari kedua tu, saya boleh tertinggal beg laptop saya bawah meja kat tempat makan. Nasib baik SuperSyed menyelamatkan keadaan, kalau tak habis la bini no 2 saya tu dilarikan orang.
Walaupun boleh dikatakan 99% yang disampaikan di seminar tersebut saya dah tahu dan saya dah buat, tapi saya tak rasa rugi kerana boleh mengulangkaji semula perkara tersebut. Selain tu, saya juga boleh tengok adakah cara yang dilakukan oleh speaker seminar tersebut yang seramai 6 orang itu, berlainan dari cara saya. Jadi, memang ada perkara baru yang saya belajar dan tak sabar-sabar untuk dipraktikkan.
Gambar? Sepertimana Bengkel WordPress, saya juga langsung tak bawa kamera ke seminar ni jadi hanya mengharapkan belas ikhsan orang yang mempaparazzikan gambar saya untuk dikongsikan di sini.
Setakat ni hanya seorang jer yang post kat blog pasal ni. Jadi boleh tengok gambar-gambar di sana
http://www.majalahim.com/coretan-seminar-speed-adsense.html
Kalau ada lain-lain post pasal Seminar SpeedAdsense ni, sila maklumkan di bawah, saya akan masukkan link di sini.




Salamz,
Banyak juga Seminar yang saya miss tahun ni sebab masih outstation ikut suami.
Kalau saya di KL memang saya dah pergi ke Speed Adsense, tapi takpelah,
hopefully ada chance lagi lain kali.
Hehehe.. Ihsan…? Incoming bro..
Kwn pun macam malas jerk nak tulis blog. Tah pe hal tah..
Apa pun, memang siok layan reta ALang.. Thanks bagi chance bawak..
aku tgk ijam mcm ketua AJK je. mcm bz sungguh
nanti layan kereta aku pulak
yang sebelah ijam tu alang ke?
Ijam memang paling busy hari tu
. Yg belakang ijam tu saya, takkan la tak kenal rupa saya, selalu post gambar kat sini.
Tak nak pelawa saya try kereta you jugak ker farizal?
Ohhh… saya tak cam Alang pasal selama ni selalu tgk pakai topi koboi
Kalau Alang nak naik kereta saya pun boleh, nanti kita sama² ronda kat taman setiawangsa
rasanya gambar saya yg tak pakai topi koboi pun banyak kat forum ni & kat facebook.
Oh setiawangsa jer, dekat sangat la tu
memang susahlah kalau time cam tue line inteernet slow..hampeh
Bestnya lah bila baca cerita-cerita orang pergi seminar ni. Terasa macam nak join sangat-sangat. Tapi apakan daya…. “Kini… ku diperantauan, dikota…. indah dan menawan, tapi hati… rindu pada kampung halaman, desaku… yang telah ku tinggalkan…” sob.. sob… sob…
Memang nampak sangat tanda-tanda kemalasan bro Alang melalui post ni. Banyak betul ejaan salah
kejap jadi kejab
ihsan jadi ikhsan
dengar jadi dengan
hahahha, ye ker? Sori sori.
Hari ni pun saya masih malas nak update blog walaupun hari ni merupakan antara tarikh penting dlm hidup saya.
hahahha..betul abg alang
Nak join juga lah kalau berbepeluang..hehe
Heheheh..sy balik dr bengkel dengan sakit perut dan byk task hold kena release..so update pun lambat gak..Apapun terima kasih alang sebab sudi jadi speaker di Besut.
saya tak bertanggungjawab
Terima kasih juga catzer sebab sudi jemput saya jadi speaker
seronok baca
bagus betul dapat pergi gathering
setakat ini
berapa kerat IM aja yang pernah saya jumpa
contohnya……………….
benda dah berlaku. apapun..good luck alang. Hoho!