4 tahun sudah berlalu
Written by alang on August 22, 2009
Hari Jumaat lepas, genap 4 tahun saya menjadi usahawan internet sepenuh masa. Sepatutnya entri ini ditulis pada minggu lepas tetapi entah mengapa saya berada di tahap kemalasan yang melampau. Alhamdulillah sekarang dah puasa rasa rajin sikit.
Ini merupakan rekod kerja saya yang paling lama. Kalau sebelum ini, kerja saya paling lama hanyalah 3 tahun 4 bulan. Mungkin disebabkan kerjaya sebagai usahawan internet ni saya tidak terikat dengan sesiapa menyebabkan saya dapat bertahan lama.
Dalam tempoh 4 tahun ni, sudah pelbagai sumber pendapatan internet yang saya cuba. Ada yang berjaya, dan ada yang tidak. Tapi untuk menjadikan internet sebagai sumber pendapatan sepenuhnya, saya tidak boleh bergantung pada satu sumber sahaja kerana jika sesuatu terjadi pada sumber tersebut, nasib saya seperti orang yang dibuang kerja.
Dan seperti mana perniagaan lain, memang terdapat naik dan turun dari segi jumlah pendapatan dan keuntungan. Tahun ni, saya banyak mengalami kerugian. Ada beberapa projek yang tak menjadi dan saya juga rugi banyak dalam PPC kerana terus terjah masuk tanpa ilmu yang secukupnya.
Akhir kata, saya ucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada pembaca blog ini yang beragama Islam dan semoga dalam bulan yang mulia ni, kita jangan malas bekerja kerana kerja itu juga merupakan satu ibadah di mana pahalanya akan berlipat ganda dalam bulan ini.

Comments
Trackbacks
Submit Reply





08-22-2009
4:04 pm
Amzani Mokhtar
Tahniah Alang kerana dah 4 tahun bertahan dalam industri ini. Semoga success selalu….
Saya langsung tak ingat bila saya mula berjinak-jinak merpati dengan internet marketing ni. yang saya ingat cuma tahun sahaja iaitu tahun 2009. tarikh dan bulan dah lupa. mungkin boleh ambil kira tarikh saya beli domain dan webhosting yang pertama kot.
Alang pon boleh rugi wat PPC. inikan pulak saya. tu sebab saya tak start2 lagi pengiklanan guna PPC. dah daftar 1 akaun adwords dan 2 akaun YSM. fund pon dah letak… tapi tak jalankan lagi. TAKUT…!!!!! kena tunggu bro Uzair start coaching dia baru saya start kot….
08-22-2009
11:02 pm
alang
tapi dgn rugi tu la kita dapat pelajaran yg berguna. Kalau tak rugi mungkin kita tak tahu.
08-22-2009
6:52 pm
Iskandar
Ramai yg lupa bahawa org2 yg dah boleh hidup selesa dgn duit internet ni sebenarnya org2 yg dah byk kali gagal.
Takde jalan singkat melainkan kena lalu kegagalan dulu.
Selamat beramal Alang & moga income kita di dunia dan akhirat naik mencanak2 sempena Ramadan ni.
08-22-2009
11:03 pm
alang
Betul tu Is, setuju 100% dgn ko. Aku rasa ko la org yg paling layak bercakap tentang banyak kali gagal sblm berjaya.
Walaupun ko stay below the radar tapi aku percaya ko antara usahawan internet yg berjaya di Malaysia.
08-22-2009
10:59 pm
Azahari
Selamat berpuasa Alang..
Satu soalan maut utk Alang,
Macam mana Alang mengatasi rasa malas?
Saya ni kadang2 kalau malas tahap gaban. Mungkin juga sebab saya ni masih lagi di zon selesa. Kalau takde keje takde gaji mungkin tak malas camni kot..hehehe.. Apa pendapat Alang?
08-22-2009
11:38 pm
alang
Rasa malas ni biasa la semua org ada. Malas ni disebabkan takde motivasi utk nak buat. Cara saya nak terus bermotivasi dan tidak malas ialah saya senaraikan apa yg saya perlu buat utk hari tersebut dan pastikan saya siap.
Selain tu, setiap bulan, sebahagian dari income yg saya dpt, saya akan allocate utk beli something utk diri sendiri sebagai rewards.
09-09-2009
5:13 am
JHafiz
zon selesa tuu…. senang lenang pro blogger kite ni…
08-22-2009
11:14 pm
KampungBoy
salam Ramadhan daripada saya
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya
08-22-2009
11:52 pm
MyDailyBlog.Info
perasaan malas tue sentiasa ada pada saya,bukan sbb malas sbenarnya tetapi sebab kurangnya ilmu pada saya…tiba masa langsung x tahu apa yg hendak di buat pada blog…so utk mengatasinya saya jelajah blog org lain tue jea..sekurang-kurangnya boleh belajar..hehehe
08-23-2009
8:24 pm
rajadewakelaut
CAYALAH ALANG!!!!bravo…dah 4 tahun sama lah jugak lebih kurang ngan tarikh penglibatan saya memula kenali dunia internet ni….pemasaran internet,merupakan salah satu cabang yang paling banyak kita wajib lalui jatuh,jatuh,jatuh,dan jatuh dulu bila kita dah mampu untuk bangun balik,terus bangun,bangun,bangun dan insyaAllah,kita dah berdiri teguh kukuh dah takkan jatuh-jatuh lagi dah,macam alang,pernah jatuh,jatuh,jatuh dulu-dulu,sekarang,Walla,dah berenti kerje ngan orang dan ngadap tenet jer doploh patjam kerje dari dalam bilik pakai kain pelekat tak pakai baju pun dah dapat income macam orang pakai kot dan tali leher kat pejabat dah,amcam alang kan?hehehehe….apa pun,pelbagaikan sumber tuh satu yang perlu,jangan bergantung hanya pada satu,jatuh satu tuh merudum tak dapek bangun dahlah….tambah2 berat badan macam alang…hehehe(takleh marah alang,bulan poser kena banyak bersabar..:))selamat berpose alang…
ps:tak berniat ker kuruskan badan puasa tahun ni alang,maklumlah kita berdua ni ahli kelab B.O.B..muekekekeke
08-25-2009
12:38 am
alang
eh ada kelab ker? Apsal tak ajak saya jadi ahli? Berat badan bertambah kalau berat dalam poket pun bertambah takpe, bini makin sayang
08-24-2009
9:03 am
Galadriel
Selamat berpuasa Alang!
Samalah kita Alang, ada juga rugi dalam membuat sesuatu projek.
Tetapi tak apa, yang penting ialah semangat untuk naik kembali dan terus berusaha.
InsyaAllah berkat bulan Ramadhan ini, apa yang kita usahakan akan berjaya.
08-25-2009
12:39 am
alang
yg penting bila rugi tu kena muhasabah diri, jangan dok asyik salahkan orang lain sahaja
08-24-2009
9:45 am
ijamidayu
Salam Ramdhan bro..
Kerugian membuat kita pelajari dan terus belajar…
Apa pun, dlm kerugian ada hikmah bro terus maju.. Apa pun, TAHNIAH kerana dlm masa 4 tahun bukan sikit barang bro dah dpt..
Nak2 dpt bawak HYUNDAI bro..
08-25-2009
12:41 am
alang
alhamdulillah la hasil keja online saya ni, dah dapat beli rumah, beli kereta. Kira kalau org tanya tu boleh la jugak tunjuk (bukan menunjuk
)
08-24-2009
6:06 pm
Thinkerich
Tahniah Alang,
Sebab dapat bertahan selama 4 tahun sebagai usahawan internet FULL TIME!
Biasalah dah menjadi adat dalam bisnes pendapatannya turun naik, ada untung ada rugi…
Namun dengan turun naik dan untung rugi perniagaanlah kita dapat banyak belajar sesuatu …
Semoga sukses selalu..
THINKERICH
08-25-2009
12:42 am
alang
yg menjadi masalah paling besar buat saya bila dah buat keja tu sesuatu lama ialah masalah motivasi. Alhamdulillah rasanya sekarang saya rasa dah jumpa cara nak atasi masalah tu
08-25-2009
12:29 am
XploR
Tahniah Alang. Saya punya cita-cita nk jadi usahawan internet sepenuh masa gak. InsyaAllah 3 tahun lagi.
~Salam Ramadhan buat Alang seisi keluarga~
08-25-2009
12:43 am
alang
InsyaAllah masih banyak lagi masa utk you jadi usahawan internet sepenuh masa. Saya dulu umur 29 tahun baru jadi.
08-25-2009
11:57 pm
XploR
29? molek lah tu. Saya baru 26.
3 tahun lagi 29. wah! mmg betul2 ikut langkah lah ni. kih3
08-26-2009
12:51 am
waka
rugi.. alah kalau xrugi bukan hidup namanya, rugi satu pelajaran , kalau xpernah rugi xtau
08-26-2009
8:42 pm
awalsam
tahniah.. saya ni yang baru sgt menceburi bidang online ni, x dapat ape lagi ni.. huhu
08-27-2009
3:05 pm
BAGAK
Selamat Berpuasa dan mencari pahala maksimum.
08-27-2009
3:25 pm
Maizul
Bukan calang2 orang yang boleh buat full time ni dan boleh bertahan sehingga 4 tahun. Kalau tak cukup ilmu di dada boleh berhijrah balik ke makan gaji. Tambah lagi pendapatan di internet boleh beli rumah dan kereta pakai duit sendiri bukan pakai duit bank. Tahniah Alang. Selamat berpuasa.
08-28-2009
10:16 pm
haris
Alang memang menjadi inspirasi saya
cuma saya tidak boleh tiru macam Alang lagi…kerja offline perlu diutamakn dulu buat masa sekarang
Ramadhan Karim!
08-28-2009
10:27 pm
alang
Kerja apa pun yg penting kita suka dan enjoy.
08-29-2009
12:46 pm
arejae
cepat sungguh masa berlalu eh.
salam ramadhan utk alang dan semua pembaca.
08-31-2009
4:02 pm
affuan
aku berniaga internet lebih setahun dari alang tapi nampaknya alang lagi “maju ke depan”. haha.
08-31-2009
4:05 pm
alang
uish ye ker? Tahniah. Actually saya start pada tahun 2003 dan tahun 2005 buat fulltime. So kalau nak kira dari mula, dah 6 tahun la. Yg 4 tahun tu, saya kira yg full time.
Apa pun memang saya maju ke depan terutamanya bahagian perut
09-02-2009
2:13 am
blalang
Tahniah Alang.. rasanya 4 tahun alang cari duit internet incomenya mungkin sama dengan 14 tahun bekerja makan gaji huhu..
Selamat bersahur..
09-02-2009
9:06 pm
nuwa
Tahniah Bro.. Sememangnya keje sendiri mmg BEST..tak terikat dgn sapa2.. Saya InsyaAllah menuju ke arah itu juga… Selamat Berpuasa!
09-02-2009
10:24 pm
alang
InsyaAllah nuwa, yg penting sebelum buat fulltime, kena bersedia dari segi mental, fizikal dan juga financial
09-03-2009
7:03 pm
Aqif
Mereka yang diluar sana seringkali menganggap bahawa perniagaan internet adalah sesuatu yang mudah. Hakikatnya, ia sama seperti perniagaan di luar sana.
Dan ramai antara mereka tidak kental untuk menghadapi kegagalan.
Sama-sama kita menuju ke arah kejayaan..Insyaallah..
Tahniah kepada anda bro alang!
09-06-2009
9:53 pm
poshbeck
4 thn….lama2….saya pun so far keje paling lama yg berthn pun hampir2 3 thn… keje yg lain dok asyik melompat x sampai sthn… mcm tupai lak rasa kadang2…
taniah2… moga2 siteap usaha diberkati n dipermudahkan n digandakan.. ameen
09-06-2009
9:59 pm
poshbeck
salam ramadhan tuk pembaca alang
09-07-2009
6:21 pm
titan
emm..janji ko hepi. sudah la..janji tak ban aku. haha..
09-07-2009
6:26 pm
alang
nak ban ko kat mana sebab aku bukan lagi mod kat WC.
09-11-2009
10:50 pm
Hypnotic Blogger
1st time saya tersesat ke laman ni. Tapi rasa bershukor kerana lepas going through yr site, I really like it. Gaya Encik Alang yg lucu makes a pleasant read
09-11-2009
11:00 pm
alang
dari mana boleh tersesat ni?
Baru perasan yg dah lama saya tak update blog ni yer.
09-13-2009
6:50 am
Hypnotic Blogger
Whatever it is, it’s very refreshing to get to read some blogs written in Malay. And for that I thank you.
09-12-2009
2:23 pm
suami-isteri dot ...
cayalah alang…. mula2 aku kenal biz internet ni ko org ke 3 yg aku kenal… tp blog ko yg plg sempoi…. bab jatuh2 tu yg bakar semangat aku dulu….
09-12-2009
2:27 pm
alang
eh suami isteri, yg menaip ni suami ker isteri atau sama2 taip?
Kenal saya yer, saya kenal awak ker tak?