Blog’em up, satu konsep pengiklanan yang menarik
Written by alang on December 2, 2006
Saya terjumpa laman web ini apabila memeriksa referral list untuk salah satu laman web saya www.50pageswebsite.com, dan selepas melawatnya buat kali pertama, saya terus bookmark dan merancang untuk menulis blog mengenainya apabila berpeluang. Saya memang amat berminat dengan konsep-konsep pengiklanan sebegini dan walaupun banyak website yang mempunyai konsep sebegini, tetapi kebanyakannya meniru bulat-bulat dari laman web yang sedia ada. Lebih membanggakan lagi, laman web ini dibina dan dimiliki oleh rakyat Malaysia

Pertama kali melihat, saya menyangka ini adalah klon untuk laman web mmmzr.com yang pernah saya tulis mengenainya disini. Tetapi ternyata saya silap, kerana secara amnya, Blog’Em Up menyediakan beberapa ruang iklan yang terdiri daripada lima kolum dimana harga untuk pembeli pertama adalah $10 dan mereka mesti menulis blog tentang laman web Blog’Em Up. Untuk pembeli yang seterusnya, harga akan berkurang sebanyak $1 iaitu menjadi $9, tetapi mereka mesti menulis blog tentang laman web Blog’Em Up dan juga laman web yang membeli ruang iklan sebelum mereka.
The top image area will have a starting value of USD10. This value will decrease by 1 dollar each time somebody buy the spot until it reach the value of USD1. After that the value will be back to USD10 and this cycle will continue to go on.
Anda boleh mendapat penerangan lebih terperinci di sini http://blogem-up.com/How.html.
Tetapi, apa yang saya lihat buat masa ini, ruang iklan untuk tempat teratas masih percuma dan saya tidak melihat apa-apa promosi mengenainya dibuat dimana-mana. Jika tidak, sudah pasti saya akan menjumpainya lebih awal.
Design dan layout laman web Blog’Em Up juga nampak terlalu amatur dan tidak menarik. Agak malang untuk idea yang sebegini menarik, tidak dipadankan dengan pelaksanaan yang lebih baik. Saya percaya, laman web ini akan pergi lebih jauh jika mempunyai design yang menarik, script untuk pembelian dimana semuakan akan dijalankan secara automatik dan juga promosi. Saya percaya, akan timbul website yang menggunakan idea Blog’Em Up, tetapi menjadikannya lebih baik. Bagi saya, sepatutnya, yang pertama harus menjadi yang terbaik supaya walaupun ada banyak orang yang meniru konsep anda, tetapi laman web anda tetap mempunyai nilai yang tinggi di mata pelawat dan pengiklan. Selain itu, terdapat kesalahan ejaan yang begitu ketara yang bagi saya tidak harus dilakukan kerana itu antara perkara pertama yang dilihat oleh pengunjung.

Buat pemilik laman web Blog’Em Up janganlah menganggap teguran saya ini sebagai penghalang tetapi sebaliknya menjadikan ianya sebagai teguran membina untuk merealisasikan impian anda menjadi jutawan sebelum usia 40 tahun tercapai. Di sini, saya akan senaraikan beberapa perkara yang saya rasa anda harus pertimbangkan.
1. Memandangkan belum ada lagi sesiapa yang membeli iklan, saya rasa lebih anda tutup dulu laman web ini buat sementara dan buat yang baru secepat mungkin. Tetapi dalam tempoh ini, anda harus letak sesuatu yang akan membuatkan pengunjung memeriksanya sekerap mungkin.
2. Dapatkan khidmat web designer/developer yang profesional (budget di antara $200 USD ke $500 USD) untuk membuat semula laman web anda. Mungkin untuk membina automatik script agak mahal, anda masih boleh membuat secara manual, tetapi mesti mempunyai design yang lebih menarik. Cuba lihat www.mmmzr.com, www.kingofthebill.com.
3. Selepas semuanya siap, pastikan tiada kesalahan ejaan di mana-mana dan dapatkan beberapa orang untuk melakukan proof reading untuk anda.
4. Buat press release mengenai laman web anda dan hubungi blogger-blogger yang mempunyai laman web yang popular untuk menulis mengenai laman web anda. Mungkin tidak semua yang akan melayan, tetapi jika ada satu blogger popular yang menulis mengenai anda, ia sudah cukup baik. Anda juga boleh mendapatkan khidmat blogger berbayar dari payperpost.com, reviewme.com ataupun daripada forum-forum webmaster seperti forums.digitalpoint.com
Akhir kata, saya memang kagum dengan idea untuk laman web ini, walaupun ianya tidak terlalu asli, tetapi ia boleh pergi jauh dan memberi pendapatan yang lumayan kepada pemiliknya jika dilakukan dengan betul.
Related posts:
- Blog’em Up berwajah baru Jika tulis
- Adakah website anda satu aset atau liabiliti – Satu analisa Saya menda
- Blog Webmaster Malaysia berusia satu tahun Hari ini B
- Blog dalam bahasa Melayu yang saya baca Tajuk ters
- Satu lagi teknik rahsia bagaimana mendapat ranking yang tinggi di Google dengan percuma Hari ini s
Comments
Trackbacks
- kelly blue book 12-21-2006 at 12:06 pm
- Blog Webmaster Malaysia » Blog’em Up berwajah baru 01-05-2007 at 8:31 am
- Perkhidmatan mengulas produk, perkhidmatan dan laman web | Blog Webmaster Malaysia 06-05-2007 at 2:52 pm
Submit Reply






12-03-2006
3:32 am
suhaimy
salam
satu idea yang menarik.
12-03-2006
2:05 pm
ombak
alang,
ni ada satu lagi program pengiklan yang diperbaharui. dahulunya dikenali sebagai AllAdvantage. pengiklan ni membayar kepada company ini (agloco) dan kemudiannya kita sebagai member akan surf dan akhirnya kita akan dapat stocks/cash (kira paid to surf lah nie).
so, apa pendapat alang sebab saya sendiri sungguh tertarik dengan konsep program ini sehinggakan saya sendiri telahpun buat satu blog untuk tujuan tersebut (http://agloco-net.blogspot.com).
lagi satu, pendapat saya tentunya alang tahu akan AllAdvantage ini. thanx a lot alang.
12-04-2006
12:15 pm
Pinvader
Sayang, design nye x begitu profesional.
12-05-2006
3:41 pm
Mohd Sufian
Ada terjumpa beberapa post tentang Blog’em up nie. Tapi tak tergerak lak nak tgk dan baca. Menarik juga ideanya.
Tapi betul kat Bro Alang tu, designnya kurang menarik.
12-05-2006
4:23 pm
kaiba910
Saya tak tahu kenapa.Bile saya masuk website tu terus xde mood nak tgk.Mungkin sebab design.
12-06-2006
8:42 am
aku
betul tu.. design mau power.. hmm.. banyak projek aku tersangkut sebab design.. dan ada yang aku proceed dengan template orang lain (tetap kelihatan tak pro sebab design tak unik) dan ada yang aku proceed tanpa design.. hahah…
01-05-2007
7:50 am
Azahari
Saya tengok website tersebut dah ada design baru..boleh bagi komen sikit tak Alang?
01-05-2007
8:21 am
alang
saya betul2 impress, saya akan post update tentang website tersebut dan saya juga akan post mengenainya di laman web http://www.50pageswebsite.com/blog