Mari kita membaca cerita
Written by alang on September 11, 2009
Apa khabar adik-adik? Abang A di sini. Adik-adik puasa tak hari ni?
Baiklah adik-adik, abang A tahu yang adik-adik semua suka membaca. Buku apa yang adik-adik suka baca? Sudah tentulah buku cerita. Pandai abang A teka ya.
Kalau zaman abang A dulu, nak baca buku cerita, memang kena beli kat kedai. Tapi zaman canggih sekarang ni, dah tak perlu lagi beli buku. Sebab kita kat internet ni, dah ada Electronic Book atau singkatanny E-Book.
Buku cerita yang abang A nak kongsikan di sini adalah buku cerita yang memaparkan kisah 14 orang pahlawan melayu usahawan internet tempatan.

Dan buku ni juga, adik-adik tak perlu beli. Sebaliknya adik-adik cuma perlu memasukkan email adik-adik di ruangan yang disediakan di laman web http://www.ceritaim.com/ dan buku cerita tersebut akan dihantar ke email adik-adik.
Sungguh mudah dan seronok bukan mendapat buku cerita dengan percuma tanpa perlu keluar dari rumah.
Bila adik-adik baca buku cerita tu nanti, salah satu cerita yang dimuatkan adalah cerita tentang abang A. Walaupun abang A bukanlah sesiapa dalam bidang perniagaaan internet ni, tetapi kesudian penulis cerita ni iaitu saudara Zamrin memuatkan juga kisah abang A membuatkan abang A tersengih-sengih sehingga sekarang.
Apatah lagi pahlawan-pahlawan usahawan-usahawan yang lain yang dimuatkan kisah mereka dalam buku cerita ni semuanya hebat-hebat belaka. Pendek kata, selepas adik-adik membaca buku cerita ini, pasti akan membuatkan adik-adik tersengih, menangis, marah, benci dan ketawa seperti orang gila.
Ok la, sampai di sini dulu kita bertemu pada hari ni. Kita berjumpa semula di minggu hadapan dalam rancangannn… A.LA.N.G. alang, A.L.A.N.G alang.
Comments
Trackbacks
Submit Reply





09-12-2009
6:30 am
Eizil
terima kasih Abang A…
adik nak baca juga lah
09-12-2009
11:01 pm
Azahari
ingatkan cerita apa tadi…kelakar pulak..kalo Alang buat cerita video lagi real… A L A N G… alang! muakaka
09-13-2009
6:58 am
Hypnotic Blogger
Yalah,
Muatkan video atau podcast.
Jadi terasa lebih personal kerana your witty personality will come across
09-13-2009
10:39 am
alang
hahaha, video yer, nanti saya dah letak video baru korang rasa nyesal sebab korang mintak.
09-14-2009
3:39 am
waka
mintak video nanti kena bayar hee
09-15-2009
5:40 am
titan
hehe..dah baca. Ada cerita pasal ko la..
09-15-2009
1:06 pm
ijamidayu
Mekasih abg A.. Tapi site dlm progress prob.. Takper la abg A.. Nanti adik baca yerk…
09-16-2009
3:47 pm
Anna Sham
Saya dah baca habis ceita tu. Kesimpulannya dari kisah dalam cerita tu, semua IM-IM yang berjaya melalui kegagalan dahulu
09-18-2009
1:12 am
haris
Salam,
Owh bersemangat membaca kisah-kisah IM
09-18-2009
3:53 pm
Berita Semasa
ramai jugak pelakon dalam ebook tu
ingatkan abang A sorang aja…..
hehe…
09-23-2009
4:52 pm
saudagarcyber
Dah ramai hero IM kat Malaysia,
Tahniah. Makin berkembang nampoknya IM kat Malaysia.
Selamat Hari Raya
09-23-2009
7:46 pm
aman
wah. time kasih Abg A. Nak gi usha CeritaIM sat. Yayy!
09-26-2009
3:16 am
catzer
Aiyak byk kisah2 lama jerk tu..terdelay ebook ni kan then tak sempat nak update ngan penulis..hehehe..
09-30-2009
10:05 am
kaizer
kalau dibuat drama boleh gak tu..drma online.mana tahu bakat2 tependam dlm diri seorang IM tu…
09-30-2009
12:57 pm
amir
haha..kelakar la en alang ni..sempoi dengan gaya bahasa bersahaja