Dari mata turun ke hati
Written by alang on October 20, 2009
Dari hati terus nak beli.

Ok apa yang alang nak merapu pulak kali ni. Dah la jarang-jarang tulis kat blog ni, sesekali tulis pun nak merapu meraban jer.
Ok saya tak merapu sebenarnya. Tukarkan mode anda ke mode serius sekarang. Jangan senyum lagi.
Maksud saya dengan dari mata turun ke hati tu ialah betapa besarnya peranan gambar di dalam menghasilkan jualan. Jika anda ingin menjual sesuatu produk secara online, apa yang paling penting ialah bakal pelanggan anda ingin melihat rupa paras produk anda tersebut. Selepas berkenan dengan rupa paras produk itu, mereka ingin melihat pula rupa paras penjualnya.
Walaupun rupa paras penjual tu tak hensem / cantik pun takpe janji gambar penjual yang dipaparkan tu adalah gambar sebenar bukan gambar Brad Pitt atau Maya Karin yang diletakkan konon-kononnya wajah anda seiras dengan mereka.
Dua gambar di atas adalah yang paling penting di dalam memberikan kepercayaan pelanggan terhadap anda. Gambar produk untuk memastikan yang produk tu memang wujud dan gambar penjual pula untuk memastikan yang penjual tu memang wujud.
Selain tu, untuk memujuk lagi pembeli, letakkan sekali gambar bukti keberkesanan produk tersebut. Jika anda menjual ubat pelangsingan badan, letakkan gambar anda atau pelanggan anda sebelum ini yang telah berjaya melangsingkan badan mereka. Atau jika anda jual krim jerawat, letakkan juga gambar anda atau pelanggan anda yang telah licin mukanya selepas memakai produk anda.
Tetapi jika anda menjual ubat yang ada perkataan tegang, besar, panjang, keras dan sebagainya, jangan pula diambil gambar anu anda dan dipaparkan kat laman web jualan. Buruk bebenor rupanya nanti. Produk-produk macam tu tak payah ditunjukkan bukti pun orang tetap akan beli.
Bercakap tentang bukti ni, kalau anda menjual produk berkaitan menjana pendapatan di internet, sudah pasti gambar screenshot akaun anda ataupun pendapatan anda dari internet akan menjadi satu pemangkin yang cukup bagus untuk meningkatkan hasil jualan produk anda.
Saya bukanlah jenis yang suka menunjuk screenshot bukti-bukti pendapatan untuk produk yang saya jual kerana tak nak bakal pembeli menyimpan harapan yang terlalu tinggi. Walaupun memang terbukti yang teknik yang dimasukkan dalam produk saya memang boleh menghasilkan pendapatan, tetapi faktor-faktor lain juga perlu diambil kira antaranya pengalaman saya yang dah lebih 6 tahun dalam dunia perniagaan internet. Jadi adalah tidak adil untuk meletakkan screenshot pendapatan saya dan membiarkan bakal pembeli berangan-angan memperolehi pendapatan yang sama dalam tempoh yang singkat.
Walaupun begitu, apabila diminta oleh bakal pembeli yang masih kurang yakin, saya tetap menunjukkan bukti pendapatan tersebut. Tetapi saya tetap tidak meletakkannya di laman web jualan, sebaliknya hanya di blog ini dan juga di thread jualan dalam forum.
Hasilnya memang seperti yang dah dijangka iaitu hasil jualan meningkat berlipat ganda. Padanlah orang sanggup melakukan apa sahaja untuk meletakkan screenshot yang biasa membuatkan air liur bakal pembeli meleleh tak kira la screenshot yang dibuat sendiri menggunakan software tertentu ataupun screenshot pendapatan orang lain dan dikatakan pendapatan sendiri.
Related posts:
- Berhati-hati Dengan Penggunaan Blog Percuma Berhati-hati Dengan Penggunaan Blog Percuma oleh Zamri Nanyan Ada banyak...
- Panduan menjual laman web Jika dalam tulisan sebelum ini saya memberikan panduan bilakah waktu...
- Pendapatan tertinggi sehari dari adsense Terpesona dengan tulisan Naem yang menunjukkan jumlah pendapatan adsense beliau,...
- Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma! Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma! oleh Zamri Nanyan Memang jika...
- Perisian percuma dari percuma.net Bagi anda yang masih tercari-cari perisian yang bersesuaian untuk komputer...
Comments
Trackbacks
Submit Reply






10-21-2009
9:49 am
sheffezen
erm..haah..
erm baru je berlaku tadi kat sy. nk beli satu brng ni tp si dia ni x g tao pun dia tu sape. umu, jantina org apa. asek sembg psl produk dia jer..nk percye pun takut2..
dah la x letak gurantee payback lak tuh…takut naya jer..
psl bukti pendptn tu, bg sy. x kesah pun klo mna2 IM nk tunjuk. bg sy x ada apa yang perlu dipndang serong pun. lagi bgus pe.makin semakin jer nk beli.. lebih suka tgk earnings tu. mmg bg semangat..
10-21-2009
9:24 pm
Muhammad Faisal bin Adnan
Saudara samsul a.k.a alang. Saya telah membuat pembelian pakej video blog di cimb tanah merah. Saya menggunakan borang simpanan wang tunai. Sila pastikannya. Terima kasih.
10-21-2009
9:32 pm
alang
terima kasih atas pembelian saudara. Saya baru sahaja sahkan pembayaran dan bagi akses ke members area
10-22-2009
3:13 pm
hasbul
salam,contoh terdekat ialah pakejvideo blog
saya akaui SS awstats memang menaikkan faktor saya untuk membeli pakejvideoblog serta kejayan nemesis di forum wangcyber
sekali lagi thniah kepada alang kerana lancarkan produk yang mampu milik dan berpotensi tinggi untuk menjana pemdapatan di internet.
10-24-2009
2:42 am
titan
kalau produk buat duit ni, memang aku perlukan bukti dan pengalaman seseorang tu. Kalau 2 benda tu takde, cukup sukar aku nak beli sesebuah produk..
11-01-2009
2:42 pm
Luqman
Terima kasih atas post ini. Baru saya tau sebab apa IM pro ramai letak gambor sendiri. Bukan gambor kucing, arnab, burung dan sebagainya.
Dan penampilan dalam gambar mestilah kemas. – artikel Irwan Dahnil.
11-06-2009
11:41 am
Komen Ebook
Wow, Kalo mata Alang jadi macam tu…sure saya boleh tergoda nak beli jugak..hahahaa
Itulah cara yang sebaiknya, tunjukkan bukti pada mereka yang memerlukan sahaja. Teknologi dan perisian dah semakin canggih. We do manipulate if it intend to do so.
Lagipun, kalo orang masih tak percaya dan pertikaikan kredibiliti dan pengalaman Alang, tak tahu nak cakaplah! Kena study la history Alang semula. (Ni bukan bodek erk!).
p/s: tengah nak cari niche domain yang cantik untuk manfaatkan Pakej Video Blog, tu baru test kat subdomain! TERBUKTI berkesan dengan syarat ikuti segala tips&teknik yang ditunjukkan Alang. Cepat2 la dapatkan sebelum Alang sureup dia punya price
11-13-2009
10:28 am
catzer
hehehe…dr dulu sampai skang sy mmg susah nak percaya apa2 screenshot pun. Nak kepastian cubalah contact seller tu kalau support bagus baru beli. Sbb support akan diperlukan sampai bile2..tp time frame nak beli produk tu sekejap jerk..
apapun kalau produk pakejvideoblog tu tak pyh screenshot pun org dah terbeliak hati memikirkan traffic. Money will come later..
11-16-2009
1:07 am
blalang
screenshot mmg dpt meyakinkan pembeli. saya pula tgk pulak screenshot tu siapa punya.
Klu produk screenshot akaun bank/paypal berderet bukti dengan harga yang sama menunjukkan dia baru lepas jual satu produk dan x semestinya mmg teknik dia betul2 berjaya pun.