Coretan pertama di alaf baru

42alang1st Jan 2010Entri,

Dah lama tak menulis di blog ni, sedar-sedar dah pun masuk tahun 2010. Jadi selamat tahun baru saya ucapkan pada semua pembaca blog ini yang masih setia walaupun saya dah jarang-jarang update sekarang.

Tahun 2009 merupakan tahun yang penuh cabaran untuk saya. Sebagaimana yang saya maklumkan dalam tulisan pada awal tahun 2009 dulu yang saya akan menumpukan perhatian pada market luar, memang untuk tempoh empat bulan pertama saya betul-betul fokus pada market luar dan menceburi satu bidang baru bagi saya iaitu PPC dan CPA.

Tanggapan saya bahawa saya sudah bersedia untuk menceburi bidang itu ternyata silap kerana untuk bulan pertama saya kerugian melebihi RM 10,000. Walaupun saya belajar dari tentang ppc dan cpa dan ppc-coach.com tetapi ternyata ilmu saya masih belum cukup. Sehingga sekarang saya masih lagi menjalankan beberapa kempen mempromosi cpa menggunakan ppc tetapi saya lebih berhati-hati. Walaupun untuk yang diperolehi sikit, tetapi itu lebih baik dari saya kerugian. Hasrat saya untuk belajar tentang CPA dengan salah seorang pakar CPA tempatan juga tidak kesampaian kerana beberapa halangan yang timbul.

Ok kita lupakan bab CPA dan PPC sekarang masuk pula bab adsense. Ini satu lagi cabaran untuk saya dalam tahun 2009 ni kerana akaun adsense saya yang berusia 6 tahun telah diban. Ini adalah kerana gara-gara saya yang terlalu percayakan seseorang dan memasuki satu program yang menjanjikan pendapatan berlipat kali ganda untuk akaun adsense saya. Program tersebut memang telah berjaya membuatkan akaun saya mendapat lebih dari $300 USD sehari tetapi saya tidak dapat merasa satu sen pun dari duit tersebut kerana akaun saya diban sebelum sempat saya terima bayaran. Selain itu, pendapatan adsense saya dari blog-blog lain yang secara purata berjumlah $900 USD sebulan turut hilang begitu sahaja.

Pada mulanya memang betul-betul susah nak terima sebab akaun adsense saya sudah berusia 6 tahun dan saya tidak sangka langsung program yang saya sertai itu menggunakan teknik blackhat kerana saya langsung tidak dimaklumkan tentang perkara tersebut. Malah pemiliknya juga memaklumkan apa yang mereka lakukan untuk meningkatkan pendapatan adsense memang mengikuti peraturan google. Perkara ini membuatkan saya perlu lebih berhati-hati di masa depan dan untuk tidak percayakan sesiapapun walaupun orang tersebut memang saya telah kenal rapat.

Ok kita beralih pula dari cerita tentang halangan dan cabaran yang saya hadapi kepada beberapa perkara yang boleh dianggap kejayaan atau pencapaian untuk saya dalam bidang perniagaan internet.

Pertamanya tentang satu blog yang saya peram hampir 3 tahun mula menampakkan hasil dan blog ini sekarang menjadi sumber pendapatan utama saya. Tetapi saya tidak dapat kongsikan apa blog ini dan termasuk apa niche yang saya buat kerana beberapa sebab yang tidak dapat dinyatakan. Apa yang pasti, blog ini mensasarkan pada market antarabangsa dan saya memperolehi pendapatan dari penjualan ruang iklan secara direct dan juga menulis review.

Selain itu, pada bulan Julai saya telah melancarkan satu produk yang merupakan lanjutan dari produk pertama saya iaitu Rahsia Zango. Produk ini diberi nama Pakej Video Blog. Alhamdulillah walaupun jumlah jualan keseluruhan agak kurang memberangsangkan tetapi ia masih lagi mendapat sambutan sehingga hari ini. Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 276 unit sudah terjual dan harga jualan sekarang ialah RM150. Selain itu, maklumbalas yang diperolehi juga sungguh positif di mana ramai pembeli yang mendapat pendapat pertama mereka di internet melalui produk ini. Sasaran saya ialah untuk menjadikan produk ini relevan untuk jangka panjang dan saya merancang untuk mengemaskini produk ini setiap 6 bulan untuk memasukkan maklumat-maklumat yang baru. Jadi kepada pembeli produk ini, insyaAllah pada hujung bulan ini atau awal bulan depan, anda akan mendapat versi terbaru untuk produk ini secara percuma.

Selain itu, saya juga telah dijemput menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk Bengkel WordPress yang telah diadakan di Besut Terengganu pada bulan Ogos. Dan saya juga telah bersetuju untuk terus menjadi tenaga pengajar jika bengkel ini diadakan di tempat lain pada masa hadapan.

Personal coaching yang saya buat juga mendapat sambutan yang agak baik sehingga saya terpaksa menolak beberapa permintaan kerana kesuntukan masa. Selain itu, ada beberapa orang peserta personal coaching tersebut telah mendapat hasil yang sungguh memberangsangkan.

Itu adalah antara coretan saya untuk tahun 2009. Untuk tahun 2010 ini, saya cuma hanya mahu menyambung apa yang telah saya buat pada tahun 2009. Mungkin ada satu dua projek baru yang akan saya buat tetapi fokus saya lebih kepada perkara yang telah saya buat sebelum ini.

Akhir kata saya ucapkan selamat tahun baru pada anda semua dan semoga apa yang anda usahakan berjaya dan mendapat keberkatan dari Allah.

42 Comments Comments Feed

  1. XploR (January 1, 2010, 11:32 pm). Reply

    Selamat Tahun Baru 2010 Alang. Semoga rezeki makin baik tahun ni. Anak dah brape alang? Tak nak tambah lg ke tahun ni? hehe

    • alang (January 2, 2010, 12:02 am). Reply

      terima kasih XploR. Anak masih lagi sorang. Tiap2 tahun nak tambah tapi takde rezeki lagi.

  2. Iskandar (January 2, 2010, 10:49 am). Reply

    Moga tahun baru ni lebih bagus. Income naik 2x, hati senang naik 3x, badan sihat naik 4x. Dan saiz pinggang turun setengah.

    Selamat tahun baru Alang!

    • alang (January 2, 2010, 1:22 pm). Reply

      hahaha, ada ada jer la ko ni Is.

  3. akuminat (January 2, 2010, 8:20 pm). Reply

    thniah bro alang..
    troskan kecemerlangan anda
    nk tyer skt..
    bro,pakej video blog 2 xleh bayar gne paypal k?
    saye lbh ske gne paypal..
    harapyer leh la cpt balastkut nek harga..hehe

  4. akuminat (January 2, 2010, 10:14 pm). Reply

    orait bro..
    dh bayr
    cek paypal..

  5. Arm (January 3, 2010, 1:30 am). Reply

    Seronok baca perkembangan alang. Semoga alang lebih berjaya pada tahun 2010. Azam saya tahun ni ialah nak buat income dari laman web direktori.

    Alang, camne nak stop orang submit link reciprocal link kat web direktori kita? Hari2 masuk submission spam. Penat nak delete satu2.

    Alang boleh recommend designer yang boleh design web direktori yang cantik2?

    • alang (January 3, 2010, 1:44 am). Reply

      you guna script apa utk web direktrori you? Saya guna eSyndicat dan script ni takde masalah langsung dengan spam submission.

      Berkenaan dgn designer tu, saya guna kawan saya, dulu dia memang design banyak web direktori tetapi sekarang dia dah stop.

      • Arm (January 3, 2010, 2:41 am). Reply

        saya guna phpLD version 2.

        alamak, kawan alang tu dah tak design web direktori lagi yek? hmmm… nampak gayanya kenalah saya mencari dan mencari dan terus mencari….. :D

        • alang (January 3, 2010, 2:47 am). Reply

          antara sebab saya dah tak guna phpld sebab spam la. Teruskan la mencari kat forum DP. Saya pun dah lama tak lepak sana.

  6. cybersix (January 4, 2010, 7:38 pm). Reply

    Selamat Tahun Baru 2010 kepada Alang..

  7. Zuraidi Zainol (January 5, 2010, 6:38 pm). Reply

    Tahniah Bro Alang, seorang lg usahawan internet sepenuh masa yang saya jumpa blognya & subscribe. Teruskan usaha anda, kerana cabaran sentiasa ada di mana jua cabang kita berada.

    • alang (January 5, 2010, 6:52 pm). Reply

      terima kasih zuraidi. Jadi usahawan internet sepenuh masa ni banyak cabarannya. InsyaAllah kalau kita usaha, semua orang boleh buat fulltime.

  8. Sain-Web.Com (January 6, 2010, 1:02 am). Reply

    menarik baca kisah alang tahun 2009 tu…walauapapun, tak terlambat saya ucapkan selamat tahun baru 2010. saya pun tahu ni baru nak bermula dengan blog personal..hehehe

    • alang (January 6, 2010, 1:11 am). Reply

      belum terlambat lagi. Saya juga ucapkan selamat tahun baru dan semoga berjaya dengan blog personal you.

    • Sain-Web.Com (January 26, 2010, 4:49 pm). Reply

      TQ alang…

  9. Sain-Web.Com (January 6, 2010, 1:04 am). Reply

    oh iya, terlupa plak saya nak cakap…pasal ebook PVB update tu, alang send via email @ forum ? harap2 via email pun ada..tq

    • alang (January 6, 2010, 1:11 am). Reply

      Update utk ebook hanya akan diedarkan melalui forum. Jadi kena rajin2 check forum

  10. lanchini (January 6, 2010, 10:57 pm). Reply

    Salam Alang,

    Wah, banyak kisah suka duka alang tahun 2009 ye. Pasal Adsense tu, nasib kita hampir serupa la. Tp akaun sy tak sampai 6 tahun la, cuma 6 bulan je. Tp frust tu tahap gaban gak, sebab dah banyak berhabis duit, tenaga dan masa kat situ.

    Anyway moga 2010 akan jadi tahun lebih gemilang utk Alang. Salam sukses!

    • alang (January 6, 2010, 11:12 pm). Reply

      eh you ada join speedtrap jugak ker? Kalau ingatkan frust tu, tak jadi keja la jawabnya. Tapi life must goes on, tak guna mengenang benda yg dah tiada.

      • lanchini (January 8, 2010, 3:31 pm). Reply

        Yup betul tu, life goes on.. Tapi baru2 dapat jugak duit adsense, ini first time dapat. Jemputla dtg ke blog lanchini.com untuk nengok duit tu, hehe

        • alang (January 8, 2010, 3:55 pm). Reply

          dah tengok dah duit. Bila nak belanja rakan2 kelab jiwa luka? :D

  11. waka (January 7, 2010, 9:25 am). Reply

    selamat meneruskan cabaran dunia, topi koboi tu sesuai dengan pasaran antarabangsa:)

    • alang (January 7, 2010, 9:30 am). Reply

      wakakaka :D

      Topi koboi tu trademark dari mula2 saya aktif kat internet.

  12. ammbiz (January 7, 2010, 1:55 pm). Reply

    Selamat thn baru Alang,

    Semoga apa yang kita rancang dan idamkan akan membuahkan hasil .. insya Allah..

    • alang (January 8, 2010, 3:56 pm). Reply

      InsyaAllah, selamat tahun baru pada you juga.

  13. ramzy0 (January 13, 2010, 8:39 am). Reply

    waah, lama jugak 3 tahun peram tu. mesti blog kaw kaw dari osx-e tu he h e he

    • alang (January 13, 2010, 10:25 am). Reply

      tak boleh lawan osx-e, tapi boleh la utk nak buat cari makan.

  14. ijamidayu (January 13, 2010, 12:31 pm). Reply

    Wah!! Sesuautu yg menarik pada 2010.. 2009 adalah tahun pengajaran dan pengalaman buat bro..

    Hope bro tabah. Apa pun, rezeki ALLAH tetap ada utk bro Alang..

    Bro memang sempoi gila.. Setiap ILMU dan perkongsian bro membantu saya pelajari sesuatu yg baru dan menarik utk saya…

    Apa pun, hope leh lepak kena teh lak kat Sg Buloh or Putrajaya… :D

    • alang (January 13, 2010, 1:35 pm). Reply

      2010 ni rasanya stay below the radar sikit. Fokus pada personal project dan customer yg sedia ada jer.

      So mungkin banyak invitation utk jv, seminar dan sebagainya akan saya tolak.

  15. taukey (January 13, 2010, 10:34 pm). Reply

    selamat tahun baru alang. dah lebih 13 hari daaa…ekekeke….

    • alang (January 13, 2010, 10:40 pm). Reply

      terima kasih, masih blm terlambat.

  16. rohaizad (January 17, 2010, 12:13 am). Reply

    Semoga tahun 2010 lebih memberikan jalan yang lebih luas kepada kita semua :)

    • alang (January 17, 2010, 12:30 am). Reply

      terima kasih rohaizad. InsyaAllah sama2 kita berdoa dan berusaha.

  17. Phela Pyar (January 19, 2010, 7:19 am). Reply

    orait bro………… :)

  18. Yuvraj (January 19, 2010, 7:20 am). Reply

    thniah bro alang.. ..

  19. hasbulaqill (January 23, 2010, 3:59 am). Reply

    moga tahun baru makin masyuk vblog sy
    :)
    setelah beberapa kali kene buat :D

  20. zuzila (January 31, 2010, 12:32 am). Reply

    salam,
    selamat tahun baru 2010. semoga ceria selalu dan bertambah rezeki.amin

  21. Paisa (February 1, 2010, 9:48 pm). Reply

    orait bro :) :):)

  22. knightblogger (February 3, 2010, 1:23 pm). Reply

    em..betul. macam-macam dah berlaku pada tahun lepas..

  23. Panduan Bisnes Online (February 9, 2010, 12:44 am). Reply

    Slmt tahun baru Alang…hope lebih lumayan pd tahun ini.

    Doakan saya jgk yer.. :)

Add a Comment