Pengurusan paypal di Singapura, berita baik atau buruk?
Semalam, saya (dan semua pemilik akaun) mendapat email dari Paypal yang mengatakan bahawa paypal akan membuka pejabat pengurusan baru Paypal Private Limited di Singapura dan mulai 1 Ogos 2006, semua akaun di luar US dan EU akan diuruskan oleh Paypal Private Limited. Walaupun paypal mengatakan bahawa tidak banyak yang akan berubah dari segi penggunaan, tapi ada beberapa perkara yang bermain di fikiran saya semenjak membaca email tersebut.
- Apa akan jadi bagi mereka (termasuk saya) yang membuka akaun bank US untuk mengeluarkan wang dari paypal. Seperti yang dimaklumkan di dalam email dari Paypal, selepas ini semua urusan akan berpusat di Singapura, jadi saya merasakan bahawa kita tidak boleh lagi menggunakan akaun bank US untuk mengeluarkan wang sebaliknya akaun bank Singapura.
- Seperti mana yang diketahui umum, walaupun Malaysia dan Singapura adalah jiran yang paling dekat, tapi Singapura tidak pernah memberi sebarang kelebihan kepada rakyat Malaysia di dalam sebarang urusan di sana. Malah, terlalu banyak karenah birokrasi apabila rakyat Malaysia berurusan di sana, jadi adakah selepas ini proses pengeluaran wang dari paypal akaun akan menjadi lebih mudah atau sukar
- Ada juga kemungkinan, kita boleh menggunakan akaun bank tempatan (yang mempunyai cawangan di Singapura) untuk mengeluarkan wang dari paypal. Sebenarnya, inilah saya harap-harapkan tetapi, oleh kerana Malaysia mempunyai reputasi yang buruk dalam penipuan internet, saya rasa tak mungkin perkara ini akan berlaku.
Jadi, sama-samalah kita tunggu selepas 1 Ogos, dan lihat apa yang berlaku. Bagi seseorang yang mempunyai nilai urusniaga yang tinggi menggunakan akaun paypal (seperti saya) sudah tentulah saya harapkan sesuatu yang lebih baik yang membolehkan saya meluaskan lagi bisnes internet menggunakan paypal dan tidak keterlaluan kalau saya katakan, akaun paypal saya lebih aktif dari akaun bank tempatan.
Dan bagi mereka yang baru menerbitkan buku berkenaan dengan cara pengeluaran wang dari paypal, pengumuman ini sudah tentulah berita buruk kerana sudah pasti ramai yang mengambil keputusan tunggu dan lihat untuk mengambil tindakan selanjutnya.



Assalamuaalaikum w.b.t
Pada pandangan peribadi saya, walaupun pengurusan Paypal telah dipindahkan dari USA ke Singapura, namun tidak akan banyak perubahan yang akan berlaku. Termasuklah juga tentang Malaysia yang pastinya tidak akan dibenarkan pemindahan wang secara terus.
Kita semua sedia maklum bahawa polisi Singapura yang banyak tidak membantu Malaysia dalam semua segi. Ini termasuklah tentang wang (EPF rakyat Malaysia yang bekerja disana) yang dibekukan pengeluarannya oleh Singapura atas alasan yang tidak munasabah. Isu ini telah berlanjutan sejak 1980′an lagi.
Oleh itu, saya amat yakin bahawa pemindahan pengurusan Paypal tidak akan memberikan apa-apa makna terhadap pemindahan wang dari akaun Paypal ke Malaysia.
Kata-kata tuan “Dan bagi mereka yang baru menerbitkan buku berkenaan dengan cara pengeluaran wang dari paypal, pengumuman ini sudah tentulah berita buruk kerana sudah pasti ramai yang mengambil keputusan tunggu dan lihat untuk mengambil tindakan selanjutnya.” saya terima dengan hati yang terbuka. Ini kerana perkhidmatan (ebook) yang saya berikan tidak tertakluk kepada mana-mana sekatan oleh Bank Negara Malaysia dan boleh ditunaikan di mana-mana bank tempatan tanpa perlu berurusan dengan Bank Singapura atau US.
Wahh Alang, nice picture.. So handsome yaa… Isteri berapa orang? :p Gurau jer… hehe.
first time publish my pic kat mana2 blog. So kalau jumpa kat mana2 tu tegur la, buat masa ni, isteri sorang, anak pun sorang, tak tau mana nak tambah dulu, isteri ker anak.
alang orang mana yer?
asal kedah tapi dah 10 tahun menetap di KL
p/s – ni dah melencong dari topik asal dah ni
rasanya takde effect apa2 kot..
lain le kalau bukak Paypal Sdn. Bhd.
saya rasa ada, sebab semua pengurusan akan berpusat di Singapura. Kalau yg menggunakan paypal secara online mungkin la takde, tapi bagi yg dah buka akaun bank US utk nak keluarkan duit dari paypal.
Tapi yg peliknya, kat website paypal, takde pun diorang buat announcement pasal ni. Ada jugak org yg kata scam, tapi bagi saya tak sebab email tu dihantar guna nama kita
oo kalau yg dah buka akaun bank US mungkin juga ada la..
pasal email tu, memang saya ada terima (semua 4 akaun saya) tak tahula kalau scam.
aku musykil la.. aku tak dapat pown email tu.. takut scam jek.. tapi kalo scam, apa untung yang dia dapat??.. hehehe
Harap-harap ada berita baik
Salam,
Hi alang,
kalau tak silap saya bukan ke paypal bagi pilihan samada kita nak teruskan dengan akaun paypal berpusat di US ataupun kita perpindah ke payapal yg berpusat di Singapura.
Sy rase tak manyak TOS paypal yg akan diubah..cuma dia letak satu cawangan kat Singapore sebab dah banyak orang asia bergiat aktif dlm paypal,sebab tu diorang rase lebih selesa kalau ade satu lagi cawangan yg uruskan pengguna paypal dibelah asia.
Cmana pun kita kene tunggu juga ape perubahan & pembaharuan yg akan diberikan oleh paypal Singapore,samada lebih baik atau same sahaja,
kalau agak2 lebih kurang.kita stay la dengan based akaun lame..
baca ni “If you do not wish to hold a PayPal Private Limited account and would prefer to retain your relationship with PayPal, Inc., you may only do so if you are a resident of the United States, and if the primary address on your PayPal account as of August 1, 2006 is a legitimate postal address within the United States.”
Paypal tak bagi kita pilihan nak stay ker tak. Kita akan automatic ditransfer tapi kita boleh stay kalau kita ada alamat US dan tukar alamat kita ke alamat US sblm 1 August 2006
macam mana?
paypal dah apply ke pertukaran kendalian dari US ke signapore?
macam dah senyap je isu ni.
setahu saya memang dah berpindah, sebab saya semenjak 1 August lepas, saya menerima email dari Paypal Ltd Singapore
oh ye ke?
kalau kat website paypal adetak bahagian untuk kita ‘double confirm’?
apa kata encik hantar email kat paypal sendiri tanya