Time to say goodbye

18alang5th Feb 2007Entri, ,

Jangan pula terkejut membaca tajuk ini kerana bukanlah saya yang akan mengucapkan selamat tinggal. Saya tak berniat pun nak meninggalkan bidang bisnes internet ini kerana ia merupakan mata pencarian saya. Sebaliknya tajuk di atas bermaksud bilakah waktu yang sesuai untuk anda mengucapkan selamat tinggal kepada laman web anda sama ada dengan menjualnya ataupun menutup.

Membina laman web memang mudah, dengan teknologi yang ada sekarang sesiapa sahaja boleh membina laman web tanpa memerlukan kepakaran dengan tempoh pembelajaran hanyalah beberapa minit. Tetapi, untuk membina laman web yang berjaya amat sukar kerana ia memerlukan kesabaran, ketekunan dan usaha yang gigih. Mungkin ketika membina laman web tersebut, anda begitu yakin yang ianya akan berjaya berdasarkan kaji selidik yang telah anda buat tetapi sebaliknya yang berlaku

Bagaimana untuk anda mengetahui laman web anda berjaya atau tidak? Selepas tempoh beberapa bulan (paling ideal 6 bulan) jika anda mendapat kurang daripada RM 1.00 ataupun mempunyai pelawat kurang dari 10 orang sebulan (tidak termasuk anda), maka laman web anda dianggap tidak berjaya.

Jadi apakah yang akan anda lakukan? Meneruskan laman web tersebut walaupun anda tahu ia tidak memberikan apa-apa hasil kepada anda. Bagi saya, 6 bulan sudah cukup untuk melihat potensi sesebuah laman web sama ada ia akan berjaya atau tidak dan jika ia tidak mencapai sasaran saya iaitu 50 pelawat sehari ataupun pendapatan kurang dari $20 sebulan, saya akan mula bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada laman web tersebut. Kebiasaannya, saya akan jual dengan harga yang cukup bagi saya untuk mendapat pulangan modal. (Dalam tulisan yang berikutnya, saya akan menyentuh tips-tips untuk menjual laman web)

Ada juga laman web saya yang berjaya seperti www.10000textlinks.com yang telah saya jual baru-baru ini kerana mendapat tawaran yang tidak dapat saya tolak.

Jadi, adakah anda mempunyai laman web yang jatuh dalam kriteria tidak berjaya dan bersediakan anda untuk menjualnya? Sebelum itu, apakah semua usaha seperti marketing, SEO dan sebagainya telah anda buat untuk memastikan ianya berjaya? Jika ya, it is time to say goodbye to your website.

18 Comments Comments Feed

  1. Affuan (February 5, 2007, 5:33 am). Reply

    Buat masa ni, saya rasa tidak perlu lagi ucap good bye dengan laman web saya sebab hanya satu yang saya ada. :) LAgipun, saya tidak sasarkan blog melayu untuk mengaut keuntungan. Sekadar untuk berkongsi pengalaman dan mencurah kreativiti, di samping mengangkat nama sendiri di arena internet local. Saya mengaut keuntungan menggunakan blog2 percuma blogger dan wordpress. :D

    anyway, thanks for the infos.

  2. hapisol (February 5, 2007, 6:52 am). Reply

    tq for info.
    6 bulan? saya baru jer mula pd jan 2007.

    nampaknya, slps julai 2007,
    kalau tak ok? kena buat blog lain la?
    tapi, saya nak tunggu setahun, takpa kan alang?

  3. Azahari (February 5, 2007, 7:02 am). Reply

    Wah Alang… berapa Alang jual web Alang tu?Kenapa agaknya diorang berminat nak beli web Alang tu sebab ada banyak lagi directory yang dihasilkan saban hari dan makin bertambah. Bagaimana Alang meletakkan harga untuk directory yang dah lama bertapak seperti itu.

    Web saya makin dikunjungi dan makin meningkat statistiknya.Walaupun kadang-kadang mungkin tak sampai 50 unique visitor sehari, tapi tetap ada visitor setiap hari dan tak putus. Saya perhatikan lebih ramai melihat pada blog berbanding web utama mungkin blog ada maklumat yang terkini dan tidak hanya tumpu pada produk sahaja.

  4. alang (February 5, 2007, 7:26 am). Reply

    @hapisol – anda boleh meletakkan target sendiri, tak semestinya 6 bulan. Mungkin jika baru bermula, boleh meletakkan setahun target utk berjaya. Sblm buat blog lain, pastikan yang blog yg sedia ada tu memang dah betul2 tak boleh nak diselamatkan lagi.

    @Azahari – saya menjualnya dengan harga $1500 dan harganya ditentukan berdasarkan anggaran pendapatan setahun. Direktori tersebut mendapat pelawat lebih kurang 100 sehari dan setiap bulan mendapat 35 – 50 submission yang bernilai $100 – $150 USD. Direktori tersebut juga telah byk tersenarai di laman web rujukan direktori yg lain di mana semua trafik yg saya dpt dari situ mempunyai conversion rate yg tinggi. Sebenarnya sayang juga saya nak jual, tapi memikirkan duit yg saya dpt tu, boleh digunakan utk develop laman web lain yg mungkin boleh memberi pendapatan yg lebih lumayan.

  5. carllys (February 6, 2007, 3:34 am). Reply

    tapi Alang, macam mana nak jual web yang tidak berjaya? mushkil gak nih…

  6. Noorizam Shah (February 6, 2007, 3:52 am). Reply

    alang.. tahniah.. banyak dah saya tgk alang buat duit dengan website.. jual website jika harga melambung tinggi.. dan buka website baru.. :)

  7. alang (February 6, 2007, 4:38 am). Reply

    @carllys – jgn jual mahal2, agak2 balik modal cukup la. Biasanya, akan ada org yg beli website yg dah siap walaupun takde revenue kerana ianya telah diindex oleh search engine.

  8. surfaddict (February 6, 2007, 9:20 am). Reply

    betul ckp alang, sypun nak beli satu site ni because dah di index dan PR pun boleh tahan..setakat ni tak pernah jual mana2 site lagi..tp maybe bile dah tak boleh handle nanti dan tawaran memuaskan hati..mmg patut jual..

  9. Pinvader (February 10, 2007, 8:42 pm). Reply

    alang..sy ade beli directory..dh 2 bln..visitor x brape bagus lg..planning utk tukar ke custom template..boleh share x care2 nk promote directory?

  10. alang (February 11, 2007, 2:19 am). Reply

    Saya sedang menulis panduan utk web direktori skrg. Insya Allah siap dalam beberapa minggu lagi. Kat dlm tu nanti akan saya kongsikan sekali macam mana nak promote direktori

  11. Pinvader (February 11, 2007, 11:40 am). Reply

    That’s wat i’m waiting for..thanks alang

  12. Soalan pembaca: Bagaimana cara untuk register domain | Blog Webmaster Malaysia (August 17, 2007, 9:56 am). Reply

    [...] Selain itu, anda juga mudah untuk menukar hak milik domain jika satu hari nanti anda ingin menjual laman web anda ataupun menjual domain [...]

  13. kita (August 23, 2007, 12:34 pm). Reply

    saya ada membeli satu website setahun yang lepas…n masih aktif web tersebut…web tersebut wife saya yang handle walapun dia tak berapa tahu pasal internet bianess ni…kalau tak silap saya web tersebut mempunyai PR3 tapi dari segi pelawat memang mengecewakan…saya bercadang nak jual tapi sayang pulak..coz tu web pertama saya dengan wife saya….apa pandangan kawan-kawan?

  14. Panduan menjual laman web | Blog Webmaster Malaysia (November 21, 2007, 10:59 am). Reply

    [...] dalam tulisan sebelum ini saya memberikan panduan bilakah waktu yang sesuai untuk menjual laman web anda, dalam tulisan kali ini saya akan memberikan panduan bagaimana untuk menjual supaya anda [...]

  15. Adakah website anda satu aset atau liabiliti - Satu analisa | Blog Webmaster Malaysia (July 19, 2008, 1:14 pm). Reply

    [...] dengan menjual laman web / blog tersebut. Perkara ini pernah saya tulis sebelum ini dengan tajuk Time to say goodbye di mana saya menyatakan bilakah waktunya anda perlu melepaskan atau menjual laman web / blog anda. [...]

  16. Adakah website anda satu aset atau liabiliti - Satu analisa - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia (July 19, 2008, 1:16 pm). Reply

    [...] dengan menjual laman web / blog tersebut. Perkara ini pernah saya tulis sebelum ini dengan tajuk Time to say goodbye di mana saya menyatakan bilakah waktunya anda perlu melepaskan atau menjual laman web / blog anda. [...]

  17. Soalan Pembaca: Bagaimana Nak Tentukan Nilai Harga Website Kita (July 21, 2009, 11:51 am). Reply

    [...] sebelum ini pernah beberapa kali saya menulis panduan tentang bagaimana untuk menjual laman web tetapi oleh kerana soalan yang saya terima kali ini agak [...]

  18. alang (August 23, 2007, 12:46 pm). Reply

    kalau web yg kurang pengunjung dan juga income, nak jual pun susah sikit. Mungkin kalau jual pun harganya bawah USD 300. Adakah web tersebut berpotensi utk mendapat pengunjung dan menjana pendapatan jika saudara invest sedikit wang utk tujuan promosi? Dan adakah content dlm website tersebut original, iaitu ditulis oleh saudara sendiri bukan diambil dari sumber-sumber lain.

Add a Comment