Wordpress plugin yang saya guna
Written by alang on February 11, 2007
Ada seorang pembaca yang bertanyakan plugin apakah yang saya gunakan untuk menunjukkan senarai komen terkini di ruangan tepi blog saya. Disini, saya akan berkongsi plugin apakah yang saya gunakan di Blog Webmaster Malaysia dan juga blog-blog saya yang lain.
Adsense Deluxe
Plugin ini amat berguna kerana ia dapat anda meletakkan adsense (atau iklan-iklan lain) ke dalam tulisan anda dan membuatkannya kelihatan seperti sebahagian dari tulisan anda. Selain itu, banyak lagi fungsi-fungsi lain yang membantu anda untuk mengoptimakan ruang iklan di blog anda.
Auto-hyperlink URLs
Apabila anda menaip apa-apa domain atau url, secara automatik ia akan menukarkannya kepada link ke domain / url tersebut tanpa perlu lagi anda melakukannya secara manual
Category Tagging
Plugin ini membolehkan anda menggunakan fungsi tag di blog anda berasaskan dari kategori sedia ada. Menggunakan tag yang berasaskan kategori ini lebih mudah dan cepat dan ianya juga memudahkan pembaca anda mencari sesuatu di blog anda.
Democracy
Ini adalah plugin untuk memasukkan poll ke dalam artikel atau pun mana-mana page di blog anda.
Get Recent Comments
Senarai komen terkini di blog anda seperti yang terdapat di bahagian tepi blog ini.
Less
Kebiasaannya, apabila anda klik ‘Read More’, ia akan menunjukkan bahagian artikel selepas bahagian yang ditunjukkan di muka depan. Menggunakan plugin ini, apabila pelawat anda klik ‘Read More’, ia akan menunjukkan artikel tersebut dari mula.
RSS Auto Submit
Menggunakan plugin ini, sebulan sekali ia akan automatik submit RSS feed anda ke beberapa RSS direktori.
Shorturl
Berguna untuk memendekkan url yang panjang ataupun untuk cloaking link affiliate anda seperti ini http://www.szab.net/blog/u/1
Show Top Commentators
Senarai pelawat (bersama-sama url ke laman web mereka) yang paling banyak menulis komen di blog anda. Melalui plugin ini, ia akan menggalakkan pelawat menulis komen kerana ia memberikan mereka promosi secara percuma.
Sociable
Menambah link / icon ke laman web Social Bookmark seperti blinklist, digg, del.icio.us dan lain-lain lagi
Spam Karma 2
Plugin yang pertama sekali saya install di setiap blog saya. Plugin ini secara automatik menolak mana-mana komen yang dianggap spam berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.
WP-ContactForm
Seperti yang saya tulis sebelum ini iaitu ruangan untuk pelawat menghubungi penulis adalah satu kemestian untuk setiap blog / laman web. Untuk itu, saya menggunakan plugin ini di setiap blog saya kerana ianya sungguh mudah.
Comments
Trackbacks
Submit Reply




02-11-2007
5:04 am
hapisol
ya Allah, bestnya alang ni.
kepak ayam diminta,
satu kontena beliau berikan.
so, apalagi semua newbie,
rebutlah peluang ini.
02-11-2007
7:36 am
aku
tq alang. terutama yang ni: Shorturl
02-11-2007
6:20 pm
RajaBLog.info
wah alang, baguslah – sharing is caring.
Saya amat suka SPAM Karma and sama macam alang, ia plugin yang tak harus saya lupakan.
wp-contact form pun saya guna cuma problemnya skang selalu dapat spam melalui form tu.
Untuk adsense saya pernah pakai MightyAdsense.
02-11-2007
11:41 pm
hapisol
((wp-contact form pun saya guna cuma problemnya skang selalu dapat spam melalui form tu.))
ya ka?
so, ada cara nak elakkannya?
02-11-2007
11:43 pm
Azahari
Saya guna plugin ni:-
1.Installer
http://www.mattread.com
2. subscribe-to-comments
http://txfx.net/code/wordpress/subscribe-to-comments/
Banyak plugin di atas yang saya tak guna lagi..lepas ni nak install pulak…
tq Alang
02-12-2007
12:32 am
nizam
hanya suku sahaja plugin yg saya guna dlm senarai alang itu..kadang2 mencari juga plugin yg nak guna, dan pilihan byk, tak pasti sama ada ia mudah digunakan atau tidak.
kalau ada recomendation dr org mcm alang, bolehlah install pasni..
terima kasih.
02-12-2007
2:36 am
saido
memang ini yang saya tercari-cari akhirnya keluar jugak info yg sgt berharga. saya dah lama cari camana nak buat recent comment & social bookmark semua tu. anyway thanks.
02-12-2007
3:06 am
nizam
alang,
‘Recent Readers’ tu pakai plugin jugak ke?
kalau ye, apa die?
tq
02-12-2007
5:13 am
Zack
hanya beberapa plugins tersebut yg saya guna…
02-12-2007
5:34 am
hapisol
nizam said
‘Recent Readers’ tu pakai plugin jugak ke?
kalau ye, apa die?
yg tu kena daftar kat
http://www.mybloglog.com/
ok?
02-12-2007
8:51 am
Kamarul
Memang tidak dinafikan plugin yang digunapakai saudara alang patut digunakan dalam blog wp sedia ada. Sangat berguna. Terima kasih alang.
02-12-2007
3:04 pm
weirdoux
alang,
thanks a lot dude!
saya suka plugin “top commentator” tue…
ianya boleh merangsang visitor saya untuk meng-glamer-kan diri memasing….!!!
02-14-2007
2:20 am
Mohd Sufian
Menarik.
Tapi saya tertanya-tanya sikit tentang RSS submit tu. Kita kena submit RSS feed nie sebulan sekali ke?
Bukannya sekali submit dah ok dah?
02-15-2007
3:27 am
Azahari
Alang, untuk sitemap tu pakai plugin jugak ke?
02-16-2007
5:24 am
alang
fungsi sitemap tu terdapat dlm theme yg saya guna. Saya pun tak tau macam mana dia buat.
04-15-2007
1:02 am
waka
banyak betul info-info yg diperolehi nih dari alang…tq2
05-08-2007
4:00 pm
arazak
saya nak buat satu page yang akan keluar semua post yang ada di blog. adakah kena buat cara bolehkah baut cara auto. setiap post yang baru tajuk nya akan keluar di satu page. adakah kita kena buat cara manual. saya hendak buat
macam Related Post supaya dia keluar dipage.
06-06-2007
2:11 am
ejat
Terima kasih berkongsi rekemen anda, alang.
Ianya berguna kepada pengguna blog baru seperti saya..
09-13-2008
12:33 pm
wings
terima kasih atas perkongsian alang