Kaedah efektif mengumpul nota dari internet

9alang13th Feb 2007Entri, ,

Sebagai seorang webmaster / blogger, anda pasti akan melakukan kajian terlebih dahulu sebelum menulis atau memasukkan sesuatu kandungan ke dalam laman web / blog anda. Ada pelbagai kaedah untuk melakukannya dan mungkin anda mempunyai kaedah tersendiri tetapi disini saya akan berkongsi tentang kaedah mengumpulkan nota yang diperolehi daripada internet. Kaedah ini memang amat efektif bagi saya kerana ia dapat menjimatkan masa dan membuatkan kerja saya lebih tersusun.

Apabila anda membaca satu artikel yang menarik di internet, dan anda tahu yang artikel tersebut amat berguna kepada anda, sama ada untuk dimuatkan ke dalam laman web anda atau sebagai rujukan, apakah yang akan anda lakukan? Kebanyakannya, mungkin akan bookmark laman web tersebut (seperti yang saya lakukan dulu) tetapi sedarkan anda bahawa kebarangkaliannya begitu tinggi yang anda tidak akan melawat lagi laman web tersebut. Bookmark juga agak kurang efektif kerana mungkin anda hanya inginkan sebahagian sahaja daripada artikel dalam muka surat tersebut tetapi anda terpaksa bookmark keseluruhan muka surat dan terpaksa mencari bahagian artikel yang hendak anda baca kelak.

Disinilah pentingnya kita menggunakan sesuatu perisian untuk menyimpan artikel tersebut. Saya yakin ada yang menggunakan Notepad, Microsoft Word dan sebagainya tetapi sedarkah anda terdapat beberapa perisian yang khusus untuk mengambil nota dari internet dengan begitu efektif.

Google Notebook (Perisian Web)
Google Notebook
Jika anda tidak mahu install apa-apa program baru ke komputer anda ataupun anda menggunakan lebih dari satu komputer, Google Notebook memang untuk anda kerana anda boleh menggunakannya di mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet. Google notebook merupakan satu aplikasi web yang amat ringkas dan mudah untuk mengumpul nota dari internet terutamanya jika anda menggunakan firefox kerana ia mempunyai extension yang khusus. Nota-nota juga dapat diklasifikasikan mengikut bahagian dan juga buku nota.

Evernote (Freeware / Shareware)
Evernote
Walaupun terdapat versi shareware untuk perisian ini, tetapi versi Freeware sebenarnya sudah cukup bagus untuk tujuan pengumpulan nota dari internet. Seperti mana Google Notebook, Evernote juga mempunyai extension untuk firefox di mana anda boleh mengambil artikel (atau sebahagiannya) dengan hanya highlightkan bahagian yang anda perlukan dan klik pada button Evernote di browser firefox anda tanpa perlu anda membuka perisian Evernote. Jadi, anda boleh terus mengumpul nota dan apabila selesai, anda boleh membuka perisian Evernote, dan bolehlah membaca, mengklasifikasi ataupun mengedit keratan artikel yang anda kumpulkan tadi. Saya menggunakan Evernote selama beberapa bulan sebelum Microsoft Onenote 2007 keluar di mana ia adalah perisian yang saya gunakan sekarang

Microsoft Onenote 2007
Microsoft Onenote 2007
Perisian yang saya gunakan sekarang dan bagi saya merupakan satu perisian yang terbaik untuk seorang webmaster seperti saya mengumpulkan artikel / bahan yang menarik dari internet untuk ditulis di blog ataupun dimasukkan ke dalam laman web saya. Microsoft Onenote 2007 merupakan sebahagian daripada Microsoft Office 2007 jadi untuk mendapatkannya, anda harus membeli perisian Microsoft Office 2007 yang berharga melebihi RM 1000.00, Tetapi bagi saya, ia dikira sebagai satu pelaburan untuk memudahkan tugas anda dan seterusnya mengembangkan kerjaya / bisnes anda. Sepertimana Google Notebook dan Evernote, Onenote juga mempunyai firefox extension yang membolehkan anda mengambil nota tanpa perlu membuka perisian tersebut. Tetapi oleh kerana ianya adalah produk Microsoft, Onenote berfungsi dengan lebih baik jika anda menggunakan Internet Explorer

Scrapbook (Firefox Extension)
Scrapbook
Sekiranya anda tidak mahu membeli ataupun memasukkan sebarang perisian ke dalam komputer, Scrapbook paling sesuai untuk anda kerana ia merupakan Extension yang mempunyai fungsi yang hampir sama seperti perisian di atas tetapi berfungsi sepenuhnya di atas browser firefox.

Kaedah-kaedah di atas, selain boleh digunakan untuk mengumpul nota / bahan untuk dimuatkan ke dalam laman web / blog, ia juga boleh digunakan untuk mengumpul bahan untuk menulis ebook, untuk kajian, pembelajaran dan sebagainya.

Apakah cara anda mengumpulkan nota / bahan dari internet? Mungkin ada kaedah lain yang lebih efektif lagi yang tidak saya ketahui, jadi sama-samalah kita berkongsi di sini.

9 Comments Comments Feed

  1. weirdoux (February 13, 2007, 11:39 am). Reply

    saya menggunakan writely.com (docs.google.com) untuk menyimpan separuh daripada note online saya.
    http://www.ohmyweird.com/2006/11/02/microsoft-word-writelycom/

  2. Fikri (February 13, 2007, 1:13 pm). Reply

    Saya pun nak try gak lah pakai google punye servis… x pernah test pun… maybe, lagi best. thanks for the info ;)

  3. hapisol (February 13, 2007, 2:00 pm). Reply

    setakat hari ni,
    saya hanya menggunakan word 2003 saja.
    tq for info.
    nanti boleh apply info drpd alang ini.

  4. Azahari (February 13, 2007, 11:28 pm). Reply

    Saya tak tau pulak google ada tool Google Notebook. Kalau dulu saya suka simpan notepad di yahoo je..

  5. RajaBLog.info (February 14, 2007, 3:58 am). Reply

    oh, saya pun gunakan Google Notebook dari tahun lepas lagi. Senang nak simpan and revise balik

    saya guna Google Notebook atau blinklist (social bookmarking)

  6. Robotys (February 14, 2007, 5:10 am). Reply

    Saya adalah pengguna Google. Dan mmg Google Notebook terbaik bagi saya! dah lama guna dah dan setakat ini, x rasa nak tukar service mana2.. :)

  7. nizam (February 14, 2007, 5:19 am). Reply

    tak pakai pun satu drp senarai ni..just guna word atau notepad je

  8. Mohd Sufian (February 14, 2007, 12:11 pm). Reply

    Saya biasanya menggunakan notepaed, MS Word atau bookmark. Tapi betul kata alang tu kalau bookmark info yang kita nak, kadang2 tu boleh lupa dan susah nak cari bahagian2 yang kita kehendaki. Memang makan masa.

    Bagus tips alang. Mula dulu pernah gak nak guna Google Notebook. Tapi tak terlintas nak cuba. :)

  9. nizam (February 15, 2007, 12:12 am). Reply

    nampaknya alang makin update blog ini..so selalulah pagi2 memang singgah jap baca bahan berilmiah dr szab. bagusnya…

    emm alang,
    mungkin nanti boleh share mengenai software yg boleh track adsense clicks. contohnya org selalu sebut la ni ialah adlogger…mungkin ada software lain boleh digunakan. penting ni nak elakkan di ban oleh google angkara invalid/fraud adsense clicks.

    sekadar cadangan…tq

Add a Comment