Perkhidmatan mengulas produk, perkhidmatan dan laman web

4alang15th Feb 2007Entri, ,

Saya telah banyak memberi ulasan terhadap produk, perkhidmatan dan laman web sebelum ini dan Alhamdulillah, rata-ratanya mengakui yang hasil ulasan saya itu telah membantu meningkatkan hasil jualan, jumlah pelawat dan juga mutu perkhidmatan mereka.

Ramai yang menghubungi saya meminta untuk mengulas produk, perkhidmatan dan juga laman web mereka dan oleh kerana saya begitu kesuntukan masa sebelum ini, kebanyakannya terpaksa saya tolak. Walaubagaimanapun, selepas menjual dua daripada laman web saya, saya mempunyai lebih banyak masa dan mengambil keputusan untuk menawarkan khidmat ulasan di blog ini dengan beberapa syarat tertentu.

1. Ulasan Produk (sebaik-baiknya produk digital seperti ebook, cd dan sebagainya) – RM10 beserta sampel produk
Untuk mengulas tentang produk yang anda jual, saya memerlukan produk tersebut berada di tangan saya dan untuk tujuan tersebut, jika saudara/i ingin meminta saya mengulas tentang produk anda, anda diminta menghantar produk tersebut kepada saya sama ada melalui email ataupun pos. Produk ini akan dikembalikan semula selepas saya membuat ulasan tetapi saudara/i harus menyertakan bayaran untuk pengeposan kembali produk tersebut. Anda juga mesti mempunyai laman web khusus untuk produk anda. Contoh ulasan terhadap produk yang saya buat sebelum ini

http://www.szab.net/blog/u/2

http://www.szab.net/blog/2006/08/05/ulasan-ebook-rahsia-aku-dan-clickbank/

http://www.szab.net/blog/2006/10/09/perisian-percuma-dari-percumanet/

2. Ulasan Perkhidmatan – RM10 beserta sampel perkhidmatan
Untuk membuat ulasan tentang perkhidmatan yang anda berikan, saya akan mencuba perkhidmatan tersebut tanpa sebarang bayaran dan seterusnya akan membuat ulasan tentang kualiti perkhidmatan tersebut dan harganya. Anda juga mesti mempunyai laman web khusus untuk perkhidmatan anda. Contoh ulasan terhadap perkhidmatan yang saya berikan sebelum ini

http://www.szab.net/blog/2007/02/06/serlahkan-identiti-blog-anda-dengan-karikatur/

3. Ulasan Laman Web – RM10 sahaja.
Ulasan akan dibuat berdasarkan reka bentuk laman web anda, isi kandungan dan memberikana pendapat saya sendiri secara keseluruhannya. Saya juga akan cuba memberikan cadangan bagaimana untuk meningkatkan lagi mutu laman web anda. Contoh ulasan laman web yang saya buat sebelum ini

http://www.szab.net/blog/2006/07/27/jual-ruang-iklan-anda-di-madhens/

http://www.szab.net/blog/u/3

http://www.szab.net/blog/2006/10/03/jualbeli-text-link-melalui-direct-link-ads/

http://www.szab.net/blog/2006/10/31/mmmzrcom-unik-dan-kreatif/

http://www.szab.net/blog/2006/12/02/blogem-up-satu-konsep-pengiklanan-yang-menarik/

Saya juga berhak untuk menolak mana-mana permintaan untuk membuat ulasan sekiranya saya rasa ianya tidak bersesuaian dengan blog saya dan wang akan dipulangkan. Bayaran yang dibuat adalah untuk masa yang saya luangkan untuk mengkaji dan menulis, bukan untuk bayaran pengiklanan jadi saya akan menyebut tentang kelebihan dan kekurangan (jika ada) produk, perkhidmatan dan laman web anda.

Saya percaya, ulasan yang saya berikan nanti akan banyak memberikan manfaat kepada anda seperti yang terbukti sebelum ini dan selain itu anda juga akan mendapat satu lagi backlink untuk meningkatkan ranking laman web anda di search engine.

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan saya, sila hubungi saya di http://www.szab.net/blog/contact/ dan saya akan memberitahu anda apakah tindakan susulan yang perlu anda buat.

4 Comments Comments Feed

  1. Azahari (February 15, 2007, 11:48 pm). Reply

    Saya telah banyak memberi ulasan terhadap produk, perkhidmatan dan laman web sebelum ini dan Alhamdulillah, rata-ratanya mengakui yang hasil ulasan saya itu telah membantu meningkatkan hasil jualan, jumlah pelawat dan juga mutu perkhidmatan mereka.

    Memang saya tidak nafikan pertambahan dari segi trafik mahupun pelanggan dari masa ke semasa kerana kita mendapat ulasan dari seorang Webmaster yang berpengalaman seperti saudara Alang. Pelaburan untuk promosi serendah RM10.00 pada saya amat berbaloi. Bahkan mendapat cadangan yang bernas untuk kita jadikan idea atau penambahbaikan produk kita. :)

  2. RajaBLog.info (February 16, 2007, 12:21 am). Reply

    yup, saya setuju dengan saudara alang.

    Sekarang pun banyak juga traffik saya dari blog alang :D

    oh ya Alang, review nie bleh taruk kat ruangan testimonial sesuatu produk tak?

  3. aman (February 16, 2007, 1:05 pm). Reply

    nanti saya mungkin akan mendapatkan perkhidmatan saudara :D

  4. annuar (January 4, 2010, 12:48 pm). Reply

    Betul tu saya setuju. RM10.00 tu bukannya banyak sangat. Kalau berbelanja sekarang ni RM50.00 tu dah tak nampak apa-apa…..

Add a Comment