Aplikasi Web: Picnik

Written by alang on February 16, 2007

Picnik
Picnik merupakan satu web aplikasi berasaskan flash yang membolehkan anda untuk mengedit imej untuk dimuatkan ke dalam laman web anda. Apa yang menarik tentang Picnik ialah, jika anda menjumpai imej di sesebuah laman web, anda tidak perlu download imej tersebut ke dalam komputer anda, sebaliknya hanya memasukkan url imej tersebut di Picnik, edit imej tersebut secara online dan seterusnya menyimpan imej tersebut di image hosting yang percuma seperti flickr, Photo Bucket, Image Shack, fotopic dan sebagainya.

Picnik mempunyai beberapa fungsi asas untuk mengedit imej seperti Auto Fix, Crop, Rotate, Resize, Exposure, Colors, Sharpen, Red Eye dan juga efek khas seperti Sepia Toning, Soften dan Vignette.

Bagi saya, fungsi-fungsi di atas sudah lebih daripada cukup untuk keperluan seorang webmaster atau blogger bagi memuatkan imej ke dalam laman web / blog tanpa perlu beli dan install perisian mengedit imej seperti Photoshop ataupun Paint Shop Pro.

Dan oleh kerana anda boleh melakukannya secara online, ia lebih menjimatkan masa.

Cubalah Picnik, dan berikan pendapat anda tentangnya.

Related posts:

  1. Aplikasi Web: WriteToMyBlog WriteT

  2. Urus akaun anda dengan MoneyDance Bagi seora

  3. Perisian percuma untuk memeriksa Google Pagerank Jika selam

  4. Menulis blog dengan Windows Live Writer Ini adalah

  5. Dapatkan $25 percuma daripada AuctionAds AuctionAd

Comments

  • 02-16-2007
    7:01 am

    Reply

    Azahari

    Saya dah cuba edit gambar menggunakan website tersebut. Memang cool la.. siap ada crop, rotate, colour dan banyak juga fungsi basic photo / image editor. Gambar pulak boleh terus simpan di Flickr atau login dengan akaun yahoo. :)


  • 02-16-2007
    1:11 pm

    Reply

    Mohd Sufian

    Yup. Memang pun Azahari. Sempoilah aplikasi nie. Menjimatkan masa. Kalau ada connection internet sahaja dah boleh buat kerja.

    Dah tak perlu nak instal aplikasi grafik dalam komputer. Menjimatkan masa dan memudahkan kita nak bua kerja.


  • 02-17-2007
    6:03 am

    Reply

    syia

    syia dh gune lama aplikasi ni..memang best..senang sebab syia just kene ambik pic flickr.. EDIT = SIAP


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message