Rutin harian seorang webmaster
Written by alang on February 19, 2007
Bagi pertanyaan seorang pembaca di sini saya akan menulis secara ringkas rutin saya seharian dan apa yang saya lakukan dalam tempoh tersebut
6:30 – 8:00 pagi
Selepas mandi dan solat Subuh, perkara pertama yang saya lakukan ialah check email dan juga mendapatkan maklumat terkini melalui RSS Reader. Saya menggunakan Gmail untuk email dan semua email saya diforwardkan ke Gmail supaya lebih mudah. Apabila memeriksa email, saya akan asingkan mana-mana email yang kurang penting (seperti newsletter) dengan melabelkannya sebagai “Later” dan juga email yang memerlukan tindak balas dari saya sebagai “Important”. Selain itu, terdapat banyak lagi label-label yang saya gunakan untuk mengklasifikasikan email yang diterima supaya lebih mudah untuk saya mencarinya kelak. Jika email tersebut memerlukan maklum balas segera dari saya, saya akan terus melakukannya agar saya tidak terlupa.
Saya menggunakan Google Reader untuk membaca RSS feed, dan sehingga sekarang, saya telah subscribe lebih dari 200 blog dan laman web dan setiap hari, jumlah RSS feed yang perlu saya baca menghampiri 1000. Biasanya, saya akan scan topik-topik yang menarik dan meletakkan label “Star” supaya saya boleh membacanya kemudian. Selepas habis memilih mana-mana artikel yang akan saya baca, barulah mula membaca dan mana-mana artikel yang akan saya gunakan untuk laman web saya ataupun sebagai rujukan, saya akan simpan di dalam Microsoft OneNote.
8:00 – 8:30 pagi
Jika hari bersekolah, waktu ini saya akan menyiapkan anak saya sebelum menghantarnya ke sekolah. Jika hari cuti, waktu ini biasanya saya akan bersarapan.
8:30 pagi – 12:00 tengah hari
Jika terdapat pesanan dari pelanggan untuk ruang iklan, text link dan direktori, saya akan menguruskannya pada waktu ini. Selepas itu, saya akan melawat beberapa forum yang memang wajib saya lawat setiap hari kerana forum-forum ini banyak terdapat maklumat-maklumat untuk dimuatkan ke dalam laman web saya dan juga terdapat peluang-peluang perniagaan. Antara forum-forum ini ialah forums.digitalpoint.com, www.sitepoint.com/forum, www.earnersforum.com dan www.wangcyber.com
Kebiasaannya, saya mengambil masa satu jam dan selepas itu saya akan mula mengemaskinikan ke semua laman web saya. Hanya beberapa laman web sahaja yang perlu saya kemaskini setiap hari iaitu, blog webmaster malaysia, www.osx-e.com, www.logotwo.com, www.dirten.com. Lain-lain blog dikemaskini oleh beberapa blogger di atas konsep “revenue sharing”.
12:00 – 1:30 tengah hari
Jika hari sekolah, saya akan mengambil anak saya dari sekolah terlebih dahulu sebelum makan tengah hari, berehat sekejab sementara menanti masuk waktu Zohor.
1:30 tengah hari – 5:00 petang
Jika masih ada laman web yang belum habis dikemaskini, saya akan menyambungnya pada masa ini. Jika semuanya sudah siap, waktu ini saya gunakan untuk memeriksa semua laman web saya jika terdapat sebarang masalah yang perlu saya perbaiki seperti broken link, pelawat yang menurun, ranking search engine menurun dan sebagainya. Selain itu, saya juga akan membaca email dan RSS feed yang masih belum sempat saya baca.
5:00 – 7:00 petang
Selepas solat Asar saya akan melakukan aktiviti di rumah atau pun beriadah bersama keluarga saya seperti membasuh kereta, membersihkan kawasan rumah, longkang dan sebagainya ataupun berjoging. Oleh kerana kerja yang saya lakukan hanya duduk dan menghadap laptop sahaja, jadi saya rasa aktiviti riadah ini penting juga untuk mengeluarkan peluh. Selain itu, waktu ini juga saya gunakan untuk berbual dengan jiran-jiran.
7:00 petang hingga 10:00 malam
Selepas mandi, saya bersiap-siap untuk menunggu solat Maghrib (kadang-kadang di surau) dan selepas solat, sementara menunggu Isya, saya akan menonton berita di TV sambil mengajar anak saya membuat kerja sekolah. Kadang-kadang kalau letih mengantuk sangat, biasanya saya akan lena sekejab selama 1/2 jam.
Selepas solat Isya, saya akan menonton TV bersama anak dan isteri.
10:00 malam – 12:30 tengah malam
Kalau ada cerita yang menarik di TV, ataupun ada siaran langsung EPL, saya akan terus menonton. Jika tidak, waktu ini saya akan mula melakukan senarai perkara-perkara yang perlu saya lakukan besok (ataupun 2 3 hari selepasnya). Saya menggunakan Vitalist untuk tujuan ini kerana saya dapat melihat secara keseluruhan apa yang perlu saya lakukan. Saya cuba mendisiplinkan diri untuk melakukan setiap perkara yang saya senaraikan, ada perkara tersebut perlu dilakukan setiap hari (seperti kemas kini laman web) dan ada juga perkara yang perlu dilakukan mengikut keadaan.
Pada masa ini, saya akan menetapkan apakah isi kandungan / tajuk yang akan dimuatkan ke dalam laman web / blog jadi pada keesokannya, saya hanya terus kemaskini sahaja tanpa perlu memikirkan apakah isi kandungannya.
Pada pukul 12:00 tengah malam, saya akan melihat jumlah trafik untuk ke semua laman web saya dan mengkaji apakah keyword yang digunakan atau dari manakah pelawat datang. Saya menggunakan StatCounter untuk merekodkan statistik bagi ke semua laman web saya.
Walaupun bekerja sendiri, tapi saya rasa kita perlu mempunyai jadual tertentu supaya kerja masa kita digunakan sepenuhnya dan kita menjadi lebih produktif. Walaupun begitu, kelebihannya ialah, jadual yang kita buat sendiri ini adalah lebih fleksibel jika keadaan memerlukan seperti terdapat aktiviti lain yang perlu dilakukan. Saya menggunakan Google Calendar untuk menyusun jadual di atas, dan jika ianya perlu diubah, saya akan cuba pastikan yang masa itu akan digantikan semula.
Apa yang paling mencabar ialah, bagaimana memotivasikan diri untuk mengikut jadual dan senarai tugas yang anda lakukan itu kerana tiada siapa yang mengawasi anda. Apa yang penting ialah, sejauh mana keinginan anda untuk berjaya dalam apa yang anda lakukan kerana jika anda mempunyai sikap ini, tidak kiralah apa atau dimana kerja anda, anda pasti akan berjaya.
Jadi, bagi yang belum mempunyai jadual itu, saya harap selepas ini masing-masing membuat jadual tak kiralah sama ada anda usahawan internet sepenuh masa atau tidak. Jadual yang dibuat itu juga, mestilah mengikut kesesuaian anda, kerana tidak guna mempunyai jadual jika anda tidak mampu mengikutnya.
Comments
Trackbacks
Submit Reply




02-19-2007
1:11 pm
Zack
betul tu… bila kita ‘bekerja’ di rumah sendiri perkara yg mencabar adalah camne kita nak memotivasikan diri supaya kita juga bekerja w/pun ia dilakukan di rumah…
02-19-2007
9:11 pm
Azahari
Sungguh kagum saya baca diari seorang webmaster. Terima kasih Alang kerana sudi berkongsi pengalaman dengan pembaca.Bagi saya, mengadap internet dan melawat laman web dan membuat kerja didepan komputer memang melekakan.Saya sendiri kadang-kadang tidak sedar masa berlalu amat pantas.
Tentang jadual harian pula memang satu kewajipan tambah pula full-time webmaster yang akan buat kerja dirumah sepenuhnya.Kalau dipejabat ada orang yang mengawal kita, kita juga tahu masa kita perlu masuk kerja dan balik kerja. Kalau di rumah, nak tak nak kita kena juga disiplinkan diri. Kalau tidak, kerja kita tentu jadi kelamkabut.
02-19-2007
9:38 pm
SmartZul
Alang, kiranya hanya satu waktu sahajalah Alang semak dan urus order dalam sehari? Dan kebanyakan pelanggan Alang sudah mesti dari luar, so masa mereka tu mesti siang dan sini malam, so mcm mn Alang handle masa tu? Oklah, banyak pula bertanya.
Apapun, pengurusan masa amat penting. Lagi2 kalau yg buat full time, kalau tak, hmm, tak terurus kerja.
02-19-2007
9:46 pm
alang
@Zul – dulu saya memang berjaga sehingga ke pagi semata2 utk nak uruskan pelanggan. Tetapi kemudian saya terfikir sampai bila kita nak korbankan masa tidur kita kerana lebih baik segalanya diuruskan melalui email. Lagipun, perkara tersebut tidaklah terlalu urgent, kalau ada yg urgent, mungkin saya akan tetapkan waktu lah utk berbincang melalui messenger. Tapi saya telah tetapkan yang kesemua email pelanggan akan dibalas dalam tempoh 12 jam supaya kepercayaan mereka terhadap kita tidak terjejas.
02-19-2007
10:54 pm
SmartZul
Thanks Alang. Betul tu. Saya jg hadapi masalah di dalam melayan pelanggan, lagi2 kita berikan no contact kita. Tapi skrg saya dah set masa dan polisi sendiri dalam pengurusan pesanan dan bayaran.
02-20-2007
2:17 am
mohdismail
alang rasa la kan…
bila agaknya bisnes jual beli text link ni mampu berkembang di Malaysia?
khasnya,untuk blog-blog berbahasa Melayu…
02-20-2007
8:47 am
nizam
Diari ini boleh jadikan panduan pada webmaster2 yg sedia ada atau pun yg newbie..
thnks for the sharing
02-21-2007
12:22 pm
Mohd Sufian
Menarik baca aktiviti harian Alang nie. Sedikti sebanyak boleh jadikan paduan.
Tak dapat dinafikan pengurusan masa nie memang penting. Tak kira kerja apa pun yang kita lakukan. Dan teramat penting jika kita bekerja sendiri. Saya dulu memang lemah dalam pengurusan masa. Kerja yang dilakukan tu siap, tapi kita jadi serabut balik. ekekeke…
Tapi skang nie alhamduillah, telah diperbaiki sedikit demi sedikit. Tapi perkara penting dalam pengurusan masa nie adalah DISIPLIN. Kalau kita tak ada benda nie, apa pun teknik yang kita gunakan pasti tak menjadi.
Vitalist tu macam menarik untuk digunakan. Biasa saya guna kertas jer.
02-21-2007
12:34 pm
mirul
Seronok bila baca jadual aktiviti Alang nie
very simple…
02-21-2007
6:59 pm
hapisol
alhamdulillah, doa saya termakbul juga hari ini.
dah lama saya nak tahu jadual harian seorang pakar IM spt alang ni.
bukannya apa, sekadar panduan kpd saya dan newbie yg lain.
maybe, jika tiada jadual yg terbaik, mereka asyik alpa dgn ebiz saja sampai tidak buat kerja2 yg lain terutamanya tanggungjawab kpd keluarga, masyarakat, diri sendiri dan sebagainya.
anyway alang, tq for info.
02-22-2007
11:00 am
Robotys
Wah.. best jugak jadual harian alang. Akan sampai satu masa jadual saya seperti alang juga..
Thx for sharing.. sharing is caring
02-22-2007
9:35 pm
Zaizen
Bro Alang, nasib baik ada org yg tanya pasal timeline ni. .thnks smartzul!. sy selalu korban kan masa tidur sy utk buat graphics orang..kita mlm,diorg siang..ades. lps ni nampaknya sy kena wat schedule baru yg lebih bagus…go..go.
02-25-2007
8:21 am
Zhafran
Boleh dijadikan role-model utk sesape yang berminat nak jadi full-time internet marketer ni.hehe
08-27-2007
11:48 am
waka
tq…sebab ada yg bertanya rutin harian webmaster nih…setidak2nya ia memberi sedikit panduan bagaimana untuk menguruskan web. mmg disiplin amat penting tidak kira apa juga pekerjaan yang dilakukan.