Feedburner sebagai sumber pendapatan
Written by alang on February 25, 2007
Apa bila dalam tulisan sebelum ini saya menyenaraikan Feedburner sebagai salah satu sumber pendapatan saya, ramai yang tertanya-tanya bagaimana saya melakukannya kerana kebanyakan mereka maklum yang Feedburner merupakan satu tools untuk menguruskan dan melihat statistik RSS Feed anda.
Sebenarnya, Feedburner mempunyai program pengiklanan sendiri dikenali sebagai Feedburner Advertising Network (FAN) di mana hanya sesetengah publisher sahaja yang berpeluang untuk menyertainya. Anda boleh membaca disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini kerana apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah bagaimana untuk anda menyertainya.
Pertama sekali, apa yang harus anda lakukan (jika belum) ialah daftar akaun Feedburner dan menggunakan Feedburner untuk menguruskan RSS feed anda. Untuk membolehkan anda diterima masuk ke FAN, anda mesti mempunyai jumlah pembaca RSS (Subscriber) sekurangnya-kurangnya 500 (berdasarkan pengalaman saya) dan blog anda selalu dikemaskini.
Disini, saya akan kongsi beberapa tips tentang bagaimana untuk meningkat jumlah orang yang membaca RSS Feed anda.
- Setkan supaya RSS Feed anda menunjukkan keseluruhan artikel, bukan sebahagian sahaja. Walaupun terdapat risiko yang jumlah pelawat laman web anda menurun, tetapi dari pengalaman saya, ini tidak berlaku kerana anda mempunyai pembaca setia melalui RSS Feed anda.
- Pastikan pelawat blog anda mudah untuk subscribe ke RSS Feed dengan meletakkan button RSS di bahagian yang mudah dilihat.
- Jika blog anda untuk golongan yang kurang mahir dalam bidang komputer / internet, pastikan anda mengajar mereka bagaimana untuk subscribe, iaitu dengan menulis langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapat maklumat terkini dari blog anda.
- Suruh pelawat blog anda untuk subscribe dengan meletakkan ayat sepert “Jika anda suka membaca artikel ini sila subscribe” di akhir setiap artikel.
- Selain dari RSS Reader, Feedburner juga mempunyai pilihan subscribe melalui email. Pastikan anda aktifkan pilihan tersebut dan letakkan email form untuk subscribe di blog anda.
Comments
Trackbacks
Submit Reply





02-25-2007
9:41 pm
mirul
emm… good info
02-25-2007
10:03 pm
batagolek
thanks bro… saya suka posting yg camni, mmg rare dan sukar dapat…!
02-26-2007
9:59 am
ramzwatcher
saya dah gunakan email melalui feedburner tapi saya cuba stop sementara kerana saya rasa macam spam aja kalau buat post hari-hari .
Apa pendapat alang?
02-26-2007
10:10 am
alang
@ramzwatcher – saya tak rasa itu sebagai spam, mungkin ada orang yg tak familiar dengan rss reader, tapi mereka tidak mahu ketinggalan untuk membaca artikel terbaru dari blog kita, maka melalui email lah cara yang terbaik. Kecuali jika kita mula menghantar sesuatu artikel yang tidak terkandung di dalam blog kita ke email tersebut, itu boleh dianggap sebagai spam
02-26-2007
2:38 pm
RajaBlog.info
thanks alang..
saya pun perasan view page saya drop since dah deactivatekan benda tu.
so skang saya aktifkan balik dah
02-26-2007
2:45 pm
RajaBlog.info
p.s: alang, bleh pasangkan subscribe to comments tak? (maaf, saya tak dapat bg link sebab internet tgh slow, nak bukak blog saya utk amek link pun susah..)
saya suka bertanya, and kadang-kadang lupa plak kat topik mana bertanya. and saya pun tak mau ketinggalan komen rakan2 lain.
sebab itulah saya cadangkan benda nie
02-26-2007
3:05 pm
alang
boleh bagitau tak kat mana saya boleh download plugin tersebut ataupun kat mana saya perlu activatekan feature tersebut. Tak pun, mungkin you boleh cuba ni http://www.cocomment.com/
02-26-2007
4:08 pm
Robotys
nih link untuk subscribe to comments: http://txfx.net/code/wordpress/subscribe-to-comments/
ps: Google it!..
02-26-2007
5:16 pm
alang
thanks Robotys, saya dah install plugin tersebut
02-27-2007
8:48 am
RajaBlog.info
nice…internet kat sini kadang2 slow..even nak amek kan link pun susah
and thanks alang sebab install plugin nie
01-20-2010
2:26 pm
imabiz
salam sejahtera… imabiz ade menghasilkan ebook edisi percuma mengenai feedburner yang boleh didownload di Imabiz Dot Co.Cc