Risiko dan bagaimana untuk menanganinya
Written by alang on February 26, 2007
Sejak kebelakangan ini (yang terbaru pagi tadi) saya banyak didatangi oleh beberapa orang kenalan / saudara yang mengajak saya memasuki beberapa skim cepat kaya internet yang berselindung disebalik nama pelaburan. Saya tak akan menyebut nama skim itu di sini dan saya juga tak menyebut nama individu yang menghubungi saya.
Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah beberapa pengajaran yang saya dapat dari perkara tersebut. Pertama sekali saya amat sedih apabila ada individu yang sanggup menggunakan ikatan persaudaraan / persahabatan untuk kepentingan diri. Ini membuatkan saya hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada mereka dan apa yang lebih buruk lagi apabila saya menolak ajakan mereka saya dikatakan seorang yang penakut dan tidak berani ambil risiko.
Saya akui saya memang penakut dan tidak berani mengambil risiko kerana saya mempunyai prinsip sendiri di dalam menangani risiko. Sudah banyak risiko yang saya ambil sebelum ini tapi sebelum melakukan tindakan tersebut, saya akan mengkaji terlebih dahulu sebesar manakah risiko tersebut, apakah peluang untuk saya menghadapinya dan berapa banyakkah kerugian yang saya akan hadapi.
Bagi saya, sesuatu yang mempunyai risiko 100% seperti skim cepat kaya bukan lagi dinamakan risiko, sebaliknya ia adalah satu perjudian. Kerana anda sendiri tidak tahu dan tidak pasti tentang hasil yang diperolehi. Walaupun apa yang saya lakukan sekarang juga mempunyai risiko, tetapi saya 80% yakin tentang apa yang saya akan perolehi, selebihnya adalah kuasa Tuhan.
Bagi sesiapa yang belajar tentang prinsip perniagaan tentu pernah dengar tentang “RISK MANAGEMENT” dan ianya banyak dipraktikkan di syarikat-syarikat. Apa yang saya tahu tentang risk management ini ialah, bagaimana sesebuah risiko itu dikenal pasti oleh syarikat, sebesar manakah risiko itu, bagaimana menanganinya dan sebesar manakah kerugian yang terlibat. Jadi, saya menggunakan prinsip yang sama di dalam hidup saya. Jika anda ingin menjadi seorang yang berani mengambil risiko ataupun Risk Taker, anda tidak boleh lari dari prinsip Risk Management ini kerana jika tidak, anda hanya mengambil risiko secara membabi buta dan lebih kepada prinsip perjudian.
Jika anda berminat untuk belajar tentang Risk Management ini, saya nasihatkan belilah buku-buku tentang perniagaan dan saya percaya ada sebuah buku khusus tentangnya kerana saya pernah membacanya. Saya bukanlah orang yang layak untuk mengajar tentang perkara tersebut kerana saya hanya mengetahui perkara asas sahaja, tetapi apa yang nak saya tekankan disini ialah, gunakan prinsip tersebut di dalam hidup anda dan juga perniagaan internet anda supaya anda tidak berada dalam kerugian.
Comments
Trackbacks
Submit Reply




02-26-2007
2:37 am
mirul
Perniagaan yang kukuh dan stabil adalah perniagaan yang memberi pulangan keuntungan yang maksimum dengan risiko yang minimum
02-26-2007
8:01 am
hapisol
saya dah 3x gagal dlm mlm.
bukan mlm tak bagus, tapi diri saya
yg tak mampu melaksanakannya.
baru2 ini pun, meletup lagi mlm ni,
tapi kali ini mereka menggunakan kaedah website, dan katanya pendaftaran, penajaan dan pelbagai aktiviti lain dilakukan secara online.
jadi, ramai gak kenalan, family yg ajak saya join.
tapi, dgn saya katakan tidak kpd mereka walaupun pedih juga hati ini.
saya bagitau mereka saya buatebiz, dan yakin ia akan memberi kejayaan kpd saya kelak,
dan yg bestnya saya tak ganggu org lain, masa dgn family banyak diluangkan di rumah (thn depan dok rumah baru).
satu lagi mmglah, saya nak jutawan, tapi bukan dgn buat skim cepat kaya & mlm.
buat permulaan la ni,
mmg lah pendapatan sebulan RM1000 saja setakat ini,
namun saya yakin kelak saya akan capai
RM100,000 sebulan, amin.
02-26-2007
11:11 am
Azahari
Sekarang ni memang menjadi-jadi pelaburan melalui internet. Saya banyak dapat email dan kengkawan pun ada juga yang ajak join. Saya menolak dengan alasan saya tidak berminat dengan pelaburan yang tidak tahu hujung pangkal, terutama ke mana duit kita tu dilaburkan dan dari sumber mana pula mereka boleh menjamin keuntungan dalam tempoh tertentu. Saya baca suratkhabar Metro baru-baru ini pun ada juga menyebut tentang hukum pelaburan sebegini.
Pada pendapat saya kalau nak melabur dalam skim sebegini tanya diri sendiri, tidak terfikir ke ke manakah wang yang kita laburkan itu nanti?sanggupkah kita makan/guna duit yang kita tak tahu dari mana sumber keuntungan. Lebih baik duit itu kita laburkan dalam perniagaan samda secara online atau offline dan ianya adalah lebih berkat… kita bukan cari kekayaan semata-mata tetapi cari keberkatan
02-26-2007
1:16 pm
Robotys
Yup.. risk management amat penting. Pendek kata, sebelum mula meniaga atau melabur, belajar dulu risk2 yg ader dlm perniagaan or pelaburan tersebut. belajar daripada ORG YG LAYAK … bkn daripada ahli/org yg promote pelaburan/perniagaan tu.. konfem bias ..
Lepas mengkaji dan rasanya ia menguntungkan dan berada dalam lingkungan risiko yg boleh anda ambil.. teruskan .. settle.
Insyaallah Ok karang.
02-26-2007
5:21 pm
nizam
sesuatu tawaran yg datang pada kita memang kene diselidik terlebih dahulu. sedap bunyinya tp betulkah ia akan sedap selama-lamanya.
Bercakap pada risk management, ianya perlukan kita menilai risiko itu dan strategi bagaimana nak mengatasinya.
Ada org buat strategi mengatasinya dengan memindahkan ia kepada org lain, mengelak risiko itu, mengurangkan kesan negatif risiko itu, atau buat plan utk counter attack risiko itu.
02-26-2007
10:14 pm
aku
hmm.. jawab jer balik kat orang tu, orang bunuh diri pon berani jugak.. tapi tu berani kategori bodoh. berani pandai pula, amik risiko yang dah dihitung.
terima kasih sebab sentuh bab risk management. kalau alang tak sentuh, aku masih abaikan bab ni. terima kasih sekali lagi..
02-28-2007
3:55 pm
Mohd Sufian
Betul kata Azahari tu.
Sekang nie makin menjadi-jadi skim pelaburan melalui internet nie. Itulah keburukan teknologi. Mereka menggunakan teknologi untuk memudahkan mereka menipu.
Tapi ia akan dapat diatasi jika kita mempunyai ilmu.
02-28-2007
5:44 pm
Galadriel
Sekarang ni memang pelaburan macam ni tumbuh bagai cendawan di negara kita.
Kiri-kanan mesti ada saja rakan sekerja, jiran, sahabat atau sanak-saudara yang terlibat.
Semua ingin cepat kaya, cepat perolehi wang.
Adakalanya takut tu lebih baik dari berani tak tentu pasal.
When the house of cards fall over, and it will, siapa yang rugi kalau tak orang kita jugak…
Risk management:
http://en.wikipedia.org/wiki/Risk_management
02-28-2007
8:58 pm
mirul
Setuju dengan Azahari.. skim-skim pelaburan cepat kaya (samada secara online @ offline) adalah WAJIB untuk dijauhi..
03-01-2007
3:08 pm
ahmad Uzair
Pelaburan-pelaburan macamni perlu diselidiki.Yang penting kita tahu portfolio company yang buat tu..Modal diorang berapa,kat mana diorang laburkan,Mintak penyata kewangan,siapa board director dia.ape objective dan matlamat syarikat.Macam-macam lagilah.bila kita mintak semua tu,baru diorang tercengang sikit..yelah,kalau betul mesti diorang berani tunjuk semua benda tu dan kita berhak tahu.kita nak bagi duit kita kat seseorang,kita mesti tahu kemampuan dia.kalau cakap je tak guna.biasalah sekarang benda-benda macamni.yang penting kita tahu handle.kalau nak selamat,melabur la kat pasaran saham.lantik remiser,xpelah bagi sikit upah brokerage kat remiser,janji duit kita x melabur kat tempat x tentu hala.
03-01-2007
3:13 pm
ahmad Uzair
untuk kak Galadriel,kita x perlu takut dengan wang.Antara masalah kita adalah kita takut kehilangan wang.Kalau kita dah ada ilmu dan asas kewangan,perkara macamtu xkan terjadi.don’t treat ourselves as a slave for money,treat money to be our slave.Cuma kita jangan buat sesuatu yang x rasional dengan pemikiran kita.Saya rasa kak galadriel pun dah cukup arif pasal benda-benda ni.As long kak Galadriel x ikut cakap-cakap orang lain yang tidak berasas dan menongkah logika kita,benda tu semua kita dapat atasi.