Tips membeli text link

Written by alang on February 27, 2007

Jika dalam tulisan sebelum ini saya memberikan panduan bagaimana untuk menjual text link atau ruang iklan di laman web anda, kali ini saya akan memberikan pula tips bagaimana untuk membeli text link dari laman web lain.

  1. Langkah pertama yang perlu anda ambil sebelum membeli text link ialah fikirkan apakah tujuan anda membeli text link tersebut, sama ada untuk tujuan SEO (Pagerank) ataupun trafik.
  2. Jika anda membeli untuk SEO, kriteria yang perlu anda lihat ialah berapakah pagerank laman web tersebut, berapakah jumlah backlink dan juga sudah berapa lama laman web tersebut beroperasi.
  3. Jika anda membeli text link hanya untuk tujuan mendapatkan trafik sahaja, apa yang perlu anda lakukan ialah melihat statistik laman web tersebut sama ada trafik yang diperolehinya konsisten ataupun tidak dan dari mana trafik tersebut datang.
  4. Tentukan sama ada anda ingin membeli melalui broker ataupun membeli sendiri. Bagi saya yang terbaik adalah membeli sendiri dengan menghubungi pemilik laman web ataupun melalui forum kerana anda mempunyai kuasa penuh terhadap apa yang anda beli. Selain itu, harganya juga lebih murah.
  5. Pastikan kandungan laman web tersebut tidak terlalu berbeza dengan laman web anda. Misalnya, jika laman web anda berkenaan makanan, tentulah anda tidak mendapat manfaat apa-apa jika anda membeli text link daripada laman web berkaitan dengan kereta. Ini adalah kerana search engine akan tahu yang anda membeli text link dan orang yang mengunjungi laman web tersebut juga tidak akan klik pada link anda kerana mereka hanya berminat tentang kereta.
  6. Jumlah text link yang sudah /akan dijual di sesuatu page pada laman web tersebut mestilah tidak melebihi 20. Jika lebih dari jumlah itu, anda tidak akan mendapat manfaat apa-apa baik dari segi SEO atau trafik. Anda juga mestilah meletakkan syarat kepada penjual yang jika di masa hadapan jumlah text link yang dijual melebihi 20, anda berhak untuk membatalkan pembelian dan juga mendapat pulangan.
  7. Periksa pagerank laman web tersebut sama ada ianya benar atau palsu dengan menggunakan tools disini
  8. Jika anda membeli text link untuk jangka panjang seperti setahun ataupun permanent, anda perlu memeriksanya dari masa ke semasa supaya memastikan ianya tidak dibuang. Ada sesetengah pemilik laman web yang menjual text link untuk setahun atau permanent tetapi selepas beberapa bulan, mereka membuang text link tersebut.
  9. Jika harga text link yang dijual terlalu murah, anda harus berhati-hati kerana pemilik laman web tersebut pasti akan menjualnya dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan pulangan yang lebih.
  10. Periksa tarikh domain laman web tersebut expired sebelum membeli text link untuk tempoh masa yang panjang ataupun permanent.

Comments

  • 02-27-2007
    2:16 pm

    Reply

    Azahari

    Saya nak tanya Alang, page rank ni memang berubah-ubah ikut minggu ke atau hari atau bulan dsb?Saya ada check website saya kadang-kadang PR 0, bila check esok atau lusa pulak 3. Adakah benda ni normal? Kalau kita check website tu PR5 hari ni, lepas tu bila check lusa PR 4 pula rugi la kita


  • 02-27-2007
    2:31 pm

    Reply

    alang

    pagerank berubah bila berlaku google update. Biasanya dalam 2 3 bulan sekali. Kalau bila check hari ni 0 dan besok 3, maksudnya masa tu google tengah update database. Selepas selesai update, biasanya pagerank tu akan tetap sehingga update yg akan datang.

    Pagerank juga tidak menurun atau menaik secara drastik, kecuali bagi website baru yg mempunyai PR0 di mana selepas update yg pertama, ada yg terus dpt PR5, PR6 atau PR7.


  • 02-28-2007
    12:16 am

    Reply

    wizvax

    alang..mcm mane nk alert dgn tempoh masa org yg beli link direct ngan kite. misalnye die beli 2 bulan link kt website kite secara manual. ade plugin ke atau ape2 software yg bleh alert kite?takut terlajak lak.kite gak rugi.hehe


  • 02-28-2007
    12:32 am

    Reply

    alang

    masa mula-mula dulu saya menggunakan excel. Tetapi apabila client semakin bertambah, saya telah hire seorang programmer utk membuat custom php script dengan harga US$200. Boleh lihat screenshotnya disini http://www.divshare.com/download/168857-b1d

    Jika berminat utk membeli script tersebut, sila hubungi saya.


  • 02-28-2007
    12:44 am

    Reply

    wizvax

    sy rase x perlu lg kot..customer sy x ramai mcm alang lg..nanti bleh alang buat review skit pasal custom script tu..mmg menarik sgt..thanks for sharing

    p/s: sy pakai notepad je..hehe


  • 02-28-2007
    8:51 pm

    Reply

    mirul

    “Jika anda membeli untuk SEO, kriteria yang perlu anda lihat ialah berapakah pagerank laman web tersebut” -Alang

    Pada pendapat Alang, berapakah min pagerank website yang disarankan :-)


  • 03-01-2007
    12:09 am

    Reply

    alang

    @mirul – sekurang-kurangnya PR3. Kita juga perlu melihat jumlah dan juga quality backlink website tersebut


  • 03-01-2007
    10:05 am

    Reply

    nizam

    alang, mengenai membeli text link melalui broker (bukan direct terus kepada pemilik laman web), saya melihat macam Text Link Ads, Text Link Brokers, linadage etc adalah tempat terbaik utk sesapa yg berhasrat ingin mencari web yg sesuai utk beli text link. Dan harga pun dipaparkan sekali. So mudah nak buat pilihan.


  • 03-01-2007
    10:10 am

    Reply

    alang

    yep, memang menggunakan broker adalah kaedah yg terbaik tetapi harganya juga lebih mahal.


  • 03-01-2007
    10:18 am

    Reply

    nizam

    aah harga memang mahal pun…cuma caranya drpd situ kita boleh dptkan email address webmaster site -site mane yg kita nak beli link and then email terus kat die. Ada juga webmster yg bile dah email suruh “refer to Text Link Ads”. kalau mcm tu kene cari site lain pulaklah.


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message