Perkhidmatan

Written by alang on January 19, 2009

Menulis Ulasan Produk / Perkhidmatan

Terlalu banyak produk-produk baru terutamanya ebook yang dikeluarkan sekarang sehinggakan para pembeli tak tahu mana satu nak beli. Oleh itu diharapkan dengan perkhidmatan saya ini, dapat membantu pembeli membuat keputusan sama ada produk itu sesuai untuk mereka atau tidak.

Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan kualiti dan seterusnya jualan produk tersebut kerana review yang saya buat, bukanlah beberapa patah perkataan sahaja, sebaliknya lebih dari 500 patah perkataan di mana di dalam review tersebut saya akan bagi penerangan ringkas terhadap latar belakang penulis, penerangan terhadap topik yang dibuat, layout ebook, cara penulisan, kebaikan ebook tersebut dan juga kekurangan jika ada.

Jika ebook tersebut terlalu banyak kekurangan, saya akan memaklumkannya terlebih dahulu kepada penulis untuk memperbaiki kelemahan yang anda. Saya juga akan memberikan beberapa cadangan untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Sekiranya penulis bersetuju, saya akan membuat review semula terhadap ebook yg telah diperbaiki. Sekiranya penulis tidak bersetuju, saya akan terus membuat review dan menyenaraikan semua kebaikan dan kelemahan ebook tersebut dan saranan saya sama ada ebook itu berbaloi dibeli atau tidak dan untuk siapa golongan sasaran.

Saya akan menulis review di blog ini dan juga di thread jualan di mana2 forum yg penulis mempromosikan ebooknya.

Testimonial hanya akan diberikan jika saya betul2 berpuas hati dengan produk tersebut.

Bayaran untuk perkhidmatan ini adalah RM100 dan anda boleh menghubungi saya melalui forum ini atau pun blog saya jika berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Hanya bayaran ke bank tempatan sahaja yang diterima, bayaran melalui paypal tidak diterima.

Comments

  • 09-01-2009
    7:08 pm

    Reply

    Muaz

    ebook free pun nak kena bayar gak ker? :D


    • 09-01-2009
      7:14 pm

      Reply

      alang

      ebook apa tu muaz? Boleh email saya bagi detail?


  • 09-02-2009
    11:39 am

    Reply

    Muaz

    Tengah tulis , baru point2 jer, belum lagi penerangan dan sebagainya.

    Berkaitan dengan website .

    Nanti dah siap first draft , saya bagi kat bro untuk dikritik .


    • 09-02-2009
      11:44 am

      Reply

      alang

      kritik? Tu part yg saya paling suka tu :D


  • 11-13-2009
    4:41 pm

    Reply

    Ahmad

    Salam Alang,

    Saya nak tanya Alang ada buat perkhidmatan membuat pakej video blog tak?

    Jika ada berapa ya harga termasuk hosting?


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message