Samsul Zamzuri » 2008

Selamat tahun baru 2008
Terlalu cepat masa berlalu rasanya. Sekarang kita sudah berada di tahun 2008. Seperti pembaca semua, saya juga mempunyai azam tahun baru walaupun masih ada azam tahun 2007 yang masih belum tercapai.

Berikut ialah azam saya pada tahun 2007;

Mempunyai 20 buah laman web

Pada satu ketika memang saya sudah mempunyai laman web tetapi mengambil keputusan untuk menjual 8 daripadanya kerana saya tidak mampu untuk menguruskan dengan baik. Ketika membuat keputusan untuk menjual laman web tersebut, saya sedar mempunyai laman web yang banyak bukan menjamin kejayaan tetapi mempunyai beberapa laman yang berkualiti lebih baik untuk jangka panjang.

Pendapatan melebihi RM 20,000 sebulan

Saya masih belum mencapai sasaran ini walaupun beberapa bulan lepas saya sudah begitu hampir (hanya kurang beberapa ratus sahaja)

Menulis ebook

Sasaran ini juga masih belum tercapai kerana saya bukanlah seorang penulis yang baik jadi untuk menulis sebuah ebook sememangnya memerlukan usaha 200% dari saya. Saya tidak mahu sekadar hanya menulis dan jual kemudian dapat untung sebaliknya saya mahu hasil tulisan saya benar-benar berkualiti dan memberi faedah kepada semua yang membacanya.

Mendaftar syarikat sendiri

Setelah sekian lama tertangguh akhirnya pada bulan Mac lepas saya telah mendaftarkan syarikat saya sendiri iaitu SZAB Network Enterprise dan buat masa ini sumber pendapatan syarikat ini hanyalah daripada perniagaan di internet. Melalui syarikat ini, saya dapat mengetahui berapa jumlah pendapatan sebenar saya kerana saya menggunakan akaun bank yang berasingan.

Selain itu, terdapat juga beberapa pencapaian yang saya tidak pernah sasarkan iaitu antaranya ialah artikel mengenai saya dan perniagaan internet yang dipaparkan di akhbar The Star, dua orang pelajar MMU menjadikan saya sebagai kajian untuk kertas kerja mereka dan juga nama saya termasuk di dalam senarai pendapatan usahaan internet (walaupun jumlah pendapatan saya tidak tepat)

Bagi tahun 2008 pula, saya menetapkan sasaran baru dan cuba sedaya upaya untuk mencapainya;

Menulis ebook

Saya masih lagi berazam untuk menulis sekurang-kurang satu ebook dan saya jadikan ini sebagai sasaran utama yang mesti saya capai untuk tahun 2008.

Mendapat pendapatan melebihi RM 20,000 sebulan

Saya yakin saya dapat mencapai sasaran ini apabila beberapa laman web yang sedang saya usahakan sekarang siap.

Memperbaiki beberapa laman web

Terdapat beberapa laman web saya yang tidak mencapai kejayaan seperti mana yang saya sasarkan dan saya telah  pun membuat perancangan  baru untuk laman web tersebut dan akan dilancarkan semula pada tahun 2008

Memberikan talk di seminar

Saya ada mendapat jemputan daripada UiTM untuk memberikan talk dalam seminar yang dianjurkan mereka tetapi terpaksa saya tolak kerana saya rasa belum bersedia. InsyaAllah pada tahun 2008 jika terdapat pihak yang sudi menjemput saya akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi ilmu dalam seminar tersebut.

Anda semua bagaimana? Adakah semua azam anda untuk tahun 2007 tercapai dan apakah pula azam anda untuk tahun 2008?