Samsul Zamzuri » alang

Mari kita membaca cerita
Apa khabar adik-adik? Abang A di sini. Adik-adik puasa tak hari ni?

Baiklah adik-adik, abang A tahu yang adik-adik semua suka membaca. Buku apa yang adik-adik suka baca? Sudah tentulah buku cerita. Pandai abang A teka ya.

Kalau zaman abang A dulu, nak baca buku cerita, memang kena beli kat kedai. Tapi zaman canggih sekarang ni, dah tak perlu lagi beli buku. Sebab kita kat internet ni, dah ada Electronic Book atau singkatanny E-Book.

Buku cerita yang abang A nak kongsikan di sini adalah buku cerita yang memaparkan kisah 14 orang pahlawan melayu usahawan internet tempatan.

Dan buku ni juga, adik-adik tak perlu beli. Sebaliknya adik-adik cuma perlu memasukkan email adik-adik di ruangan yang disediakan di laman web http://www.ceritaim.com/ dan buku cerita tersebut akan dihantar ke email adik-adik.

Sungguh mudah dan seronok bukan mendapat buku cerita dengan percuma tanpa perlu keluar dari rumah.

Bila adik-adik baca buku cerita tu nanti, salah satu cerita yang dimuatkan adalah cerita tentang abang A. Walaupun abang A bukanlah sesiapa dalam bidang perniagaaan internet ni, tetapi kesudian penulis cerita ni iaitu saudara Zamrin memuatkan juga kisah abang A membuatkan abang A tersengih-sengih sehingga sekarang.

Apatah lagi pahlawan-pahlawan usahawan-usahawan yang lain yang dimuatkan kisah mereka dalam buku cerita ni semuanya hebat-hebat belaka. Pendek kata, selepas adik-adik membaca buku cerita ini, pasti akan membuatkan adik-adik tersengih, menangis, marah, benci dan ketawa seperti orang gila.

Ok la, sampai di sini dulu kita bertemu pada hari ni. Kita berjumpa semula di minggu hadapan dalam rancangannn… A.LA.N.G. alang, A.L.A.N.G alang.

Selamat datang 2009, selamat tinggal 2008
Pejam celik pejam celik dah pun setahun berlalu. Rasanya baru jer saya tulis entri Selamat Tahun Baru 2008 dan hari ini 2008 sudah pun berakhir. Seperti biasa saya akan menganalisa pencapaian saya untuk tahun 2008 dan sama ada saya mencapai sasaran yang saya tetapkan.

Mungkin anda semua sudah tidak ingat jadi di sini saya senaraikan semula sasaran saya untuk tahun 2008 sebagaimana yang saya tulis sebelum ini

Menulis ebook – Alhamdulillah pada tahun 2008 ini saya telah berjaya menulis ebook saya yang pertama dan ebook tersebut juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Mendapat pendapatan melebihi RM20,000 sebulan – Walaupun saya sudah berjaya mencapai sasaran ini pada bulan Ogos, tetapi ianya tidak konsisten. Jumlah pendapatan yang saya perolehi itu banyak dibantu oleh jualan ebook dan juga tempahan website khusus untuk zango

Memperbaiki beberapa laman web – Saya telah memberikan wajah baru kepada kesemua laman web saya antaranya ialah www.szab.net, www.daredirectory.com dan juga www.deskmodr.com. Ada juga beberapa laman web lain yang saya jual termasuk laman web pertama saya iaitu www.osx-e.com dengan harga melebihi RM50,000. Selain itu saya juga telah menjual www.ventedoy.com, www.dare2bid.com, www.toptenbid.com dan juga www.moorec.com

Memberikan talk di seminar – Terima kasih kepada team JomSeminar, saya telah dijemput untuk menjadi salah seorang penceramah untuk kursus yang dianjurkan pada bulan Mei. Kursus ini juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Untuk tahun 2009, saya akan kembali fokus kepada market luar jadi saya tidak akan meletakkan sasaran khusus. Saya cuma ada satu sahaja projek khusus untuk pasaran Malaysia yang saya akan umumkan dalam jangka masa terdekat. Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan projek yang saya mulakan pada tahun 2008 seperti terus memberikan support kepada pelanggan ebook, memberikan personal coaching, membina laman web dan juga menulis di blog ini dari masa ke semasa.

Akhir kata selamat tahun baru kepada semua pembaca dan semoga di tahun 2009 ini, apa yang anda semua sasarkan mencapai kejayaan.

p/s – Blog ini telah diupgrade ke versi 2.7 dan apa yang saya boleh katakan wordpress versi 2.7 ini memang betul-betul hebat jadi kepada sesiapa yang belum upgrade, upgradelah sekarang.

Majalah IM edisi ke 7
Diam tak diam MajalahIM yang diusahakan oleh 2 orang anak muda dari Team Flarebiz telah pun sampai edisi ke 7. Walaupun pelbagai cabaran dan kritikan yang mereka hadapi, tetapi mereka tetap hadapi dengan penuh tabah dan saya perhatikan sekarang yang pengurusan MajalahIM semakin tersusun di mana semakin ramai yang suka rela memberi sumbangan di dalam penerbitan majalah percuma ini.

Edisi kali ini agak istimewa sikit (bagi saya la, orang lain mungkin tak) kerana memuatkan temuramah krew MajalahIM bersama saya dan juga cover depan yang menampilkan gambar saya. Hmm, hampir nak penuh cover majalah dengan gambar saya, nampaknya nak kena kuruskan badan sikit

Bagi sesiapa yang tak pernah mendengar suara saya boleh mendengar rakamau audio temuramah yang disertakan. Tetapi bagi mereka yang sayangkan telinga mereka dan ingin menghindari pencemaran bunyi dari audio tersebut anda boleh membaca teks temubual tersebut yang telah ditulis betul-betul apa yang saya cakap.

Saya sendiri selepas baca teks tersebut baru perasan yang rupanya saya ni mempunyai satu tabiat apabila bercakap banyak sangat sebut “orang cakap apa”. Saya rasa tiap orang ada tabiat masing apabila bercakap contohnya kalau Tun Mahathir selalu sebut “apa nama” dan seorang blogger / model ni selalu cakap “macam” dalam setiap ayat beliau. Dan saya rasa kita sendiri pun tak perasan sehinggalah ada orang bagitau kita ataupun dalam kes saya baca balik teks percakapan saya yang ditulis.

Ok cukup la anda baca apa yang saya tulis, sekarang baca pulak MajalahIM versi terkini yang memuatkan pelbagai info dan tips-tips menarik untuk usahawan internet Malaysia.

Sila klik pada cover di bawah untuk download

Perlukah Blog Webmaster Malaysia menukar domain?
Atas seruan Gobala Krishnan pada JomSeminar yang lepas, saya baru sahaja mendaftar domain nama saya sendiri iaitu samsulzamzuri.com. Tetapi saya rasa kalau kat internet ni, sebut Samsul Zamzuri orang tak kenal, orang lebih kenal alang. Tapi apakan daya, nama alang tu mempunyai tahap komersial yang tinggi dan domainnya sudah lama dikebas orang.

Saya sudah lama bercadang untuk memindahkan blog ini ke domain lain, sebelum ini saya ada daftar domain somesoul.com (bunyinya samsul), tetapi sekali tengok rasa geli pulak nama melayu nak diinggeriskan. So sekarang ni domain tu terbiar dan menjadi tapak eksperimen saya.

Walaupun blog ini nanti sudah menggunakan domain baru, tetapi blog di url sekarang tidak akan dibuang. Maknanya ia akan disimpan sebagai arkib. Saya juga akan buat satu post yang memaklumkan bahawa blog ini sudah berpindah ke domain baru. Selain itu, bagi yang telah subcribe RSS, juga tidak perlu subscribe semua kerana saya akan menggunakan feed url yang sama.

Semua tulisan-tulisan saya di sini akan dipindahkan ke domain baru dan tulisan baru akan disambung di sana.

Saya rasa dah sampai masa nak mengkomersialkan nama Samsul Zamzuri ni. Penat mak ayah saya fikir cari nama. Tapi sebelum tu saya nak tanya pendapat pembaca-pembaca blog ini dahulu sama ada perlu atau tidak saya berpindah. Sebab sesetengah orang cakap, benda dah elok tak yah la nak tukar-tukar.

Tahukah anda?
Saya telah dipaksa untuk melayan tag yang dimulakan oleh shuth dimana saya perlu menulis 5 perkara yang anda tidak tahu tentang diri / perniagaan internet / laman web saya.

1. Asal usul nickname alang

Saya merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan biasanya di Kedah, anak ketiga akan dipanggil alang ataupun Pak Lang oleh anak saudara. Saya telah menggunakan nickname ini semenjak tahun 1998 ketika saya baru menjinakkan diri di internet dan MiRC dimana saya menggunakan a|aNG sebagai nickname.

2. Domain pertama

Domain pertama saya ialah dotwac.com, iaitu laman web osx-e.com yang asal. Saya menggunakan domain tersebut selama beberapa bulan sebelum mendapat idea untuk menukarnya ke osx-e.com. Sekarang saya pun tak tahu apa nasib domain tersebut.

3. Handphone saya

Memandangkan shuth cerita pasal handphone, saya pun nak cerita pasal handphone saya. Bukan handphone baru, tetapi handphone lama. Handphone ini telah tiga tahun saya guna iaitu Sony Ericsson T630 yang saya beli dengan harga RM800 di Pertama Complex. Sebab kenapa saya tidak tukar handphone baru ialah, handphone ini tidak pernah memberi masalah kepada saya, tidak pernah dibaiki dan tak pernah tukar bateri. Mungkin tunggu iPhone masuk ke pasaran Malaysia baru saya tukar.

4. Projek terbengkalai

Saya mempunyai beberapa projek terbengkalai;

- deskmodr.com iaitu satu lagi desktop customization community dimana sudah tertangguh hampir setahun. Sekarang ini saya menunggu design siap sebelum melancarkannya.

- tworeview.com, merupakan blog yang memberikan ulasan tentang web2.0 website, produk dan servis. Tetapi selepas beberapa artikel, saya tidak ada masa (motivasi) untuk meneruskannya.

- theculturejammer.com, sebuah blog usahama saya dengan blogger dari UK. Blog ini adalah berkisarkan tentang dunia muzik, tetapi apabila blogger tersebut berhenti menulis, saya tidak dapat meneruskannya kerana ida dan konsep blog tersebut bukan datang dari saya.

- macreviews.net ialah blog yang memberikan ulasan tentang produk dan perisian untuk komputer Mac. Ini adalah projek usahama dengan blogger dari US dan saya akan meneruskannya apabila beberapa kerja saya sekarang siap.

- somesoul.com merupakan domain yang saya register untuk personal blog kerana dulu saya bercadang untuk memindahkan blog webmaster malaysia ke situ. Selepas menimbangkan beberapa perkara, saya mengambil keputusan untuk mengekalkannya di sini dan saya pun tak tahu apa nak dibuat dengan domain tersebut.

5. Hobi

Saya suka membaca. Saya tidak boleh duduk tanpa berbuat apa-apa. Ketika zaman naik bas dulu, saya akan pastikan saya membawa sebuah novel atau majalah untuk dibaca ketika menunggu bas atau di dalam bas. Saya boleh menghabiskan novel setebal 500 muka surat hanya dalam masa satu malam. Penulis kegemaran saya ialah Sidney Sheldon dan John Grisham dimana saya memiliki semua novel tulisan  mereka.

Ok sekarang masa untuk saya memilih lima blogger untuk menceritakan lima perkara pembaca blog anda tidak tahu tentang anda.

1. Azahari – pembaca setia blog ini dan paling banyak meninggalkan komen.

2. Zamri Nanyan – penulis undangan di Blog Webmaster Malaysia yang menyumbangkan artikel-artikel yang menarik.

3. Robotys – Seorang lagi penulis undangan di sini walaupun saya masih menantikan artikel pertama beliau

4. Noorizam Shah – dulu beliau selalu meninggalkan komen disini tetapi sekarang sudah lama tidak kelihatan.

5. Mohd Ismail  – sebagai seorang jejaka tampan yang sukakan publisiti, saya rasa Mail tak ada masalah untuk menceritakan lima rahsia beliau.

Tag source: mohdsuhaimy.com

Dua tahun bergelar usahawan internet sepenuh masa
Hari ini genap 2 tahun saya menjadi usahawan internet sepenuh masa. Saya adalah yang pertama mengambil keputusan ini diikuti dengan LiewCf dan Kidino

Apa yang saya capai dalam tempoh 2 tahun ini?

2 tahun dulu, saya hanya mempunyai 3 laman web, tetapi sekarang sudah ada 15

2 tahun dulu, sumber pendapatan utama ialah dari Google Adsense, tetapi sekarang Adsense merupakan sumber pendapatan yang ke 4

2 tahun dulu, saya menggunakan shared hosting, sekarang saya menggunakan dedicated server. Dalam tempoh itu, saya menggunakan Virtual Private Server (VPS) selama beberapa bulan.

2 tahun dulu, saya hanya mempunyai 2 sumber pendapatan iaitu Adsense dan Chitika tetapi kini saya mempunyai 10 sumber pendapatan

2 tahun dulu, saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai syarikat sendiri tetapi sekarang saya sudah mempunyai syarikat berdaftar SZAB Network Enterprise

2 tahun dulu saya berpendapatan laman web dalam Bahasa Melayu tidak boleh menjana pendapatan tetapi kini blog ini mendapat pendapatan beberapa ratus sebulan.

2 tahun dulu saya hanya mengenali beberapa orang usahawan internet Malaysia dari forum Webmaster Malaysia tetapi sekarang saya mengenali lebih ramai lagi sama ada dari forum WangCyber ataupun daripada pengunjung blog ini.

2 tahun dulu saya menghubungi banyak syarikat akhbar tempatan untuk menyiarkan kisah mengenai laman web saya www.osx-e.com tetapi kini kisah mengenai saya telah dipaparkan New Strait Times, antara akhbar perdana di Malaysia. Saya juga telah menolak pelawaan sebuah majalah tempatan untuk mewawancara saya atas sebab-sebab tertentu.

2 tahun dulu modal bulanan saya kurang dari RM 1,000 sebulan tetapi kini sudah mencecah RM 5,000 sebulan.

2 tahun dulu, saya design dan coding sendiri laman web saya tetapi kini saya menggunakan profesional designer untuk kesemua laman web saya kerana saya sudah tidak ada masa dan lebih menumpukan kepada kerja-kerja pemasaran dan juga mencari pelanggan.

Ada juga beberapa perkara yang saya masih belum capai iaitu mendapat pendapatan melebihi RM 20,000 sebulan, mempunyai satu lagi laman web yang betul-betul berjaya seperti www.osx-e.com dan juga menulis ebook. Selain itu, saya juga dalam perancangan bagaimana untuk berkongsi ilmu saya dengan lebih berkesan kerana ramai yang meminta saya menjadi sifu, mentor dan sebagainya. Mungkin dengan mengadakan kursus ianya boleh dicapai tetapi banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari sebelum saya mempertimbangkan rancangan tersebut.

Adakah saya berpuas hati dengan pencapaian saya? Alhamdulillah boleh dikatakan saya lebih dari berpuas hati kerana ada sesetengah perkara yang saya capai tidak pernah saya mimpikan dulu. Tetapi ini bukan bererti saya akan berhenti belajar dan berusaha kerana masih banyak lagi yang saya ketinggalan berbanding usahawan internet luar.

Kisah lalang yang ditiup angin
Saya pun tidak tahu kenapa saya menggunakan tajuk di atas, apa yg pasti saya cuma hendak memberi penjelasan tentang seseorang yang menggunakan nickname lalang yang telah meninggalkan komen di sini beberapa hari lepas.

Lebih kurang seminggu yang lepas, saya ada menulis penjelasan kenapa saya tidak membalas sesetengah email. Tujuan saya memberi penjelasan tersebut adalah supaya mereka yang tidak mendapat balasan email saya faham kenapa saya berbuat demikian dan untuk mengelakkan saya menerima berpuluh-puluh email sehari yang bertanyakan soalan yang sama. Memang cara saya itu agak kasar untuk orang Melayu yang terkenal dengan lemah lembut dan cepat terasa ini.

Dan kebetulan pula beberapa hari lepas, penulis tamu di sini iaitu saudara Zamri Nanyan menulis tentang memberikan produk percuma sebagai promosi maka salah seorang hamba Allah yang terasa dengan penjelasan saya sebelum ini mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen yang agak pedas.

Langkah pertama yang saya ambil ialah memberi penjelasan tentang beliau sebaik mungkin walaupun kalau nak diikutkan nafsu amarah, rasa nak buang jer komen tersebut ataupun membalas dengan bahasa yang lebih pedas, tetapi saya rasa itu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

Dan naluri saya juga kuat mengatakan yang pemberi komen tersebut adalah ahli forum WangCyber. Oleh kerana saya membantu shuth dalam hal teknikal di forum tersebut dan saya juga merupakan salah seorang moderator, saya boleh menyemak IP pemberi komen tersebut untuk mengetahui sama ada beliau adalah ahli forum wangcyber atau tidak. Memang betul telahan saya, beliau memang ahli forum WangCyber tetapi saya agak terperanjat kerana saya tidak pernah menerima sebarang pertanyaan daripada beliau sebelum ini dan boleh dikatakan, saya tidak ada masalah langsung dengan beliau. Walaupun begitu, saya tidak terus menyerang beliau, saya cuma meninggalkan komen di blog saya mengatakan saya tahu siapa beliau.

Mungkin kerana takut saya mendedahkan identiti beliau yang sebenar, beliau telah menghantar private message kepada saya di forum WangCyber

Walaupun agak kurang yakin dengan penjelasan beliau, saya tetap menjawab dengan baik dan sekali lagi memberi penerangan kepada beliau tentang kenapa saya tidak membalas email.

Tetapi mungkin beliau masih lagi tidak berpuas hati dengan penerangan saya ataupun merasakan yang saya memang tidak akan mendedahkan identiti beliau, beliau meninggalkan satu lagi komen di artikel yang sama

Kali ini memang saya merasa agak marah dan sekali lagi menghantar private message kepada beliau

Saya hampir mendedahkan identiti beliau di sini dan juga di forum WangCyber apabila saya mendapat satu lagi private message dan juga email dari beliau.

Tujuan saya menulis penjelasan ini bukanlah kerana inginkan kontroversi ataupun memalukan sesiapa. Tetapi banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari insiden ini sama ada untuk saya sendiri ataupun untuk anda semua, pembaca blog ini.

1. Pengajaran yang paling berharga untuk saya ialah, selepas ini saya akan cuba pastikan membalas setiap email yang saya terima walaupun saya tidak dapat menjawab soalan mereka. Saya akan berterus terang memberitahu yang saya tidak dapat jawab. Jadi, mungkin mereka tidak akan ternanti-nanti lagi

2. Blog ini dianggap sebagai rumah oleh pemiliknya dan pembaca itu sebagai tetamu. Jadi, apabila ada orang berkunjung ke rumah anda dan mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan, tentulah rasa macam nak parangkan jer orang tersebut dan halau dari rumah anda. Tetapi, apakah itu akan menyelesaikan masalah? Dan apa pula tanggapan tetamu lain terhadap anda?

3. Jangan biarkan emosi menguasai fikiran kerana ia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Apabila anda sedang marah, jangan buat apa-apa keputusan kerana kelak anda akan menyesalinya. Sebaik-baiknya bagi orang Islam, kalau tengah marah tu, pergi ambil wuduk dulu dan buat sembahyang sunat atau baca Al-Quran

4. Kepada pengunjung blog, berfikir dulu sebelum memberikan sebarang komen yang tak sepatutnya. Jangan ingat anda berselindung disebalik nickname yang lain, orang tidak boleh mengenalpasti siapa identiti sebenar anda. Walaupun mungkin di dunia ini kita tidak mengetahui, tetapi Allah itu maha mengetahui.

5. Dan kepada saudara Lalang, anda masih muda, banyak lagi yang perlu dipelajari dan anda harus ingat apa yang saya capai hari ini bukanlah usaha sehari dua. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya dan jangan bergantung kepada orang lain untuk membantu anda.

Jadi bagi saya, perkara ini sudah selesai dan saya sudah pun memaafkan saudara Lalang. Saya juga ingin memohon maaf kepada beliau dan juga semua pengunjung blog ini jika ada tulisan saya yang menyingung perasaan sesiapa.

Kenapa saya tidak membalas email anda
Saya tahu tulisan saya kali ini pasti akan mencetuskan kontroversi tetapi saya rasa saya perlu tulis mengenainya. Semenjak blog ini wujud lebih setahun yang lalu, saban hari banyak email yang saya terima melalui contact form. Apakah tujuan saya meletakkan contact form tersebut? Antaranya ialah untuk memudahkan pihak yang ingin meletakkan iklan di blog saya (setakat ini belum ada lagi   ), memberitahu sebarang masalah tentang blog, memberikan cadangan topik untuk saya tulis dan juga lain-lain cadangan berkaitan dengan blog webmaster Malaysia. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menghubungi saya untuk tujuan-tujuan lain.

Di sini saya senaraikan jenis-jenis email yang saya tidak balas pada masa lepas dan tidak akan balas pada masa hadapan.

1. Email yang mengajak saya berjumpa. Untuk makluman, saya bukannya sombong atau tidak sudi berjumpa dengan anda tetapi kalau boleh, biarlah kenal melalui internet terlebih dahulu. Saya tidak kenal siapa anda jadi apabila dalam email pertama kepada saya sudah mengajak berjumpa, saya wajar untuk berwaspada. Buat pengetahuan, sepanjang 4 tahun saya menjadi webmaster, saya hanya pernah berjumpa saudara kidino. Jadi, jika anda ada perkara yang ingin dibincangkan atau ditanya kepada saya, lakukan melalui email sahaja.

2. Email yang meminta saya mengajar daripada A hingga Z tentang cara bagaimana hendak menjana pendapatan di internet secara percuma. Saya bukanlah kedekut ilmu, jika saya tidak mahu berkongsi ilmu, sudah tentu saya tidak mewujudkan blog ini di mana saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya. Tetapi sudah lumrah manusia agaknya, semuanya nak jalan yang mudah cepat dan percuma. Buat pengetahuan ini bukan lagi zaman sekolah di mana semuanya disuap kepada anda sama ada oleh cikgu atau rakan-rakan yang lebih bijak. Bisnes internet ini adalah alam perniagaan sebenar di mana anda perlu berusaha keras untuk mendapat pulangan. Dan ianya juga sama dengan bisnes sebenar. Saya bagi contoh di sebuah kampung ada seorang makcik yang mempunyai gerai menjual laksa yang paling sedap. Dan memang gerainya mempunyai ramai pelanggan dan makcik tersebut memperolehi pendapatan lumayan. Jadi bila anda melihat perkara tersebut anda pun berfikir untuk membuka gerai laksa tetapi masalahnya anda tidak tahu untuk memasak laksa. Jadi anda pun pergilah bertanyakan kepada makcik tersebut bagaimana hendak membuat laksa kerana anda ingin membuka gerai laksa di kampung yang sama dan akan bersaing dengan makcik tersebut. Anda fikir adakah makcik tersebut akan sudi meluangkan masa mengajar anda secara percuma di mana bila anda pandai nanti anda akan membuka gerai yang sama dan bersaing dengan makcik tersebut lantas menjejas pendapatannya. Saya rasa tidak. Kecualilah makcik tersebut memang ada menjual buku resepi membuat laksa ataupun membuka kelas memasak laksa. Jadi kesimpulannya di sini, untuk memulakan perniagaan internet, anda tidak boleh mengharapkan seseorang mengajar anda secara percuma. Anda yang perlu berusaha sendiri mencari ilmu tersebut. Janganlah hanya kerana anda menganggap seseorang itu sebagai mentor anda, maka dia mestilah berkongsi semua ilmu pengetahuannnya dengan anda secara percuma dan meluangkan masa kerjanya untuk menjawab segala pertanyaan anda.

3. Saya juga menerima banyak bisnes proposal untuk menjadikan saya partner dan sebagainya tetapi semua proposal tersebut hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja, iaitu pihak yang membuat proposal tersebut. Dalam dunia bisnes sebenar, jika anda ingin membuat proposal, jangan langsung sebut tentang keuntungan anda. Apa yang perlu anda tekankah ialah bagaimana proposal tersebut akan lebih menguntungkan pihak yang ingin anda propose. Kalau bisnes proposal anda tidak menguntungkan saya, kenapa saya perlu menerima? Sekali lagi saya tekankan, lupakan zaman sekolah kerana ini adalah bisnes sebenar. Jadi segalanya hendaklah berlandaskan bisnes.

4. Email yang bertanyakan soalan yang tidak berkaitan dengan kerjaya saya. Saya juga banyak menerima email yang bertanyakan tentang skim-skim pelaburan dan juga MLM. Saya tidak pernah melibatkan diri dalam skim pelaburan dan juga MLM jadi saya tidak dapat memberikan jawapan untuk perkara tersebut.

5. Email yang mengajak saya berkenalan. Saya memang suka berkawan tak kira lelaki ataupun perempuan tetapi jika email tersebut ingin mengajak saya berkenalan untuk tujuan lain memang saya tidak akan layan kerana saya sudah berkeluarga. Lagipun, saya pun tak pasti sama ada penghantar email tersebut betul perempuan ataupun lelaki yang banyak menyamar sebagai perempuan. Selain itu, saya juga banyak mendapat SMS untuk tujuan yang sama.

Jadi, jika anda rasa email anda tergolong dalam antara email-email di atas harap anda faham kenapa saya tidak membalas email anda. Tetapi jika tidak, mungkin saya tidak membalas email anda kerana ia sudah masuk SPAM, saya terlepas pandang, terlalu sibuk dan sebagainya, jadi harap maafkan saya.

Senarai pendapatan usahawan internet
Melalui blog CJCM saya mendapat tahu seorang blogger Paula Mooney telah melakukan kajian dan menyenaraikan senarai usahawan internet di seluruh dunia dan jumlah pendapatan mereka. Saya fikir, tersenarai di antara 120 usahawan internet di seluruh dunia yang mempunyai pendapatan yang tinggi sudah cukup bagus.

Apabila saya melihat sendiri senarai tersebut, saya seperti nak pitam melihat nama saya berada di kedudukan ke 10, lebih tinggi dari usahawan internet antara bangsa yang lebih popular seperti Steve Pavlina, Darren Rowse, John Chow, Shoemoney dan juga Shawn Hogan.

Mereka menganggarkan pendapatan saya adalah sebanyak US$ 35,000 – US$339,000 setahun. Anggaran itu diperolehi daripada petikan artikel di New Strait Times yang telah dipaparkan bulan lepas. Ini adalah kerana di dalam artikel tersebut saya memberitahu yang pendapatan saya adalah lima angka jadi mereka membuat anggapan yang pendapatan saya adalah di antara RM10,000 ke RM 99,000 sebulan

Terus terang saya cakap, saya menjadi malu pada diri sendiri apabila melihat kedudukan saya di senarai itu kerana saya memang tidak layak berada pada kedudukan tersebut. Saya telahpun menghubungi penulis artikel tersebut untuk meminta beliau mengubah kedudukan saya di senarai tersebut. Secara jujurnya, pendapatan saya adalah US$50,000 – US$70,000 setahun dan saya berada di kedudukan yang ke 35 di bawah Gobala Krishnan.

Apa khabar alang?
Mungkin itu antara soalan yang berlegar-legar di fikiran anda apabila mendapati saya jarang kelihatan di forum Wang Cyber dan juga jarang menulis di sini. Sebenarnya saya sihat cuma seperti yang saya jelaskan kepada beberapa orang yang menghubungi saya, saya terlalu sibuk dengan beberapa projek yang perlu disiapkan dan diberikan tumpuan.

Alhamdulillah, beberapa projek tersebut telah siap dan mungkin selepas ini saya akan dapat kembali aktif menulis di sini dan juga di forum Wang Cyber.

Antara beberapa projek saya yang baru siap ialah sebuah lagi direktori unik (menjadikan kesemuanya tujuh direktori) http://www.daredirectory.com

Konsep direktori ini ialah anda memilih di mana anda hendak laman web anda disenaraikan dan membayar mengikut harga yang telah ditentukan. Konsepnya lebih kurang dengan  laman web saya sebelum ini iaitu 50 Pages Website tetapi saya telah menambah kategori jadi setiap laman web yang disenaraikan adalah berdasarkan kategori tertentu di mana dalam setiap kategori terdapat 5 muka surat (10 laman web disenaraikan di setiap muka surat). Harga untuk disenaraikan adalah $31 – $40 untuk muka surat pertama, $21 – $30 untuk muka surat kedua, $11 – $20 untuk muka surat ketiga, $1 – $10 untuk muka surat keempat dan juga percuma untuk muka surat kelima. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja kecuali untuk tempat di muka hadapan (telah habis dijual dalam masa kurang satu jam) di mana bayarannya adalah untuk tempoh satu tahun.

Selain itu, saya juga telah menyiapkan laman web rasmi syarikat saya SZAB Network Enterprise di http://www.szabnetwork.com. Buat masa sekarang, saya hanya menyenaraikan  semua laman web saya di sana dan mungkin pada masa akan datang, saya menambahkan beberapa lagi maklumat tentang syarikat.

Seperti yang anda semua lihat, Blog Webmaster Malaysia juga telah berwajah baru, setelah sekian lama saya menunggu theme ini disiapkan. Saya masih menimbang sama ada hendak memberikan theme ini secara percuma seperti mana theme saya yang lepas. Buat masa sekarang, saya memberikan 1 wordpress theme, 1 php link directory template dan juga satu php link bid template.

Antara perkara yang sedang saya lakukan sekarang ialah memikirkan konsep baru untuk www.dirten.com dan juga www.osx-e.com

Cukuplah setakat ini cerita mengenai saya dan pada tulisan yang akan datang, saya akan kembali memberikan tips-tips yang berguna untuk webmaster.