Samsul Zamzuri » Artikel

Theme baru lagi?
Saya pun dah tak ingat bila kali terakhir saya tukar theme di blog ini. Tapi rasanya dah hampir setahun. Jadi sudah sampai masanya saya menukar lagi theme.

Untuk theme yang lepas, blog ini menjadi kurang produktif. Secara purata hanya 1 – 2 artikel ditulis sebulan. Saya pun sudah tidak ada alasan kenapa saya tidak mempunyai motivasi untuk menulis. Alasan yang kerap diberikan ialah sibuk, takde idea dan sebagainya tapi hanya saya sendiri sahaja yang tahu sejauh mana kebenaran alasan tersebut.

Jadi saya cuba untuk tidak memberikan alasan untuk tidak menulis lagi di sini malah saya memberikan cabaran baru terhadap diri saya untuk menulis sekurang-kurangnya satu artikel setiap hari di blog ini. Saya tahu cabaran ini agak sukar dipercayai berdasarkan jumlah artikel yang ditulis untuk bulan-bulan yang lepas jadi untuk mencapai sasaran, setiap artikel yang akan saya tulis selepas ini akan mempunyai lebih kurang 400 patah perkataan maksimum.

Jika artikel tersebut mempunyai lebih dari 400 patah perkataan, saya akan membahagikannnya kepada beberapa siri artikel yang akan ditulis untuk beberapa hari. Selain dari menjimatkan masa saya untuk menulis, artikel yang pendek juga akan menjimatkan masa anda untuk membacanya dan seterusnya anda boleh fokus pada kerja lain yang lebih penting. Dan ayat-ayat yang akan saya tulis lebih “straight to the point” tanpa merapu-meraban ke sana sini.

Selain itu, jika anda perasan saya juga telah menukar tagline untuk blog ini dari Blog Webmaster Malaysia kepada Blog Usahawan Internet Sepenuh Masa. Jadi artikel yang akan ditulis bukan sahaja fokus kepada topik penjanaan wang di internet, panduan membina laman web dan sebagainya malah akan juga fokus tentang cara-cara bekerja yang lebih produktif untuk mereka yang menjadi atau ingin menjadi usahawan internet sepenuh masa.

Jadi nantikan artikel pertama dari saya esok yang bertajuk “Cara-cara menguruskan mesej email anda dengan berkesan”

Aku, PPC dan CPA.
Meminjam tajuk komik percuma Kartunis Ubi “Aku, Dia dan Test, saya nak ceritakan di sini 2 minggu pengalaman saya belajar tentang PPC dan CPA.Apa? Baru nak belajar? Kat dah 4 tahun buat bisnes internet secara full time. Ok sebelum anda tanya soalan di atas, baik saya jawab dulu. Ya, memang saya dah hampir 4 tahun (bulan Ogos ni genap 4 tahun) buat bisnes internet secara sepenuh masa dengan berpejabatkan di bilik belakang sebelah dapur rumah saya dan beruniformkan kain pelekat dan t-shirt pagoda. Tetapi dalam tempoh itu, saya cukup phobia dengan affiliate program, PPC dan juga CPA

Oh ya, sebelum anda bertanya lagi, baik saya bagitau apa itu affiliate program, PPC dan juga CPA. Affiliate program ni kiranya program yang anda join untuk mempromosi sesuatu produk. Ada program affiliate yang dikelolakan oleh individu yang mengeluarkan produk itu sendiri dan ada juga melalui orang tengah seperti Commission Junction dan juga Clickbank.

PPC pula adalah satu cara promosi berbayar. PPC bermaksud Pay Per Click di mana antara program PPC yang paling popular ialah Google Adwords, Yahoo Search Marketing dan juga MSN Ad Center.

CPA pula adalah singkatan untuk Cost Per Action di mana anda akan dibayar jika pelawat yang anda promosikan itu melakukan sesuatu action di laman web pengiklan. Action ye, bukan eksyen. Action yang biasanya dilakukan adalah mengisikan alamat email, mengisikan zip seluar, memberikan no telefon, menjadi ahli untuk laman web tersebut dan sebagainya. Biasanya, pelawat tidak perlu membayar ataupun mengisi maklumat kewangan mereka. Kadang-kadang, hanya satu bahagian sahaja yang perlu di isi iaitu email sahaja, zip code sahaja ataupun no telefon sahaja.

Poyo je saya dok terangkan kat atas entah-entah anda semua dah lebih tahu dari saya.

Wah, senang bukan nak buat duit dengan CPA ni. Kalau ada sesiapa yang cakap macam tu memang ada udang di sebalik batu. Memang dia nak jual ebook ataupun nak buat personal coaching. Sebenarnya nak buat duit dari program CPA ni amat susah, malah mereka yang dah lama dalam bidang ni dan mendapat beribu-ribu $$ sehari pun masih mengatakan susah nak buat duit dari CPA ni tanpa ilmu pengetahuan yang betul.

Buktinya? Ok di bawah ni merupakan screenshot akaun Adwords saya untuk bulan lepas. Wow $214.63 sehari, banyaknya. Bagi la tips sikit.

Oh ya, $214.63 tu bukan jumlah yang saya dapat, tetapi jumlah yang saya keluarkan untuk mengiklan di sana.

Dan berapa pulangan yang saya dapat hasil dari pelaburan di atas? $27. Twenty Seven, Dua Puluh Tujuh. Kot-kot ada orang ingat saya salah tulis.

Jadi kalau ada sesiapa lagi yang kata senang nak buat duit dengan CPA meh sini saya nak lempeng sekali. Tetapi adakah bermaksud yang saya dah give up dengan CPA dan bertaubat tak nak buat lagi. Tak jugak, sebenarnya kerugian tu la yang memberikan saya semangat untuk terus belajar. Sebab saya tahu tak mustahil pun nak buat duit, malah ada yang dapat beribu $$ sehari. Bukan Mat Saleh, orang Melayu dari Malaysia. Dan dia lah antara penyebab saya memberanikan diri untuk belajar PPC dan CPA ni, walaupun saya dah kenal dengan PPC dan CPA 3 – 4 tahun dulu.

Antara langkah yang saya ambil untuk nak belajar PPC dan CPA ini ialah dengan membeli satu report yang dijual di DP dengan harga $9. Report tersebut juga ditulis oleh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Selepas membaca report tersebut dan atas saranan penulisnya, saya menjadi ahli di PPC-Coach.com iaitu satu laman web keahlian berbayar yang mengajar tentang PPC. Laman web ini mempunyai beberapa seksyen antaranya ialah video latihan PPC dan CPA, tools untuk membina landing page dan juga untuk nak track pengiklanan kita, tools untuk nak buat iklan adwords dengan cepat dan mudah dan sebagainya. Selain itu, ia juga mempunyai forum yang cukup aktif yang membincangkan tentang teknik-teknik menjana pendapatan dengan CPA.

Oleh kerana forum ini merupakan forum tertutup dan perlu membayar untuk menyertainya, maka banyak yang boleh dipelajari dari sini. Seperti DP pada tahun 2004 dulu, bukan DP sekarang yang penuh dengan spammers dan scammers. Oh ya bercakap tentang spammers dan scammers di DP ni, saya ada satu cerita nak dikongsikan. Pada bulan lepas, saya menjual report Rahsia Mega di sana (English version) dan ada seorang mamat dari India yang asyik minta review copies. Apabila saya tak bagi review copies, dia mula memanggil saya spammers. Saya pun pelik juga apa yang saya spamkan sebab saya iklankan di tempat yang betul. Rupa-rupanya, dia nak cakap saya ni scammer yang cuma nak scam pembeli di sana. Jadi bagi anda yang aktif di forum, sila fahami dulu maksud scammers dan spammers sebelum anda mula memanggil orang dengan panggilan tersebut, kalau tak nanti malu sendiri.

Ok, berbalik pada forum di PPC-Coach.com, memang banyak teknik-teknik yang di ajar di sini yang saya sendiri masih belum habis membacanya. Dan oleh kerana keahlian di forum ini di bayar secara bulanan, maka untuk bulan pertama, anda hanya dapat belajar teknik-teknik tertentu sahaja, khusus untuk bulan pertama. Kiranya teknik ini khusus untuk orang yang masih baru dalam bidang PPC dan CPA. Dan teknik yang diajar juga adalah yang paling senang. Ok saya cakap paling senang, bukan bermaksud senang ye. Jangan lempeng saya. Yang paling senang pun sebenarnya susah bagi saya, tapi saya yakin sebelum habis bulan ni, saya akan mula mendapat untung.

Sebut tentang untung, dalam permainan PPC dan CPA ni, BOROI amat menting. ROI ini bermaksud Return of Investment di mana anda akan mengira berapa jumlah keuntungan yang anda perolehi bagi setiap pelaburan yang dibuat. Kali terakhir saya amat mementingkan ROI ini adalah semasa saya aktif dalam web direktori kerana seperti PPC / CPA, pelaburan yang bijak memastikan anda mendapat ROI yang tinggi. Buat masa sekarang, ROI saya masih lagi negatif.

Selain pelaburan di atas, saya juga membeli beberapa software khusus untuk membantu saya mempercepatkan proses pembinaan landing page untuk setiap promosi dan kempen yang saya buat.

Selain itu, saya juga membeli satu lagi report dalam BM yang ditulis oleh orang Melayu / Malaysia yang mendapat pendapatan beribu-ribu $$ sehari. Walaupun sudah banyak ilmu yang saya pelajari di PPC-Coach.com saya tetap membeli report ini kerana ingin mengetahui bagaimana approach yang diambil oleh orang kita. Dan sememangnya tak menyesal saya beli kerana ianya berbeza dengan apa yang saya belajar di PPC-Coach.com dan saya sekarang sedang cuba untuk menggabungkan kedua-dua teknik ini yang sekarang ini masih dalam peringkat eksperimen.

Report ini di namakan Panduan Pemasaran CPA dan ditulis oleh saudara Uzairubiah dan anda boleh membelinya dengan harga RM 47 di sini. Mengikut kata penulisnya, report ini hanya akan dijual sebanyak 100 unit sahaja dan selepas ini, ada lagi beberapa report susulan dan juga video latihan khusus untuk mereka yang telah membeli report ini.

Belajar PPC / CPA ni seronok sebenarnya dan dah lama saya tak rasa seronok belajar tentang sesuatu perkara yang baru. Kali terakhir saya rasa seronok macam ni ialah ketika belajar tentang Adsense 6 tahun dulu. Walaupun banyak masa dan tenaga yang dihabiskan tapi bila dah dapat hasil nanti kita akan rasa berpuas hati. Walaupun sekarang ni saya masih dalam kerugian, tetapi saya tidak menyalahkan report yang saya beli ataupun ilmu yang saya perolehi dari PPC-Coach.com. Saya tahu saya rugi kerana ilmu saya masih belum cukup dan saya perlu belajar dan berusaha lebih lagi.

Jadi untuk belajar PPC / CPA ini, anda perlu ada modal, perlu ada rajin belajar dan berusaha, dan perlu sabar.

InsyaAllah saya akan menulis lagi tentang progress saya dalam PPC / CPA ni dalam tulisan akan datang.

Boikot Amerika! Boikot Israel! Sanggupkah anda melakukannya?
Antara laman web popular milik rakyat Israel ialah fotopages.com dan juga esnips.com jadi saya saya kepada sesiapa yang menggunakan kedua-dua laman web ini tidak ada masalah untuk nak boikot sebab banyak lagi alternatif lain yang lebih baik.

Tapi sanggupkah anda memboikot laman web milik rakyat Amerika? Tak perlulah saya senaraikan laman web tersebut di sini sebab boleh dikatakan dunia internet ini dimonopoli oleh orang Amerika termasuklah laman web yang popular untuk usahawan internet seperti Google, YouTube, Ebay, Clickbank dan sebagainya.

Untuk memboikot, kita perlukan alternatif kepada perkara yang kita boikot. Misalnya kalau kita nak boikot stesyen minyak Shell, kita masih ada alternatif yang terbaik iaitu Petronas. Yang menjadi masalah untuk para usahawan internet ialah terlalu sedikit syarikat-syarikat internet yang dimiliki oleh orang-orang Islam. Dalam hal ini kita boleh nampak yang orang Islam memang jauh ketinggalan. Sebab apa kita ketinggalan?

Dari pengalaman saya melihat orang Melayu Islam di surau, pada waktu sembahyang semuanya berebut-rebut tak nak sembahyang di saf paling depan walaupun mereka tahu saf depan yang paling banyak pahala. Sedangkan bangsa lain berebut-rebut hendak berada di depan dan menjadi pemimpin.

Kita hanya banyak bercakap sedangkan tindakannya kurang. Bak kata seorang sahabat saya “Mulut berapi-rapi nak memboikot Israel sedangkan di jari tersepit rokok Dunhill”.

Kenapa anda gagal menjana pendapatan dari internet
Soalan yang kerap ditanya kepada diri sendiri, kenapa aku gagal dapat duit sesenpun dari internet sedangkan orang lain dah kaya raya. Adakah mereka menipu? Betulkan boleh buat duit di internet?

Di sini saya senaraikan beberapa sebab yang saya rasa menjadi punca kenapa anda gagal menjana pendapatan dari internet.

Malas. Saya pun malas nak cerita la pasal sikap malas ni. Kalau anda ada sikap ni, bukan sahaja berniaga internet, kerja apa pun yang anda buat pasti tak berjaya. Kalau anda rasa perniagaan internet ni sesuai untuk orang-orang yang malas, anda silap. Jadi adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik makcik, datuk nenek semua, jangan malas-malas ya.

Anda ingat dengan hanya membeli satu ebook yang berharga RM10, telah memberikan anda lesen untuk belajar semuanya dari penulis ebook tersebut. Saya yakin ramai penulis ebook menghadapi masalah macam ni apabila pembeli ebook bertanyakan soalan yang langsung tidak berkaitan dengan topik ebook tersebut. Malah lebih teruk lagi apabila anda dihubungi melalui telefon, email, instant messenger malah ada yang mengajak berjumpa secara berdepan untuk belajar tentang perniagaan internet, hanya kerana semata-mata mereka telah membeli ebook anda yang berharga RM10 itu.

Anda ingat buat duit di internet ni kerja yang senang. Duduk di rumah, menghadap komputer tiba-tiba duit masuk. Kalau betul macam tu saya rasa dah ramai yang jadi jutawan kat Malaysia ni. Ingin saya tekankan yang perniagaan internet ni sama sahaja macam perniagaan lain mungkin lebih sukar lagi.

Anda ingat dengan hanya beli satu ebook atau pergi satu kursus, anda sudah mempunyai ilmu yang lengkap untuk berjaya. Ebook dan kursus tersebut hanyalah memberikan ilmu kepada anda dan jika anda tidak amalkan ilmu tersebut memang tak ke mana.

Anda merasa dengki / irihati dengan kejayaan usahawan internet lain. Jika anda ada walau sedikit pun sikap dengki / irihati ni memang anda tidak akan berjaya kerana anda banyak menghabiskan masa cuba mencari kesalahan / kelemahan orang tanpa melihat kesalahan / kelemahan diri anda sendiri

Anda ingat tanpa guru anda tidak boleh berjaya. Seperti yang dimaklumkan di atas, kejayaan anda bukan terletak di tangan ebook, kursus ataupun guru sebaliknya di tangan anda sendiri. Saya tidak pernah menghadiri sebarang kursus dan tidak mempunyai seorang pun guru.

Anda ingat dengan membina satu website anda tidak perlu lagi mengemaskini website tersebut tetapi mengharapkan pelawat dan pendapatan yang banyak.

Anda ingat dengan membina blog di blogger atau wordpress.com dan memasukkan artikel yang dicedok dari sumber lain anda boleh menjana pendapatan.

Anda tidak fokus pada satu sumber pendapatan. Apabila anda dengar orang lain dapat pendapatan yang lumayan dari satu sumber pendapatan yang lain, anda terus ingin mencubanya sedangkan apa yang anda buat sekarang masih lagi terumbang-ambing. Akhirnya jadilah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Anda ingat forum merupakan tempat menceritakan masalah peribadi anda dan semua orang akan bersimpati dan seterusnya menolong anda. Tak ada siapa yang kenal anda di forum jadi belum tentu apa yang anda ceritakan itu benar jadi tak payah la membuang masa menceritakan masalah anda kepada orang yang tidak dikenali kerana itu akan cuma menjejaskan kredibiliti anda.

Ok saya rasa cukup la saya senaraikan 10 faktor di atas. Kalau anda ada salah satu sikap di atas tentu anda tahu kenapa anda masih lagi tidak berjaya menjana pendapatan di intenet.

Do’s and Don’t untuk Usahawan Internet
Bagi sesiapa yang masih belajar atau mereka yang bekerja pasti mempunyai Do’s and Don’t iaitu dalam Bahasa Melayunya suruhan dan larangan. Do’s and Don’t ini merupakan satu guidelines ringkas tentang perkara yang perlu dilakukan dan juga perkara yang jangan dilakukan.

Di sini saya akan senaraikan Do’s and Don’t untuk usahawan internet berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya menjadi usahawan internet sepenuh masa selama lebih 3 tahun.

Do’s

Belajar basic html. Walaupun nak buat website / blog sekarang sudah tidak memerlukan anda menulis code-code html secara manual, tetapi anda masih perlu mempunyai pengetahuan asas tentangnya untuk memasukkan ruang iklan ataupun mengubahsuai theme blog anda. Ramai yang terjun ke bidang perniagaan internet tanpa pengetahuan yang paling asas ini.

Rajin membaca. Bagi seorang blogger, dengan membaca akan menambah pengetahuan anda dan memberikan anda idea-idea untuk menulis. Bahan-bahan bacaan boleh terdiri dari akhbar, majalah, ataupun blog.

Pelbagaikan sumber income. Jangan bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja. Bak kata pepatah orang jawa, “Don’t put all your eggs in one basket”. Sumber income yang pelbagailah yang membolehkan saya bertahan sehingga hari ini.

Sertai forum khusus untuk usahawan internet. Saya banyak belajar tentang perniagaan internet di forum Digital Points iaitu satu forum khusus untuk usahawan internet. Selain itu, anda juga boleh membina kredibiliti dan mendapat rakan perniagaan dan juga pelanggan.

Trial and error. Kaedah pembelajaran paling berkesan saya rasa ialah melalui trial and error. Dengan mencuba melakukan sesuatu, anda pasti mendapat pengalaman dalam perkara tersebut. Jangan takut melakukan kesilapan kerana “Orang yang tidak pernah melakukan kesilapan ialah orang yang tidak pernah melakukan apa-apa”.

Don’t

Mudah putus asa. Rezeki tak datang bergolek, jadi dalam apa-apa kerja sekalipun pasti memerlukan masa dan usaha untuk berjaya. Ramai yang ingat internet ni lubuk rezeki di mana membuat duit di internet terlalu mudah. Percayalah, lebih ramai yang gagal dari yang berjaya dalam membuat duit di internet kerana sikap cepat mengalah dan berputus asa.

Meminta sedekah. Meminta sedekah di sini bukanlah bermaksud menadah tempurung meminta duit tetapi sikap yang mahu semuanya disuap. Contohnya, jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara dan ingin belajar terlebih dahulu cuba cari sumber-sumber yang sedia ada seperti artikel di blog, forum ataupun ebook yang dijual. Kalau tak ada perkara tersebut, barulah bertanya. Ini tidak, sampaikan cara-cara hendak mengisi borang pun nak ditanya dan kalau boleh semuanya nak minta tolong orang tunjukkan atau buatkan secara percuma.

Jadikan kelemahan sebagai penghalang. Semua orang ada kelemahan masing-masing. Contohnya saya, tidak mempunyai kemahiran dalam reka bentuk grafik, programming, coding dan juga menulis. Tetapi saya masih lagi mampu menjana pendapatan yang lumayan dari internet. Ini adalah kerana saya sentiasa mencari jalan untuk mengatasi kelemahan saya.

Ceritakan masalah peribadi anda. Jika anda mempunyai masalah saya rasa tempat terbaik bukanlah meluahkannya di forum-forum kerana rata-rata ahlinya tidak mengenali anda secara dekat. Maka lebih ramai yang memberikan reaksi yang negatif daripada membantu anda menyelesaikannya. Tambahan pula, orang tidak kenal anda jadi mungkin ramai yang merasa sangsi dengan cerita anda dan tertanya apakah motif anda. Cara terbaik, luahkan kepada saudara mara, rakan-rakan terdekat dan jika rakan anda hanya di internet, ceritakan kepada mereka yang benar-benar anda kenal. Menceritakan di forum secara terbuka mendedahkan kelemahan anda yang mungkin pesaing anda akan mengambil kesempatan atas perkara tersebut.

Melindungi indentiti. Jika anda benar-benar jujur hendak melakukan perniagaan internet, kenapa nak sembunyikan identiti anda. Tunjukkan siapa diri anda yang sebenar supaya bakal pelanggan lebih yakin. Berikan nama penuh anda, alamat anda, dan juga gambar terkini.

Matlamat jangka pendek dan jangka panjang
Setiap individu mesti mempunyai matlamat dalam hidupnya. Orang yang tiada matlamat adalah orang yang sudah berputus asa dan seperti kereta yang dipandu tanpa arah atau seperti layang-layang yang terputus talinya.

Sejak kecil kita sudah mempunyai matlamat. Semasa sekolah rendah kita sering ditanya oleh cikgu, “Besar nanti nak jadi apa?” maka kita pun menjawab jadi doktor, jadi cikgu, jadi polis dan sebagainya. Itu semua adalah matlamat jangka panjang kita iaitu untuk menjadi cikgu dalam tempoh 15 tahun. Tetapi untuk mencapai matlamat jangka panjang tersebut, terdapat banyak matlamat jangka pendek yang kita mesti selesaikan. Sebagai contoh, untuk menjadi cikgu, kita mesti lulus periksa UPSR, PMR, SPM kemudian masuk universiti dan ambil kursus yang berkaitan.

Sama juga halnya dalam perniagaan internet. Mungkin matlamat kita untuk jangka panjang adalah menjadi jutawan internet dalam tempoh 10 tahun. Tetapi macam mana cara untuk kita mencapainya? Apakah langkah pertama kita untuk menjadi jutawan internet?

Langkah pertama ialah kita mesti sudah mempunyai laman web ataupun melakukan perniagaan dalam internet. Jadi matlamat jangka pendek ke arah mencapai matlamat jangka panjang iaitu menjadi jutawan internet adalah meletakkan sasaran mendapat RM300 sebulan dalam tempoh 6 bulan. Dan di dalam mencapai matlamat jangka pendek ini, kita perlu mencapai lagi matlamat harian atau dipanggil daily task. Daily task ini merupakan senarai kerja yang kita perlu siapkan setiap hari. Jadi, untuk mendapat RM300 sebulan, setiap hari kita perlu kemas kini laman web, hubungi bakal-bakal pelanggan dan sebagainya.

Jika kita sudah membuat semua langkah-langkah di atas tetapi masih belum tercapai matlamat jangka pendek, maka kita mungkin perlu meletakkan sasaran yang lebih realistik. Misalnya RM300 sebulan mungkin agak sukar dicapai pada permulaan, jadi kita boleh letakkan matlamat jangka pendek kita RM100 sebulan. Selepas tercapai barulah kita tingkatkan lagi sasaran ke RM200 sebulan dan seterusnya.

Untuk menjadi jutawan internet, kita memerlukan pendapatan berpuluh-puluh ribu sebulan tapi tahukah anda untuk mendapat pendapatan sebanyak itu, ianya bermula hanya dari pendapatan beratus-ratus ringgit sahaja. Journey of thousand miles begin with single step. Tanpa first step, jangankan thousand miles, 10 meter pun kita tak sampai.

Semasa saya mula-mula bekerja dulu, saya meletakkan beberapa matlamat peribadi antaranya memiliki rumah sendiri sebelum umur 30 tahun dan juga memiliki perniagaan sendiri sebelum umur 35 tahun. Pada masa tersebut, saya tidak tahu pun di mana rumah yang akan saya beli dan juga apa jenis perniagaan yang akan saya buat. Alhamdulillah, pada umur 28 tahun saya sudah memiliki 2 buah rumah dan pada umur 32 tahun saya sudah memiliki syarikat sendiri yang menjalankan perniagaan melalui internet.

Jadi kepada anda yang ingin menceburi perniagaan internet, sila tanya adakah anda sudah mengambil langkah pertama. Kalau anda sudah mengambil langkah pertama dan tersesat, kembali dan mulakan semula langkah anda.

Apabila kos hidup semakin tinggi dan moral semakin rendah

Ebook Rahsia Zango: Perkembangan setakat ini
Sebagaimana yang anda semua sedia maklum, pada 11hb Julai lalu saya telah melancarkan ebook saya yang pertama iaitu Rahsia Zango. Ebook ini boleh dikatakan sebagai satu eksperimen kepada saya di dalam dunia penulisan ebook dan penjualan produk digital. Sebelum ini, saya hanya menulis 2 report pendek yang dijual melalui forum dan blog sahaja. Ebook Rahsia Zango merupakan ebook pertama saya yang mempunyai sales page sendiri di http://www.rahsiazango.com termasuk forum rahsia khusus untuk pembeli dan juga program affiliate juga khusus untuk pembeli

Alhamdulillah penerimaan terhadap ebook ini amat menggalakkan walaupun saya melakukan kesilapan di dalam pelancaran ebook ini. Biasanya, sebelum ebook dilancarkan, penulis akan menyiapkan sales pagenya terlebih dahulu, dalam kes saya pula, seminggu selepas ebook dilancarkan baru siap sales page. Ini adalah kerana pada mulanya saya ingin mengeluarkan ebook ini sebagai satu report sahaja, yang tidak memerlukan sales page. Tetapi oleh kerana saya ingin menyediakan support forum kepada pembeli, lebih baik saya jadikannya sebagai satu ebook walaupun ia hanya 17 muka surat sahaja.

Menyebut tentang muka surat, ada juga yang bertanya kepada saya kenapa ebook ini hanya 17 muka surat dan tidak padan dengan harga yang saya jual. Saya ingin bertanya kepada anda adakah harga sesebuah ebook bergantung kepada jumlah muka surat atau isi kandungan ebook tersebut dan support yang diberikan oleh penulis? Apa guna ebook yang mempunyai lebih 100 muka surat sedangkan isinya bukan asli, hanya copy and paste daripada sumber-sumber di internet seperti blog dan forum.

Ebook Rahsia Zango yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman saya dan saya menulis menggunakan ayat saya sendiri. Oleh kerana saya bukan penulis yang baik, saya tak mampu menulis ayat yang berjela-jela untuk menerangkan sesuatu fakta. Jadi, pendekatan saya adalah straight to the point dan menggunakan screenshot sebagai contoh. Alhamdulillah setakat ini feedback yang saya terima dari pembeli mengatakan mereka lebih mudah memahami dengan cara ini. Selain itu, saya juga menyediakan forum khusus untuk menambah apa-apa isi tambahan yang saya tidak masukkan dalam ebook. Dan tidak seperti ebook-ebook lain, saya juga tidak menulis tentang latar belakang saya atau pengenalan diri saya kerana saya beranggapan orang yang membeli ebook tersebut bukan mahu membaca mengenai saya tetapi sebaliknya tentang apa yang saya tulis.

Ada juga yang mempersoalkan tentang saya yang baru sebulan lebih menggunakan ZangoCash tetapi terus menulis ebook. Bagi mereka, saya masih tidak cukup pengetahuan atau pengalaman. Memang saya akui pengetahuan dan pengalaman saya tentang ZangoCash masih cetek malah saya masih belum menerima bayaran pertama. Tetapi jangan risau, ZangoCash memang bayar publishernya, saya ada beberapa orang kawan yang sudah menerima bayaran. Tetapi apa yang saya nak tekankan di sini ialah walaupun pengetahuan saya tentang ZangoCash ini masih cetek, tetapi saya mampu menjana pendapatan sehingga $50 sehari. Jadi di sini bermaksud yang anda tidak memerlukan masa dan tempoh pembelajaran yang lama untuk menjana pendapatan dengan ZangoCash. Selain itu, setiap hari saya mempelajari perkara baru tentang ZangoCash dan pengetahuan ini saya kongsikan dengan pembeli ebook di forum. Saya tidak perlu menunggu sehingga satu atau dua tahun menggunakan ZangoCash baru nak menulis ebook kerana mungkin ketika itu ZangoCash ini dah basi dan saya sendiri sudah tidak mampu nak menjana pendapatan barulah sibuk nak tulis ebook.

Tak cukup dengan itu, sales page saya juga turut dipersoalkan. Kenapa terlalu ringkas dan pendek tidak seperti sales page lain yang panjang berjela sehingga naik pening membacanya dan juga lenguh tangan scroll page tersebut. Terus terang saya cakap saya memang tidak suka sales page yang panjang berjela yang penuh dengan hype-hype yang entah apa-apa hanya untuk melariskan produk. Saya tahu mungkin teknik tersebut terbukti berkesan tetapi apabila saya sendiri tidak suka sales page yang sedemikian buat apa saya hendak melakukan perkara yang sama kepada bakal pelanggan saya. Saya pasti, hanya beberapa orang sahaja yang membaca keseluruhan ayat-ayat yang dtulis itu. Dan segala macam janji yang ditaburkan kepada pembeli juga membuatkan saya gerun membacanya kerana memberikan harapan yang tinggi menggunung kepada bakal pembeli, tiba-tiba harapan itu dihancurkan dengan hasil yang tidak seberapa adalah kejam bagi saya. Jadi, seperti ebook yang saya tulis, sales page saya juga pendek dan ringkas kerana saya lebih suka straight to the point. Kalau cara tersebut membuatkan saya kehilangan beberapa pembeli saya terima daripada saya mendapat pembeli yang terpedaya dengan janji-janji manis yang saya buat.

Dan perkara terakhir yang dipertikaikan adalah kenapa tidak ada bonus yang lumayan? Bonus yang saya berikan hanyalah peluang menyertai program affiliate dan juga forum rahsia khusus untuk pembeli. Tidak ada bonus-bonus yang yang harganya berpuluh kali ganda dari ebook yang membuatkan pembeli fikir banyak kali nak komplen tentang kualiti ebook kerana rasa terhutang dengan bonus-bonus tersebut. Saya ingin bertanya kepada pembeli ebook adakah anda membeli sesuatu ebook untuk mendapatkan ebook tersebut atau mendapatkan bonus-bonus yang diberi? Terus terang saya cakap, saya tidak pernah download atau guna bonus-bonus yang diberikan bersama-sama dengan ebook walaupun dikatakan harganya dikatakan mencecah ribuan USD. Saya membeli sesuatu ebook kerana ingin mengetahui isi kandungan ebook tersebut dan mungkin juga kerana reputasi penulisnya. Kalau penulis ebook itu sendiri tidak yakin dapat menjual ebooknya tanpa memberikan bonus-bonus tambahan, adakah anda berasa yakin untuk membeli ebook tersebut?

Dan saya juga cuba memberikan nafas baru pada ebook Rahsia Zango ini dengan menawarkan perkhidmatan tambahan iaitu kepada pembeli ebook yang masih tidak dapat melakukan apa yang saya ajar di dalam ebook tersebut kerana tak cukup masa, kurang faham ataupun merasakan mengambil masa yang lama jika melakukan sendiri. Saya tidak mahu panduan yang saya ajar tidak diikuti kerana faktor-faktor tersebut. Jadi saya menawarkan perkhidmatan membuat website sebagaimana yang saya ajar di dalam ebook termasuk promosi dengan harga yang amat berpatutan. Harga yang dikenakan juga adalah termasuk pendaftaran domain dan juga setahun hosting. Seboleh-bolehnya, saya mahu setiap pembeli ebook Rahsia Zango mempunyai sekurang-kurangnya satu website khusus untuk ZangoCash seperti mana yang saya ajar yang mampu memperolehi pendapatan. Daripada empat website yang saya sudah siapkan untuk pelanggan, dua daripadanya sudah diterima untuk menyertai program ZangoCash dan semuanya mempunyai purata pelawat 200 orang sehari malah ada yang mencecah sehinga 700-800 sehari walaupun baru beberapa hari siap dibina.

Dan akhir sekali, sedikit statistik tentang ebook Rahsia Zango yang ingin saya kongsi bersama anda

Jumlah yang terjual setakat ini – 96 buah

Jumlah ahli berdaftar di forum khas – 69 orang

Jumlah pembeli yang menempah pakej membuat website – 7 orang

Jumlah peserta program affiliate – 35 orang

Jumlah jualan melalui affiliate – 19

Jualan tertinggi oleh Amirul Faisyal – 12

Peserta affiliate paling agresif ialah Din Beramboi kerana beliau daftar satu domain khusus iaitu rahsia-zango.com untuk promosi ebook ini. Beliau juga paling banyak menghantar pelawat ke laman web www.rahsiazango.com.

Akhir kata, mungkn ramai penulis-penulis ebook yang lebih senior tidak setuju dengan pandangan dan pendapat saya dan kalau ada yang terasa hati tu, saya pohon maaf. Mungkin dah sikap semula jadi saya yang tidak suka mengikut tradisi sebaliknya suka melakukan dengan cara saya sendiri.

Kalau anda masih belum mendapatkan ebook Rahsia Zango, anda boleh mendapatkannya di www.rahsiazango.com dan saya merasakan panduan yang saya tulis sesuai untuk semua peringkat sama yang baru belajar ataupun yang telah lama.

p/s – Terima kasih kepada labanon dan zhafran dari Team FlareBiz yang telah menyediakan sales page, banner untuk promosi, sistem jualan dan juga sistem affiliate untuk ebook Rahsia Zango. Mereka ini merupakan mentor saya di dalam bidang penulisan dan penjualan ebook.

Adakah website anda satu aset atau liabiliti – Satu analisa
Saya mendapat idea untuk menulis artikel ini dari satu thread di forum WangCyber yang bertajuk Adakah Website Anda Aset Atau Liabiliti

Bagi menjawab persoalan tersebut, saya menganggap semua laman web / blog saya merupakan aset yang tidak ternilai sekali. Kenapa saya menganggap begitu? Kerana jumlah keuntungan yang saya perolehi dari menjual laman web / blog saya sudah menghampiri RM 200,000. Dan modal yang dikeluarkan hanyalah lebih kurang 1% dari jumlah tersebut.

Mungkin pada peringkat awal laman web / blog anda tidak mendatangkan sebarang hasil dan anda perlu menampung kos seperti hosting, pengiklanan dan sebagainya. Tetapi saya tidak menganggap itu sebagai liabiliti sebaliknya ia dianggap sebagai pelaburan. Liabiliti ini adalah sesuatu yang sudah anda tidak boleh usahakan lagi dan perlu dilepaskan begitu sahaja untuk mengelakkan kerugian yang lebih di masa hadapan.

Jadi pada peringkat permulaan, semua laman web / blog saya anggap sebagai pelaburan, mungkin untuk 3 bulan pertama. Jadi saya tak kisah sama ada ianya mendatangkan hasil atau tidak sebab saya target ia untuk jangka masa panjang. Selepas 6 bulan mungkin anda sudah boleh melihat sama ada laman web / blog anda itu sudah menjadi satu aset atau liabiliti. Jika ia sudah mendatangkan hasil walaupun sedikit, sudah boleh dianggap sebagai aset. Sebaliknya jika ia tidak langsung mendatangkan hasil dan tidak mempunyai pelawat itu boleh dianggap sebagai liabiliti. Ada juga laman web / blog yang pada peringkat permulaannya menjadi aset tetapi kemudiannya bertukar menjadi liabiliti.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan laman web / blog anda bertukar menjadi liabiliti? Apa yang saya lakukan ialah dengan menjual laman web / blog tersebut. Perkara ini pernah saya tulis sebelum ini dengan tajuk Time to say goodbye di mana saya menyatakan bilakah waktunya anda perlu melepaskan atau menjual laman web / blog anda. Tempoh 6 bulan pertama adalah penting kerana ia menentukan sama ada laman web / blog anda akan menjadi aset atau liabiliti.

Bagaimana untuk menjual laman web / blog dan berapakah harganya?

Sebelum ini saya sudah menulis artikel yang bertajuk Panduan Menjual Laman Web dan di sini saya akan tuliskan beberapa tambahan untuk artikel tersebut. Saya pasti setiap penjual ingin menjual dengan harga yang paling tinggi dan setiap pembeli ingin membeli dengan harga yang paling rendah. Kaedah biasa yang diambil kira dalam menentukan harga sesuatu laman web / blog ialah dengan mengambil kira berapa pendapatan laman web / blog tersebut sebulan dan menggandakannya dengan sepuluh jadi untuk laman web / blog yang mempunyai pendapatan $100 sebulan, harganya adalah $1000.

Tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi faktor-faktor lain yang menentukan harga laman web / blog. Ada yang dapat dijual sehingga 24 kali pendapatan dan ada yang dapat dijual dengan harga hanya 6 kali pendapatan. Faktor-faktor tersebut adalah

Populariti topik laman web / blog tersebut – Untuk laman web / blog yang menyentuh topik yang popular akan lebih mudah mendapat pembeli kerana ramai yang mempunyai pengetahuan di dalam topik tersebut dan kebiasaannya topik yang popular ini tidak susah untuk mendapat pelawat. Untuk laman web / blog yang mempunyai fokus topik yang terlalu kecil, anda mungkin sukar untuk mendapat pembeli kerana tidak semua orang mempunyai pengetahuan dalam topik tersebut dan bakal pembeli terpaksa mengambil masa untuk mendalami dan mempelajari topik itu. Jadi tempoh peralihan itu mengambil sedikit masa di mana ia sudah tentu akan menjejaskan laman web / blog tersebut semasa di dalam tempoh peralihan itu.

Kos bulanan – Ada laman web / blog yang mempunyai jumlah pelawat dan pendapatan yang tinggi tetapi turut mempunyai kos yang tinggi mungkin kerana pemilik laman web / blog itu membeli iklan untuk mendapatkan pelawat atau mungkin juga laman web / blog tersebut menawarkan file-file untuk dimuat turun. Jadi walaupun hasil pendapatan yang diperolehi tinggi, selepas ditolak kos, pendapatan bersihnya tinggal sedikit. Pendapatan bersih inilah yang sebenarnya menentukan harga laman web / blog bukannya pendapatan kasar

Masa yang diambil untuk mengemaskini – Perkara ini juga berkait dengan topik laman web / blog. Ada sesetengah topik tidak memerlukan masa yang lama untuk menulis artikel tentangnya tetapi ada sesetengah topik mengambil masa yang agak panjang. Bakal pembeli sebenarnya inginkan laman web / blog yang paling mudah dikemas kini tanpa memerlukan waktu yang lama jadi tempoh masa untuk mengemaskini laman web / blog memang menjadi salah satu faktor yang penting di dalam menentukan harga jualan.

Dari mana pelawat datang – Perkara ini sedikit sebanyak berkaitan dengan kos bulanan. Jika kebanyakan pelawat anda datang dari pengiklanan yang anda lakukan ia akan mempengaruhi harga kerana bakal pembeli tahu jika pengiklanan dihentikan, pelawat pun berkurang. Bakal pembeli juga tidak suka jika kebanyakan pelawat datang dari rangkaian laman web / blog anda yang lain kerana mereka tahu jika laman web / blog itu sudah bertukar milik, pasti anda akan membuang link atau banner ke laman web / blog tersebut.

Dari negara mana pelawat datang – Kebanyakan program pengiklanan memang banyak menumpukan kepada pelawat-pelawat dari US, Canada dan Europe dan juga negara-negara maju lain seperti Jepun, Korea dan Singapura. Ini adalah kerana pelawat-pelawat dari negara ini mempunyai kuasa beli yang tinggi. Jadi jika kebanyakan pelawat anda datang dari negara-negara ini memang ia akan meningkatkan nilai laman web / blog anda

Sumber Pendapatan – Mungkin ada yang berpendapat, lagi banyak sumber pendapatan sesuatu laman web / blog lagi bagus. Tetapi bagi bakal pembeli tidak. Ini adalah proses pemindahan akaun-akaun program pengiklanan ini adalah sesuatu yang leceh dan mengambil masa yang agak panjang. Selain itu, mungkin juga ada di antara sumber pendapatan anda itu tidak sesuai untuk bakal pembeli. Jadi lagi kurang sumber pendapatan anda lagi bagus untuk pembeli.

Usia Laman Web – Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, tempoh masa yang saya ambil untuk menentukan sama ada untuk meneruskan atau menjual laman web / blog adalah 6 bulan. Selain itu semua laman web / blog saya yang telah saya jual sebelum ini berusia lebih dari satu tahun. Ini adalah kerana jika laman web / blog itu baru berusia 3 bulan dan anda sudah ingin menjualnya pasti pembeli merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Makin lama usia sesuatu laman web / blog makin tinggi harganya kerana search engine seperti google lebih percayakan laman web / blog yang lama berbanding yang baru.

Selain faktor-faktor di atas, terdapat juga beberapa faktor sampingan yang menentukan sama ada laman web / blog anda boleh dijual atau tidak. Untuk blog yang berbentuk personal yang menggunakan nama anda sebagai domain seperti www.johnchow.com, www.shoemoney.com atau www.liewcf.com pasti sukar dijual kerana blog-blog tersebut berkait rapat dengan pemiliknya. Walaupun blog-blog itu mempunyai pelawat yang banyak dan pendapatan yang tinggi tetapi disebabkan oleh personal brand untuk blog tersebut, sukar bagi pembeli untuk mendapatkan pelawat yang mungkin tertarik dengan personaliti atau cara penulisan pemilik asal blog tersebut.

Website Flipping

Terdapat juga individu yang membina laman web / blog khusus untuk dijual semula. Apa yang mereka lakukan ialah pada peringkat permulaan melakukan pelaburan untuk laman web / blog tersebut dengan melakukan promosi dan sebagainya untuk menjadikan laman web / blog itu sebagai satu aset. Selepas laman web / blog tersebut mendapat pelawat dan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat, mereka terus menjualnya. Ada sesetengah individu yang tidak mahu terlibat dalam peringkat awal pembikinan laman web / blog kerana mereka menganggapnya sebagai satu proses yang leceh. Ada juga individu termasuk saya yang sukakan peringkat awal pembikinan laman web / blog kerana mereka mungkin mempunyai banyak idea dan juga tahu teknik yang betul untuk menjayakan laman web / blog dalam waktu yang singkat.

Jika anda ingin betul-betul mempelajari kaedah “Website Flipping” ini saudara Syed Ikhwan baru sahaja mengeluarkan laporan khas yang bertajuk “Rahsia Website Flipping” di mana di dalam laporan tersebut beliau berkongsikan kaedah-kaedah bagaimana untuk menjayakan laman web / blog dalam masa yang singkat, meninggikan nilainya dan seterusnya menjual laman web / blog tersebut dengan harga yang tinggi.

Laporan khas ini hanya akan dijual sebanyak 57 sahaja dan anda boleh mendapatkannya di http://jombincang.com/flip/

Kebaikan Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa
Hanya gambar yang membawa seribu makna