Samsul Zamzuri » blog

Theme baru lagi?
Saya pun dah tak ingat bila kali terakhir saya tukar theme di blog ini. Tapi rasanya dah hampir setahun. Jadi sudah sampai masanya saya menukar lagi theme.

Untuk theme yang lepas, blog ini menjadi kurang produktif. Secara purata hanya 1 – 2 artikel ditulis sebulan. Saya pun sudah tidak ada alasan kenapa saya tidak mempunyai motivasi untuk menulis. Alasan yang kerap diberikan ialah sibuk, takde idea dan sebagainya tapi hanya saya sendiri sahaja yang tahu sejauh mana kebenaran alasan tersebut.

Jadi saya cuba untuk tidak memberikan alasan untuk tidak menulis lagi di sini malah saya memberikan cabaran baru terhadap diri saya untuk menulis sekurang-kurangnya satu artikel setiap hari di blog ini. Saya tahu cabaran ini agak sukar dipercayai berdasarkan jumlah artikel yang ditulis untuk bulan-bulan yang lepas jadi untuk mencapai sasaran, setiap artikel yang akan saya tulis selepas ini akan mempunyai lebih kurang 400 patah perkataan maksimum.

Jika artikel tersebut mempunyai lebih dari 400 patah perkataan, saya akan membahagikannnya kepada beberapa siri artikel yang akan ditulis untuk beberapa hari. Selain dari menjimatkan masa saya untuk menulis, artikel yang pendek juga akan menjimatkan masa anda untuk membacanya dan seterusnya anda boleh fokus pada kerja lain yang lebih penting. Dan ayat-ayat yang akan saya tulis lebih “straight to the point” tanpa merapu-meraban ke sana sini.

Selain itu, jika anda perasan saya juga telah menukar tagline untuk blog ini dari Blog Webmaster Malaysia kepada Blog Usahawan Internet Sepenuh Masa. Jadi artikel yang akan ditulis bukan sahaja fokus kepada topik penjanaan wang di internet, panduan membina laman web dan sebagainya malah akan juga fokus tentang cara-cara bekerja yang lebih produktif untuk mereka yang menjadi atau ingin menjadi usahawan internet sepenuh masa.

Jadi nantikan artikel pertama dari saya esok yang bertajuk “Cara-cara menguruskan mesej email anda dengan berkesan”

Laman web MajalahIM berwajah baru
Laman web rasmi MajalahIM telah bertukar wajah di mana saya rasa rekabentuk baru ini lebih sesuai dengan laman web tersebut. Rekabentuk yang mempunyai ciri-ciri majalah online itu amat menarik dan lebih mesra pengguna. Selain itu, terdapat satu muka surat khusus untuk penulis-penulis majalah di mana saya rasa akan lebih menarik perhatian pelawat untuk memuat turun majalah tersebut.

Oh ya, MajalahIM ini masih lagi diedarkan secara percuma dan saya rasa memang rugi bagi sesiapa yang tidak mendapatkannya kerana dengan barisan penulis yang mempunyai kemahiran dalam bidang masing dan juga isi kandungan dan reka bentuk majalah yang setaraf dengan majalah yang dijual.

Bercakap tentang perubahan rekabentuk, blog ini juga membuat sedikit perubahan di mana saya harap ia akan lebih memudahkan pembaca menggeledah dan membaca artikel-artikel lama yang saya tulis sebelum ini.

Adakah website anda satu aset atau liabiliti – Satu analisa
Saya mendapat idea untuk menulis artikel ini dari satu thread di forum WangCyber yang bertajuk Adakah Website Anda Aset Atau Liabiliti

Bagi menjawab persoalan tersebut, saya menganggap semua laman web / blog saya merupakan aset yang tidak ternilai sekali. Kenapa saya menganggap begitu? Kerana jumlah keuntungan yang saya perolehi dari menjual laman web / blog saya sudah menghampiri RM 200,000. Dan modal yang dikeluarkan hanyalah lebih kurang 1% dari jumlah tersebut.

Mungkin pada peringkat awal laman web / blog anda tidak mendatangkan sebarang hasil dan anda perlu menampung kos seperti hosting, pengiklanan dan sebagainya. Tetapi saya tidak menganggap itu sebagai liabiliti sebaliknya ia dianggap sebagai pelaburan. Liabiliti ini adalah sesuatu yang sudah anda tidak boleh usahakan lagi dan perlu dilepaskan begitu sahaja untuk mengelakkan kerugian yang lebih di masa hadapan.

Jadi pada peringkat permulaan, semua laman web / blog saya anggap sebagai pelaburan, mungkin untuk 3 bulan pertama. Jadi saya tak kisah sama ada ianya mendatangkan hasil atau tidak sebab saya target ia untuk jangka masa panjang. Selepas 6 bulan mungkin anda sudah boleh melihat sama ada laman web / blog anda itu sudah menjadi satu aset atau liabiliti. Jika ia sudah mendatangkan hasil walaupun sedikit, sudah boleh dianggap sebagai aset. Sebaliknya jika ia tidak langsung mendatangkan hasil dan tidak mempunyai pelawat itu boleh dianggap sebagai liabiliti. Ada juga laman web / blog yang pada peringkat permulaannya menjadi aset tetapi kemudiannya bertukar menjadi liabiliti.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan laman web / blog anda bertukar menjadi liabiliti? Apa yang saya lakukan ialah dengan menjual laman web / blog tersebut. Perkara ini pernah saya tulis sebelum ini dengan tajuk Time to say goodbye di mana saya menyatakan bilakah waktunya anda perlu melepaskan atau menjual laman web / blog anda. Tempoh 6 bulan pertama adalah penting kerana ia menentukan sama ada laman web / blog anda akan menjadi aset atau liabiliti.

Bagaimana untuk menjual laman web / blog dan berapakah harganya?

Sebelum ini saya sudah menulis artikel yang bertajuk Panduan Menjual Laman Web dan di sini saya akan tuliskan beberapa tambahan untuk artikel tersebut. Saya pasti setiap penjual ingin menjual dengan harga yang paling tinggi dan setiap pembeli ingin membeli dengan harga yang paling rendah. Kaedah biasa yang diambil kira dalam menentukan harga sesuatu laman web / blog ialah dengan mengambil kira berapa pendapatan laman web / blog tersebut sebulan dan menggandakannya dengan sepuluh jadi untuk laman web / blog yang mempunyai pendapatan $100 sebulan, harganya adalah $1000.

Tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi faktor-faktor lain yang menentukan harga laman web / blog. Ada yang dapat dijual sehingga 24 kali pendapatan dan ada yang dapat dijual dengan harga hanya 6 kali pendapatan. Faktor-faktor tersebut adalah

Populariti topik laman web / blog tersebut – Untuk laman web / blog yang menyentuh topik yang popular akan lebih mudah mendapat pembeli kerana ramai yang mempunyai pengetahuan di dalam topik tersebut dan kebiasaannya topik yang popular ini tidak susah untuk mendapat pelawat. Untuk laman web / blog yang mempunyai fokus topik yang terlalu kecil, anda mungkin sukar untuk mendapat pembeli kerana tidak semua orang mempunyai pengetahuan dalam topik tersebut dan bakal pembeli terpaksa mengambil masa untuk mendalami dan mempelajari topik itu. Jadi tempoh peralihan itu mengambil sedikit masa di mana ia sudah tentu akan menjejaskan laman web / blog tersebut semasa di dalam tempoh peralihan itu.

Kos bulanan – Ada laman web / blog yang mempunyai jumlah pelawat dan pendapatan yang tinggi tetapi turut mempunyai kos yang tinggi mungkin kerana pemilik laman web / blog itu membeli iklan untuk mendapatkan pelawat atau mungkin juga laman web / blog tersebut menawarkan file-file untuk dimuat turun. Jadi walaupun hasil pendapatan yang diperolehi tinggi, selepas ditolak kos, pendapatan bersihnya tinggal sedikit. Pendapatan bersih inilah yang sebenarnya menentukan harga laman web / blog bukannya pendapatan kasar

Masa yang diambil untuk mengemaskini – Perkara ini juga berkait dengan topik laman web / blog. Ada sesetengah topik tidak memerlukan masa yang lama untuk menulis artikel tentangnya tetapi ada sesetengah topik mengambil masa yang agak panjang. Bakal pembeli sebenarnya inginkan laman web / blog yang paling mudah dikemas kini tanpa memerlukan waktu yang lama jadi tempoh masa untuk mengemaskini laman web / blog memang menjadi salah satu faktor yang penting di dalam menentukan harga jualan.

Dari mana pelawat datang – Perkara ini sedikit sebanyak berkaitan dengan kos bulanan. Jika kebanyakan pelawat anda datang dari pengiklanan yang anda lakukan ia akan mempengaruhi harga kerana bakal pembeli tahu jika pengiklanan dihentikan, pelawat pun berkurang. Bakal pembeli juga tidak suka jika kebanyakan pelawat datang dari rangkaian laman web / blog anda yang lain kerana mereka tahu jika laman web / blog itu sudah bertukar milik, pasti anda akan membuang link atau banner ke laman web / blog tersebut.

Dari negara mana pelawat datang – Kebanyakan program pengiklanan memang banyak menumpukan kepada pelawat-pelawat dari US, Canada dan Europe dan juga negara-negara maju lain seperti Jepun, Korea dan Singapura. Ini adalah kerana pelawat-pelawat dari negara ini mempunyai kuasa beli yang tinggi. Jadi jika kebanyakan pelawat anda datang dari negara-negara ini memang ia akan meningkatkan nilai laman web / blog anda

Sumber Pendapatan – Mungkin ada yang berpendapat, lagi banyak sumber pendapatan sesuatu laman web / blog lagi bagus. Tetapi bagi bakal pembeli tidak. Ini adalah proses pemindahan akaun-akaun program pengiklanan ini adalah sesuatu yang leceh dan mengambil masa yang agak panjang. Selain itu, mungkin juga ada di antara sumber pendapatan anda itu tidak sesuai untuk bakal pembeli. Jadi lagi kurang sumber pendapatan anda lagi bagus untuk pembeli.

Usia Laman Web – Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, tempoh masa yang saya ambil untuk menentukan sama ada untuk meneruskan atau menjual laman web / blog adalah 6 bulan. Selain itu semua laman web / blog saya yang telah saya jual sebelum ini berusia lebih dari satu tahun. Ini adalah kerana jika laman web / blog itu baru berusia 3 bulan dan anda sudah ingin menjualnya pasti pembeli merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Makin lama usia sesuatu laman web / blog makin tinggi harganya kerana search engine seperti google lebih percayakan laman web / blog yang lama berbanding yang baru.

Selain faktor-faktor di atas, terdapat juga beberapa faktor sampingan yang menentukan sama ada laman web / blog anda boleh dijual atau tidak. Untuk blog yang berbentuk personal yang menggunakan nama anda sebagai domain seperti www.johnchow.com, www.shoemoney.com atau www.liewcf.com pasti sukar dijual kerana blog-blog tersebut berkait rapat dengan pemiliknya. Walaupun blog-blog itu mempunyai pelawat yang banyak dan pendapatan yang tinggi tetapi disebabkan oleh personal brand untuk blog tersebut, sukar bagi pembeli untuk mendapatkan pelawat yang mungkin tertarik dengan personaliti atau cara penulisan pemilik asal blog tersebut.

Website Flipping

Terdapat juga individu yang membina laman web / blog khusus untuk dijual semula. Apa yang mereka lakukan ialah pada peringkat permulaan melakukan pelaburan untuk laman web / blog tersebut dengan melakukan promosi dan sebagainya untuk menjadikan laman web / blog itu sebagai satu aset. Selepas laman web / blog tersebut mendapat pelawat dan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat, mereka terus menjualnya. Ada sesetengah individu yang tidak mahu terlibat dalam peringkat awal pembikinan laman web / blog kerana mereka menganggapnya sebagai satu proses yang leceh. Ada juga individu termasuk saya yang sukakan peringkat awal pembikinan laman web / blog kerana mereka mungkin mempunyai banyak idea dan juga tahu teknik yang betul untuk menjayakan laman web / blog dalam waktu yang singkat.

Jika anda ingin betul-betul mempelajari kaedah “Website Flipping” ini saudara Syed Ikhwan baru sahaja mengeluarkan laporan khas yang bertajuk “Rahsia Website Flipping” di mana di dalam laporan tersebut beliau berkongsikan kaedah-kaedah bagaimana untuk menjayakan laman web / blog dalam masa yang singkat, meninggikan nilainya dan seterusnya menjual laman web / blog tersebut dengan harga yang tinggi.

Laporan khas ini hanya akan dijual sebanyak 57 sahaja dan anda boleh mendapatkannya di http://jombincang.com/flip/

Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian I)
Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian I)

oleh Zamri Nanyan

“Alamak! Macam susah je buat ‘internet business’ ni. Siap kena faham matematik  lagi.”

Tapi janganlah anda risau – sebab tajuk yang kita bincangkan di sini tidaklah  sesusah pelajaran matematik di tahap pengajian PhD.

Saya meletakkan tajuknya sebegini supaya anda mudah mengingati keseluruhan  kandungan mesej yang saya tulis supaya anda boleh terus aplikasikan di dalam  perniagaan Internet anda hari ini.

Terlebih dahulu, saya andaikan anda sudah mengetahui apakah yang dikatakan blog  dan bagaimana untuk membinanya. Jika belum, saya cadangkan anda melawati http://simurl.com/blogging-steps  untuk mempelajarinya.

Sekiranya anda adalah pembaca sesetengah blog usahawan internet, anda akan  merasakan ada perbezaannya dengan blog yang lain. Walaupun terdapat unsur-unsur  atau cerita peribadi, namun di dalam sesetengah paparan, anda akan dapati gaya  penulisannya adalah ala-ala sebuah artikel yang ditulis untuk sesebuah bab di  dalam buku.

Inilah yang saya katakan “multi-purpose writing” atau “penulisan pelbagai” –  kerana anda akan menyiapkan sesuatu kerja yang boleh digunakan bagi lebih  daripada satu tujuan.

“Bagaimana?”, anda bertanya.

Begini… Blog anda perlukan kandungan yang berguna untuk pembaca anda. Jadi,  anda akan menulis sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada mereka dan pada  masa yang sama, anda boleh berfikir beberapa langkah ke hadapan.

Untuk memudahkan anda, di sini saya berikan beberapa tip.

1. Tulis artikel yang sesuai untuk dimuatkan di dalam pelbagai situasi  seperti dipaparkan di dalam blog, diletakkan di dalam  forum, disebarkan ke direktori artikel lain, dijadikan “mini e-report”,  dijadikan sebuah atau sebahagian bab di dalam ebook dan sebagainya.

Dalam ertikata lain, artikel ini dapat disesuaikan untuk pelbagai keadaan.

2. Tulis artikel yang berkaitan dengan tajuk yang anda bincangkan. Contohnya,  anda boleh fikirkan tajuk sebuah ebook yang berkaitan dengan memperolehi  pendapatan dengan perniagaan Internet MLM.

Jadi, sekiranya anda mempunyai ebook seperti ini, tajuk artikel yang anda boleh  tulis ialah seperti “Bagaimana memilih perniagaan internet MLM yang sesuai”, “5  cara mempromosikan MLM di Internet”, “Salah faham mengenai internet MLM” dan  banyak lagi. Tajuk-tajuk artikel ini boleh ditulis terlebih dahulu dan  kandungannya boleh ditulis pada bila-bila masa.

Akhirnya, selepas semua artikel tersebut ditulis, secara tidak langsung, anda  juga telah menyiapkan satu ebook.

3. Kekalkan gaya penulisan artikel anda bagi sesebuah tema atau tajuk utama yang  anda ingin liputi. Ini penting kerana sekiranya gaya penulisan anda berbeza-beza,  anda tidak mungkin dapat mencipta sebuah ebook yang mantap dan mempunyai ‘flow’  atau gaya bahasanya yang konsistent.

Praktikkan tip-tip yang diberikan di atas untuk memulakan penulisan artikel anda  yang pertama, dan kita akan sambung semula dengan bahagian II pada masa akan  datang.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan memulakan perniagaan internet sejak 2003 lagi dan beliau mempunyai  minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Sekiranya berminat dengan produk pembangunan diri yang terbaik, sila lawati  http://www.successuniversity.com.my untuk maklumat lanjut. Zamri juga ada  menyediakan tawaran khas kepada anda di laman web  http://imran.zamrinanyan.com/offer.html untuk “Kids Fund” anak-anak beliau.  Anda pasti mahukan pakej yang beliau tawarkan ini.

*** Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda  dengan syarat biodata Zamri Nanyan disertakan bersama. Link ke tawaran khas  boleh ditukarkan kepada link affiliate anda selepas anda menyertai affiliate  program beliau di http://imran.zamrinanyan.com/share.html. Artikel ini boleh juga  disebarkan melalui email.

Berhati-hati Dengan Penggunaan Blog Percuma
Berhati-hati Dengan Penggunaan Blog Percuma

oleh Zamri Nanyan

Ada banyak yang bertanyakan saya… macam mana nak bina blog secara percuma?

Saya anggap ini merupakan soalan daripada newbie… jadi saya tak sentuh mengenai blog yang dipasangkan di website sendiri (walaupun ini merupakan saranan terbaik saya).

Untuk permulaan, anda ada 2 pilihan.

1. www.Blogger.com

2. www.Wordpress.com

www.Blogger.com lebih baik sekiranya anda ingin mempromosikan produk sendiri, produk affiliate atau online MLM. Di sini anda juga boleh meletakkan kod Adsense anda di mana jika ada yang klik di iklan Adsense ini, anda akan mendapat bayaran daripada Google.

www.Wordpress.com juga adalah percuma. Versi yang anda boleh pasang di webserver lagi banyak kelebihannya tetapi untuk versi percuma di www.Wordpress.com, tak banyak ‘feature’ yang anda boleh tambah.

Kedua-dua perkhidmatan di atas adalah antara yang terbaik tetapi saya pernah mengharungi satu pengalaman buruk bersama www.Wordpress.com dan pernah juga dengar masalah dengan www.Blogger.com

Semasa pelancaran ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM, saya menggunakan www.Wordpress.com untuk pre-launch campaign. Banyak juga yang saya muatkan di situ dan banyak juga trafik ke laman blog tersebut.

Satu hari, saya dapat berita daripada seseorang yang mengatakan blog saya dah kena ‘banned’. Lepas membuat semakan sendiri, memang benar yang blog saya sudah dipadamkan.

Saya pun hantar satu email kepada support dan balasannya mudah – saya telah mempromosikan MLM di www.Wordpress.com. Ianya melanggar terma dan syarat mereka walaupun saya sebenarnya menggunakan blog tersebut dengan tujuan memberikan berita terkini mengenai pelancaran ebook saya dan bila dirayu untuk mendapatkan kembali kandungan blog tersebut, jawapannya “sorry”.

Ramai juga individu yang menyatakan blog dari servis www.Blogger.com yang mereka gunakan hilang walaupun saya belum pernah mengalaminya lagi.

Jadi, sebagai permulaan, gunakan www.blogger.com untuk percubaan atau membina blog untuk mempromosikan produk anda tetapi cepatlah bertukar ke blog yang dipasangkan di laman web anda sendiri selepas anda berjaya belajar menggunakan blog di servis percuma ini.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan memulakan perniagaan internet sejak 2003 lagi dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Laman web utama beliau ialah http://www.zamrinanyan.com dan sekiranya berminat dengan produk pembangunan diri yang terbaik, sila lawati http://www.successuniversity.com.my untuk maklumat lanjut.

*** Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda dengan syarat biodata Zamri Nanyan disertakan bersama. Artikel ini boleh juga disebarkan melalui email.

Blog untuk dijual
Saya mengambil keputusan untuk menjual salah satu blog saya iaitu www.tvsreview.com. Blog ini mendapat jumlah pelawat yang baik iaitu melebihi 600 orang sehari dan juga mendapat lebih dari $300 USD sebulan dari beberapa program pengiklanan antaranya adsense dan chitika.

Anda boleh mendapat maklumat lengkap tentang jualan ini di SitePoint (slik klik link dibawah).

Jika anda ingin membeli dan membuat bayaran melalui bank di Malaysia, sila hubungi saya.

Blog dalam bahasa Melayu yang saya baca
Tajuk tersebut sudah menerangkan apa yang saya akan tulis. Ya, saya akan menyenaraikan beberapa blog dalam bahasa Melayu yang saya subscribe melalui Google Reader dan saya tidak akan terlepas untuk membaca setiap tulisan yang dibuat. Pasti anda mengingat yang kesemua blog tersebut berkaitan dengan perniagaan internet bukan? Anda lihat sendiri

Blog Usahawan dan Perniagaan Internet – Blog ini ditulis  oleh Mohd Zulfadzli seorang usahawan internet yang terkenal di Malaysia yang hanya dikenali sebagai smartzul. Selain dari bercakap tentang suasana perniagaan internet di Malaysia, smartzul banyak memberikan motivasi dan semangat kepada sesiapa yang ingin atau baru menceburi bidang perniagaan internet.

InfoMalaya Blog – Blog ini dikendalikan oleh beberapa orang blogger dan antara blog dalam bahasa Melayu yang tidak berkaitan dengan perniagaan internet. Malangnya, blog ini seakan masih mencari identiti dan hala tuju kerana saya tak pasti ia blog mengenai teknologi, pembangunan web atau design dan kadang-kadang artikel yang dibuat tidak original. Walau bagaimanapun, saya tetap akan membaca setiap tulisan yang dibuat kerana blog ini mempunyai kelainan dan design yang menarik. Bagi saya, blog ini mempunyai masa depan yang baik jika ia menetapkan konsep tertentu dan diupdate dengan lebih kerap.

Mohd Suhaimy | Blog Perniagaan Internet – Walaupun nama blog ini Blog Perniagaan Internet, tetapi banyak artikel yang ditulis boleh digunakan untuk perniagaan sebenar atau dalam kehidupan seharian. Apa yang saya suka tentang blog ini ialah ia banyak memberikan tips-tips tentang pengurusan kewangan yang saya rasakan amat berguna untuk semua golongan sama ada anda usahawan internet atau tidak. Blog ini ditulis oleh pemilik forum WangCyber, penulis buku Mas Kahwin yang Hilang dan pemilik Sempoi Hosting. Jadi, Mohd Suhaimy ataupun shuth memang mempunyai kepakaran dalam setiap perkara yang ditulisnya dan banyak memberikan info-info yang berguna kepada saya.

mohdismail.com – Lagi satu blog yang bukan berkisarkan perniagaan internet yang ditulis oleh Mohd Ismail. Saya mula mengenali blog ini melalui forum WangCyber dan selepas membaca satu artikel saya terus subscribe. Apa yang saya suka tentang blog ini ialah gaya penulisan yang cukup bersahaja walaupun kadang-kadang isu yang ditulis adalah serius. Walaupun lebih kepada personal blog, tetapi penulisnya tetap menyentuh isu-isu semasa sama ada berita, hiburan, politik dan lain-lain lagi dalam caranya yang tersendiri. Jadi kepada anda yang tidak ingin memberatkan kepala membaca blog-blog yang serius seperti Blog Webmaster Malaysia, blog ini adalah yang terbaik untuk anda.

Tip Satu Minit – Saya rasa hampir setiap usahawan internet di Malaysia membaca blog ini dan saya juga tidak mahu ketinggalan. Dan penulisnya juga sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Seperti mana tajuknya, blog ini memberikan tips-tips yang ringkas untuk usahawan internet.

Malangnya, hanya itu sahaja blog dalam Bahasa Melayu yang ada dalam senarai saya. Saya tahu ada banyak lagi blog dalam Bahasa Melayu yang mungkin saya tidak pernah tahu, ataupun mungkin saya pernah melawat sebelum ini tetapi tidak memasukkannya dalam senarai. Antara kriteria penting untuk saya membaca sesuatu blog itu adalah tulisan yang dibuat mesti original, iaitu lahir daripada penulis itu sendiri bukanlah diterjemah atau diolah dari artikel yang lain. Selain itu, saya juga tidak suka membaca blog yang menulis perkara yang sama yang ditulis oleh beratus-ratus orang yang lain.

Saya memang suka membaca dan masih banyak ruang untuk saya membaca lebih banyak lagi blog di dalam Bahasa Melayu. Jadi, jika anda salah seorang penulis blog dalam Bahasa Melayu, senaraikan blog anda di sini, saya ingin membaca tulisan anda.

Peluang untuk memenangi domain dan blog hosting
Rakan kita di Sabahan.com sedang menganjurkan pertandingan di mana anda berpeluang untuk memenangi satu domain dan juga blog hosting.

Apa yang perlu anda lakukan untuk menyertai pertandingan ini ialah menulis ulasan tentang blog Sabahan.com di blog anda sepanjang 200 patah perkataan dan memasukkan 3 anchor text ke laman web Sabahan.com

Bagi sesiapa yang masih lagi menggunakan free blog hosting seperti Blogger atau WordPress.com dan ingin mempunyai domain anda sendiri, inilah peluang anda. Blog hosting yang ditawarkan juga adalah untuk seumur hidup (selagi Sabahan.com beroperasi).

Idea yang baik nampaknya dari Sabahan.com untuk meningkat populariti blog beliau.

Selamat berjaya

Strongest blogs in Malaysia
Senarai ini adalah berdasarkan dari 50 Most Influential Blogs in Malaysia oleh Sabahan.com dimana beliau menggunakan Technorati Ranking sebagai pengukur untuk menentukan blog manakah yang paling kuat pengaruhnya. Saya cuba menganalisa blog-blog di Malaysia ini menggunakan kaedah Page Strength yang saya rasakan lebih bertepatan kerana ia mengambil kira pelbagai faktor termasuk google backlink, yahoo backlink, keyword ranking, alexa ranking, technorati ranking dan sebagainya. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang Page Strength di sini http://www.seomoz.org/dp/page-strength-faq

Saya menganalisa kesemua 50 blogs yang disenaraikan oleh Sabahan.com dan menambah beberapa lagi blog ada dalam senarai saya. Ranking tertinggi untuk Page Strength ini adalah 10 / 10 manakala ranking terendah ialah 0 / 10. Untuk senarai ini, saya mengambil ranking 3 / 10 sebagai ranking minimum untuk sesebuah blog dikategorikan sebagai “strongest blogs”

Page Strength 7 / 10

http://www.jeffooi.com/

Page Strength 6.5 / 10

http://zeo.unic.net.my/

http://www.kennysia.com/

http://cowboycaleb.liquidblade.com/

Page Strength 6 / 10

http://www.alexallied.com/

http://www.sapiensbryan.com/

http://www.hot-screensaver.com/

http://www.kahsoon.com/

Page Strength 5.5 / 10

http://blog.limkitsiang.com/

http://chanlilian.net/

http://masak-masak.blogspot.com/

http://www.minishorts.net/

http://www.sabahan.com/

http://www.hemmy.net/

http://afdlinshauki.blogspot.com/

http://rockybru.blogspot.com/

http://rojaks.blogspot.com/

http://www.cypherhackz.net/

http://www.shaolintiger.com/

Page Strength 5 / 10

www.shamsulazhar.com/

http://ikram-zidane.com/

http://www.liewcf.com/

http://malaysia-today.net/blog2006

http://sultanmuzaffar.blogspot.com/

http://yasminthestoryteller.blogspot.com/

http://patrickteoh.blogspot.com/

http://kadirjasin.blogspot.com/

http://nizamzakaria.blogspot.com/

http://tehranifaisal.blogspot.com/

http://educationmalaysia.blogspot.com/

http://babeinthecitykl.blogspot.com/

http://monsterblog.com/

http://medicine.com.my/

Page Strength 4.5 / 10

http://rantingsbymm.blogspot.com/

http://www.paultan.org/

http://www.friedbeef.com/

http://kickdefella.wordpress.com/

http://www.fireangelism.com/

http://muaturun.blogspot.com/

http://rantingsbymm.blogspot.com/

http://www.rotorblog.com/

http://blog.smartusaha.com/

http://www.vincentchow.net/

http://www.aisehman.org/

http://www.malaysiabest.net

Page Strength 4 / 10

http://www.smashpop.net/

http://jasiminne.blogspot.com/

http://www.suanie.net/

http://thebookaholic.blogspot.com/

http://www.michaelooi.net/

http://www.saifulsham.com/

http://www.raymond.cc/blog

http://www.kyspeaks.com/

http://www.cjcm2u.com

http://www.my-inspirational-quotes.com/

http://www.wahlau.net/

Saya faham yang senarai di atas jauh dari lengkap dan jika anda mempunyai atau menemui blog yang mempunyai page strength sekurang-kurangnya 3 / 10, sila maklumkan disini. Untuk menyemak page strength, sila guna tools oleh SEOmoz di http://www.seomoz.org/page-strength/

Update

Setelah menilai semula, saya dapat yang ranking 3 / 10 terlalu rendah dah mudah diperolehi jadi saya meletakkan minimum ranking yang baru ialah 4 / 10 untuk disenaraikan sebagai “Strongest Blogs in Malaysia”.

Kredit

Sabahan.com – saya menggunakan kesemua senarai blog dari analisa anda

Project Petaling Street – mempunyai senarai blog di Malaysia yang hampir lengkap

SEOmoz – untuk tools page strength yang saya gunakan untuk analisa ini

CJCMedia Network, rangkaian blog pertama di Malaysia
Pertama sekali syabas diucapkan kepada saudara Che Jaafar Che Man atau lebih dikenali sebagai CJCM kerana usaha beliau menubuhkan rangkaian blog yang pertama di Malaysia. Bagi sesiapa yang belum mengenali CJCM, beliau antara blogger dari Malaysia yang aktif dan merupakan penulis untuk beberapa blog seperti PDA’s Review, Gadgetell dan juga Profy

Rangkaian blog ini yang dinamakan CJCMedia Network ditubuhkan pada bulan Februari dan antara misi mereka ialah mewujudkan rangkaian antara blogger dari Malaysia dan juga antarabangsa. CJCMedia Network menawarkan sokongan dari aspek teknikal dan juga infrastruktur kepada semua blogger di bawah rangkaiannya. Buat masa ini, CJCMedia Network mempunyai  4 blog di bawahnya iaitu Musing Mother, Street-IT, Web Programming dan juga Woman vs Sport

Bagi saya idea dan usaha untuk CJCM untuk menubuhkan rangkaian blog pertama dari Malaysia memang harus dipuji tetapi masih terlalu banyak langkah yang perlu diambil untuk bersaing dengan rangkaian blog sedia ada seperti b5Media, BloggyNetwork dan juga Weblogs Inc.

Antara langkah pertama yang harus diambil ialah menggunakan domain sendiri untuk rangkaian blog tersebut. Menggunakan subdomain mynet.cjcm2u.com dari blog beliau www.cjcm2u.com untuk sesuatu laman web yang besar seperti ini bukanlah satu idea yang baik bagi saya kerana ia tidak menampakkan kesungguhan kita terhadap perkara tersebut. Dan apabila blog di bawah rangkaian beliau juga menggunakan subdomain seperti parenting.cjcm2u.com ini menampakkan seolah-olah blog tersebut di bawah cjcm2u.com bukannya mynet.cjcm2u.com. Mungkin untuk menunjukkan yang rangkaian blog tersebut dari Malaysia, saudara CJCM boleh mendaftarkan .com.my domain seperti cjcmedianetwork.com.my contohnya. Malah, lebih baik jika beliau mendaftarkan juga cjcmedianetwork.com untuk mewujudkan jenama dan identiti terhadap nama rangkaian blog beliau iaitu CJCMedia Network.

Sebut tentang jenama dan identiti, CJCMedia Network juga harus mempunyai logo dan design sendiri untuk laman web mereka. Seperti juga subdomain, menggunakan design percuma yang juga digunakan oleh beribu-ribu lain tidak menampakkan kesungguhan. Rangkaian blog ini merupakan satu projek yang besar apatah lagi yang pertama di Malaysia jadi saudara CJCM harus mempunyai perancangan yang teliti dan juga modal untuk merealisasikannya. Untuk mewujudkan identiti ini, semua blog di bawah rangkaian CJCMedia Network juga harus mempunyai design yang serupa atau seakan-akan sama supaya apabila pelawat masuk, secara automatik mereka tahu blog tersebut di bawah rangkaian mana.

Walaubagaimanapun, tindakan beliau untuk menggunakan subdomain bagi blog di bawah rangkaian beliau adalah tindakan yang bijak kerana ia akan mengukuhkan lagi kedudukan CJCMedia Network dalam search engine.

Saya rasa, masih belum terlewat untuk CJCM melaksanakan cadangan yang saya berikan. Saya juga masih menunggu rangkaian blog yang pertama di Malaysia untuk blog di dalam Bahasa Melayu. Mungkin tidak ada pihak yang sanggup melakukannya kerana beranggapan sukar untuk mendapat pulangan, tetapi saya sudah membuktikan yang blog di dalam Bahasa Melayu juga boleh dijual di peringkat antarabangsa.