Samsul Zamzuri » forum

Berapa jam anda bekerja sehari?
Soalan ini khusus untuk mereka yang membuat perniagaan internet sepenuh masa seperti saya. Tetapi untuk mereka yang melakukannya secara sambilan pun dialu-alukan untuk menjawab. Anda tidak perlu menjawabnya di sini, cukuplah jawab pada diri sendiri dengan jujur. Kalau nak menjawab dan berkongsi di sini berapa lama masa anda bekerja pun boleh, yang penting mesti jujur.

Baiklah saya mulakan dengan diri saya dulu. Jika dulu ada orang bertanya pada saya berapa jam saya bekerja sehari, saya akan menjawab “Oh lebih 10 jam. Buka mata jer on laptop dan online”. Tetapi adakah dengan hanya on laptop dan online tu bermaksud kita bekerja? Bagi kebanyakan orang termasuk saya sendiri (dulu) ya. Jadi dengan bangganya bila orang bertanya saya akan menjawab saya bekerja keras, berbelas-belas jam sehari.

Tetapi secara realitinya jumlah masa yang saya betul-betul bekerja sehari kurang dari 8 jam. Saya telah mengambil inisiatif untuk mencatatkan masa saya mula bekerja hingga habis bekerja. Dan bila saya berhenti rehat atau membuat sesuatu yang tidak berkaitan dengan kerja, saya akan menghentikan masa tersebut. Jadi masa yang dicatatkan adalah masa yang betul-betul saya habiskan untuk melakukan kerja. Bukan membaca berita, baca blog, baca email, update facebook dan sebagainya.

Saya rasa begitu terkejut bila melihat keputusannya di mana hampir separuh dari masa saya online dihabiskan dengan sia-sia dan bukan dengan bekerja. Kalau bekerja dengan orang, ia dipanggil curi tulang. Ini untuk saya yang jarang masuk facebook, jarang update twitter, jarang online / chatting di Online Messenger dan juga jarang post di forum. Untuk mereka yang selalu melakukan perkara-perkara di atas, saya rasa lebih banyak masa yang dihabiskan untuk perkara yang sia-sia daripada bekerja.

Jadi tak hairanlah jika kita selalu merungut tidak cukup masa. Dan juga selalu merungut yang kita online lebih dari 10 jam sehari tapi kenapa masih gagal menjana pendapatan dari internet. Walaupun ada yang berkata facebook, twitter, Online Messenger dan juga forum juga sebahagian dari kerja, sila jawab dengan jujur adakah anda betul-betul bekerja atau melakukannya sekadar suka-suka kerana ketagih. Jika semua perkata tu memang betul kerana kerja, jadi masukkan waktu tersebut dalam tempoh masa kerja anda.

Bagi saya, penggunaan facebook memang bukan untuk bekerja. Hanya 5% jer saya guna facebook untuk promosi. Selebihnya hanya untuk tujuan peribadi. Anda boleh memberikan alasan yang anda sebenarnya bekerja atau melakukan promosi melalui facebook, twitter, messenger dan juga forum tapi yang penting di sini ialah anda bukan menipu saya atau orang lain tapi menipu diri sendiri. Jadi, jika anda gagal menjana pendapatan, jangan cari alasan lain, lihat dulu apa yang anda buat setiap kali anda online.

Ramai pembeli produk saya yang memberitahu saya mereka tidak ada masa untuk membuat seperti mana apa yang saya ajar dalam ebook. Tapi yang peliknya saya melihat mereka begitu aktif update status di facebook dan juga buat posting di forum. Dan dari pemerhatian saya juga, penggunaan facebook dan juga forum oleh mereka ini memang bukan untuk kerja.

Akhir kata, jangan biar masa mengawal anda sebaliknya anda yang perlu mengawal masa anda.

JomBincang, satu lagi forum khusus untuk usahawan internet Malaysia
JomBincang merupakan satu forum yang diwujudkan khusus untuk membantu peserta-peserta JomSeminar. Walau bagaimanapun ia juga membuka keahlian kepada sesiapa sahaja untuk menyertainya, cuma terdapat beberapa kategori yang hanya boleh diakses oleh peserta JomSeminar sahaja. Tetapi pihak pengurusan JomBincang tidak melupakan kategori-kategori yang lain di mana banyak ilmu-ilmu yang dikongsi di situ.

Semasa berita ini ditulis, JomBincang mempunyai 248 ahli aktif, 171 thread dan juga 1254 posts. Sebagai speaker untuk JomSeminar, saya turut menjadi mentor di situ di mana saya akan berkongsikan beberapa tips dan juga cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli.

Perbincangan di dalam forum ini hampir 95% dalam Bahasa Melayu jadi saya rasa JomBincang boleh menjadi satu lagi tempat terbaik untuk para usahawan internet berbincang, bertukar-tukar idea dan sebagainya selain dari forum yang sudah sedia ada seperti WangCyber dan juga Webmaster Malaysia

Adakah Anda Seorang Yang Beretika Ketika Berforum?
Adakah Anda Seorang Yang Beretika Ketika Berforum?

oleh Zamri Nanyan

Jika anda menjalankan perniagaan di Internet, anda tidak akan terlepas dengan  terma “forum marketing” atau pemasaran di forum.

Terlebih dahulu, saya ingin nyatakan yang forum ialah sebuah komuniti di  internet di mana orang ramai dapat berkumpul, berkongsi maklumat, beriklan dan  juga menjalankan perniagaan mereka. Jika dilakukan secara betul, forum dapat  memberikan kredibiliti yang tinggi kepada anda. Sebaliknya, kredibiliti anda  akan jatuh merudum jika tidak dilakukan dengan betul.

Beberapa contoh forum tempatan yang dapat saya senaraikan di sini ialah www.WangCyber.com, www.WebMasterMalaysia.com dan  juga www.Melayu.com.

Lawati laman forum di atas dan anda akan berjumpa dengan ribuan pengguna  internet yang berinteraksi sesama sendiri.

Namun begitu, masih ramai yang tidak memahami atau mematuhi etika berforum  sehingga anda yang secara tidak langsung mengundang masalah kepada diri sendiri  dan juga kredibiliti mereka. Jadi di sini, ingin saya senaraikan beberapa etika  berforum di internet yang dapat saya kupas daripada pengalaman dan bacaan saya  sendiri.

1. Hormati orang lain

Ada sesetengah daripada peserta tidak menghiraukan pendapat orang lain sehingga  menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peserta forum lain. Ini terjadi  kerana keegoan diri sendiri atau merasakan yang mereka sahaja yang betul dan  mempunyai idea yang bernas untuk dikongsi bersama. Idea atau pendapat orang lain  seakan tidak dapat dipakai. Kadang-kadang, ada yang membuat komen yang melampau  sehingga menyinggung perasaan orang lain. Jika ditegur, mereka akan cepat  melenting dan memberi alasan yang tidak rasional.

Untuk mengatasi masalah ini, saya sarankan yang anda berfikir bagaimanakah anda  ingin dilayan jika anda membuat sebarang komen atau paparan di laman forum yang  anda sertai. Pastinya anda ingin dihormati dan semestinya anda perlu menghormati  orang lain.

2. Berikan maklumat yang berguna

Kelebihan utama forum ialah maklumat yang hendak disampaikan atau dibincangkan  adalah pantas. Anda boleh mengutarakan sebarang soalan kepada peserta lain dan  kadang-kadang, dalam masa beberapa saat sahaja, sudah ada yang hendak menolong  menyelesaikan masalah anda.

Jadi, gunakan kelebihan ini sebaiknya, Jika ingin bertanyakan sebarang soalan,  pastikan soalan yang anda tanya itu sudah dijawap sebelum ini dan juga dapat  memberikan manfaat kepada peserta forum yang lain. Begitu juga jika anda ingin  memberikan pendapat atau jawapan kepada soalan yang diutarakan. Jawab dengan  sopan dan pastikan jawapan yang anda berikan tidak lari dari tajuk dan dapat  menolong si yang bertanya.

Menyentuh topik ‘lari dari tajuk’, ini merupakan satu contoh di mana  perbincangan yang pada asalnya memberikan manfaat kepada orang lain menjadi  sesuatu yang kurang atau tidak berguna kepada umum.

Contohnya perbincangan mengenai penyakit kanser bertukar menjadi perlumbaan  kereta semata-mata kerana yang menjawap soalan mengenai penyakit kanser tersebut  adalah pelumba kereta haram sebelum ini. Walaupun topik lumba kereta haram yang  berjela-jela tersebut menarik tetapi ianya tidak sesuai. Pasti ianya memberikan  rasa tidak puas hati kepada peserta lain (yang juga merupakan pesakit kanser)  yang benar-benar ingin mengetahui maklumat mengenai penyakit kanser.

Jadi, pastikan maklumat yang hendak anda sampaikan berguna kepada orang yang  bertanya dan perserta-peserta forum yang lain.

3. Beriklan dengan bijak

Salah satu kelebihan forum yang paling menarik minat orang ramai ialah kebenaran  untuk melakukan pengiklanan dengan percuma. Ramai yang menyatakan beriklan di  forum adalah amat efektif kerana anda dapat menawarkan perkhidmatan atau produk  anda kepada pasaran yang benar-benar mahukannya.

Saya juga bersetuju dengan komen tersebut kerana kejayaan terbesar saya  melancarkan ebook Rahsia MLM (www.RahsiaMLM.com)  adalah disebabkan pengiklanan dan juga “joint venture” dengan peserta di forum  yang saya sertai.

Namun begitu, ada etika beriklan dengan betul. Contohnya, sesebuah forum ada  menyediakan ruang khas untuk anda menawarkan perkhidmatan atau produk anda. Jadi  gunakan ruang yang berkenaan untuk tujuan pengiklanan dan jangan sekali-kali  cuba untuk menggunakan ruangan lain untuk tujuan ini (kecuali di signature file  anda).

Walaubagaimanapun, sesetengah forum membenarkan anda meletakkan link ke produk  atau produk affiliate anda apabila menjawap sesetengah soalan atau perbincangan.  Jadi, pastikan anda baca peraturan berforum dahulu sebelum melakukannya.

Kesimpulannya, tiga kriteria atau etika berforum di atas patut anda aplikasikan  sebaik-baiknya. Memang terdapat banyak lagi etika berforum yang tidak dapat saya  nyatakan di sini, namun saya harapkan serba sedikit ilmu yang dikongsi bersama  di sini dapat digunakan sepenuhnya – untuk kebaikan semua warga internet.

About the Author

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003.  Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau,  menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan yang lumayan  pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai  orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web  beliau di www.ZamriNanyan.com untuk  mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Earners Forum berwajah baru
Earners Forum merupakan satu laman web milik Lee Dodd khusus untuk mereka yang memperolehi pendapatan di internet. Apa yang menarik tentang Earners Forum ialah setiap ahli dikategorikan mengikut anggaran pendapatan mereka setiap bulan dan untuk setiap kategori terdapat forum khusus untuk mereka. Walaupun saya antara ahli terawal Earners Forum, tetapi sudah lama saya tidak aktif di sana kerana forumnya kurang aktif berbanding Digital Points. Tetapi apabila saya melawatnya kembali hari ini, saya begitu terkejut melihat perubahan yang begitu drastik. Pada mulanya, saya ingatkan saya telah tersalah klik bookmark ke Site Point kerana rekabentuknya yang hampir sama.

Sungguhpun begitu, terdapat banyak ruangan baru dalam Earners Forum seperti Marketplace, Articles, Blogs, Interviews dan juga Tools

Sempena dengan perubahan ini, Earners Forum telah menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah sehingga US$2,243 kepada setiap 5 pemenang. Anda boleh menyertainya dengan mengisi borang penyertaan disini dan menjadi penyumbang aktif kepada Earners Forum.

Saya rasa dengan perubahan ini, Earners Forum akan menjadi salah satu destinasi penting untuk webmaster berbincang, bertukar-tukar pendapat dan juga sebagai satu lagi medium untuk berjual beli selain dari Digital Points dan juga Site Points.