Samsul Zamzuri » lama we

Adakah website anda satu aset atau liabiliti – Satu analisa
Saya mendapat idea untuk menulis artikel ini dari satu thread di forum WangCyber yang bertajuk Adakah Website Anda Aset Atau Liabiliti

Bagi menjawab persoalan tersebut, saya menganggap semua laman web / blog saya merupakan aset yang tidak ternilai sekali. Kenapa saya menganggap begitu? Kerana jumlah keuntungan yang saya perolehi dari menjual laman web / blog saya sudah menghampiri RM 200,000. Dan modal yang dikeluarkan hanyalah lebih kurang 1% dari jumlah tersebut.

Mungkin pada peringkat awal laman web / blog anda tidak mendatangkan sebarang hasil dan anda perlu menampung kos seperti hosting, pengiklanan dan sebagainya. Tetapi saya tidak menganggap itu sebagai liabiliti sebaliknya ia dianggap sebagai pelaburan. Liabiliti ini adalah sesuatu yang sudah anda tidak boleh usahakan lagi dan perlu dilepaskan begitu sahaja untuk mengelakkan kerugian yang lebih di masa hadapan.

Jadi pada peringkat permulaan, semua laman web / blog saya anggap sebagai pelaburan, mungkin untuk 3 bulan pertama. Jadi saya tak kisah sama ada ianya mendatangkan hasil atau tidak sebab saya target ia untuk jangka masa panjang. Selepas 6 bulan mungkin anda sudah boleh melihat sama ada laman web / blog anda itu sudah menjadi satu aset atau liabiliti. Jika ia sudah mendatangkan hasil walaupun sedikit, sudah boleh dianggap sebagai aset. Sebaliknya jika ia tidak langsung mendatangkan hasil dan tidak mempunyai pelawat itu boleh dianggap sebagai liabiliti. Ada juga laman web / blog yang pada peringkat permulaannya menjadi aset tetapi kemudiannya bertukar menjadi liabiliti.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan laman web / blog anda bertukar menjadi liabiliti? Apa yang saya lakukan ialah dengan menjual laman web / blog tersebut. Perkara ini pernah saya tulis sebelum ini dengan tajuk Time to say goodbye di mana saya menyatakan bilakah waktunya anda perlu melepaskan atau menjual laman web / blog anda. Tempoh 6 bulan pertama adalah penting kerana ia menentukan sama ada laman web / blog anda akan menjadi aset atau liabiliti.

Bagaimana untuk menjual laman web / blog dan berapakah harganya?

Sebelum ini saya sudah menulis artikel yang bertajuk Panduan Menjual Laman Web dan di sini saya akan tuliskan beberapa tambahan untuk artikel tersebut. Saya pasti setiap penjual ingin menjual dengan harga yang paling tinggi dan setiap pembeli ingin membeli dengan harga yang paling rendah. Kaedah biasa yang diambil kira dalam menentukan harga sesuatu laman web / blog ialah dengan mengambil kira berapa pendapatan laman web / blog tersebut sebulan dan menggandakannya dengan sepuluh jadi untuk laman web / blog yang mempunyai pendapatan $100 sebulan, harganya adalah $1000.

Tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi faktor-faktor lain yang menentukan harga laman web / blog. Ada yang dapat dijual sehingga 24 kali pendapatan dan ada yang dapat dijual dengan harga hanya 6 kali pendapatan. Faktor-faktor tersebut adalah

Populariti topik laman web / blog tersebut – Untuk laman web / blog yang menyentuh topik yang popular akan lebih mudah mendapat pembeli kerana ramai yang mempunyai pengetahuan di dalam topik tersebut dan kebiasaannya topik yang popular ini tidak susah untuk mendapat pelawat. Untuk laman web / blog yang mempunyai fokus topik yang terlalu kecil, anda mungkin sukar untuk mendapat pembeli kerana tidak semua orang mempunyai pengetahuan dalam topik tersebut dan bakal pembeli terpaksa mengambil masa untuk mendalami dan mempelajari topik itu. Jadi tempoh peralihan itu mengambil sedikit masa di mana ia sudah tentu akan menjejaskan laman web / blog tersebut semasa di dalam tempoh peralihan itu.

Kos bulanan – Ada laman web / blog yang mempunyai jumlah pelawat dan pendapatan yang tinggi tetapi turut mempunyai kos yang tinggi mungkin kerana pemilik laman web / blog itu membeli iklan untuk mendapatkan pelawat atau mungkin juga laman web / blog tersebut menawarkan file-file untuk dimuat turun. Jadi walaupun hasil pendapatan yang diperolehi tinggi, selepas ditolak kos, pendapatan bersihnya tinggal sedikit. Pendapatan bersih inilah yang sebenarnya menentukan harga laman web / blog bukannya pendapatan kasar

Masa yang diambil untuk mengemaskini – Perkara ini juga berkait dengan topik laman web / blog. Ada sesetengah topik tidak memerlukan masa yang lama untuk menulis artikel tentangnya tetapi ada sesetengah topik mengambil masa yang agak panjang. Bakal pembeli sebenarnya inginkan laman web / blog yang paling mudah dikemas kini tanpa memerlukan waktu yang lama jadi tempoh masa untuk mengemaskini laman web / blog memang menjadi salah satu faktor yang penting di dalam menentukan harga jualan.

Dari mana pelawat datang – Perkara ini sedikit sebanyak berkaitan dengan kos bulanan. Jika kebanyakan pelawat anda datang dari pengiklanan yang anda lakukan ia akan mempengaruhi harga kerana bakal pembeli tahu jika pengiklanan dihentikan, pelawat pun berkurang. Bakal pembeli juga tidak suka jika kebanyakan pelawat datang dari rangkaian laman web / blog anda yang lain kerana mereka tahu jika laman web / blog itu sudah bertukar milik, pasti anda akan membuang link atau banner ke laman web / blog tersebut.

Dari negara mana pelawat datang – Kebanyakan program pengiklanan memang banyak menumpukan kepada pelawat-pelawat dari US, Canada dan Europe dan juga negara-negara maju lain seperti Jepun, Korea dan Singapura. Ini adalah kerana pelawat-pelawat dari negara ini mempunyai kuasa beli yang tinggi. Jadi jika kebanyakan pelawat anda datang dari negara-negara ini memang ia akan meningkatkan nilai laman web / blog anda

Sumber Pendapatan – Mungkin ada yang berpendapat, lagi banyak sumber pendapatan sesuatu laman web / blog lagi bagus. Tetapi bagi bakal pembeli tidak. Ini adalah proses pemindahan akaun-akaun program pengiklanan ini adalah sesuatu yang leceh dan mengambil masa yang agak panjang. Selain itu, mungkin juga ada di antara sumber pendapatan anda itu tidak sesuai untuk bakal pembeli. Jadi lagi kurang sumber pendapatan anda lagi bagus untuk pembeli.

Usia Laman Web – Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, tempoh masa yang saya ambil untuk menentukan sama ada untuk meneruskan atau menjual laman web / blog adalah 6 bulan. Selain itu semua laman web / blog saya yang telah saya jual sebelum ini berusia lebih dari satu tahun. Ini adalah kerana jika laman web / blog itu baru berusia 3 bulan dan anda sudah ingin menjualnya pasti pembeli merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Makin lama usia sesuatu laman web / blog makin tinggi harganya kerana search engine seperti google lebih percayakan laman web / blog yang lama berbanding yang baru.

Selain faktor-faktor di atas, terdapat juga beberapa faktor sampingan yang menentukan sama ada laman web / blog anda boleh dijual atau tidak. Untuk blog yang berbentuk personal yang menggunakan nama anda sebagai domain seperti www.johnchow.com, www.shoemoney.com atau www.liewcf.com pasti sukar dijual kerana blog-blog tersebut berkait rapat dengan pemiliknya. Walaupun blog-blog itu mempunyai pelawat yang banyak dan pendapatan yang tinggi tetapi disebabkan oleh personal brand untuk blog tersebut, sukar bagi pembeli untuk mendapatkan pelawat yang mungkin tertarik dengan personaliti atau cara penulisan pemilik asal blog tersebut.

Website Flipping

Terdapat juga individu yang membina laman web / blog khusus untuk dijual semula. Apa yang mereka lakukan ialah pada peringkat permulaan melakukan pelaburan untuk laman web / blog tersebut dengan melakukan promosi dan sebagainya untuk menjadikan laman web / blog itu sebagai satu aset. Selepas laman web / blog tersebut mendapat pelawat dan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat, mereka terus menjualnya. Ada sesetengah individu yang tidak mahu terlibat dalam peringkat awal pembikinan laman web / blog kerana mereka menganggapnya sebagai satu proses yang leceh. Ada juga individu termasuk saya yang sukakan peringkat awal pembikinan laman web / blog kerana mereka mungkin mempunyai banyak idea dan juga tahu teknik yang betul untuk menjayakan laman web / blog dalam waktu yang singkat.

Jika anda ingin betul-betul mempelajari kaedah “Website Flipping” ini saudara Syed Ikhwan baru sahaja mengeluarkan laporan khas yang bertajuk “Rahsia Website Flipping” di mana di dalam laporan tersebut beliau berkongsikan kaedah-kaedah bagaimana untuk menjayakan laman web / blog dalam masa yang singkat, meninggikan nilainya dan seterusnya menjual laman web / blog tersebut dengan harga yang tinggi.

Laporan khas ini hanya akan dijual sebanyak 57 sahaja dan anda boleh mendapatkannya di http://jombincang.com/flip/