Samsul Zamzuri » pengalaman

Ajak-ajak alang (ayam)
Pada awal bulan lepas saya menerima email dari editor majalah kejayaan peribadi dan bisnes berbahasa Melayu bertujuan untuk mewawancara saya bagi keluaran akan datang.

Saya terus membalas email tersebut menyatakan persetujuan saya dan memberitahu pada waktu bila saya berkelapangan. Apabila sehingga keesokan harinya saya tidak menerima balasan email tersebut, saya membaca semula dan mendapati yang editor majalah tersebut meminta saya menghubungi beliau melalui telefon. Saya pun terus menghubungi no telefon beliau tetapi panggilan tidak dijawab. Selepas beberapa jam, saya cuba menghubungi semula tetapi masih tidak dijawab. Dan buat kali ketiga dan terakhir saya cuba hubungi lagi dan panggilan tersebut masih tidak dijawab.

Tujuan saya mendedahkan kisah ini bukanlah bertujuan untuk memalukan mana-mana pihak dan bukan juga untuk menunjukkan yang saya ni tergila-gilakan publisiti untuk mendapatkan wawancara bagi majalah berkenaan. Bagi saya, bila ada pihak yang menghubungi saya untuk meminta saya berkongsikan pengalaman, saya akan cuba memberi kerjasama sepenuhnya sebagaimana kerjasama yang saya berikan pada pihak akhbar NST, Kosmo, MajalahIM, pelajar MMU dan juga beberapa pelajar dari universiti lain. Walaupun saya tidak mendapat apa-apa bayaran, saya sedia meluangkan masa dan bekerjasama dengan mereka.

Adakah saya kecewa kerana tidak diwawancara oleh majalah berkenaan? Sama sekali tidak kerana saya tahu saya tidak layak langsung selepas melihat tokoh-tokoh yang diwawancara oleh mereka sebelum ini yang semuanya bergelar jutawan belaka. Dari situ saya sudah faham kenapa mereka tidak meneruskan hasrat untuk mewawancara saya. Mungkin juga email tersebut dihantar secara tidak sengaja  .

Saya tak kisah kerana tujuan saya buat bisnes internet bukan untuk mendapat publisiti atau diwawancara oleh akhbar, majalah atau television. Tujuan saya hanyalah untuk menyara diri dan keluarga saya dan saya juga tak kisah sama ada saya bergelar jutawan atau tidak. Saya tak pernah mengira pun berapa jumlah pendapatan saya sejak dari mula saya menceburi perniagaan internet sehingga sekarang. Saya hanya mengira pendapatan tahunan untuk tujuan pembayaran zakat.

Tujuan artikel ini hanyalah sebagai peringatan pada diri saya sendiri dan anda semua yang jika kita ada membuat pelawaan / jemputan / proposal dan sebagainya tetapi atas sebab-sebab tertentu ianya tak dapat diteruskan, have a courtesy untuk maklumkan pihak yang terlibat.

Satu lagi bukti
Saya rasa sudah berpuluh atau beratus kali saya menekankan perkara ini sama ada melalui tulisan saya di sini, melalui wawancara, forum ataupun email yang bertanyakan kepada saya apakah cara terbaik untuk memulakan perniagaan internet. Tetapi mungkin kerana kejayaan saya yang tidak seberapa menyebabkan sesetengah orang masih lagi sangsi untuk mengikut saranan saya tetapi yang peliknya mereka masih lagi bertanya kepada saya bagaimana untuk membina laman web yang berjaya.

Walaupun saya agak sibuk kebelakangan ini (mengubah suai www.osx-e.com) tetapi selepas membaca satu artikel saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua disini. Artikel tersebut berkenaan seorang gadis 17 tahun dari Detroit USA yang ditawarkan $ 1.5M dan sebuah kereta pilihan untuk membeli laman web beliau www.whateverlife.com

Apa yang menariknya ialah gadis tersebut Ashley Qualls telah menolak tawaran tersebut. Dan beliau menjadikan laman webnya sebagai satu perniagaan dimana ibu dan rakan-rakan sebaya beliau menjadi pekerja. Laman web Ashley yang menawarkan layout untuk myspace.com menarik beratus-ratus ribu pengunjung sehari terutamanya di kalangan gadis-gadis remaja yang ingin menukar layout personal page mereka di myspace.com. Kesemua layout tersebut ditawarkan secara percuma di mana Ashley menjana pendapatan daripada pengiklanan yang terdapat di laman webnya. Satu lagi bukti, tanpa produk juga anda boleh menjana pendapatan.

Tetapi apa yang paling menarik perhatian saya ialah bagaimana beliau bermula.

It all started as a hobby. She began dabbling in Web-site design eight years ago, when she was 9, hogging the family’s Gateway computer in the kitchen all day. When she wasn’t playing games, she was teaching herself the basics of Web design. To which her mother, Linda LaBrecque, responded, “Get off that computer. Now!” For Ashley’s 12th birthday, her mother splurged on an above-ground swimming pool–”just so she’d go outside,” LaBrecque says.

Kini Ashley telah berhenti daripada sekolah untuk menumpukan sepenuh masa terhadap perniagaannya yang menjana pendapatan lebih dari kebanyakan lulusan PHD dari Harvard.

Dua tahun bergelar usahawan internet sepenuh masa
Hari ini genap 2 tahun saya menjadi usahawan internet sepenuh masa. Saya adalah yang pertama mengambil keputusan ini diikuti dengan LiewCf dan Kidino

Apa yang saya capai dalam tempoh 2 tahun ini?

2 tahun dulu, saya hanya mempunyai 3 laman web, tetapi sekarang sudah ada 15

2 tahun dulu, sumber pendapatan utama ialah dari Google Adsense, tetapi sekarang Adsense merupakan sumber pendapatan yang ke 4

2 tahun dulu, saya menggunakan shared hosting, sekarang saya menggunakan dedicated server. Dalam tempoh itu, saya menggunakan Virtual Private Server (VPS) selama beberapa bulan.

2 tahun dulu, saya hanya mempunyai 2 sumber pendapatan iaitu Adsense dan Chitika tetapi kini saya mempunyai 10 sumber pendapatan

2 tahun dulu, saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai syarikat sendiri tetapi sekarang saya sudah mempunyai syarikat berdaftar SZAB Network Enterprise

2 tahun dulu saya berpendapatan laman web dalam Bahasa Melayu tidak boleh menjana pendapatan tetapi kini blog ini mendapat pendapatan beberapa ratus sebulan.

2 tahun dulu saya hanya mengenali beberapa orang usahawan internet Malaysia dari forum Webmaster Malaysia tetapi sekarang saya mengenali lebih ramai lagi sama ada dari forum WangCyber ataupun daripada pengunjung blog ini.

2 tahun dulu saya menghubungi banyak syarikat akhbar tempatan untuk menyiarkan kisah mengenai laman web saya www.osx-e.com tetapi kini kisah mengenai saya telah dipaparkan New Strait Times, antara akhbar perdana di Malaysia. Saya juga telah menolak pelawaan sebuah majalah tempatan untuk mewawancara saya atas sebab-sebab tertentu.

2 tahun dulu modal bulanan saya kurang dari RM 1,000 sebulan tetapi kini sudah mencecah RM 5,000 sebulan.

2 tahun dulu, saya design dan coding sendiri laman web saya tetapi kini saya menggunakan profesional designer untuk kesemua laman web saya kerana saya sudah tidak ada masa dan lebih menumpukan kepada kerja-kerja pemasaran dan juga mencari pelanggan.

Ada juga beberapa perkara yang saya masih belum capai iaitu mendapat pendapatan melebihi RM 20,000 sebulan, mempunyai satu lagi laman web yang betul-betul berjaya seperti www.osx-e.com dan juga menulis ebook. Selain itu, saya juga dalam perancangan bagaimana untuk berkongsi ilmu saya dengan lebih berkesan kerana ramai yang meminta saya menjadi sifu, mentor dan sebagainya. Mungkin dengan mengadakan kursus ianya boleh dicapai tetapi banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari sebelum saya mempertimbangkan rancangan tersebut.

Adakah saya berpuas hati dengan pencapaian saya? Alhamdulillah boleh dikatakan saya lebih dari berpuas hati kerana ada sesetengah perkara yang saya capai tidak pernah saya mimpikan dulu. Tetapi ini bukan bererti saya akan berhenti belajar dan berusaha kerana masih banyak lagi yang saya ketinggalan berbanding usahawan internet luar.

Kenapa saya tidak membalas email anda
Saya tahu tulisan saya kali ini pasti akan mencetuskan kontroversi tetapi saya rasa saya perlu tulis mengenainya. Semenjak blog ini wujud lebih setahun yang lalu, saban hari banyak email yang saya terima melalui contact form. Apakah tujuan saya meletakkan contact form tersebut? Antaranya ialah untuk memudahkan pihak yang ingin meletakkan iklan di blog saya (setakat ini belum ada lagi   ), memberitahu sebarang masalah tentang blog, memberikan cadangan topik untuk saya tulis dan juga lain-lain cadangan berkaitan dengan blog webmaster Malaysia. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menghubungi saya untuk tujuan-tujuan lain.

Di sini saya senaraikan jenis-jenis email yang saya tidak balas pada masa lepas dan tidak akan balas pada masa hadapan.

1. Email yang mengajak saya berjumpa. Untuk makluman, saya bukannya sombong atau tidak sudi berjumpa dengan anda tetapi kalau boleh, biarlah kenal melalui internet terlebih dahulu. Saya tidak kenal siapa anda jadi apabila dalam email pertama kepada saya sudah mengajak berjumpa, saya wajar untuk berwaspada. Buat pengetahuan, sepanjang 4 tahun saya menjadi webmaster, saya hanya pernah berjumpa saudara kidino. Jadi, jika anda ada perkara yang ingin dibincangkan atau ditanya kepada saya, lakukan melalui email sahaja.

2. Email yang meminta saya mengajar daripada A hingga Z tentang cara bagaimana hendak menjana pendapatan di internet secara percuma. Saya bukanlah kedekut ilmu, jika saya tidak mahu berkongsi ilmu, sudah tentu saya tidak mewujudkan blog ini di mana saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya. Tetapi sudah lumrah manusia agaknya, semuanya nak jalan yang mudah cepat dan percuma. Buat pengetahuan ini bukan lagi zaman sekolah di mana semuanya disuap kepada anda sama ada oleh cikgu atau rakan-rakan yang lebih bijak. Bisnes internet ini adalah alam perniagaan sebenar di mana anda perlu berusaha keras untuk mendapat pulangan. Dan ianya juga sama dengan bisnes sebenar. Saya bagi contoh di sebuah kampung ada seorang makcik yang mempunyai gerai menjual laksa yang paling sedap. Dan memang gerainya mempunyai ramai pelanggan dan makcik tersebut memperolehi pendapatan lumayan. Jadi bila anda melihat perkara tersebut anda pun berfikir untuk membuka gerai laksa tetapi masalahnya anda tidak tahu untuk memasak laksa. Jadi anda pun pergilah bertanyakan kepada makcik tersebut bagaimana hendak membuat laksa kerana anda ingin membuka gerai laksa di kampung yang sama dan akan bersaing dengan makcik tersebut. Anda fikir adakah makcik tersebut akan sudi meluangkan masa mengajar anda secara percuma di mana bila anda pandai nanti anda akan membuka gerai yang sama dan bersaing dengan makcik tersebut lantas menjejas pendapatannya. Saya rasa tidak. Kecualilah makcik tersebut memang ada menjual buku resepi membuat laksa ataupun membuka kelas memasak laksa. Jadi kesimpulannya di sini, untuk memulakan perniagaan internet, anda tidak boleh mengharapkan seseorang mengajar anda secara percuma. Anda yang perlu berusaha sendiri mencari ilmu tersebut. Janganlah hanya kerana anda menganggap seseorang itu sebagai mentor anda, maka dia mestilah berkongsi semua ilmu pengetahuannnya dengan anda secara percuma dan meluangkan masa kerjanya untuk menjawab segala pertanyaan anda.

3. Saya juga menerima banyak bisnes proposal untuk menjadikan saya partner dan sebagainya tetapi semua proposal tersebut hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja, iaitu pihak yang membuat proposal tersebut. Dalam dunia bisnes sebenar, jika anda ingin membuat proposal, jangan langsung sebut tentang keuntungan anda. Apa yang perlu anda tekankah ialah bagaimana proposal tersebut akan lebih menguntungkan pihak yang ingin anda propose. Kalau bisnes proposal anda tidak menguntungkan saya, kenapa saya perlu menerima? Sekali lagi saya tekankan, lupakan zaman sekolah kerana ini adalah bisnes sebenar. Jadi segalanya hendaklah berlandaskan bisnes.

4. Email yang bertanyakan soalan yang tidak berkaitan dengan kerjaya saya. Saya juga banyak menerima email yang bertanyakan tentang skim-skim pelaburan dan juga MLM. Saya tidak pernah melibatkan diri dalam skim pelaburan dan juga MLM jadi saya tidak dapat memberikan jawapan untuk perkara tersebut.

5. Email yang mengajak saya berkenalan. Saya memang suka berkawan tak kira lelaki ataupun perempuan tetapi jika email tersebut ingin mengajak saya berkenalan untuk tujuan lain memang saya tidak akan layan kerana saya sudah berkeluarga. Lagipun, saya pun tak pasti sama ada penghantar email tersebut betul perempuan ataupun lelaki yang banyak menyamar sebagai perempuan. Selain itu, saya juga banyak mendapat SMS untuk tujuan yang sama.

Jadi, jika anda rasa email anda tergolong dalam antara email-email di atas harap anda faham kenapa saya tidak membalas email anda. Tetapi jika tidak, mungkin saya tidak membalas email anda kerana ia sudah masuk SPAM, saya terlepas pandang, terlalu sibuk dan sebagainya, jadi harap maafkan saya.

Kenapa perlu bermula sebagai hobi?
Berikutan artikel di NST di mana pada akhir artikel saya menasihatkan kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang perniagaan internet di sini saya memberi penjelasan kenapa saya berkata demikian.

Apa yang saya nasihatkan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri di mana pendekatan yang saya ambil itu terbukti berkesan untuk saya. Apabila kita membuat sesuatu yang kita minat wang sudah menjadi perkara nombor dua. Sama ada laman web / blog yang kita buat itu mendatangkan hasil atau tidak, kita tidak peduli kerana kita membuat sesuatu yang kita minat untuk mengisi masa lapang. Saya mendapat banyak rungutan dari mereka yang hilang keyakinan selepas beberapa bulan membuat laman web kerana tidak memperolehi apa-apa. Akhirnya laman web mereka mati begitu sahaja. Mereka membuat laman web semata-mata kerana wang apabila mendengar orang lain memperolehi pendapatan yang lumayan.

Bagi saya, jika anda tidak memperolehi apa-apa pendapatan, anda masih tidak rugi apa-apa kerana modal anda hanyalah domain name dan juga hosting yang berharga kurang dari RM100 setahun. Tetapi anda memperolehi pengalaman yang cukup berharga bagaimana membina dan mengemaskini laman web dan bagi saya pengalaman itu adalah sesuatu yang sukar diperolehi dari proses pembelajaran atau pembacaan. Kosnya disini hanyalah masa anda di mana anda terpaksa menunggu sehingga setahun untuk betul-betul melihat hasilnya.

Tetapi, jika anda mempunyai modal yang besar, anda tidak perlu bermula sebagai hobi. Anda boleh terus menganggapnya sebagai perniagaan sebenar daripada mula lagi, tetap seperti mana perniagaan lain, anda memerlukan modal yang besar untuk bermula. Dan harus diingat, modal yang besar belum tentu menjamin kejayaan jika tersilap strategi. Melalui pendekatan ini, segala-galanya tidak dilakukan oleh anda sendiri sebaliknya anda akan membayar mereka yang profesional untuk melakukannya dari reka bentuk laman web, isi kandungan sehinggalah promosi. Dan melalui pengalaman saya sendiri, kosnya lebih kurang RM 5,000.00

Walaupun pendekatan ini nampak lebih mudah (bagi mereka yang mempunyai wang), tetapi bagi saya tetap ada kelemahannya kerana anda tidak mempunyai pengalaman melakukan sendiri dan segala-galanya bergantung kepada orang. Selain itu, anda juga mungkin akan ditipu oleh mereka yang diupah oleh anda kerana anda tidak mengetahui bagaimanakah proses sebenar sesuatu kerja tersebut.

Jadi, terpulanglah kepada anda pendekatan mana yang hendak anda ambil kerana setiap pendekatan mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri.

Jika saya boleh kembali ke masa silam…
Anggaplah ayat diatas sebagai angan-angan saya sahaja kerana sebagai manusia biasa memang mustahil untuk melakukannya. Angan-angan saya ini timbul selepas menyaksikan siri televisyen kegemaran saya Heroes, di mana salah seorang wataknya, Hiro Nakamura mempunyai kebolehan untuk menghentikan waktu dan juga pergi ke masa hadapan atau berundur ke masa silam.

Ok, cukuplah cerita tentang televisyen, apa yang saya nak sampaikan disini ialah terdapat beberapa perkara yang jika saya boleh lakukan semula, saya yakin saya dapat melakukannya dengan lebih baik. Ketika saya menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet (ya, saya masih memanggilnya perniagaan internet walaupun saya tidak mempunyai sebarang produk, tetapi saya menjual ruang iklan), saya tidak mempunyai sedikit asas pun dalam bidang ini. Jadi, semua yang saya lakukan adalah berdasarkan “trial and error”. Walaupun sesetengah orang berpendapat ia adalah cara terbaik untuk belajar, tetapi ia sebenarnya agak membuang masa. Saya belajar sesuatu dengan cara saya sendiri tanpa pedoman dari sesiapa. Saya juga tidak tahu apakah yang saya buat itu, pernah dilakukan oleh orang lain sebelum ini dan apakah hasilnya.

Jadi, saya mengetahui yang usahwan muda kita yang cukup aktif, saudara Hafiz menulis ebook “Kesilapan Usahawan Muda Internet” saya terus memberitahu beliau untuk berkongsi kesilapan yang pernah saya lakukan dulu. Jadi, bagi sesiapa yang ingin mengetahui apakah kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh usahawan sebelum ini, dapatkan ebook tersebut secara percuma. Bagi saya, walaupun percuma tetapi ebook ini mempunyai nilai yang begitu tinggi kerana ia dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang anda dengan tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan dulu.

Dapatkan ebook percuma tersebut sekarang!

p/s – maaf kerana sudah lama tidak menulis, saya terlalu sibuk dengan beberapa projek lain sekarang. InsyaAllah, nantikan wajah baru Blog Webmaster Malaysia beberapa hari lagi

Kisah saya di NST
Saya begitu terkejut apabila dimaklumkan bahawa terdapat cerita mengenai saya di MHI (Malaysia Hari Ini) pagi tadi. Sekarang cerita tentang pelaburan haram begitu hangat malah saban hari keluar di kaca televisyen, saya risau jika nama saya juga turut dikaitkan dengan perkara tersebut. Rupa-rupanya, bukanlah secara langsung berita mengenai saya di MHI, sebaliknya merupakan liputan berita hari ini di mana terdapat kisah mengenai saya dan usahawan internet lain di New Strait Times (NST).

Sebenarnya 2 minggu lepas, saya telah diwawancara oleh seorang wartawan dari NST yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana menjana pendapatan daripada internet. Tujuan beliau adalah untuk menimbulkan kesedaran yang terdapatnya peluang sebenar untuk menjana pendapatan dari internet bukan hanya dari skim pelaburan sahaja. Dan artikel ini sedikit sebanyak menerangkan tentang apakah kaedah-kaedah tersebut. Walaupun sebelum ini saya agak keberatan untuk membenarkan kisah saya keluar di mana-mana penerbitan, tetapi untuk membetulkan persepsi orang ramai terhadap menjana pendapatan dari internet, saya sanggup berkongsi pengalaman saya. Selain saya, terdapat juga cerita mengenai LiewCf dan Gobala Krishnan.

Bagi sesiapa yang membeli NST, anda boleh membacanya di muka surat 12. Selain itu, anda juga boleh membacanya di laman web NST.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/National/20070511085449/Article

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/National/20070511085348/Article

Risiko dan bagaimana untuk menanganinya
Sejak kebelakangan ini (yang terbaru pagi tadi) saya banyak didatangi oleh beberapa orang kenalan / saudara yang mengajak saya memasuki beberapa skim cepat kaya internet yang berselindung disebalik nama pelaburan. Saya tak akan menyebut nama skim itu di sini dan saya juga tak menyebut nama individu yang menghubungi saya.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah beberapa pengajaran yang saya dapat dari perkara tersebut. Pertama sekali saya amat sedih apabila ada individu yang sanggup menggunakan ikatan persaudaraan / persahabatan untuk kepentingan diri. Ini membuatkan saya hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada mereka dan apa yang lebih buruk lagi apabila saya menolak ajakan mereka saya dikatakan seorang yang penakut dan tidak berani ambil risiko.

Saya akui saya memang penakut dan tidak berani mengambil risiko kerana saya mempunyai prinsip sendiri di dalam menangani risiko. Sudah banyak risiko yang saya ambil sebelum ini tapi sebelum melakukan tindakan tersebut, saya akan mengkaji terlebih dahulu sebesar manakah risiko tersebut, apakah peluang untuk saya menghadapinya dan berapa banyakkah kerugian yang saya akan hadapi.

Bagi saya, sesuatu yang mempunyai risiko 100% seperti skim cepat kaya bukan lagi dinamakan risiko, sebaliknya ia adalah satu perjudian. Kerana anda sendiri tidak tahu dan tidak pasti tentang hasil yang diperolehi. Walaupun apa yang saya lakukan sekarang juga mempunyai risiko, tetapi saya 80% yakin tentang apa yang saya akan perolehi, selebihnya adalah kuasa Tuhan.

Bagi sesiapa yang belajar tentang prinsip perniagaan tentu pernah dengar tentang “RISK MANAGEMENT” dan ianya banyak dipraktikkan di syarikat-syarikat. Apa yang saya tahu tentang risk management ini ialah, bagaimana sesebuah risiko itu dikenal pasti oleh syarikat, sebesar manakah risiko itu, bagaimana menanganinya dan sebesar manakah kerugian yang terlibat. Jadi, saya menggunakan prinsip yang sama di dalam hidup saya. Jika anda ingin menjadi seorang yang berani mengambil risiko ataupun Risk Taker, anda tidak boleh lari dari prinsip Risk Management ini kerana jika tidak, anda hanya mengambil risiko secara membabi buta dan lebih kepada prinsip perjudian.

Jika anda berminat untuk belajar tentang Risk Management ini, saya nasihatkan belilah buku-buku tentang perniagaan dan saya percaya ada sebuah buku khusus tentangnya kerana saya pernah membacanya. Saya bukanlah orang yang layak untuk mengajar tentang perkara tersebut kerana saya hanya mengetahui perkara asas sahaja, tetapi apa yang nak saya tekankan disini ialah, gunakan prinsip tersebut di dalam hidup anda dan juga perniagaan internet anda supaya anda tidak berada dalam kerugian.

Rutin harian seorang webmaster
Bagi pertanyaan seorang pembaca di sini saya akan menulis secara ringkas rutin saya seharian dan apa yang saya lakukan dalam tempoh tersebut

6:30 – 8:00 pagi

Selepas mandi dan solat Subuh, perkara pertama yang saya lakukan ialah check email dan juga mendapatkan maklumat terkini melalui RSS Reader. Saya menggunakan Gmail untuk email dan semua email saya diforwardkan ke Gmail supaya lebih mudah. Apabila memeriksa email, saya akan asingkan mana-mana email yang kurang penting (seperti newsletter) dengan melabelkannya sebagai “Later” dan juga email yang memerlukan tindak balas dari saya sebagai “Important”. Selain itu, terdapat banyak lagi label-label yang saya gunakan untuk mengklasifikasikan email yang diterima supaya lebih mudah untuk saya mencarinya kelak. Jika email tersebut memerlukan maklum balas segera dari saya, saya akan terus melakukannya agar saya tidak terlupa.

Saya menggunakan Google Reader untuk membaca RSS feed, dan sehingga sekarang, saya telah subscribe lebih dari 200 blog dan laman web dan setiap hari, jumlah RSS feed yang perlu saya baca menghampiri 1000. Biasanya, saya akan scan topik-topik yang menarik dan meletakkan label “Star” supaya saya boleh membacanya kemudian. Selepas habis memilih mana-mana artikel yang akan saya baca, barulah mula membaca dan mana-mana artikel yang akan saya gunakan untuk laman web saya ataupun sebagai rujukan, saya akan simpan di dalam Microsoft OneNote.

8:00 – 8:30 pagi

Jika hari bersekolah, waktu ini saya akan menyiapkan anak saya sebelum menghantarnya ke sekolah. Jika hari cuti, waktu ini biasanya saya akan bersarapan.

8:30 pagi – 12:00 tengah hari

Jika terdapat pesanan dari pelanggan untuk ruang iklan, text link dan direktori, saya akan menguruskannya pada waktu ini. Selepas itu, saya akan melawat beberapa forum yang memang wajib saya lawat setiap hari kerana forum-forum ini banyak terdapat maklumat-maklumat untuk dimuatkan ke dalam laman web saya dan juga terdapat peluang-peluang perniagaan. Antara forum-forum ini ialah forums.digitalpoint.com, www.sitepoint.com/forum, www.earnersforum.com dan www.wangcyber.com

Kebiasaannya, saya mengambil masa satu jam dan selepas itu saya akan mula mengemaskinikan ke semua laman web saya. Hanya beberapa laman web sahaja yang perlu saya kemaskini setiap hari iaitu, blog webmaster malaysia, www.osx-e.com, www.logotwo.com, www.dirten.com. Lain-lain blog dikemaskini oleh beberapa blogger di atas konsep “revenue sharing”.

12:00 – 1:30 tengah hari

Jika hari sekolah, saya akan mengambil anak saya dari sekolah terlebih dahulu sebelum makan tengah hari, berehat sekejab sementara menanti masuk waktu Zohor.

1:30 tengah hari – 5:00 petang

Jika masih ada laman web yang belum habis dikemaskini, saya akan menyambungnya pada masa ini. Jika semuanya sudah siap, waktu ini saya gunakan untuk memeriksa semua laman web saya jika terdapat sebarang masalah yang perlu saya perbaiki seperti broken link, pelawat yang menurun, ranking search engine menurun dan sebagainya. Selain itu, saya juga akan membaca email dan RSS feed yang masih belum sempat saya baca.

5:00 – 7:00 petang

Selepas solat Asar saya akan melakukan aktiviti di rumah atau pun beriadah bersama keluarga saya seperti membasuh kereta, membersihkan kawasan rumah, longkang dan sebagainya ataupun berjoging. Oleh kerana kerja yang saya lakukan hanya duduk dan menghadap laptop sahaja, jadi saya rasa aktiviti riadah ini penting juga untuk mengeluarkan peluh. Selain itu, waktu ini juga saya gunakan untuk berbual dengan jiran-jiran.

7:00 petang hingga 10:00 malam

Selepas mandi, saya bersiap-siap untuk menunggu solat Maghrib (kadang-kadang di surau) dan selepas solat, sementara menunggu Isya, saya akan menonton berita di TV sambil mengajar anak saya membuat kerja sekolah. Kadang-kadang kalau letih mengantuk sangat, biasanya saya akan lena sekejab selama 1/2 jam.

Selepas solat Isya, saya akan menonton TV bersama anak dan isteri.

10:00 malam – 12:30 tengah malam

Kalau ada cerita yang menarik di TV, ataupun ada siaran langsung EPL, saya akan terus menonton. Jika tidak, waktu ini saya akan mula melakukan senarai perkara-perkara yang perlu saya lakukan besok (ataupun 2 3 hari selepasnya). Saya menggunakan Vitalist untuk tujuan ini kerana saya dapat melihat secara keseluruhan apa yang perlu saya lakukan. Saya cuba mendisiplinkan diri untuk melakukan setiap perkara yang saya senaraikan, ada perkara tersebut perlu dilakukan setiap hari (seperti kemas kini laman web) dan ada juga perkara yang perlu dilakukan mengikut keadaan.

Pada masa ini, saya akan menetapkan apakah isi kandungan / tajuk yang akan dimuatkan ke dalam laman web / blog jadi pada keesokannya, saya hanya terus kemaskini sahaja tanpa perlu memikirkan apakah isi kandungannya.

Pada pukul 12:00 tengah malam, saya akan melihat jumlah trafik untuk ke semua laman web saya dan mengkaji apakah keyword yang digunakan atau dari manakah pelawat datang. Saya menggunakan StatCounter untuk merekodkan statistik bagi ke semua laman web saya.

Walaupun bekerja sendiri, tapi saya rasa kita perlu mempunyai jadual tertentu supaya kerja masa kita digunakan sepenuhnya dan kita menjadi lebih produktif. Walaupun begitu, kelebihannya ialah, jadual yang kita buat sendiri ini adalah lebih fleksibel jika keadaan memerlukan seperti terdapat aktiviti lain yang perlu dilakukan. Saya menggunakan Google Calendar untuk menyusun jadual di atas, dan jika ianya perlu diubah, saya akan cuba pastikan yang masa itu akan digantikan semula.

Apa yang paling mencabar ialah, bagaimana memotivasikan diri untuk mengikut jadual dan senarai tugas yang anda lakukan itu kerana tiada siapa yang mengawasi anda. Apa yang penting ialah, sejauh mana keinginan anda untuk berjaya dalam apa yang anda lakukan kerana jika anda mempunyai sikap ini, tidak kiralah apa atau dimana kerja anda, anda pasti akan berjaya.

Jadi, bagi yang belum mempunyai jadual itu, saya harap selepas ini masing-masing membuat jadual tak kiralah sama ada anda usahawan internet sepenuh masa atau tidak. Jadual yang dibuat itu juga, mestilah mengikut kesesuaian anda, kerana tidak guna mempunyai jadual jika anda tidak mampu mengikutnya.

Sumber pendapatan
Ramai yang bertanya apakah sumber pendapatan saya selain dari Google Adsense dan ramai yang tidak percaya apabila saya beritahu yang Google Adsense bukan lagi sumber pendapatan saya yang utama. Di sini saya akan senaraikan sumber pendapatan berdasarkan apa yang saya perolehi pada bulan lepas (January 2007).

1. Direktori -30%

2. Text link (Jual sendiri) – 11%

3. Google Adsense – 15%

4. Feedburner – 15%

5. Co-op Ad Network (Sewa adspace) – 5%

6. Direct Link Ads – 3%

7. Chitika – 1%

8. Kontera – 4%

9. Value Click Media – 5%

10. Pheedo

11. Menulis ulasan (review)

12. Sewa ruang iklan (banner)

Satu ketika dulu, memang saya bergantung sepenuhnya kepada Google Adsense, tetapi saya telah mendapat pengajaran yang bernilai ketika terkena kesan “Smart Pricing”. Jadi, apabila anda tidak mempunyai produk sendiri untuk dijual dan bergantung sepenuhnya kepada pengiklanan atau program affiliate sebagai sumber pendapatan, amatlah penting bagi anda mempelbagaikan sumber pendapatan tersebut.

Update – Ada pembaca yang meminta saya memberitahu apakah sumber pendapatan saya yang utama. Oleh itu, saya telah meletakkan peratusan sumber pendapatan saya yang utama berdasarkan bulan Januari 2007. Mana yg saya tidak letakkan apa-apa peratusan bermaksud sumbangannya terlalu kecil.