Samsul Zamzuri » tips

Senyum dan ucapkanlah terima kasih
Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, kali ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai bagaimana cara-cara untuk mengucapkan terima kasih kepada pembaca sama ada mereka blogger atau pun tidak. Bagi yang tidak tahu, akhbar Utusan Malaysia menyatakan terdapat 500,000 blogger di Malaysia.

Ini pula bancian weblog yang dibuat oleh saudara Syed Zahrul pada tahun 2006 (itu 2 tahun yang lepas, sekarang?) Ok, mari saya kongsikan beberapa cara yang mungkin anda sendiri lakukan bagi menghargai pembaca dan juga blogger yang berkunjung ke blog anda.

1. Melakukan kunjung balas – ini perkara yang paling mudah, mereka meninggalkan komentar beserta dengan url bukan? Lawatlah laman web mereka dan tinggalkan juga komentar di sana. Jikalau tiada komen cukuplah sekadar memaparkan wajah di blog log mereka sekiranya anda mempunyai akaun mybloglog.

2. Buat pautan di dalam post anda – lebih dikenali dikalangan blogger sebagai trackback atau pingback. Sekiranya ada perkara didalam entri anda itu yang mungkin berkaitan dengan tulisan orang lain, tidak salah rasanya jikalau anda pautkan link tersebut. Mana tahu dimasa akan datang, mereka pula yang link kan entri anda.

3. Submit atau undi di social bookmarking site – Kebanyakkan pemilik web atau blogger mempunyai satu akaun social bookmarking site tidak kiralah sama ada akaun digg, stumbleupon, furl, humsurfer dan sebagainya. Submit atau undi lah entri mereka yang anda rasa perlu dihargai dan dikongsi oleh orang lain.

4. Hubungi pemilik blog – mungkin anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai blogger atau pemilik web tersebut setelah membaca “about me” mereka. Kebiasaanya blogger adalah individu yang mudah berkawan dan ikatan persahabatan yang terjalin mungkin dapat melebarkan network, prospek dan sebagainya. Saya rasa untuk pertukaran link (link exchange) bukan satu masalah lagi ketika itu.

5. Tunaikan permintaan mereka – adakalanya sedar atau pun tidak pembaca ada meninggalkan permintaan didalam komentar mahupun melalui “contact me” secara email. Mereka adalah pelawat kita dan memberikan apa yang mereka mahu juga satu penghargaan dengan syarat kita selesa dengan permintaan tersebut dan tidak menganggu niche sekiranya blog anda mempunyai niche tertentu. Ini pasti menjadi jaminan pengunjung yang berulang. (returning visitor)

Sebenarnya banyak lagi cara untuk mengucapkan terima kasih kepada pelawat-pelawat yang berkunjung ke blog kita, ini cuma sebahagian sahaja. Selebihnya saya mahu anda kongsikan di blog anda atau pun di ruangan komentar. Selamat berkongsi

Mungkin ramai yang pelik dengan cara penulisan alang pada kali ini kan? Memang lain pun sebab penulisnya adalah orang lain iaitu pemilik blog Syamsulariff Dot Com vangardx. Salam perkenalan dari penulis jemputan szab ini. Sila beri tunjuk ajar ye

PR 6 dan PR7 backlink; ada cara mudah dan murah untuk mendapatkannya
Sebagai pemilik direktori PR (pagerank) memang penting kerana sukar untuk mendapat submission jika direktori anda tidak mempunyai PR. Jadi oleh sebab itu, saya sentiasa mencari cara baru untuk mendapatkan backlink dari laman web yang mempunyai PR yang tinggi kerana biasanya untuk membeli, harganya agak mahal.

Di sini saya akan kongsikan 2 cara yang memang saya gunakan dan terbukti berkesan.

Memberi sumbangan / donation pada laman web yang mempunyai PR tinggi.

Ada sesetengah laman web bukan komersial atau laman web yang mengeluarkan open source software memang bergantung kepada donation untuk menampung kos penyelenggaraan. Laman web ini biasanya akan menyediakan satu muka surat khas di mana mereka akan menyenaraikan senarai penderma termasuk url ke laman web penderma tersebut jika anda. Oleh kerana biasanya laman sebegini memang mempunyai PR yang tinggi jadi halaman donation tersebut juga biasanya mempunyai PR6 atau PR7. Jumlah donation pula ada yang serendah $5 hinggalah yang paling tinggi $1000 membolehkan laman web anda disenaraikan disitu. Disini saya senaraikan beberapa laman web yang akan menyenaraikan url penderma mereka di muka surat yang mempunyai PR yang tinggi.

http://awstats.sourceforge.net/awstats_supporters.php

http://www.openwall.com/donations/

http://openwebmail.org/donation/

http://punbb.org/donations.php

http://forum.snitz.com/donations.asp

http://webdesignbook.net/sponsors/

http://zeo.unic.net.my/donations/

Cara yang kedua pula ialah melalui laman web designer. Ada beberapa laman web designer yang mempunyai PR yang tinggi dan menyediakan muka surat portfolio di mana mereka menyenaraikan semua kerja yang mereka siapkan sebelum ini. Kebiasaannya, designer ini memang berprofil tinggi dan harga yang mereka tetapkan juga tinggi. Jika anda mempunyai budget dan kebetulan ingin mengubahsuai laman web anda, anda boleh menggunakan khidmat designer ini di mana selain daripada mendapat hasil kerja yang benar-benar berkualiti anda juga akan mendapat backlink dari muka surat yang mempunyai PR yang tinggi. Anda tidak semestinya mendapatkan khidmat mereka bentuk seluruh laman web anda, mungkin cuma logo sahaja di mana bayarannya tentu lebih rendah. Anda juga perlu bertanya terlebih dahulu sama ada designer tersebut akan menyenaraikan laman web anda di portfolio beliau jika anda cuma order logo sahaja. Di bawah ini saya senaraikan beberapa laman web portfolio designer yang mempunyai PR yang tinggi.

http://www.studio7designs.com/portfolio.cfm

http://www.miswebdesign.com/company/case-studies/

http://www.now-design.co.uk/web-design-portfolio.php

http://www.cj-design.com/portfolio/websites

http://www.cherryoneweb.com/htm/portfolio.htm

http://www.redflystudios.com/portfolio/web-design/

http://www.352media.com/Clients.aspx

http://www.cabengo.com/html/clients.html

http://www.weblinc.com/Case_Studies/

http://www.gravitatedesign.com/client-list.htm

http://www.perfectblue.co.uk/portfolio.html

http://newark1.com/portfolio/index.html

http://www.headscape.co.uk/gallery/6/portfolio.html

Selamat mencuba.

Apa ada pada nama
Saya menerima pertanyaan daripada pengunjung tetap Blog Webmaster Malaysia, saudara Azahari tentang tips pemilihan domain.

Sebelum mendaftar domain, biasanya saya sudah memikirkan dulu apakah laman web yang akan dibina di domain tersebut. Contoh-contoh domain ini adalah seperti osx-e.com, 50pageswebsite.com, mobilephone-review.com, mp3player-review.com, pclaptop-review.com, pdasreview.com, tvsreview.com, toptenbid.com dan juga logotwo.com. Kesemua domain ini, berkaitan dengan topik laman web yang saya bina dan membantu ranking yang tinggi di dalam search engine kerana ia mempunyai keyword berkaitan. Sebagai contoh, untuk keyword “mobile phone review” saya berada pada ranking no. 1 di Yahoo untuk tempoh yang lama sehingga sekarang. Dan, apabila pelawat memasuki laman web tersebut, mereka mengetahui yang laman itu berkaitan dengan mobile phone.

Walau bagaimanapun, ada juga laman web saya yang menggunakan domain yang tidak mempunyai maksud tertentu ataupun apa-apa keyword di dalamnya. Contohnya ialah szab.net, moorec.com, ventedoy.com dan juga dirten.com. Kes ini berlaku kerana saya mendaftarkan domain tersebut untuk tujuan lain; szab.net pada mulanya didaftarkan untuk laman web syarikat saya SZAB Network, tetapi kemudiannya, saya menggunakan szabnetwork.com kerana “.net” kelihatan tidak komersial dan susah diingati. Untuk domain moorec.com dan juga ventedoy.com, kedua-dua domain ini didaftarkan untuk staff saya di osx-e.com, tetapi apabila mereka tidak lagi bersama osx-e.com dan domain ini diserahkan kepada saya semula, saya menjadikannya sebagai laman web direktori kerana nama tersebut unik dan boleh menjadi jenama kepada direktori saya.

Satu kesilapan yang saya buat berkaitan dengan domain ini ialah menggunakan subpage www.szab.net/blog untuk blog ini. Ini adalah kerana pada mulanya www.szab.net merupakan laman web rasmi untuk syarikat saya jadi saya fikir boleh menggunakan www.szab.net/blog untuk menulis tentang pengalaman saya. Tetapi apabila saya menjadikan www.szab.net sebagai web direktori, blog ini kelihatan tidak kena pada tempatnya kerana direktori saya mensasarkan pasaran antarabangsa, sedangkan blog ini di dalam Bahasa Melayu dan hanya menyentuh sedikit topik tentang direktori. Walaupun saya sudah mendaftarkan domain lain untuk blog ini, tetapi oleh kerana sudah terlalu banyak blog dan laman web lain yang memberi rujukan disini, saya terpaksa membatalkan niat untuk memindahkannya.

Satu pengajaran yang saya dapat disini ialah lebih baik membina laman web / blog di atas domainnya sendiri kecuali jika ia benar-benar berkaitan dengan domain tersebut.

Saudara Azahari juga ada bertanya kepada saya tentang pembelian domain yang telah didaftarkan. Saya tidak berpengalaman di dalam pembelian domain yang sedia ada ini, tetapi saya berpendapat jika domain tersebut mempunyai nilai komersial yang tinggi, contohnya best.com, anda harus membelinya. Ada sesetengah yang membeli domain lama kerana sudah mempunyai PR. Bagi saya ini bukanlah tindakan yang bijak kerana PR pada domain lain, akan hilang pada google update yang seterusnya kerana ia sudah tidak mempunyai kandungan dan backlinknya juga sudah tidak berkaitan.

Jadi, secara ringkasnya, berikut adalah beberapa tips yang boleh saya simpulkan berkenaan dengan pembelian domain ini

1. Sentiasa membeli domain “.com” kerana ia sudah menjadi kebiasaan bagi orang ramai. Jangan mendaftar domain “.net”, “.org” atau lain TLD untuk domain yang sudah menjadi jenama seperti “google” kerana anda akan kehilangan apabila dituntut oleh orang yang menjenamakannya.

2. Daftar domain yang mempunyai maksud yang berkaitan dengan isi kandungan laman web anda ataupun daftar domain yang tidak mempunyai maksud apa-apa.

3. Jika anda mempunyai idea untuk memulakan sesuatu laman web dan menemui domain yang benar-benar sesuai untuknya, terus daftar domain tersebut.

Apa yang saya tulis disini adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja, jadi saya amat menghargai jika anda semua sudi berkongsi tips-tips berkenaan dengan domain ini.

Cara mudah untuk meningkatkan Alexa Ranking
Mungkin sudah ramai yang mengetahui kaedah ini tetapi saya rasa ramai lagi yang belum mengetahuinya. Dan mungkin ada yang beranggapan yang Alexa Ranking kurang penting tetapi untuk beberapa servis seperti Text Link Ads dan ReviewMe menggunakan Alexa Ranking untuk menentukan harga text link dan juga blog post yang akan dijual di laman web anda.

Umum mengetahui bahawa Alexa Ranking diperolehi melalui pelawat yang memasang Alexa Toolbar di browser mereka. Tetapi berapa orangkah yang memasangnya kerana toolbar tersebut dikatakan mengandungi spyware. Selain itu, semakin ramai orang menggunakan Firefox sekarang sedangkan Alexa Toolbar hanyalah untuk Internet Explorer.

Jadi bagaimanakah untuk anda merekodkan setiap pelawat yang melawat laman web anda ke dalam statistik alexa? Caranya mudah sahaja iaitu dengan meletakkan button alexa di setiap muka surat laman web anda. Button tersebut mengandungi javascript yang membolehkan setiap data pelawat dihantar kepada alexa dan dengan itu statistik alexa untuk laman web anda lebih tepat kerana ia mengambil kira setiap pelawat.

Anda boleh mendapatkan button tersebut di http://www.alexa.com/site/site_stats/signup dan hanya perlu copy dan pastekan code tersebut di laman web anda.

Tips adsense percuma setiap bulan
Jika anda akses akaun adsense hari ini anda akan melihat satu ruang baru iaitu Recent Messages. Melalui Recent Messages ini anda akan menerima tips bulanan daripada Google Adsense Support khusus untuk akaun anda. Tips yang diberikan akan menyarankan anda melakukan sesuatu perubahan untuk menambah pendapatan dari adsense seperti ubahsuai lokasi iklan, tambah jumlah unit iklan dan sebagainya.

Sebelum fungsi ini diperkenalkan google, setiap 2-3 bulan saya sendiri akan email google untuk meminta “optimization tips” khusus untuk laman web saya. Nampaknya, selepas ini saya tidak perlu lagi email mereka kerana tips itu akan datang dengan sendiri. Satu usaha yang baik daripada google dan saya percaya tips yang diberikan amat berguna kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk program mereka.

Tips mempromosi direktori
Jika sebelum ini saya memberikan tips bagaimana untuk mempromosi laman web secara am, tetapi hari ini atas permintaan daripada beberapa pembaca, saya akan memberi tips khusus untuk mempromosi laman web direktori.

Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu laman web direktori, boleh membaca tulisan saya sebelum ini iaitu  Pendapatan Lumayan Tanpa Iklan

Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa tips yang saya rasa berkesan untuk mempromosi direktori, ada di antara tips tersebut memang saya gunakan sendiri dan yang lainnya berdasarkan pemerhatian saya terhadap beberapa direktori yang berjaya.

1. Jika anda mempunyai direktori yang baru ataupun mengadakan sesuatu promosi, pastikan anda umumkannya di beberapa forum yang mempunyai kategori khusus untuknya iaitu Digital Points. Selain itu, anda juga patut mendaftar dan aktif di forum-forum yang khusus untuk pemilik direktori antaranya ialah http://www.directory-owners.com/

2. Pastikan direktori anda tersenarai di beberapa laman web khusus yang hanya menyenaraikan direktori sahaja. Antara yang selalu menjadi rujukan ialah http://info.vilesilencer.com/ dan juga http://www.directorycritic.com/

3. Bagi direktori baru, buat promosi dengan menawarkan harga rendah atau percuma bagi membuatkan orang kenal direktori anda.

4. Luangkan masa untuk menilai setiap laman web yang dikemukakan untuk penyenaraian di direktori anda dan ubahsuai kategori, title dan juga keterangan jika perlu. Ini untuk memastikan direktori anda benar-benar berkualiti.

5. Tujuan sebenar direktori ialah sebagai tempat rujukan bagi pelawat yang ingin mencari sesuatu jenis laman web. Jadi, tidak semestinya semua laman web yang tersenarai adalah yang dikemukakan oleh pemiliknya dan berbayar. Anda harus mencari laman web berkualiti dan senaraikannya sendiri. Apabila pesaing kepada laman web tersebut melihat, mereka pasti akan mengemukakan juga laman web mereka untuk disenaraikan di laman web anda dan sanggup membayar.

6. Pastikan anda menggunakan design yang khusus untuk direktori anda sahaja. Dapatkan designer yang berpengalaman untuk melakukannya. Ini untuk memastikan direktori anda unik dan mempunyai identiti sendiri. Jika anda ingin melihat direktori yang mempunyai design yang menarik sila lawat Directory Inspiration

7. Aviva Directory dengan kerjasama PHPLD menganjurkan PHPLD Directory of the Month. Jika anda menggunakan PHPLD script, pastikan anda menyertainya dan ia merupakan satu promosi yang percuma dan berkesan untuk direktori anda. Jika anda tidak dapat menyertai atau sudah memenanginya, anda boleh menjadi penaja kepada hadiah-hadiah yang diberikan.

8. Bayar designer untuk menghasilkan template direktori yang menarik, letakkan link ke direktori anda di bahagian footer dan berikannya secara percuma. Ini merupakan satu teknik viral marketing yang paling berkesan kerana jika template anda benar-benar menarik, beratus-ratus direktori menggunakannya dan anda mendapat backlink dengan mudah.

9. Sediakan tools untuk webmaster sepert pagerank checker, backlink checker dan sebagainya untuk memastikan pelawat yang berulang-ulang.

10. Direktori yang mempunyai blog akan mendapat pelawat yang berterusan dan akan selalu dilawati oleh search engine spider.

11. Jika direktori anda merupakan direktori berbayar sepenuhnya, jangan letakkan sebarang iklan terutamanya Google Adsense. Ini adalah kerana direktori yang berbayar sepatutnya eklusif kepada pemilik laman web yang membayar anda untuk menyenaraikan laman web mereka.

12. Jika anda ingin meletakkan banner ke direktori yang lain, pastikan anda tidak meletakkannya di bahagian atas direktori anda kerana besar kemungkinan pelawat akan klik pada banner tersebut tanpa melihat direktori anda terlebih dahulu. Sebaik-baiknya, jangan letak sebarang banner langsung.

Apa yang paling penting bila anda ingin memulakan direktori ialah, buat keputusan sama ada direktori tersebut berbayar atau percuma. Jika percuma, bagaimana anda akan memperoleh pendapatan daripadanya dan anda harus bersedia untuk menerima beratus-ratus submission sehari termasuk dari laman web yang tidak berkualiti. Jika anda memilih untuk membuat direktori berbayar, letaklah harga yang sesuai dan pastikan harga yang dibayar itu setimpal dengan apa yang direktori anda boleh berikan kepada pemilik laman web.

Yang penting sekali, anda harus mempunyai modal sekurang-kurangnya US$2000 (berdasarkan pengalaman saya) untuk mempromosi direktori anda. Jika tidak, direktori anda tidak ubah seperti beratus-ratus direktori lain yang wujud setiap hari.

Tips membeli text link
Jika dalam tulisan sebelum ini saya memberikan panduan bagaimana untuk menjual text link atau ruang iklan di laman web anda, kali ini saya akan memberikan pula tips bagaimana untuk membeli text link dari laman web lain.

Langkah pertama yang perlu anda ambil sebelum membeli text link ialah fikirkan apakah tujuan anda membeli text link tersebut, sama ada untuk tujuan SEO (Pagerank) ataupun trafik.

Jika anda membeli untuk SEO, kriteria yang perlu anda lihat ialah berapakah pagerank laman web tersebut, berapakah jumlah backlink dan juga sudah berapa lama laman web tersebut beroperasi.

Jika anda membeli text link hanya untuk tujuan mendapatkan trafik sahaja, apa yang perlu anda lakukan ialah melihat statistik laman web tersebut sama ada trafik yang diperolehinya konsisten ataupun tidak dan dari mana trafik tersebut datang.

Tentukan sama ada anda ingin membeli melalui broker ataupun membeli sendiri. Bagi saya yang terbaik adalah membeli sendiri dengan menghubungi pemilik laman web ataupun melalui forum kerana anda mempunyai kuasa penuh terhadap apa yang anda beli. Selain itu, harganya juga lebih murah.

Pastikan kandungan laman web tersebut tidak terlalu berbeza dengan laman web anda. Misalnya, jika laman web anda berkenaan makanan, tentulah anda tidak mendapat manfaat apa-apa jika anda membeli text link daripada laman web berkaitan dengan kereta. Ini adalah kerana search engine akan tahu yang anda membeli text link dan orang yang mengunjungi laman web tersebut juga tidak akan klik pada link anda kerana mereka hanya berminat tentang kereta.

Jumlah text link yang sudah /akan dijual di sesuatu page pada laman web tersebut mestilah tidak melebihi 20. Jika lebih dari jumlah itu, anda tidak akan mendapat manfaat apa-apa baik dari segi SEO atau trafik. Anda juga mestilah meletakkan syarat kepada penjual yang jika di masa hadapan jumlah text link yang dijual melebihi 20, anda berhak untuk membatalkan pembelian dan juga mendapat pulangan.

Periksa pagerank laman web tersebut sama ada ianya benar atau palsu dengan menggunakan tools disini

Jika anda membeli text link untuk jangka panjang seperti setahun ataupun permanent, anda perlu memeriksanya dari masa ke semasa supaya memastikan ianya tidak dibuang. Ada sesetengah pemilik laman web yang menjual text link untuk setahun atau permanent tetapi selepas beberapa bulan, mereka membuang text link tersebut.

Jika harga text link yang dijual terlalu murah, anda harus berhati-hati kerana pemilik laman web tersebut pasti akan menjualnya dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan pulangan yang lebih.

Periksa tarikh domain laman web tersebut expired sebelum membeli text link untuk tempoh masa yang panjang ataupun permanent.

Time to say goodbye
Jangan pula terkejut membaca tajuk ini kerana bukanlah saya yang akan mengucapkan selamat tinggal. Saya tak berniat pun nak meninggalkan bidang bisnes internet ini kerana ia merupakan mata pencarian saya. Sebaliknya tajuk di atas bermaksud bilakah waktu yang sesuai untuk anda mengucapkan selamat tinggal kepada laman web anda sama ada dengan menjualnya ataupun menutup.

Membina laman web memang mudah, dengan teknologi yang ada sekarang sesiapa sahaja boleh membina laman web tanpa memerlukan kepakaran dengan tempoh pembelajaran hanyalah beberapa minit. Tetapi, untuk membina laman web yang berjaya amat sukar kerana ia memerlukan kesabaran, ketekunan dan usaha yang gigih. Mungkin ketika membina laman web tersebut, anda begitu yakin yang ianya akan berjaya berdasarkan kaji selidik yang telah anda buat tetapi sebaliknya yang berlaku

Bagaimana untuk anda mengetahui laman web anda berjaya atau tidak? Selepas tempoh beberapa bulan (paling ideal 6 bulan) jika anda mendapat kurang daripada RM 1.00 ataupun mempunyai pelawat kurang dari 10 orang sebulan (tidak termasuk anda), maka laman web anda dianggap tidak berjaya.

Jadi apakah yang akan anda lakukan? Meneruskan laman web tersebut walaupun anda tahu ia tidak memberikan apa-apa hasil kepada anda. Bagi saya, 6 bulan sudah cukup untuk melihat potensi sesebuah laman web sama ada ia akan berjaya atau tidak dan jika ia tidak mencapai sasaran saya iaitu 50 pelawat sehari ataupun pendapatan kurang dari $20 sebulan, saya akan mula bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada laman web tersebut. Kebiasaannya, saya akan jual dengan harga yang cukup bagi saya untuk mendapat pulangan modal. (Dalam tulisan yang berikutnya, saya akan menyentuh tips-tips untuk menjual laman web)

Ada juga laman web saya yang berjaya seperti www.10000textlinks.com yang telah saya jual baru-baru ini kerana mendapat tawaran yang tidak dapat saya tolak.

Jadi, adakah anda mempunyai laman web yang jatuh dalam kriteria tidak berjaya dan bersediakan anda untuk menjualnya? Sebelum itu, apakah semua usaha seperti marketing, SEO dan sebagainya telah anda buat untuk memastikan ianya berjaya? Jika ya, it is time to say goodbye to your website.

Senarai laman web favourite
Sebagai seorang webmaster, terdapat banyak laman web yang menjadi sumber rujukan saya. Kebanyakan laman web tersebut adalah di dalam bentuk forum dan juga blog. Di sini saya akan senaraikan laman web yang dilawati oleh saya setiap hari di mana ianya menjadi sumber rujukan yang amat berguna.

Blog

JenSense – Making Sense of Contextual Advertising

Copywriting tips for online marketing success from Copyblogger

:: Link Building Blog :: Patrick Gavin and Andy Hagans on Link Marketing

Make Money Online with ProBlogger Blog Tips

Aaron Wall’s SEO Book.com

Shoemoney – Skills to pay the bills

Forum

Webmaster Forum – Internet Marketing & Search Engine Forums

Earners Forum

PHP Link Directory Forum

Site Point Forum

Webmaster Malaysia Forum

WangCyber.com | Komuniti Usahawan Internet Malaysia

Tips mempromosi laman web
Jika dalam tulisan yang lepas, saya banyak memberi panduan, tips dan berkongsi pengalaman tentang pembinaan laman web, kali ini saya akan berkongsi tips bagaimana mempromosi laman web.

Membina laman web bagi saya mudah, kerana sekarang terdapat banyak perisian untuk tujuan tersebut dan mendapatkan content juga mudah, kerana terdapat banyak PLR artikel yang kita boleh gunakan semula. Tetapi, kenapa kita melihat banyak laman web yang seperti “Hidup Segan Mati Tak Mahu”. Kerana mereka gagal dalam promosi.

Bina laman web yang unik

Sekiranya anda mempunyai laman web yang unik, ia sebenarnya memudahkan proses anda untuk mempromosi kerana orang lain akan mempromosi untuk anda. Disini saya akan menggunakan laman web saya http://www.osx-e.com sebagai contoh. Walaupun ada banyak laman web yang berkaitan dengan desktop customizing, tetapi hanya ada beberapa sahaja yang fokus untuk customize windows untuk kelihatan seperti mac. Dan dari beberapa laman web tersebut, hanya osx-e.com sahaja yang mempunyai downloads section, kebanyakan yang lain adalah forum atau blog. Dan terdapat banyak files dalam osx-e.com downloads section, yang hanya terdapat disitu, bukan di website lain. Dan itu menjadikan osx-e.com unik dan banyak laman web lain yang lebih popular seperti engadget.com, zdnet, osnews, neowin.net dan lain2 lagi, yang akan refer kepada osx-e.com downloads section untuk file-file tertentu.

Bagaimana saya boleh mendapat hak untuk meletakkan file-file tersebut? Sebenarnya semua file-file itu di buat oleh individu yang tidak mempunyai laman web dan perlukan seseorang untuk hosting file mereka dan saya menawarkannya di laman web osx-e.com. Pada permulaannya, memang agak susah, kerana saya perlu menghubungi setiap pemilik file-file seperti themes, skins, icons dan sebagainya untuk meminta izin mereka meletakkan di laman web saya, tetapi lama kelamaan, mereka yang menghubungi saya meminta saya hostingkan file mereka.

Showcase

Terdapat banyak laman web yang memaparkan laman-laman web lain yang mempunyai design yang menarik seperti cssbeauty.com, cssthesis.com dan lain-lain lagi. Sekiranya anda mempunyai laman web yang mempunyai design yang menarik, anda bolehlah menghantar laman web anda untuk disenaraikan disitu kerana kebiasaannya, laman web sebegini mempunyai ramai pengunjung yang mencari inspirasi di dalam membina laman web mereka.

Tetapi, ada cara lain yang lebih berkesan, dan saya menggunakan cara ini. Sekiranya laman web anda menggunakan script-script tertentu, kebiasaannya, di laman web developer script tersebut, ada ruangan showcase site, site using this script that testimonial. Pastikan anda menghubungi developer script tersebut, beritahu yang anda menggunakan script beliau, dan berikan pendapat anda tentang script tersebut dan berikan url laman web anda. Ada sesetengan laman web, yang mempunyai form untuk kita submit url laman web kita untuk ruangan showcase dan biasanya mereka akan menyenaraikan semua, lebih senang untuk diterima tetapi kurang efektif dari segi traffic. Ada laman web yang betul2 selektif, dan mereka hanya menyenaraikan laman web yang mempunyai design dan content yang menarik sahaja kerana mereka mahu menjaga kualiti laman web dan script mereka sendiri.

Cara ini saya gunakan untuk laman web saya http://www.featured-articles.com dimana laman saya tersenarai untuk laman web showcase di http://www.articletrader.com/articlems/ dan dari sini sahaja laman web saya menerima lebih dari 200 visitors sehari.

Direktori

Bagi saya direktori merupakan cara terbaik bukan sahaja untuk mendapatkan traffic, tetapi juga mendapatkan backlink yang berkualiti untuk mendapat kedudukan yang baik dalam search engine. Terdapat banyak direktori sama ada yang percuma ataupun berbayar. Untuk kualiti, saya menyarankan untuk submit ke direktori yang berbayar kerana kebiasaannya, direktori berbayar tidak menerima laman web yang tidak berkualiti atau laman web yang penuh dengan iklan. Selain itu, direktori berbayar juga mempunyai traffic yang tinggi kerana mereka banyak melaburkan wang untuk tujuan promosi.

Untuk memudahkan kerja saya dalam directory submission, saya menggunakan Lazy SEO Automatic Directory Submission dengan membership fee sebanyak $19.95 USD sebulan dimana saya dapat submit ke 265 direktori dalam masa 15 minit sahaja. Walaupun terdapat banyak Auto Directory Submitter software, bagi saya, ini yang terbaik kerana, laman web anda akan disubmit pada category yang tepat, dan kebarangkalian untuk diterima adalah lebih tinggi kerana ia tidak seperti spam.

Selain itu, saya juga menggunakan tools disini Directory Tracker untuk menyemak di direktori mana laman web saya sudah tersenarai dan dimana belum.

Menggunakan forum

Promosi laman web anda melalui forum disini bukanlah bermaksud anda spam semua forum tentang laman web anda. Hanya lakukan di forum yang berkaitan. Kebiasaannya, di forum webmaster, terdapat ruangan untuk website review, dimana anda boleh membuat satu thread untuk laman web anda dan meminta ahli-ahli yang lain memberi pendapat. Promosi juga boleh dilakukan melalui forum signature, dan percaya atau tidak ada orang yang menyewakan signature mereka di forum-forum yang popular seperti sitepoint dan digitalpoint. Saya sendiri, menyewa beberapa signature dari ahli-ahli yang aktif untuk laman web saya

Press Release

Ini adalah antara cara yang paling berkesan walaupun memerlukan sedikit modal. Tetapi, anda hendaklah memastikan yang laman web anda sudah betul-betul siap dan berfungsi dengan betul sebelum melakukan press release. Untuk press release ini, anda boleh menggunakan khidmat individu yang boleh menulis press release dengan baik dan anda boleh pilih untuk menghantar ke laman web press release yang percuma atau berbayar. Biasanya, press release ini akan disiarkan juga di laman web berita yang popular seperti google news dan yahoo news dan oleh kerana terdapat banyak laman web lain yang menyiarkan semula berita dari google news dan yahoo news, anda boleh mendapat beribu-ribu backlinks dalam masa yang singkat secara percuma.

Ini adalah cara-cara yang saya guna untuk mempromosi laman web saya dan ianya berkesan untuk saya. Diharap, saudara/saudari semua dapat berikan pula bagaimana cara anda supaya kita dapat berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama